Wednesday, October 26, 2011

Deepavali hari ini

Hari ni Deepavali. Tapi bagi kami hari ni cam biasa je. Sebab en big boss keje. Semalam berjaya pos buku skrap setem untuk anak buah. Minggu depan kot baru sampai. Sebab guna pos biasa je. Untuk kulit luar buku skrap tu Norsi cuma tampal kertas hadiah dan bunga. And yes.. I managed to do the 'no tools flower'. yeaaaa.. Untuk lekatkan helaian kertas tu bersama, Norsi cuma tebuk lubang dan ikat dengan reben. Supaya senang dibuka dan ditambah (kalo dia nak tambah la kan). Amatur giler hasil tangan Norsi. Tapi bole la kan.. wat isi masa.

Kulit luar buku skrap tu

Ari ni Norsi buat beg kertas dari kertas A4. Pastu tampal bunga dan kertas itam (lebih kurang cam dalam gambo tu juga). Tapi tak sempat sehari pun, anak bertuah Norsi si Ikhwan cabut bunganya (dia cabut kelopaknye selai selai ye) dan koyakkan beg tu. Tak sempat amek gambo pun. Sabo je la.

Oh ye.. bagi mereka yang menyambut Deepavali, 'Selamat Beraya' (^_^)

Friday, October 21, 2011

Berkraftangan lagi kita

Sedang bermalas-malasan. Anak2 dah makan. En big boss pun dah pegi keje balik (dia blk untuk solat jumaat je). Jadi tak perlu terkejar2 nak masak. Ayam pun dok keras kelentong lagi tuh (alasan nak bermalas-malasan.hehe).

Cadangnya nak siapkan buku skrap setem untuk anak buah. Sebenarnya dia minta setem je. Hobi baru nak kumpul setem agaknya. Kebetulan masa memunggah kotak terjumpa pula setem2 lama yang penah Norsi kumpul dulu. Rezeki dia la. Ingat nak belikan aje buku khas kumpul setem tu untuk dia, takde pulak. Dan2 tu la rajin datang nak buat buku skrap. Haa..jadilah hasilnya seperti dibwh. Haha.

Hasil tangan amatur Norsi

Tapi ni belum siap lagi. Nanti nak satukan semuanya dan jadikan buku. Buatpun simple je. Almaklumle tangan keras. Idokle kreatif dan canggih mana pun. Yang kertas hijau gelap dengan jalur hitam dan kertas pink tu Norsi dah gunting. Tak berkenan la pula Norsi tgk. Jadi nk buat yg lain.

*Beria je makcik dia buatkan buku. Entah2 dia taknak dia setem yang kena lekat camni. Pandai2 la ko gunting balik Mira oi. Hahaha.

Okeh.. Craft time!

Friday, October 14, 2011

entry kurang sihat

Baru perasan, hampir seminggu tak update blog. Kurang sihat sikit *koh koh koh*batuk.

Kami suami isteri dua2 kurang sihat. Batuk2 dan selsema. Badan pun demam tak demam camtu. Tapi yang kesian budak2. Elok2 sihat pun terjangkit sama. Ikhwan dah mula meleleh hidungnya. Si kakak pun sama. Minta2 tak bertambah teruk.

*entry pendek ari ni sbb tak sihat.hehe*

Monday, October 10, 2011

I believe (for every drop of rain)

First time I heard this song is during form 5 (or is it form 4?). Our English teacher, Sir Iskandar gave us a paper with the lyrics on it, intentionally leaves some of the words out and made us listen to the song, twice. First time is  for introduction and second time - listen and fill in the blank ( I remember I got one or two wrong.*sigh*).

Am not sure who the real singer is, as I found out the there had been many artist that had recorded this song. But nevertheless, I like this song for the lyrics. So here it is :

I believe for every drop of rain that falls,
     A flower grow,
I believe that somewhere in the darkest night,
    A candle glows,
I believe for everyone who goes astray,
   Someone will come to show the way,
I believe, I believe,

I believe above the storm the smallest prayer,
    Will still be heard,
I believe that someone in the great somewhere,
    Hears every word,
Everytime I hear a newborn baby cry,
    Or touch a leaf or see the sky,
The I know why I believe.

Saturday, October 8, 2011

Meh kita ber'Origami' - Kusudama Flower

Semenjak dua menjak ni angin Norsi memang nak berkraftangan. Dah cuba wat beg kertas, kotak, bunga sumer, projek malam ni : Origami. Origami adalah seni melipat kertas yang berasal dari Jepun. Yang seronoknya pasal origami ni selalunya ianya mudah. Lipat sana sini, dah bole dpt hasil. Tapi bagi origami yang lebih kompleks, tetap juga melibatkan lipatan2 yg rumit dan kena juga potong san sini tampal sini sinun.

Dah lama tak ber'origami' (selalunya Norsi lipat bintang je.hehe) kali ni Norsi cuba wat bunga Kusudama. Berjaya buat. Yes! Tapi maaflah takde gambo hasil tangan Norsi. SD card tak berjaya dikeluarkan dari tipon (hampeh tol). Bunga kusudama ni rupanya camni :

Klik gambo untuk pegi ke tempat asal gambo diamek. Kat situ pun ada cara2 nak wat kusudama ni
Norsi belajar cara wat Kusudama ni kat sini. Selain bunga Kusudama ada banyak lagi cara2 nak wat origami bunga2 yg lain. Bolehla ke sini kalo berminat nak cuba (ewahhh.. sekali dah macam iklan pula gayanya ye).  Meh kita layan idea2 bernas apa yg bole dibuat dengan origami Kusudama ni. All pic are google. Bole klik gambo untuk pegi page asal gamba diamek ye.

Cantik kan?
Wat camni pun ok gak kan?

Haaa.. ada pengantin nk jadikan bunga tangan macam ni tak?

Thursday, October 6, 2011

Cita2 yg tak kesampaian

Lantai umah dah rupa belacan. Comot ya amat. Jadi cadangnya ari ni nak mop lantai. Nak sental satu per satu cam biasa tak laratlah. Awal2 lagi Norsi dah perambat bebudak ni dok luar rumah. Biar dorang main kat ampai baju. Lepas tu dengan senang hatinya sapu umah beria2.

Skalinya tak sempat abis sapu ruang tamupun, Ikhwan dah masuk. Dengan kasut lak tu. Cepat2 bawa dia kuar balik. Elok je Norsi abis sapu, tengok2 elok je budak dua beradik tu tengah duduk bukak kasut. Nak masuk rumah. Tau je dorang maknya dah siap sapu umah. Hemphhh.. terbang camtu jela angan2 nak mop umah ari ni.

Jawapnya kena lap lantai ni satu persatu la ni nnt nih. Huhuhu...

p/s : entry norsi kebelakangan ni takde gamba. Sbb tak berjaya kuarkan sd kad dr tipon. sob sob. keciwa sungguh.

Wednesday, October 5, 2011

Kakak dan adik

Sakinah dah makin banyak cakap, tapi bahasanya.. memang dia sorang je paham. Bak kata acik ina.. sakinah cakap jerman. Pelatnya.. aduhlah.. Sakinah ni sebut ikut sedap mulut dia je. Semua benda nak ada 'i' tak pun 'ci'. Selalunya dia akan amek huruf pertama pada suku kata kedua dan tambah 'i' kalo nak sebut perkataan tu. Contohnye buka.. dia pandai2 sebut 'kikak'. Kalo suku kata pertama tu susah, dia akan guna 'ci' dan gabungkan dengan suku kata kedua. Cam tumpah.. dia sebut 'cipah'. Watak2 Disney tak payah cakaplah.. sume kenal. Kalo tgk tv dan ada citer yg dia suka, sanggup ke dapur bgtau mak. Dan emak pun wajib jawap. Kalo tak, selagi mak tak respon selagi tu la dia dok ulang sebut.
Walaupun baru dua thn lebih, sakinah dah mula nampak ciri2 kakak. Kalo mak suruh tgk adik, paham dia. Kalo makan apa2, mesti amek dua. Kalo mak bagi satu je dia akan minta lagi satu, 'adik' katanya (maksudnye dia nak lagi satu nak bagi adik).

Yang si adiknya pula, memang sangat la suka mengusik. Kalo usik kakak, memang terer. Kakak tido, cabut puting kakak. Kakak baring, dok sebelah kakak usik2 kakak. Lagi kakak jerit, lagi dia suka. Ngan mak pun dia nak usik. Kalo nampak mak tinggalkan laptop atas kerusi, cepat2 dia lari konon2 nak usik laptop. Bila tgk mak lari nak gi kerusi, dia pun gelak. Kalo makan, mesti ajak mak main kejar2. Kejar dia dulu baru dia nak makan.

Aduhlah anak. Biarlah penat, takkan Norsi tukar sedetikpun masa bersama dorang. Senyuman nakal Ikhwan, telatah bijak Sakinah, belahan jiwa penglipur lara.

Sunday, October 2, 2011

No tool flower? Cool!!

Sehari dua ni angin Norsi hendak buat 'DIY'. Dok mencuba buat kotaklah, bungalah. Buat pun dari bahan2 yang ada je. Setakat ni berjaya la buat satu beg kertas, satu kotak ngn satu bunga. Masih belum siap sepenuhnya, Norsi masih dalam fasa mencuba. Jadi sakanlah Norsi jengah blog sana sini cari ilham dan cara2 (tutorial). Among the link that I went is Print Radar & Inspirational.

Tengok hasil tangan orang, amboih geram betul nak bole buat macam tu. Tapi sebenarnya kebanyakan dorang ni memang dah otai dalam bidang hasil tangan (handmade) ni. Tools dorang pun lengkap. Norsi ni apa yang ada? Kertas, gunting, pensil, pembaris, gam. Tu je la. Haha. So when I stumbled on this tutorial on how to make flower with basic tools by Joanne, I felt like sreaming with joy. Yes!! At last something that I can try with limited tools I have.

Tengok? Dia guna sudu, mouse pad je untuk buat bunga. Tak payah puncher, embossed tool bagai.
(You may click the pic to go to the tutorial)

OKlah. Nak blogwalking lagi. Mana tau jumpa tutorial yang best lagi (^_^)