Tuesday, January 31, 2012

Yummy nyum nyum : Chocolate Moist Cake

Beberapa minggu lepas Norsi ada buat kek coklat. Dah lama teringin.. baru2 ni baru dapat buat. Kat KK ni susah la nak cari serbuk koko. Kalo ada pun yang tin besar gedabak tu.. ishh.. tak terbeli Norsi serbuk koko besar tu. Bukan selalu nak buat kek pun. Baru2 ni jumpa serbuk koko yg kecil, tu yang akhirnya berjaya buat kek coklat tu.

Walaupun dah terlewat, inilah dia kek coklat Norsi.. tadaaaa (bak kata omputih.. better late than never.hehe)



Alhamdulillah.. menjadi juga keknya. Lembut dan gebu. Moist juga. Sakinah suka sangat. Norsi amek resepi dari sini. Tapi Norsi kurangkan sukatan gula dan tak masukkan choc emulco. Choc emulco pun mcm susah gak nk cari kat sini. Kek coklat ni lebih sedap bila disejukkan.

p/s : niat asal buat entry ni sbb nak save link resepi tu sebenarnya. sbb takut nnt susah pulak nak cari balik. lenkali nak buat lagi utk sakinah (^_^)

Saturday, January 28, 2012

Pap smear - sudahkah anda?

Akhirnya, entry berkenaan ujian pap smear yang Norsi buat minggu lepas.

 
Bagi yang tak pasti, 'pap smear' adalah ujian yang dilakukan untuk mengesan sel kanser di pangkal rahim wanita. Ataupun untuk lebih tepat, dipetik dari Wikipedia 'The Papanicolaou test (also called Pap smear, Pap test, cervical smear, or smear test) is a screening test used to detect pre-cancerous and cancerous processes in the endocervical canal (transformation zone) of the female reproductive system.'

 
Ujian dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil speculum untuk membuka ruang servik wanita di mana doktor/jururawat akan mengambil spesimen daripada bahagian bukaan luar untuk diuji.(maaf kalau ada yang terasa penerangan Norsi menyentuh sensitiviti kewanitaan, Norsi cuba sedaya upaya menerangkan dengan ayat yg tidak menyinggung mana2 pihak).

 
Nilah dia speculum tu (gambar diambil dari wikipedia)

 

 
Sebenarnya Norsi takut sangat nk buat ujian ni. Bukan sbb sakit tapi sbb takut dengan keputusannya. Sungguh. Tapi dari dibiarkan baiklah buat. Jadi Rabu lepas Norsi kuatkan semangat (sebenarnye guna semangat 'redah jelah') buat ujian pap smear ni.

 
Disebabkan Norsi buat di klinik kesihatan je, maka ujian ni dijalankan oleh pembantu perubatan (jururawat) je (bukan doktor). Pada mulanya, ada sesi soal jawap. Sebab mereka akan isi borang bg pihak kita. Antara soalan yang ditanya :

1- dah berapa lama berkahwin
2- bilangan anak
3- ada anak yang menyusu badan lagi atau tidak
4- pernah membuat ujian ini sebelum ini atau tidak

 
Lepas sesi soal jawap ni barulah jururawat ni sediakan alatan. Masa ni Norsi dah nervous dah. Dok pikir.. kalo Norsi batalkan sekarang ok tak? hehe. Lepas tu kita akan diminta bersedia. Baring dalam keadaan seperti nak bersalin tu dan mereka pun akan mulakan ujian pap smear ni.

 
Masa Norsi buat ujian ni ada dua orang student yang tumpang belajar (maknanya ada 3 termasuk jururawat yg dah berpengalaman tu). Masa ni punyalah malu. Rasa macam 'apsal la bebudak ni ada time Norsi buat pap smear ni'. Yang jururawat ni pula sambil wat ujian pap smear ni sambil bagi penerangan pada student ni. Jadi ambil masa sikit. Norsi ni tumpang dengar dalam sakit sikit2 dan malu giler. Nasib baik la jururawat tu baik, cakap pun lembut je. Asyik kata, 'maaf ye, norsi (err dia sebut nama betul norsi la.hehe)'. Dia minta maaf bukan sebab dia buat salah. Tapi sebab dia paham sensitiviti wanita.

 
Lepas siap tu Norsi diberitahu keputusan akan keluar lagi dua bulan. Lama kan. Mungkin sbb klinik kerajaan kot. Tapi kalo keputusan keluar awal mereka akan bagitahu. Jadi sekarang Norsi tgh tunggu keputusan. Doakan semuanya ok ye kengkawan.

 
Sedikit maklumat tambahan buat mereka yang nak buat pap smear :
  • pap smear sebenarnya tak sakit. sakit sikit tapi bersalin jauhhhhhh lagi sakit
  • seelok-eloknya pakai kain atau bawa kain batik masa nak buat ujian
  • seeloknya buat ujian pap smear ni sebelum haid. kalo nak buat lepas haid pun boleh juga tapi biarlah selepas sekurang2nya 15 hari lepas haid (untuk memastikan haid telah betul kering)
  • mungkin akan berlaku sedikit pendarahan selepas ujian. Ini biasa sebab bahagian sensitif kena usik kan (ni ayat jururawat tu)
  • cuba bertenang masa ujian dilakukan. Sebab kalo kita takut badan kita secara automatik akan cuba menolak, nanti jadi lagi sakit

 
Jadi kengkawan, Norsi sudah. Anda bagaimana? (^_^)

Tuesday, January 24, 2012

Tipon

Hendak membuat entry berkenaan 'pap smear' tapi seperti tidak ada idea untuk menulis. Jadi buat entry santai je dulu.

Hari ini tidaklah sesibuk mana. Hajatnya nak menelefon kengkawan dan family. There are a few friends that I am excitedly want to call. Rindunye nk gossip2. Hehe. Tapi dalam tak sibuk pun nak mencuri masa yg sesuai untuk menelefon.. hemphhh.. ada je halnye.

Norsi kalo nak call kengkawan atau family kena betul2 masa santai.. barulah best nak gosip2. Kalo tak baru cakap sepatah dua.. ada org yg nak susu la, dan dan tu nak gaduh 2 bradik la.Hemphh.. tomorrow perhaps?

Sunday, January 22, 2012

Bersantai di cuti tahun baru cina

Minggu ni cuti panjang. Cuti umum sampai Selasa. Lama tu. Malah ada syarikat yang bagi cuti terus seminggu kan tapi kena tolak cuti tahun la ye. Maka ramai yang amek kesempatan balik kampung ataupun cuti2 malaysia. Kengkawan lak ke mana?

Cuti ni kami tak kemana2 sangat. Sebab esok en big boss keje. Dapat weekend je (tu pun dah legaaa.. kalo tak silap2 weekend pun ada program keje). Tapi tetap juga Norsi kerah en big boss bawa kami jalan2. Haha. Jadi semalam aktiviti kami adalah mandi laut, main di taman dan 'shoes hunting'. Hari ni aktiviti berkebun dan shopping barang dapur. Esok aktiviti lepak di rumah sebab driver keje. Hehe.

Kami bawa bebudak ni mandi manda di Tanjung Aru (pantai dua). Ini kali pertama bebudak ni mandi laut. Sakinah excited tapi Ikhwan cuak je. Yang kelakarnye bila dekat laut Ikhwan senyap je, tapi bila naik darat je.. terus semangat balik. Sekejap je kami di pantai Tanjung Aru, lepas tu terus bawa bebudak ni main di Taman Perdana. Lepas tu singgah Karamunsing untuk makan dan cari kasut Ikhwan. Sian dia kasut dah koyak2. Tapi punyalah mahal.. kasut yang tak ori pun dah RM50.. ohhh.. sangatlah tak berbaloi. Akhirnya balik tanpa membeli apa2.

Disebabkan tipon Norsi tak bole sangat amek gamba (asyik kata full aje) jadi ini je la dua keping gamba mandi manda yg ada (Norsi tak mandi pun sbb takde tempat tukar baju. Ada ke patut dorang kunci tandas?)

Budak cuak. Muka nak nangis je. Angkat muka pun tak berani.

Abahnye lak lebih excited main ombak.

Saturday, January 21, 2012

Rabu yg berperistiwa

Sepanjang minggu lepas sebenarnya banyak peristiwa yg terjadi (fuhhh.. cam gempak je). Idokle gempak mana (udah stail si nome menulis pulak.hehe. jgn mare ye kawanku) tapi ingin Norsi catatkan di sini sebagai kenangan (dah nama pun 'not so secret diary' kan).

Rabu lepas kami bawa bebudak ni tengok wayang. Dan Rabu lepas juga buat pertama kalinya Norsi buat ujian 'pap smear'.

Kisahnye Rabu lepas Ikhwan ada pemeriksaan berkala di klinik kesihatan. Kat sini pemeriksaan berkala bayi berterusan 3 bulan sekali (sehingga berumur 2 thn) juga 6 bulan sekali (bagi yang berumur 2 thn ke atas). Dekat semenanjung sama juga ke?

Pemeriksaan berkala Sakinah sepatutnya bulan lepas, tapi disebabkan maknye yg pelupa (nampak sgt tuanya) jadi sekalikan saja Rabu hari tu. Dan alang2 kami dah ke klinik kesihatan tu makanya Norsi buat keputusan untuk buat 'pap smear'. Ohh.. jangan ditanya dari mana keberanian itu datang.. sebab kalau disuruh buat semula sekarang, Norsi taknk. Hehe. Ok. Cerita pasal 'pap smear' ni Norsi wat entry lain ye.

Habis pemeriksaan kami ke bank. Hajatnya nak buka akaun tapi entah mana silapnya cip kad pengenalan Norsi tak bole dibaca. Kalo nak buka akaun juga kena bawa IC, lesen dan surat beranak. Haruslah takde bawa surat beranak kan. Jadinya terbantut hajat nk buka akaun. Hendak ke Jabatan Pendaftaran, waktu bekerja dah tamat pun. Sudahnya en big boss ajak tgk wayang.

Dah lama dah ditayangkan, barulah kami dpt tgk


Ahh.. can't even remember the last time we watch movie. Lama betul tak tgk wayang, sebab takut ada org mengamuk dlm panggung (tak Sakinah.. Ikhwan). Kali ni kami pilih tgk Alvin & The Chipmunk sbb niat mmg nk bg bebudak ni yg tgk. Dan mmg sgt2 berbaloi tgk Alvin ni. Coz both enjoy the movie. Seronok sgt tgk Sakinah duduk di kerusi melayan wayang sambil makan popcorn (dia pegang sendiri popcorn tu). Sangat comel. Sepanjang2 wayang elok je dia duduk diam2 di kerusi dia. Ikhwan pun walaupun duduk atas mak tetap juga nak peluk kerusi kakak. Pun ralit menengok wayang. Walaupun mengantuk dia tak tertidur pun. Malah semasa makan lepas habis wayang pun kedua2nya 'well behave'. Sampai abahnye pun puji. Nampak benar lasaknya anak2 Norsi ni, sampaikan sekali sekala dorang berkelakuan baik camni hati mak abahnye berbunga2 bahagia. Hehe.


Pepun seronok betul hari Rabu tu. Walaupun sekadar tgk wayang tapi terasa santai dan relaks. Lenkali bole la bawa dorang tgk wayang lagi. Hahaha (gelak jahat) (^_^)

Thursday, January 19, 2012

Si kakak lah pulak

Asyik cerita Ikhwan je.. cerita Sakinah la pula.

Berbanding Ikhwan, Sakinah lebih mendengar kata. Sememangnya dari kecik Sakinah mudah dijaga.

Menyusu pun tak cerewet langsung. Tukarlah susu apa pun, dia selamba je. Tak meragam.

Masa nak berhentikan dia puting pun senang. Cuma terangkan dekat dia puting dia dah rosak dan dah dibuang, senyap dia (tapi merajuk gak la. Buat muka sedey dan sayu).

Tahu dia bila kena marah dengan abahnya. Abah naik suara  je terus diam datang peluk kaki mak.

Boleh diharap (bila angin dia baik la kan). Kalo adik buat benda yang dilarang dialah tukang reportnye. Haha. Adik main wallet mak, dia pegi dapur bagi tau.. 'mama.. adik kwan.. no no..' mak dengar tahulah adalah benda terlarang yang adiknya buat tu.

Dan ntah apa kenanya.. susah benar nak panggil 'mak'. Dulu kecik2 panggil mak 'nyang' pastu gelar mak 'abah'. Dah pandai skit panggil mak 'mum', ni dah pandai banyak panggil mak berganda 'makmak' (tapi dengar macam dia sebut 'mama'). Abah tu elok je dia panggil terang lagi bersuluh 'abah'.

Dan paling pandai semua benda nak cerita dengan mak. Nak minum bagitau. Nak panjat kerusi tanya dulu. Yang paling tak tahan tu, nak sepahkan barang pun minta izin dulu. Tapi mak mesti bagi jawapan 'yelah kakak' tak bole cakap 'no'.

Terkadang tak sabar nak tunggu dia besar, senang dengar kata. Tapi masa kecik2 ni la masa paling berharga kan. Telatah2 comey dan nakal :)

Si Ikhwan lagi!

Kata orang.. jaga anak perempuan seorang lebih susah dari jaga lembu sekandang.
Kata Norsi.. jaga anak bujang yang terlebih lasak seorang ni lebih adventure. Hehe.

Antara kecekapan Ikhwan :
  • Seret kerusi ke meja semata2 nak panjat meja makan. Sebab atas meja makan ada macam2.
  • Buka seluar dan pampers sendiri. Lepas tu lari2 satu rumah pakai baju je (lari dari mak sbb tak bg mak pakaikan balik pampers dan seluar).
  • Seret gitar abah buat main. Pandai pula pusing2 tuner gitar tu (skang dah tercabut dah pun).
  • Buka laci amek dokumen2 penting pastu simpan balik.
  • Melawan bila kena marah dek abahnya.
  • Panjat lemari tv dan ketuk tv.
  • Dan yang terbaru.. tumpahkan air. Bila mak sibuk lap air atas lantai, dia jilat air yg tertumpah atas kerusi (Norsi tak perasan atas kerusi pun kena). Dan lepas tu buka bekas susu kakak dan tuang atas meja sambil cakap.. oh no!

Argghhh... Ikhwannnnnnnn! (jerit macam Dave jerit kat Alvin.heh)

p/s : nakal2 pun, manjanya bukan main. Semua ni dicatatkan bukan kerana Norsi mengeluh.. tapi sebagai kenangan. Besar sok suruh dia baca.. haaa.. inilah perangai Ikhwan kecik2. Hehe.

Tuesday, January 17, 2012

Sunny day

A bit tired today. But the weather is too beautiful to ignore. End up doing 2 set of washing and finished cooking early (so I could lazying around enjoying the sunny day).

Kepala ada rasa sedikit berat. Can't think anymore. Nak blogwalking lah. Daaaaa....

Friday, January 13, 2012

Terkena lagikah Norsi ini?

Niat di hati nak update pasal kek coklat yang Norsi buat, tapi hati gundah gulana. Semuanya gara-gara panggilan telefon yang menyatakan Norsi ada amek insuran dengan satu syarikat insurans ni. Yang menjadi isu sekarang ni adalah seingat Norsi mmg tak pernah Norsi amek mana2 insurans baik secara mengisi borang ataupun sekadar bersetuju melalui telefon. Tapi orang yg menelefon pula beria2 menyatakan Norsi amek polisi 2 tahun, tahun lepas dan tahun ini. Tahun lepas percuma dan tahun ini kena bayar. Bila Norsi kata taknak dia kata tak bole cancel sbb polisi dua tahun. Tahun depan 2013 baru boleh cancel. Aduh pening.

Akhirnya Norsi minta dia emailkan bukti yg menunjukkan Norsi pernah bersetuju untuk amek insurans ni. Katanya tak bole email, disebabkan faktor kerahsiaan insurans. OK fine. Jadi katanya dia akan pos dalam seminggu hingga dua minggu. Dan sekarang Norsi rasa sangat cuak. Apsal nak pos bukti sampai seminggu dua? Norsi dah cakap terang2 dengan dia Norsi TAKNAK POLISI INSURANS tu yg diposkan ke Norsi, Norsi nak salinan borang yang menyatakan Norsi nak amek polisi ni. Sbb kalo dia pos polisi makna dia dah daftar Norsi untuk amek polisi ni.

Jadi Norsi call syarikat kad kredit untuk tidak benarkan dia caj kad kredit Norsi, tapi tak bole. Yang boleh adalah kalau dia caj dan Norsi tak dapat apa2 maka Norsi bole minta diaorang refund (tetiba terfikir.. betul juga cakap en big boss. Apa ke payah sgt dorang nk halang. Kalo dorang dah caj maknanye dorang berjaya paksa kami amek polisi tanpa kerelaan la tu).

Lepas tu Norsi telefon syarikat insurans tu, sebab nak pastikan betul ke ada polisi yang minimum 2 tahun, tahun pertama tak perlu baya dan tahun kedua baru kena caj. Lepas tu tak boleh tarik diri. Takde pula katanya. Mungkin agen yang buat promosi macam tu katanya. Bila semak takde pula nama Norsi dalam database dorang, abis camne en x (org yg telefon kata Norsi ada amek insuran ni) kata Norsi dah amek polisi ni dari tahun lepas? Sudahnya cik dari syarikat insurans tu kata dia akan call semula. Dan Norsi masih menanti panggilan telefon dari cik tu.

Yang Norsi risaukan sekarang - en x tu proceed tanpa persetujuan Norsi. Sbb dari gayanya dia dah ada semua details Norsi (including card number, IC and address - only GOD know how he obtain that info)

Risau. Risau. Kenapalah dorang ni mesti menipu untuk cari rezeki?

Thursday, January 12, 2012

Aduhlah anak..

Anak-anak. Ragamnya kadang-kala mampu memerah sabar hingga ke penghujung. Hari ini kedua2 beradik meragam sebelum tido. Sudahlah jam dua pagi masih belum tido.

Si kakak walaupun tidak tidur siang dan sudah letih tapi ditahannya mata kerana ingin menonton tv. Bila Norsi menutup tv mengamuklah dia. Habis dicampak semua bantal. Meraung sehingga muntah. Dan bila maknya tidak memujuk, dalam meraung2 dia datang memeluk mak. Setelah itu barulah diam hendak tido. Memang sudah kebiasaannya, sebelum tido mesti mak peluk dan cium. Hai.. nak sambung marah pun tak sampai hati. Sudahnya setelah dipeluk mak sambil baring barulah tertido.

Yang si adik pula memang segar mata. Mana taknye, elok lepas Maghrib dia tertido sehingga jam 9 lebih. Puas dipujuk tido, meronta2 dia tidak mahu baring. Jam dua pagi, dia masih menyeret kerusi hendak memanjat meja. Apalagi, kena la piap sikit dgn mak di tapak kaki. Tapi bila mak sibuk menukar pampers kakak, diseretnya kerusi sekali lagi. Tak berdaya nak mengejar dia, Norsi biarkan sahaja. Ah.. sekali rupa2nya dia hendak mengambil botol air masaknya di atas meja. Rasa kesal pula marahkan adik tadi. Yang adik pun satu, tak cakap nak air masak. Boleh mak ambilkan. Tapi minumnya sedikit saja, selebihnya dibuat main. Aduhlah anak.

Letih bila anak2 meragam. Tapi inilah dua orang buah hati penawar jiwa.

Amboihhh.. mesra benor gayanya


p/s : sebenarnya risau bila memikirkan cara terbaik mendidik anak2. hendak garang sangat, risau dia melawan. hendak berlembut, tidak mendengar kata pula. Aduhhhhh... risau.. risau..

Tuesday, January 10, 2012

Norsi dapat tawaran kerja di UK?? Biar betul?

Dua tiga hari ni peluang online di waktu siang agak terhad. Sebab Sakinah sibuk nak tengok website Disney kalo maknya buka laptop. Lepas tu paksa maknye dok sebelah jadi tukang tekan.. penat wooo.
Jadi bila malam barulah boleh online.


Tadi buka email tgk2 ada email dari salah satu syarikat tenaga dan gas (berkaitan minyak) dari UK. Menawarkan kerja dengan gaji 9000 euro. Wahhhh... seronoknye. Hehe. Apalagi.. berangan la kalo betul dapat keje di UK kan. En big boss lak laju je cakap, 'bole tengok Euro tiap minggu'. Hamboiii.. dia pun tumpang berangan sekali.


Sebenarnya itu sekadar spam. Manalah ada syarikat yang nak suka2 hantar email pada entah siapa2 dan tawarkan gaji sehingga ribu2 euro kan? Zaman makin maju ni makin banyak pula spam2 yang sebegini. Kesimpulannya, setiap email yang diterima tu tak semestinya betul, lebih2 lagi dari pengirim yang tak dikenali. Kena berhati2 ya.

Friday, January 6, 2012

Catatan Perjalanan : Stars Archery, 1Borneo

Sambungan dari entry terdahulu, sebelum balik kami singgah memanah di Star Archery. Star Archery ni terletak di tingkat 2 1Borneo, bertentangan dengan U-Bowl. Dah banyak kali lalu, tapi inilah kali pertama Norsi ajak en big boss singgah.

Mula2 kena bayar dulu la kan. Pilih pakej mana yang kita nak. Pakej terendah adalah RM9/seorang. Pakej merangkumi panah, 12 batang anak panah, set tangan dan pembantu jurulatih. Tapi lebih banyak/ramai lebih murah.

Pakej yg ditawarkan. Lagi banyak kita ambil lagi murah. Dapat anak panah percuma lagi.
Bila dah bayar, pergi pula kaunter sebelah. Dia akan bagi sediakan set memanah untuk kita.

Memula dorang akan tolong kita pakaikan penahan kat tangan ni. Sebelah je. Bagi mereka yang kidal dia akan pasang di tangan kanan.

Penahan ni sebenarnya nak sokong tangan kita masa nak memanah tu nanti.
Sarung tangan ni pula untuk pegang tali tu. Supaya tangan tak luka bila tarik dan lepaskan tali panah tu.
Deretan tempat memanah. Bila dah sedia nak memanah, berdiri dengan kaki diletakkan kat gamba kaki biru merah tu.
Haa.. sarung tangan dah pakai, anak panah dah diletakkan dalam bekas.. apalagi.. mulalah (^_^)

Gaya en big boss memanah
Oh ye.. sebelum tu pembantu jurulatih tu akan tunjukkan camne cara nak isi anak panah, cara nak dptkan sasaran sekian sekian. Tapi takde gambo sbb masa ni Norsi sibuk mengepung Sakinah dan Ikhwan.

Ehh.. Norsi pun nak memanah juga. Hehe.
Penuh konsentrasi kononnye. Hehe

Hasil bidikan panah en big boss

Dan hasil bidikan panah Norsi. Entah ke mana2. Hahaha.

Seronok betul kali pertama dapat memanah. Lenkali leh la gi memanah lagi. Practice make perfect eh.

Tuesday, January 3, 2012

Catatan Perjalanan : KK Wetland & Pantai Tanjung Aru

Hujung minggu baru ni memang seronok. Setelah sekian lama akhirnya en big boss ada di rumah di hujung minggu. Jadi mestilah ajak en big boss bawa kami jalan2 kan. Seronok betul dapat berjalan2 dengan santai tak perlu nak terkejar2 macam selalu (^_^)

Pada asalnya Norsi buat perancangan untuk ke KK Wetland dan ke muzium sebelum singgah di Tanjung Aru untuk menikmati pertunjukan 'musical fountain' sekali lagi. Tapi disebabkan kami pun berlengah2 (kononnya tidak mahu tergesa2), rancangan untuk ke muzium terpaksa dibatalkan sbb muzium dah tutup.

Kota Kinabalu Wetland Centre
Tempat pertama kami pergi adalah KK Wetland Centre (KKWC) sbb paling dekat dengan rumah. Niat asal nak ke KKWC ni sbb menurut website, KKWC ni juga merupakan 'bird santuary'. Hajatnya nak bawa bebudak ni tgk burung di habitat asal. Tapi bila sampai sana, tak nampak burung pun. Hutan bakau semata2.

Di laluan masuk. Sebelum tu jangan lupa bayar tiket masuk dulu. RM5 seorang utk dewasa. Kanak2 tidak dikenakan bayaran.
Laluan yang disediakan adalah jambatan kayu. Berjalanlah kita sepanjang jambatan ni.


Antara pemandangan yg dapat dilihat

Lebih kurang 100 meter lagi nak sampai jalan keluar, tetiba jambatan dah takde. Kena lalu laluan tanah ni. Nasib baik masa kitaorg pegi tu tanah agak kering. Kalo tidak mau berselut selipar. Jadi kalau ke sini pastikan pakai kasut yg sesuai ye.

Sedikit mengenai KKWC ni :
- kawasan hutan paya bakau
- kita akan berjalan melalui jambatan kayu (yg sudah agak lama) yang dibina merentasi hutan paya bakau ni
- boleh dikatakan tiada apa2 yang boleh dilihat selain bakau dan seekor dua bangau
- terdapat juga tempat memerhatikan burung, tapi tiada burung pun yg dpt kami lihat
- juga terdapat menara memerhati. Bagi yang larat bolehlah naik untuk melihat seluruh hutan bakau ni
- sesuai bagi mereka yang cintakan hutan bakau
- tidak sesuai bagi mereka bersama anak kecil
- bayaran masuk RM5 bagi dewasa, kanak2 tiada caj dikenakan

Pantai Tanjung Aru
Keluar dari KKWC dah lebih pukul 4, maka tak jadilah kami nak ke muzium. Terus ajak en big boss ke pantai Tanjung Aru sahaja. Ingat nk beli kudapan di sana dan jalan2 tepi pantai pula. Pantai Tanjung Aru terbahagi 2, pantai satu dan pantai dua. Kali ni kami memilih untuk ke pantai satu, sebab nak pergi ke pusat penjaja di situ.

Gerai2 yang ada. Macam2 dijual di sini. Jagung rebus, kacang rebus, keropok, jeruk, air, mainan pun ada. Jagung rebus RM1.50 je setongkol.

Ramai juga yg sekadar dtg melepak2 seperti kami.

Walaupun ramai, tapi pantainya sgt bersih. Masakan tidak, tgklah.. banyak tong sampah yg disediakan. Org2 Sabah pun bagus, tak buang sampah merata2.

Sedikit mengenai pantai satu Tanjung Aru :
- lebih banyak pilihan kedai makan berbanding pantai dua
- tempat letak kereta berdekatan pusat penjaja cuma RM1.50 sekali masuk

Lepas menghabiskan kudapan dan jalan2 sikit, kami pergi makan pula sebelum singgah di 1Borneo. Kononnya nak bawa bebudak ni tgk wayang Alvin & The Chipmunks tapi tiada tayangan. Sudahnya Norsi mengajak en big  boss berkaraoke je.  Dan dalam perjalanan balik tetiba nampak satu tempat memanah ni. Terus ajak en big boss masuk. Tapi pasal memanah ni Norsi update pada entry akan datang ye. Macam panjang pula entry kali ni.

Monday, January 2, 2012

Istimewa darinya

Untuk ulangtahun perkahwinan kami, Norsi buat ni

Setting meja untuk sarapan je. Sarapannya beli. Hehe.
Dan hari ini, en big boss sediakan ini pula

Chicken chop + fries + coslaw

sebagai sambutan ulangtahun kami (biarpun agak lewat). Kejutan tak menjadi katanya. Masakan tidak, nak buat kejutan tapi barang2 dibeli bersama, masak pun sama2. Hehe.

Chicken chop sepenuhnya air tangan en big boss. Dari memotong, membuang tulang hinggalah ke sos lada hitamnya, semuanya en big boss buat sendiri. Kentang goreng dan coslaw.. Norsi la tukang membuatnya (^_^) (kesian pula tengok en big boss bertungkus lumus bersihkan ayam, jadi Norsi pun tolong la buat coslaw).

Sedap chicken chop en big boss. Yummy. Lain kali bole la buat lagi (tapi en big boss dah bagi signal, lain kali Norsi la kena buat. Hahaha).

Mekasih en big boss. Puas dapat makan western ari ni (^_^)

p/s : Hari ni setelah berbelas-belas tahun Norsi 'berhijrah' talian. Rasa sayang juga, tapi tak mengapalah demi dia yang tersayang. Hehe.