Sunday, November 28, 2010

panas.. panas..

Musim panas dah kembali. Teriknya sampai terasa terbakar kulit. Tapi walaupun panas terik, kadang2 sebelah petang atau malam hujan juga. Dulu masa mula2 sampai kk ni.. memang tak tahan. Skang agaknya dah biasa, tahan juga la skit.

Harapnya kali ni takde lagi la bukit2 yg terbakar cam dulu..

Thursday, November 25, 2010

bila sekali sekala berpeluang..

goggled image


Sejak Norsi dok Sabah ni, Norsi takde kawan. Mana nak dapat kawan, asyik memerap dalam umah je :) Kalo nak borak pun ngn kakak jiran sebelah umah ni.

Jadi bila beberapa malam lepas dapat chatting ngn member lama.. tak hengat. Sampai pukul 4 pagi kami berchatting. Borak bukan apa pun. Saja sembang2 kosong. Teringat zaman kami sek dulu. Dia penah cakap, salah satu keburukan Norsi adalah banyak cakap. Hehehe.. nampaknye mimi.. sampai sekarang pun tak ilang lg tabiat norsi tu yerk ;)

Dan baru tadi bersembang panjang dengan bekas member serumah yg bakal berkahwin minggu depan. Niat ati sekadar nak bertanya khabar berkenaan hari bahagianya, kerana kami tidak dapat menghadirkan diri maklumlah kami jauh diseberang laut. Sudahnya berborak lebih sejam, hinggakan kisah bersalinkan Ikhwan pun bole keluar. Padahal dah citer dulu.

Sekali sakala dapat borak ngn member mmg best :)

Tuesday, November 23, 2010

she - being a big sister

Today my little angel touch my heart. This morning i gave her a cut of fruit as snack and I ate the rest. Just then the little brother cried so I rushed to the kitchen to wash my hand. Seeing me going to the kitchen without comforting him, my boy cried louder. And what my little angel do..she sweetly gave the fruit in her hand for her little brother to sip. Oh.. I am touch. She's trying to comfort her little brother and she is only 1++ year old.

my dear little angel.. Sakinah. Bless of my life.

Thursday, November 18, 2010

this is sad entry

Rindu. Teringat senyumnya. Terlintas jasanya. Terngiang2 suaranya. Terasa sebak di dada, gugurlah air mata.
Berkali diri berkata, aku redha perginya. Tapi sesekali tertewas juga bila rindu mengetuk2, menyapa.

Kenangan.. itulah yang tinggal.

Wednesday, November 17, 2010

Bila dah malas

Rasa cam nak join GA tp tak bole buka blog orang. Bukan semua tapi kebanyakannya. Akan dapat error dari IE. Tak tahu kenapa. Komputer ni kah atau IE kah yg bermasalah.

Esok raya. Aidiladha. Salam Aidiladha semua.

Friday, November 12, 2010

Harry Potter

Harry Potter is coming. I'm a bit excited actually.. eventhough I prefer the books more than the movie. Had read all the seven books. Am one of the fan that not really happy with the final book. Why should one of the twin die? Why? huhuhu.. I like the Weasley twins (though I like Ron more. hehe). But most I am not happy that in the final book Harry is more in hiding than fight. Still, the ending is satisfactory :)

p/s : i know someone that is sure waiting for the movie. Azieeee... bestnye kalo dpt tgk sesama kan.. pastu leh komen. hehe

Friday, November 5, 2010

catatan perjalanan : Kota Belud

Sabtu lepas kami menambah destinasi baru dalam catatan perjalanan kami di sini. Kali ni ke Kota Belud. Dekat seminggu sebelum tu lagi en big boss dah sibuk cerita yg dia nak bawa kami pegi Tamu Besar Kota Belud yg dikatakan diadakan setahun sekali. Siap berangan kalo2 ada lumba kerbau. hehe.

Tamu Besar ni dibuat 2 hari. Sabtu dan Ahad (30 & 31 Oct). Meriahnya hari Ahad tp disebbkan en big boss keje Ahad tu, kami pergi pagi Sabtu. Excited punya pasal, kami siap bawa bekal nasi lemak. Konon2 nanti nk lepak mana2 berkelah.

Perjalanan pergi memang mencabar. Jalan kecik dan bengkang bengkok habis. Kawasan berbukit lak tu. Bahaya pun ye juga. Bayangkan lepas panjat bukit tetiba selekoh. Pening habis Norsi yg duduk kat belakang ni. Pemandangannye mmg cantik tp bila kepala dah pening, apa pun tak enjoy. Dalam pening2 tu, lega sesangat bila nampak simpang tiga. Masuk jalan besar. Tgk signboard.. Kota Belud ke kanan, Tuaran ke kiri. Apa?!! Tuaran ke kiri?! Maksudnye ada jalan besar dari Tuaran ke Kota Belud? Dan kami ni pula ikut jalan bukit yg sempit? Hampeh! Rupa2nya kami ikut jalan lama. Sabo je la.

Kota Belud tak seperti yg kami gambarkan. Lagi besar dari Temerloh weiii! Walaupun bandarnye ada gaya bandar lama tapi besar.

Kota Belud mengalu2kan kami
Dah sampai kami mencari tempat tamu besar. Takde signboard atau kain rentang yg menunjukkan di mana Tamu Besarnye. Jadi kami tuju tempat pertama yg kami nampak ramai org berniaga. Betul2 sebelah padang. Rupa2nya itu pasar tani. Lepas pusing2 kat situ kami singgah ke dewan sukan yg terletak bertentangan padang. Ada pameran arkib Kota Belud.

Pameran Arkib Kota Belud
Masa parking kat sebelah dewan sukan, nampak org ramai turun naik tangga. En big boss pergi tanya. Katanya itu jalan nak ke Tamu Besar yg sebenar. Kami ni pun apa lagi. Usung la budak2 naik tangga yg tinggi tu. Rupa2nya lepas panjat tangga tu kena jalan lagi dan turun tangga di seberang jalan pulak. Dan rupa2nya ada jalan besar bole bawa kereta terus ke Tamu Besar tu!! Hampeh sekali lagi!! Itu la dia kalo main redah je cam kami ni.

Tak daya nak turun naik tangga, Norsi ajak en big boss pegi naik kereta je. Disebabkan dah tengahari dan kami tak tau kat mana tempat nak makan, kami berkelah dalam kereta je. Hehe. Beria2 bawa bekal makan dlm kereta je kat parking sebelah dewan sukan. Lepas makan dan tgk pameran arkib, kami bergerak ke Tamu Besar.

Akhirnya.. sampai juga
Bila akhirnya sampai, Tamu Besarnye tak seperti yg digambarkan. Mungkin sbb dah tghari atau mungkin juga sebb tumpuan sebenar adalah pada hari Ahad, keadaan agak kurang meriah. Ohhh.. orgnya ramai aje tp kedai2nya ada yg dah tutup.

Antara hasil kraftangan yg dijual

Jalan2 cuci mata
Lepas pusing2 sikit, kami bergerak balik sbb malam tu en big boss nak jumpa member kamcengnye yg kebetulan datang bercuti ke KK. Dan perjalanan balik adalah sangat berbeza dari perjalan pergi. Jalan besar yg selekoh sikit2 macam Karak Highway je. Smooth and enjoyable.

Biarpun bnyk halnye, tapi sebenarnya Norsi enjoy. Suka dpt pergi tempat br dan meluangkan masa bersama keluarga. Precious!!


p/s : ohhhh! panjangnye entry norsi kali ini!

Monday, November 1, 2010

of the kids

Ikhwan dah 7 bulan. Gigi dah tumbuh 4 batang. Dah pandai guling2, layan tv. Dah kenal org. Dah pandai merajuk.


Sakinah pula dah makin cerdik. Rajin main ngan adiknye. Buli pun rajin gak. Ikhwan setakat kena tepuk2 ngan kakak dia tu perkara biasa dah. Selamba gaban dia aje kalo kakak dia buli2.


My little angel and hero.. the bless of my life..