Friday, December 31, 2010

Akhirnya

Alhamdulillah.. setelah dua minggu menyepi berjaya gak online akhirnya. Sumenye gara2 tm. Malas nak citer pasal tu. Yang pentingnya, alhamdulillah kami dah selamat berpindah ke umah sewa baru.

Walaupun dah dua minggu pindah, belum siap mengemas sepenuhnya. Masih dalam proses men'dekorasi' umah. Malah kami sekeluarga sebenarnya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri di tempat baru.

Kami berpindah bukan kerana bermasalah dengan tempat lama, cuma sekadar mencari yang lebih baik untuk anak2. Semoga perubahan ini untuk yang lebih baik.

Monday, December 13, 2010

the repeating of the beginning

the hectic began. all over again. last time was challenging. this time, double the challenge. things + kids. well, at last this time not over the sea.

new home, here we come.

p/s : will be in silence for a few days. the next time i am here, insyaALLAH from a new place :)

Saturday, December 11, 2010

Salam Ukhwah - Jemari Asmara GiveAway : meh kita join meh

Dah lama tak join contest. Kali ni nak join Jemari Asmara GiveAway lah.. sebab syaratnye sempoi je... berminat nak join? Klik je gambo ni...


Cepat2.. tarikh tutup 15 Dec 2010

Saja saje

Agak mengabaikan blog seminggu dua ni sebab takde hati nak ber'blogging' (baca blog rajin je ari2. Hehe) Agak sibuk melayan buah ati pengarang jantung yang makin bijak dan lasak.


Ikhwan baru nak pandai merangkak. Tapi merayap kemain laju lagi. Abis satu ruang tamu diterokanye. Dah pandai nak berteman. Pantang kena tinggal sorang, mula la berbunyi. Dan selalunya kakaknya la jadi mangsa mak suruh teman adik.


Sakinah pun dah makin bijak. Dah pandai usap2 kepala adik. Tahu kalo mak suruh teman adik (tapi kengkadang dia wat tak peduli gak.hehe). Dah pandai minta nak makan itu nak minum ini. Tak yah la sorok apa2 dari dia. Pandai aje dia mencarinya. Kengkadang mak dia pula yg tak jumpa benda yg disorok. Lupa. Sakinah dah pandai buka kasut nak masuk rumah. Takdenye reti buka sendiri (anakku ni baru la setahun lebey ye) tapi pandai la dia tarik pelekat (taktau nk panggil apa) kat kasut dia tu. Bg dia dah buka pelekat tu dah buka kasut la tu. Dan paling jelas Sakinah dah pandai bezakan barang dan fungsi. Contohnya, pandai amek kasut adiknye bagi pakai kat kaki adik (dia cam mana satu kasut dia dan mana satu kasut adiknya). Tadi jumpa kerongsang mak, sibuk dok tekan kat leher dan bahu (dah dia tgk maknye pakai tudung letak kerongsang kat bawah dagu dan bahu). Sib baik la pin kerongsang tak terbuka.


Anak2.. baru dua dah penuh tangan mak nak melayan.