Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Kisah kad kahwin handmade adik

Akhirnya telah berjaya menyiapkan kad kahwin adik. Fuhhhh.... kadnye simple aje, nak buat pun tak susah mana tapi nak mencari masa nk buat tu yg payah. Nak nak pula ada dua org budak yang asal maknye pegang kertas je dorang pun sibuk sama. Jadi bila dah selamat poskan semuanya semalam, legaaaa sngt.

Sebenarnya mudah je kad yang Norsi buat ni. Cuma perlu print, potong dan gam. Masa Norsi bagi pilihan kat adik (ada 4 ke 5 pilihan) dia pilih kad ni



Kad gabungan warna krim dan ungu.
Jadi memula print dulu. Norsi guna printer biasa je yang ada kat rumah ni. Norsi guna kertas saiz A4 yang biasa. Untuk bahagian luar Norsi guna kertas yang keras sikit (160g) warna krim dan untuk bahagian dalam Norsi guna kertas lembut sikit (80g) warna ungu lembut.


Bersedia untuk disiapkan. Bahagian depan dan dalam yang telah siap dicetak  dengan alatan yang diperlukan.
Norsi guna pisau, pembaris dengan gam je.
Bahagian dalam.  Disebabkan Norsi guna 2/3 je dari keseluruhan kertas, kena la potong.
Bahagian dalam yang telah siap dipotong. Lepas potong tu terus lipat.
Lepas tu gunakan bahagian dalam yang telah dilipat sebagai
kayu pengukur untuk lipat dan potong bahagian luar pula.
Kita guna pembaris je. Potong dengan pisau.
Siap dipotong. Masa untuk digam pula.
 Gam di bahagian tgh kertas krim lepas tu letak je kad ungu
Tara!! Dah siap.  
Ringkas je nak membuatnya. Tapi nak siapkan beratus-ratus berpeluh juga. Sebenarnya sampulnya pun Norsi buat sendiri. Guna kertas yang sama seperti bahagian dalam. Tapi tak dapat buat sampul untuk semua. Tak sempat. Sudahnya beli je sampul biasa :p

Friday, October 21, 2011

Berkraftangan lagi kita

Sedang bermalas-malasan. Anak2 dah makan. En big boss pun dah pegi keje balik (dia blk untuk solat jumaat je). Jadi tak perlu terkejar2 nak masak. Ayam pun dok keras kelentong lagi tuh (alasan nak bermalas-malasan.hehe).

Cadangnya nak siapkan buku skrap setem untuk anak buah. Sebenarnya dia minta setem je. Hobi baru nak kumpul setem agaknya. Kebetulan masa memunggah kotak terjumpa pula setem2 lama yang penah Norsi kumpul dulu. Rezeki dia la. Ingat nak belikan aje buku khas kumpul setem tu untuk dia, takde pulak. Dan2 tu la rajin datang nak buat buku skrap. Haa..jadilah hasilnya seperti dibwh. Haha.

Hasil tangan amatur Norsi

Tapi ni belum siap lagi. Nanti nak satukan semuanya dan jadikan buku. Buatpun simple je. Almaklumle tangan keras. Idokle kreatif dan canggih mana pun. Yang kertas hijau gelap dengan jalur hitam dan kertas pink tu Norsi dah gunting. Tak berkenan la pula Norsi tgk. Jadi nk buat yg lain.

*Beria je makcik dia buatkan buku. Entah2 dia taknak dia setem yang kena lekat camni. Pandai2 la ko gunting balik Mira oi. Hahaha.

Okeh.. Craft time!

Saturday, October 8, 2011

Meh kita ber'Origami' - Kusudama Flower

Semenjak dua menjak ni angin Norsi memang nak berkraftangan. Dah cuba wat beg kertas, kotak, bunga sumer, projek malam ni : Origami. Origami adalah seni melipat kertas yang berasal dari Jepun. Yang seronoknya pasal origami ni selalunya ianya mudah. Lipat sana sini, dah bole dpt hasil. Tapi bagi origami yang lebih kompleks, tetap juga melibatkan lipatan2 yg rumit dan kena juga potong san sini tampal sini sinun.

Dah lama tak ber'origami' (selalunya Norsi lipat bintang je.hehe) kali ni Norsi cuba wat bunga Kusudama. Berjaya buat. Yes! Tapi maaflah takde gambo hasil tangan Norsi. SD card tak berjaya dikeluarkan dari tipon (hampeh tol). Bunga kusudama ni rupanya camni :

Klik gambo untuk pegi ke tempat asal gambo diamek. Kat situ pun ada cara2 nak wat kusudama ni
Norsi belajar cara wat Kusudama ni kat sini. Selain bunga Kusudama ada banyak lagi cara2 nak wat origami bunga2 yg lain. Bolehla ke sini kalo berminat nak cuba (ewahhh.. sekali dah macam iklan pula gayanya ye).  Meh kita layan idea2 bernas apa yg bole dibuat dengan origami Kusudama ni. All pic are google. Bole klik gambo untuk pegi page asal gamba diamek ye.

Cantik kan?
Wat camni pun ok gak kan?

Haaa.. ada pengantin nk jadikan bunga tangan macam ni tak?

Sunday, October 2, 2011

No tool flower? Cool!!

Sehari dua ni angin Norsi hendak buat 'DIY'. Dok mencuba buat kotaklah, bungalah. Buat pun dari bahan2 yang ada je. Setakat ni berjaya la buat satu beg kertas, satu kotak ngn satu bunga. Masih belum siap sepenuhnya, Norsi masih dalam fasa mencuba. Jadi sakanlah Norsi jengah blog sana sini cari ilham dan cara2 (tutorial). Among the link that I went is Print Radar & Inspirational.

Tengok hasil tangan orang, amboih geram betul nak bole buat macam tu. Tapi sebenarnya kebanyakan dorang ni memang dah otai dalam bidang hasil tangan (handmade) ni. Tools dorang pun lengkap. Norsi ni apa yang ada? Kertas, gunting, pensil, pembaris, gam. Tu je la. Haha. So when I stumbled on this tutorial on how to make flower with basic tools by Joanne, I felt like sreaming with joy. Yes!! At last something that I can try with limited tools I have.

Tengok? Dia guna sudu, mouse pad je untuk buat bunga. Tak payah puncher, embossed tool bagai.
(You may click the pic to go to the tutorial)

OKlah. Nak blogwalking lagi. Mana tau jumpa tutorial yang best lagi (^_^)

Tuesday, September 27, 2011

am bored! new hobby pls come my way

Semenjak dua menjak ni Norsi agak bosan. Jadi sibuklah cari hobi baru (kononnya). Sibuk jengah blog orang sana sini cari ilham. Masa tengah bersemangat ni memang macam2 perancangannya. Nak buat kadlah, nak berkebunlah, nak menjahitlah, nak buat origamilah.. huh.. bab berangan2 memang tak hengat. Apa lagi ye yang bole dibuat sambil perang dengan budak kecik 2 orang ni ye?

p/s : awak.. saya tak pandai melukis cam awak. jadi lukis2 ni takleh jadi hobi saya. hehe.

Buat kotak camni pun ok gak kan.. cara leh tgk kat sini

Ke kita lipat2 origami sampai jadi camni? Blaja kat sini
Kita main potong2 tampal2 lekat2 sampai jadi camni pun ok gak kan?

Ke berkebun sampai jadi camni? hehe
Tapi last2 ini juga yang Norsi buat...

layan internet sampai lebam.. hahaha
p/s : all pics are google ya'