Wednesday, December 26, 2012

Semalam dan hari ini

Ikhwan demam selsema. Mata dan hidung asyiklah berair. Sekejap-sekejap mengadu hingus meleleh. Nasib baik juga Ikhwan dan pandai lap sendiri. Kesian juga tengok Ikhwan tak berapa larat. Selalunya pantang  maknya buka pintu, laju je nak keluar. Ni elok je duduk tengok tv. Tak nak keluar.

Semalam ajak en big boss bawa bebudak ni gi lepak di Tanjung Aru. Rancangnya nak bersantai sambil bersarapan. Jadi Norsi bawa roti roti segera dengan sambal sardin je. Sekalinya ada 'jiran' lepak disebelah bagi kami ayam bakar. Rezeki (^_^)

Lepas lepak2 di Tanjung Aru en big boss ajak pergi Suria Sabah. Kononnya nak bersantai menikmati pemandangan di 'food court'. Sekalinya punyalah ramaiiii orang. Nak masuk parking dah jem, kat 'food court' pun penuh. Dua kali kami masuk.. langsung takde tempat kosong. Akhirnya makan 'fast food' aje. Lepas tu terus balik sebab dah penat.

Ada juga ambil gamba tp tak dapat 'transfer' ke komputer. Nanti kalo dapat Norsi letak gamba.

Monday, December 24, 2012

Buat kesekian kalinya

Menyepi lagi buat sekian kalinya. Dek kerana laptop yang ROSAK LAGI buat sekian kalinya. Huhuhu.

Rasa nak nangis masa laptop rosak aritu. Tak sampai sebulan betulkan.. rosak balik. Gara-gara terjatuh terlanggar dek Ikhwan.Silap Norsi juga sebab letakkan laptop yang masih 'on' kat tepi kerusi.


En big boss dah bagi amaran, ini kali  terakhir laptop dibetulkan. Rosak lagi.. xde laptop dah la jawapnya. Kena jaga baik2 laptop ni. Nanti takleh online dah kalo rosak lagi.



Sunday, December 16, 2012

The beautiful picture



Norsi sukakan gambar ni. Biarlah gambarnya separuh pun. Biarlah tak nampak muka sangat pun. Bagi Norsi gamba ni cantik. Beautiful for the moment that it capture.. the happiness and love. 

Gambar pertama kami yang Sakinah ambil gunakan telefon abahnya.

Thursday, December 13, 2012

Si kreatif

Tengah duduk rehat-rehat tiba-tiba ada budak tarik kerusi pegi dapur. 
Lepas tu dengar sok sek sok sek barang kena punggah. 
Tau2 dengar suara, 'mak, adik nak ni' diselangi bunyi plastik kena tarik.
'Adik nak apa. Amek mak tengok' kata mak sambil dok pikir biskut mana pulak yang dipunggahnya.
Sekalinya.. 'Adik nak ni' sambil tunjuk kentang dalam plastik.
Rupa-rupanya anak bertuah punggah peti ais!
Ingatkan dia amek kerusi nak amek biskut dekat almari. 
Alahai anak omak! (^_^)


Wednesday, December 12, 2012

Sekadar mengemaskini

Disember dah nak masuk pertengahan, entry baru 2 je. Memang malas betul Norsi sekarang ni. Ari2 dok bergaduh dengan bebudak ni je (^_^)

Disebabkan Norsi masih malas, letak gamba Sipitang je la. Hehe.

Tepi pantai Sipitang, dah macam kat Lumut

Nak panggil apa ye benda alah ni? Orang ramai bole gi lepak kat benda alah tgh laut tu tau. 

Thursday, December 6, 2012

Lin Handmade Dec 12 Giveaway

Lin is having another Giveaway. The final one before the new year. And the lucky winner will get this..


Embosser

My oh my! I am thrilled. I want this!! Haha. Hope am lucky enough to get this (^_^). 

You can participate too. You only need to promote the giveaway either on blog or fb and put the url link at Mr Linky's widget at Lin blog. Click the picture to go the Lin Handmade Greetings Card December 2012 Blog Giveaway k.

Wednesday, December 5, 2012

So true

Taken from fb

Friday, November 30, 2012

Serba salah

Menerima khabar yg kurang seronok. Percanggahan tarikh yang mengundang serba salah. Tersepit..

Wednesday, November 28, 2012

Rindu kat kengkawan

Entah kenapa tadi tengah masak nasi tiba-tiba teringat kenangan masa menyewa di sek 8. Teringat jalan-jalan di kompleks PKNS dengan member2 serumah. Rindu pulak zaman keluar 'berfoya-foya' dengan kengkawan dulu. Pusing2 kompleks PKNS.. singgah makan laksa kat kedai kat tengah tu.. Oh rindunyeeee..

Juga teringat kenangan naik keretapi bertiga dengan Siti dan Liza. Sanggup naik keretapi memalam hari semata2 nak pergi kenduri Jura (^_^)

Juga kenangan menonton wayang seram Korea dengan Azie. Dulu kalao ada cerita seram keluar kat wayang je mesti nak ajak Azie gi tgk. Hehe.

Kenangan bersama kawan-kawan.. Rindunya kat dorang ni sume (^_^)

Tuesday, November 27, 2012

Pencuri lauk

Sepatutnya dah siap masak dah. Tapi tertangguh. Gara-gara bahan mentah nak masak dilarikan pencuri. Masuk dapur tadi tengok2 daging yang direndam (nak bagi lembut sebelum dimasak) dah takde. Tinggal air je dalam besen. Rupa-rupanya ada 3 ekor pencuri (anak beranak) dah bawa lari.


Ni bukan pencurinye. Tapi sama spesis.
Tak pasal2 en big boss kena balik waktu tengahari untuk belikan bahan nak masak. Balik hantar barang yang dibeli.. duduk sekejap dan pegi keje balik. 

Kucing oh kucing.. tak baik tau curi lauk kami. Nasib baik comey. Nak marah pun tak jadi. Hehe.

Sunday, November 25, 2012

Setelah lama menyepi

Diam tak diam dah hampir sebulan blog tak terusik. Gara-gara komputer yang rosak. Sepanjang sebulan ni ada masanya terasa-rasa juga rindu nak update blog tapi selebihnya tak terasa sangat, dek hal2 berbangkit yang lebih menuntut perhatian.

Minggu lepas kami pulang bercuti di semenanjung. Sekadar percutian pendek. Kelam kabut juga menyusun jadual agar dapat melunaskan perkara penting yang perlu diselesaikan. Maklumlah jarang dapat balik. Lega juga bila beberapa perkara yang dihajati dapat dilunaskan.

Yang paling seronok.. tentunya Sakinah dan Ikhwan. Seronok dapat naik kapal terbang.. lagi seronok dapat berjumpa dan bermain dengan sepupu2. Sampaikan tak peduli langsung mak abah. Di kampung, elok lepas mandi laju aje hendak ke rumah umi, bermain dengan kakak masyirah dan masyitah. Juga abg zamir (^_^) Sampai makan pun tak ingat.

Di KL pula, berkepit sakan dengan kakak Mira dan abg Haikal. Sampaikan rasa kesian pun ada. Punyalah takde kawan di KK bila sekali sekala balik semenanjung beria bermain dengan sepupu2 sampaikan tak ingat makan minum.

Norsi pun lega dapat berjumpa sahabat yang dah 2 tahun tak berjumpa. Terkilan tak dapat menghadiri perkahwinannya baru2 ini tapi lega dapat jumpa masa balik cuti minggu lepas (^_^) Cuma sedih juga tak dapat berjumpa seorang lagi sahabat dek kekangan masa.

Hemphh.. nak menjengah blog kawan2. Lama tak dengar kaba berita (^_^)

Monday, October 29, 2012

Bila kanak-kanak tertelan syiling

Masa Sakinah tertelan syiling haritu, antara perkara yang en big boss buat adalah mencari maklumat pasal kanak-kanak yang tertelan syiling. So that he know what to expect. Rasanya zaman sekarang ni ramai yang bila jadi apa-apa akan mencari maklumat ataupun berkongsi kisah di internet supaya yang lain pun boleh tahu kan.

Jadi, di sini Norsi kongsi sikit perihal Sakinah tertelan syiling. Manalah tahu, kalau2 ada mencari maklumat.

1) Kanak-kanak tertelan syiling adalah perkara biasa. Kata doktor yang Norsi jumpa haritu, selalunya syiling akan keluar bersama najis dalam masa 3 hari. Tapi ada juga yang lambat. Contohnya Sakinah la. 8 hari baru nak keluar.

2) Syiling adalah bahan yang stabil. Jadi risiko keracunan kurang. Ni pun doktor yang kata.

3) Bila anak tertelan syiling, kalau anak mengadu sakit dada ke perut ke sesak nafas ke, muntah2 ke.. cepat2 la bawa ke hospital. Takut kalau2 saluran nafas atau usus tersumbat. Ataupun macam Norsi.. bila Sakinah mengadu telan syiling terus je Norsi bawa gi klinik. Tak tunggu dah dia ngadu sakit. Takut wooooo. Lagipun nak pastikan syiling tu kat mana.

4) Masa memula Norsi bawa Sakinah pegi klinik, doktor tu scan perut Sakinah. Dah gaya orang mengandung scan baby pula dah. Tapi tak nampak. Jadi doktor tu bagi pilihan sama ada (i)balik dan tunggu syiling keluar sendiri dan kalau tiba2 nampak dia sesak napas ke mengadu sakit ke cepat2 bawa gi hospital terus ataupun (ii) doktor buat surat rujukan terus pegi x-ray kat hospital untuk pastikan syiling tak menyekat mana2 bahagian. Haruslah Norsi pilih terus pegi hospital kan. Kalau tunggu kecemasan sesak2 napas tu baru terkial2 nak ke hospital tak sanggup Norsi. Hospital jauh oooo... Norsi masa nervous mana boleh drive. Tak fokus. Bahaya.

5) Nasihat doktor, banyakkan bagi makan pisang. Mungkin sebab Sakinah takde masalah buang air besar dan kelihatan cergas, doktor tak bagi apa2 ubat pun. Tapi dipesan bersungguh2 pastikan Sakinah banyak makan pisang. Kata doktor pisang tu akan membalut syiling tu jadi senang nak keluar. Jadinya memang en big boss hari2 paksa Sakinah makan pisang. Sampai jemu dah Sakinah. Baru tanya nak pisang tak laju je jawap, taknak!

6) Kami juga banyak bagi Sakinah makan betik, sayur (yg ni mmg Sakinah liat nk mkn), yogurt dan minuman yang baik utk penghadaman. Memang en big boss layan Sakinah makan sungguh2. Siap tanya, kakak nak makan apa? Punyalah nk galakkan dia makan banyak supaya syiling tu cepat keluar.

Dan yang paling penting, sentiasa pantau. Takut tetiba muntah2 ke, mengadu sakit ke. Sebab doktor kata takut juga kalau tiba2 syiling tu 'pandai' pusing dan sekat saluran usus. Kalau macam tu memang berdesup la pegi hospital.

p/s : Masa Sakinah tertelan syiling, en big boss outstation. Jadi bila dia balik dan tahu anak tertelan syiling, dia pulak yang risau lebih2. Norsi pula yang lebih relaks. Hehe.


Aidiladha dan syiling yg sekeping itu

Aidiladha dah tiga hari berlalu. Barulah terkial-kial nak update blog. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha ye kengkawan (walaupun dah terlewat beberapa hari (^_^))

Aidiladha kali ini, kami masih sambut di KK. Juadah pun ringkas sahaja. Seperti biasa nasi himpit, kuah kacang dan rendang tidak boleh dilupakan. Cuma penambahan menu mee kari demi memenuhi permintaan en big boss.

Alhamdulillah, Sakinah dah berjaya keluarkan syiling hari Ahad lepas. Lebih seminggu baru nak keluar.Apapun kami sangat2 bersyukur. Kalau tidak hari ini memang Sakinah perlu di x-ray kali ke 5 dan terus jumpa doktor pakar.

Dan rasanya yang paling lega en big boss lah. Hari-hari dipaksanya Sakinah makan pisang (dan tak berjaya pun. Sakinah makan mana boleh dipaksa2. Hehe). Norsi risau juga, tapi masih positif sebab semasa kali terakhir Sakinah di x-ray pada Selasa lepas, doktor kata syiling tu dah bergerak. Cuma lambat. Dan lebih lega bila doktor kata syiling bahan yang stabil jadi risiko keracunan kurang.

Apapun, Alhamdulillah semuanya dah selamat.

Oh ye.. Sakinah telan syiling seposen rupanya. Beria je cakap kat mak, duit 'big' masa mak tanya aritu. Hehe.

Sunday, October 21, 2012

Kerana syiling sekeping

Kerana syiling yang sekeping itulah.. kami berulang ke hospital dua hari berturut2.

Kerana syiling yang sekeping itulah.. mak memandu malam2 walaupun mata tak berapa nampak di malam hari.

Kerana syiling sekeping itulah.. kakak kena x-ray sampai 3 kali.

Tidak kerana yang lain.. kerana syiling sekeping itulah.. yang kini berada dalam perut kakak!!

Sakinah tertelan syiling!! Huhuhu.. Minta2 cepatlah keluarnya... Risau risau...


Tak pasti syiling mana yg dia telan. Tapi rasanya syiling 50sen. Sbb  Sakinah kata syiling tu besar.

Saturday, October 20, 2012

Hari ini

Sakit kepala. Anginkah? Disebabkan minum teh pagi tadikah? Bahu juga terasa tegang. Terkadang sakit kepala hinggakan tidak mampu membuka mata. Risau pula rasanya. Harapnya angin sahaja la ni.

Hendak berbaring sahaja risau pula pada budak2 riang ria berdua tu. Ikhwan pun baru sehari dua lepas tangan melecur dek pegang seterika panas. Sudahlah dipasangkan suis seterika sendiri, dipegangnya pula seterika tu. Manalah tak melecur tangan tu. Jadinya hendak tidur sekejap ni pun tak berani, sebab Sakinah dan Ikhwan masih segar bermain.

Jadinya kuatkan diri, duduk2 sahaja sambil menengok kanak-kanak dua beradik ni. Sambil tu update blog lah. Dah lama tidak ada entry baru.



Sunday, October 14, 2012

Keguguran di awal kehamilan

Kebelakangan ni Norsi banyak mendengar cerita rakan-rakan yang keguguran. Setiap kali dengar, rasa sedih. Tak terbayang bila kandungan yang diharap-harapkan gugur.

Takdir ALLAH.. akhirnya Norsi sendiri keguguran. Biarpun kandungan baru masuk beberapa minggu, tetap terasa bila tahu kandungan dah takde. Semuanya salah Norsi juga. Dah tahu mengandung, nak juga mencangkul tanah. 

Petang Rabu lepas, bosan duduk2 je, Norsi pergi mencangkul di belakang rumah. Lepas mencangkul sikit, rasa sakit dan tidak selesa. Jadi Norsi berhenti. Tengok-tengok.. ada 'bleeding' sikit. Hati dah tak sedap. Telefon en big boss di tempat kerja. En big boss pulak gilirannya kerja malam tu. Norsi cakap kat en big boss, kalau masih 'bleeding', nak pergi klinik. Lepas Maghrib, masih lagi 'bleeding' jadi en big boss balik sekejap untuk hantar Norsi ke klinik.

Bila jumpa doktor di klinik, SANGAT2 MENGECEWAKAN! Sekadar dengar Norsi cakap Norsi pregnant dan bleeding bila mencangkul, doktor tu cakap, 'tak apa2. bleeding sebab awak buat keje berat.' Tak amek tekanan darah ke, scan ke, check nadi pun tak. Geram sangat2!! Paling2 dia cakap, kalau berlaku pendarahan teruk, keluar ketul2 darah baru risau. Nak je cakap kat doktor tu, 'KALAU MACAM TU DAH GUGUR LA DOKTOR! SEKARANG NI SAYA NAK ELAKKAN DARI GUGUR!' Sudahnya balik macam tu je.

Pagi Khamis tu bila pendarahan masih tidak berhenti, walaupun sikit2 tapi jumlahnya makin bertambah dari sebelumnya, hati Norsi bertambah2 tak senang. Perut dan belakang Norsi pun sakit2 macam nak period. Akhirnya tel seorang kawan yang bekerja di klinik. Katanya kalau makin banyak baik ke hospital. Terus Norsi telefon en big boss di tempat kerja, ajak ke hospital.

Di hospital, doktor yang bertugas scan. Katanya kandungan masih 'intact' (masih ada di rahim) tapi agak kecil. Kebetulan pula doktor pakar sakit puan datang, terus doktor sakit puan tu yang periksa. Katanya walaupun kecil tapi masih ok. Dan Norsi disuruh datang 2 minggu lagi untuk scan kandungan dan dibekalkan ubat. Doktor tu pun beria2 pesan, kalau rasa sakit macam nak bersalin, atau keluar ketul2 darah yg tak hancur bila ditekan, datang bawak ke hospital.

Sampai di rumah, en big boss suruh rehat je. Langsung tak memasak hari Khamis tu. Sepanjang hari menahan sakit2 perut dan belakang badan. Dan pendarahan pun berterusan dah macam period. Tapi, kami masih berharap kandungan ni dapat bertahan. Norsi berdegil cakap kat diri sendiri takde apa-apa.

Tapi pagi Jumaat tu, Norsi baca di salah satu web kesihatan, katanya (more or less) - 'miscarriage is a way of our body deals with unhealthy pregnancy'.  Entah kenapa, bila baca tu, tiba2 rasa that perhaps this one is not meant to be. Norsi redha. Dan beberapa jam selepas tu, perut Norsi sakit macam nak bersalin dan terus kandungan tu keluar. Dan bila nampak je ketulan tu, terus tahu.. Norsi dah gugur. Norsi cakap kat en big boss, 'Agaknya sebelum ni memang dia nak gugur tapi tak kuar sebab Norsi bertahan. Tu yang bleeding je tak berhenti. Tapi bila Norsi redha je, terus dia keluar'.

Di hospital, sekali lagi Norsi di scan. Doktor pun kata dah tak nampak. Dan bila doktor tu tengok ketulan yang Norsi bawa (seperti yang dipesan), lembut je dia pegang bahu Norsi dan kata, 'memang dia la tu (she means it's confirm miscarriage)'. Masa ni walaupun Norsi senyum je kat doktor tu tapi rasa sedih. Dan lepas tu tetap kena seluk. Sakit. Sob sob. Tapi Alhamdulillah, doktor kata keguguran sepenuhnya. Tak perlu cuci. Norsi dibekalkan ubat (lagi). Kali ni lagi la banyak. Kebanyakannya vitamin, zat besi dan antibiotik. Dan sekali lagi pesanannya, kalau excess bleeding atau demam cepat2 ke hospital.

Dan sekarang ni tengah berpantang yang tak macam pantang. Mana taknya, bebudak dua orang ni mana paham yang maknya tak larat. Sepah rumah macam biasa :)

Buat kengkawan yang pregnant tu, jaga kandungan bebaik ye. Takpe manjakan diri terutama di awal kehamilan. Biarla orang kata mengada pun dari kehilangannya. Pengajaran buat Norsi.. jangan ingat diri kuat sangat semua pun boleh buat. Sob sob.

Friday, October 5, 2012

Ikhwan again


We are watching Short Circuit 2. Come to the scene when Jonny No 5 was fiercely beaten by the bad guys, Ikhwan was like.. "oh no! no! robot!" He was sad to see the robot was damaged and 'dying'. 

And at the end when the robot open it 'eyes' after dying, Ikhwan said.. "robot angun" with relieved tone. 

Hai la.. kecik-kecik dah pandai tengok tv...

Sayang anak, dibabab-bababkankah?

Seringkali kita sebagai ibu bapa, tersepit dengan cara yang terbaik untuk mendidik anak2. Perlu berlembutkah? Atau menjadi garangkah? Dan Norsi lah itu antara orang yang sentiasa serba salah.. bagaimanalah hendak mendidik anak2 agar mendengar kata.

Ikhwan sememangnya nakal dan manja. Kata-kata emaknya ni langsunglah tidak diendahkannya. Suka mengusik, lagi dimarah lagilah dia membuatnya. Terutama kakaknya. Lagi kakaknya menjerit dan menangis akibat usikannya, lagilah dia galak mengusik.

Pagi tadi semasa emak menyidai pakaian, mereka dua beradik seperti biasa mengambil kesempatan bermain pasir. Pada satu tahap, nakal Ikhwan datang. Disauk dan ditaburnya pasir ke atas kepala si kakak. Lalu Norsi marah, kenalah lepuk sekali. Sekali, diulangnya lagi. Bila dimarah (tidak pula Norsi babab dia kali ini. Suara je naik), sengih aje dia. Dan bila dia sekali lagi menyauk pasir dan ditaburkan diatas badan kakaknya sambil tersengih-sengih, kenalah dia dengan emaknya.

Tersentuh juga hati mendengar dia meraung sambil menyebut sakit. Tapi Norsi biarkan dulu sehingga dia berhenti menangis. Kerana niat dihati hendak dia faham. Benda yang dibuatnya salah. Bila dia melihat Norsi mendekati setelah dia berhenti menangis, dengan muka yang takut2 dia menyorok di belakang tiang ampaian. Bila Norsi dukung, terus buat muka merajuk. Bila Norsi peluk2 dan cium2 sambil terangkan yang Norsi marah sebab dia tak dengar kata, Ikhwan diam aje, tetap dengan muka merajuk dan manjanya.

Dan selepas itu, bila nak minta Norsi buat apa pun dia nampak ragu2. Minta Norsi tolong lukiskan Ultraman, lepas tu tgk muka maknya ni marah tak. Kesian pula bila tengok macam tu. Sebab Norsi bukan nak dia takut dengan Norsi, Norsi nak dia faham bila kena tegur/marah.

Tapi Alhamdulillah, sekejap je takut2 dia tu. Bila ditengok maknya dah tak marah2 dah, terus kembali ke mood nakal ceria dia tu. Dan hati tertanya-tanya.. amek pengajaran ke tidak si Ikhwan ni?

Menjadi ibu bapa tidak mudah.. kan?

Merajuk sebab mak tinggal dia dalam kereta dengan abah

p/s : Norsi sebenarnya tidak suka pukul anak2. Sebab itulah selalunya suara Norsi je yg naik. Jiran2 agaknya hari2 tahan telinga dengar Norsi terjerit2 marah bebudak ni. Cuma kebelakangan ini Norsi rasakan anak2 makin tidak mendengar kata (malah en big boss pun dah tegur anak2 sekarang dah tak takut dia marah dah) jadi sekarang Norsi jadi garang sikit. 

Thursday, October 4, 2012

Kuasa 'wanita' kecik

Amboih pandainya Sakinah. Menggunakan kuasa 'wanita'. Hehe.

Boleh disuruh adiknya amek mainan dalam bilik sedangkan dia sedap duduk kat depan. Siap, 'bye bye adik'. Bila mak tanya, adik mana? 'Adik amek menan'. Yang si adik baik je amek kan mainan utk kakak. Terhuyung-hayang berjalan dengan tangan penuh mainan.

Kakak pun pandai. Lepas adik bagi mainan, tahu dia cakap, 'tima acih adik...'

Tu la dia.. bila masa berbaik tu.. elok je main bersama. Kalo tidak.. bergaduh je kejenye... Dah nama pun adik beradik kan.

Monday, October 1, 2012

Berhujung minggu di Lawas, Sarawak

Lawas, Sarawak


Hujung minggu baru ini en big boss membawa kami berjalan-jalan ke Lawas di Sarawak. Teruja tau sebab ini kali pertama kami bertiga menjejaki Sarawak. En big boss lak walaupun ini kali pertama jejak Lawas dia dah pernah pergi Kuching sebelum ni.

Lawas ni terletak di antara Sabah dan Brunei. Kiranya kalau kita nak ke Brunei dari Kota Kinabalu bolehlah melalui Lawas. Lawas ni jauhnya kira-kira 2 jam setengah dari Kota Kinabalu. Untuk sampai ke Lawas dari KK, kita akan melalui antaranya Papar, Beaufort, Sepitang dan Sindumin. 

Sepanjang perjalanan dari KK ke Lawas jalannya elok. Macam jalan lama nak balik kampunglah kalau di semenanjung tu. Pemandangan pun kita akan nampak sawah padi, kelapa sawit dan semestinya gunung-ganang.

Walaupun perjalanan dari KK ke Lawas ni dikatanya 2 jam setengah je, perjalanan kami mengambil masa 5 jam!! Nanti Norsi cerita macamana perjalanan kami boleh jadi berjam-jam macam tu sekali. Apapun, seronok sekali sekala dapat berjalan-jalan santai macam ni. 

Terima kasih ye en big boss!!


Thursday, September 27, 2012

Lind Handmade Sep'12 Blog Giveaway

Dah lama dah nak join Lin Handmade Sept'12 Blog Giveaway ni. Tapi dok bertangguh2 je. Skalinya tadi teringat. Eh.. hari ni dah berapa haribulan? Sib baik sempat lagi. Norsi ni excited nak join sebab hadiahnye best. Stamping set tuhhhh!! Mana la tahu ada rezeki lagi kan (^_^)



The closing date will be end of Sept'12. Sempat lagi ni kalo kengkawan nak join. Jom!

Monday, September 24, 2012

Playing pretending

Sakinah is playing pretending. She is the doctor in the house.
She took her toy cup and check mum's ears with the cup (while pretending the cup is the torchlight). Decided that mum's ears are in good condition.
Took hold of mum's fingers. Decided that mum had thorn in her fingers. Gently blow mum's finger before using her toy tweezers to took out the torn. 

Ohhh.. so sweet. 

Ni pengaruh Doc McStuffin la ni. Heh.

Ikhwan? Playing pretending will usually mean he is the Ultraman and mum and sister will forever be the dinosaur. Roaarrr!Roaarr! Heh.

Great.. we got doctor, ultraman and dinosaur in the house!

Disebabkan mak ngn kakak dinosor, kenalah comey kan. Hehe
Comey betul doktornye. Mesti teddy tu cepat baik. Hehe.


Ikhwan bila jadi Ultraman muka lagi garang dari Ultraman sebenar. Hehe.

Sunday, September 23, 2012

They are sibling after all

Duduk berdua di satu kerusi..
Sekeping biskut kering dikongsi bersama..
Sambil menonton Spiderman sambil memberi komen..

Alahai comelnye anak-anak mak...

Sayangnya takde kamera nak amek gamba. 

Thursday, September 20, 2012

Percubaan pertama Sakinah tak pakai pampers

Sakinah dah tiga tahun lebih. tapi masih tak pandai nak bagitau bila nak buang air kecil. Air besar apatah lagi. Sebelum ni sekali sekala ada juga Norsi sengaja pakaikan Sakinah napkin sahaja, biar dia pandai bagitau bila dia rasa basah. Tapi hampeh. Sampai napkin tu lencun idok dibagitau maknye ni ha.

Jadi semalam Norsi tekad. Bagi Sakinah pakai seluar aje. Takde pampers. Takde napkin. Beria-ria pesan.. 'kakak kalau nak shuu bagitau mak. kakak shuu dalam bilik air.'  Sekalinya bila dia buang air kecil, Sakinah cakap.. 'mak, licin'. Dibagitau nye lantai licin sebab dah basah dek shuuu nya. Bukan nak cakap dia buang air kecil. Aduhlah anak. 

Takpe. Kami tak putus asa. En big boss pun semangat nak ajar Sakinah buang air kecil dalam bilik air. Siap bawa Sakinah masuk bilik air terangkan 'kakak shuu kat sini'. Kali ini, ada pencapaian sikit. Walaupun lepas buang air kecil dalam seluar baru nak bagitau, sekurang-kurangnya bagitau dari dulu langsung tak cakap.

Hari ni Sakinah masih dalam proses percubaan tak pakai pampers. Tapi nampaknya tak sampai petang dah kena pakai pampers balik dah ni. Sebab seluar dah nak abis. Yang maknya ni pun satu. Waktu musim hujan sejuk2 ni la nak ajar anak tak pakai pamper. Dah la takleh sidai baju dan baju yang dibasuh pun susah kering, yg Sakinah pun sejuk mesti la asyik nak terkucil aje. Haha.

Takpelah. Kakak.. chaiyok!

My big girl.. you can do it kakak!

Wednesday, September 19, 2012

Peringatan buat diri

Muhasabah diri. 
Tertampar dengan hakikat diri yang tipis benar kesabarannya.
Lalu.. peringatan buat diri..

Taken from FB

Wednesday, September 12, 2012

Bila malas dah datang

Kebelakangan ini tiada mood untuk menulis di blog. Dan hari ini sibuk mencari ilham kad. Mencari kad yang ringkas dan mudah dibuat. Untuk apa? Nantilah kalo dah berjaya buat baru cerita. Takut hangat2 tahi ayam je ni karang. Hehe.


Friday, August 31, 2012

Lirik Doa Di Hari Mulia - Uji Rashid




Ku kirim di angin lalu,
Sampaikan salam wahai kasihku,
Tak jemu aku menunggu,
Wajahmu dalam impian,

Ku pujuk hati nan duka,
Ku belai kasih untuk satria,
Ku rela dikau berjuang,
Membela nusa dan bangsa,

   Di hari yang mulia ini,
   Kau jauh di perbatasan,
   Ku iring doa dan restu,
   Baktimu jadi sanjungan,

   Terdengar bisikan rindu,
   Suaramu sayu memanggil daku,
  Tabahkan hatimu sayang,
  Ku nanti dikau kembali..

Wednesday, August 29, 2012

The little assistant

Si emak tengah sedap mengadap komputer, anak-anak? Lipat baju. Hahaha. Habis satu ruang tamu bersepah dengan baju. Manakan tidak, lipat satu baju letak sini, lepastu baju lain letak tempat lain pulak. Hai la anak.

Ikhwan semenjak kebelakangan ni memang rajin menolong lipat baju. Pandai dia lagi lipat baju dari kakaknya. Ikhwan kalau dah lipat baju memang Norsi tak betulkan dah. Yg dia lipat tu la Norsi masukkan dalam laci (^_^) Ehhh.. bukan sebab maknya malas ye.. tapi sebab terharu dia pandai lipat. 'Pandai lipat' dari sudut seorang budak kecik la kan. Lagipun Ikhwan memang tak bagi dah maknya pegang baju yg dia dah lipat. Haha. Kalau nampak maknya nak lipat balik memang menjerit la dia tak bagi.

Minta-minta rajin sampai besar. Nanti tak payah la maknye lipat baju dah. Semua tolak kat Ikhwan je. Hahaha ;p


Sunday, August 26, 2012

Food-fest for me

On the first weekend of raya, while others busy visiting family and friends, we in the other hand had a family day out. Thanks to en big boss that had kindly offered to bring us out for breakfast yesterday, I had a wonderful eat-all-you-can feast. I had nasi lemak, fried beehun, croissant with butter+jam, fruits, scrambled eggs, fish chips, kidney beans, sausages.. and it's only for breakfast!! Tamak eh! Well.. truth is I had a small portion of everything but it still so tamak kan. hehe.

Thanks my dear en big boss. It's it so nice of you to give me a break from all the keje dapur yesterday. Lain kali bole gi makan2 lagi eh. Hehe.


p/s : boring lak asyik entry takde gambo. jadi amek gambo dari google. heh.


Croissant

Nasi lemak


Tuesday, August 21, 2012

Aidilfitri 1433 kami

Salam Aidilfitri buat kengkawan. Dah Aidilfitri ke 3 barulah berkesempatan mengemaskini blog. Nak tulis ucapan raya sebelum raya haritu pun tak sempat :)

Aidilfitri kali ini kami sambut di KK jadi persediaan raya memang kami suami isteri yang kena handle. Selalunya jadi pembantu mak je :) jadi terasalah sangat sibuknye ;p

Kami mula sibuk hari Sabtu. Pagi Sabtu baru nak beli bahan-bahan utk lauk pauk raya. Malam baru nak mula masak hidangan raya tapi petang tu dah kelam kabut kat dapur. Mana taknya, Norsi masak untuk berbuka sambil buat biskut raya. Semuanya gara-gara buat kuih gunting tapi lupa letak garam. Haha. Jadinya biskut raya cuma ada biskut kelapa permata yang buat aritu. Maka gigihla Norsi buat kuih sejenis lagi. Kali ni buat biskut chocolate chip resepi mak bagi. Alhamdulillah, elok menjadi. 

Malam raya tu sambil Norsi bertungkus lumus di dapur, en big boss diberi mandat kemas ruang tamu. Terima kasih atas usaha en big boss, ruang tamu kami bersedia menerima tetamu di pagi raya. Hehe.

Juadah raya kami - ketupat plastik (heh. ketupat segera), lemang (nasib ada member en big boss yang menjual lemang buluh, kalo tak lemang pun segera jugak.hehe), kuah kacang, rendang dan masak lodeh. Kuih pula sekadar 2 jenis bersama-sama muruku yang dibeli. Sederhana sahaja tapi cukup bagi Norsi. 

Apa pula juadah raya kengkawan?

Thursday, August 16, 2012

Biskut kelapa permataku

Akhirnya, beberapa hari sebelum raya, berjaya buat sejenis biskut raya *self pat on the shoulder* (German cookies aritu tak kira sebagai biskut raya sebb abis dikerjakan dek Ikhwan. heh). Semalam berjaya buat biskut kelapa permata (resepi dan peringatan buat diri disini). Sambil dibantu oleh penolong 2 orang ni, berjaya juga menyiapkan satu adunan biskut kelapa. Dapatlah dalam satu balang kecil. 

Bagi Norsi biskut ni agak manis jadi di masa akan datang kenalah kurangkan sedikit sukatan gulanya. Sakinah dan Ikhwan pun walaupun suka makan, tapi lepas makan biskut ni mesti nak minum. Manis agaknya. Walaupun begitu biskut ni elok je rangupnya, tak keras sangat. 

Misi seterusnya.. akan cuba buat sejenis biskut lagi. Kali ni nak cuba buat yang pedas lak. Asyik buat biskut manis je kang ada yang komplen lak (sapa lagi, en big boss le. Bising anaknya asyik makan benda manis. hehe)

*again, no picture. I had only my phone to take picture and it refuse to recognize the memory card hence not enough memory to take picture. apa la telefon ni kan. org bagi kad memori pun taknak ;p

Wednesday, August 15, 2012

Persiapan yang tak berapa nak siap lagi. hehe

Tak sampai 5 hari lagi nak raya. Persiapan kami.. tak sampai 50% lagi pun. Hehe. Kuih raya baru buat satu je.. tu pun dah abis Ikhwan makan. Nak order.. tahun ni raya ni KK jadi kalo nak beli kena pos pula. Takut hancur lak. Jadi kena la buat. sejenis dua pun jadi la. Tapi.. sampai la ni tak buat lagi ni. Pasal apa malas sangat ni? *wink*

Kengkawan lak macamana? Dah banyak yang dah siap?

Tuesday, August 14, 2012

Takde air (lagi)

Aduhlah hai.. pagi ni takde air lagi. Nampaknya mmg dua tiga hari ni akan takde air waktu pagi. Tu pun nasib baik petang dalam pukul 2 dah ada air. Tapinya lah haiiii.. airnya kecik dan berpasir. Kena bersedia tadah air banyak2 ni. Buatnya takde air di hari raya.. haru!!
Takpe la. Sekurang2nya dorang prihatin juga. Sebelah petang ada air kan dari takde air langsung berhari2. Mau nangis Norsi. Hehe.

Monday, August 13, 2012

Yeay.. I am back!

Alhamdulillah, setelah berhari-hari akhirnya dapat 'online' balik. Semuanya gara-gara laptop jahanam dikerjakan Sakinah dan Ikhwan. Berebutkan laptop.. sorang nak tengok ultraman, sorang nak tengok angry bird, tau-tau dengar bunyi berdentum, laptop jatuh. Habis.. laptop tak boleh 'on' dah. Termenung lagi abahnya.

Hujung minggu baru ni barulah dapat gi betulkan. Nasib baiklah cuma hardisk je yang rosak. Bolehlah ganti terus. Kalo tak, takde laptop terus la jawapnya.

Bila takleh 'online' ni, rajin la sikit nak buat biskut. Akhirnya berjaya buat biskut Jerman. Sakinah dan Ikhwan la tukang tolongnya. Seronok dorang jadi tukang ayak tepung dan tekan garfu kat biskut yang dibulat-bulatkan. Norsi buat satu adunan je sbb nak cuba dulu. Bagi Norsi biskut ni masin skit. Rasa butter. Samaada Norsi terlebih butter takpun sbb Norsi membayangkan biskut ni manis cam biskut suji, jadi terkejut sikit bila rasa butter lebih.

Itu je la biskut yg ada buat masa ni. Hehe. Nak kena cari mood ni untuk buat biskut lain pula. Tapi mungkin kemudian. Hari ni takde air. Hari Sabtu hari tu dah takde air sekali. Hari ni takde air lagi. Sabtu lepas ada juga notis pemberitahuan di hantar, kali ni tau2 takde air je. Hadooiii.. camne nak masak ni?

Tuesday, August 7, 2012

Duhai radio, pasanglah lagu raya

Sedang mendengar radio dengan harapan dapat mendengar lagu raya. Tahun ini kami raya di perantauan. Jadi sedang cuba mencipta suasana raya yang meriah untuk keluarga kecil kami.

*masih mencari mood untuk membuat kuih raya*

Monday, August 6, 2012

Seems like a long weekend

Silent for a few days. A lot had happen. No mood to blog.

Ikhwan kena hempap dek almari laci (almari baju). Sib baik tak pape.
Sakinah demam. Panas mencecah ke 39.5'C. Alhamdulillah dah surut.
Perancangan nak melawat baby baru berhalangan. Tertangguh lagi. Dah lebih sebulan dah babynye.
Dah 3 4 ari Sakinah ikut bangun sahur. Takat bagun sahur je la. Puasanya belum pandai lagi.

Oh.. hari ini Nuzul Al-Quran. 17 Ramadhan. Ramadhan berbaki 2 minggu lagi.

Thursday, August 2, 2012

Hatiku yang berbunga.. hehe

Kelmarin berakhirnya Lin Handmade July 2012 GiveAway. Alaahh.. Entry Norsi yang ini. Konon2nya berharap Norsi cukup bertuah untuk menang kad ungu yang marvelous tuh. And you what? I AM lucky enough to win the card!! Weeeeee!

Bila tengok keputusan,


Lucky Number 40!! Miss Norsi!! Norsi dah menjerit dalam hati (nak jerit kuat2 x leh. Kang ada orang terkejut lak sesubuh hari ni ada orang menjerit. hehe). Tak sangka dan sangat2 excited!!

Tercapai gak akhirnya hajat Norsi nak kad ni. Thanks a lot Lin!!

p/s : Ni kali kedua Norsi bertuah dalam giveaway. Yang pertama dulu dapat saguhati dalam giveaway anjuran JemariAsmara. Seronok :)

Saturday, July 28, 2012

Malas

Hari ni Norsi isytiharkan hari malas Norsi. Hehe. Konon nak buat biskut, tapi malas. Ni pun dah ada rasa malas nak masak ari ni. Baru tengahari dah rancang nak beli juadah berbuka kat Pasar Ramadhan je. Hehe. Tapi sebenarnya nak keluar pun malas jugak ni. Hahaha.. dahsyat punya malas ;)

Friday, July 27, 2012

Petua : Mengelakkan tumbuhan organik dari diserang serangga

Asyik letak resepi je kali ni nak letak petua lah pula. Baru-baru ni Norsi ada tertengok AFC (Asian Food Channel). Masa tu rancangan '5 Rencah 5 Rasa' dan kebetulan masa tu pengacaranya bagi petua nak elakkan tumbuhan organik dari diserang serangga perosak. Senang je petuanya.

Tumbuk serai dan bawang merah. Rendam serai dan bawang merah tadi dalam air selama 3 jam. Lepas tu bolehlah percik air rendaman tu pada tumbuhan organik.

Norsi ingat nak cubalah petua ni. Tapi bukan kat tumbuhan organik. Nak cuba kat pokok limau purut yang dah togel diserang serangga. Udahlah pokoknya tak lebat langsung.

Jom kita cuba jom.

Thursday, July 26, 2012

Resepi : Biskut Kelapa Permata

Bersemangat betul Norsi cari resepi biskut raya. Hehe. Minta2 semangat nak buat pun sama berkobarnye. Hehe.

Ok. Kali ni resepi biskut kelapa. Norsi pilih resepi ni sebab cara dan bahannya yg ringkas.

Biskut Kelapa Permata
Resepi Asal : Hanieliza's Cooking

Pun Norsi copy bulat2. Kang pandai2 tukar tak menjadi lak biskutnya nanti. Hehe.

*update pada 16/8/12, akhirnya berjaya buat biskut ni. jadi Norsi tulis peringatan untuk rujukan sendiri dimasa depan

Bahan-bahannya
  • 250g butter
  • 200g gula kastor - biskut ni agak manis. jadi pada yg kurang gemar manis eloklah dikurangkan sedikit sukatan gulanya
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan kelapa kering -kelapa kering tak cukup jadi norsi lebihkan sedikit sukatan tepung 
  • 1 cawan tepung ubi diayakkan bersama 1 1/2 cawan tepung gandum
  • bahan hiasan ceri merah dipotong kecil
Cara-caranya
  • Tepung yg telah diayak digaulkan dengan kelapa kering supaya sama rata.
  • Pukul butter dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan kelapa yang telah digaul rata dengan tepung tadi.
  • Gaulkan sehingga menjadi doh lembut.
  • Canaikan dan teraplah mengikut acuan kegemaran - Norsi uli bulat2 pastu penyekkan. Adunan yg Norsi buat agak lembut untuk dicanai. Mungkin sbb terkurang kelapa kering.
  • Hiaskan dengan ceri merah dan bakar selama 15-20 minit dalam suhu 180'C.
  • Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
* masa membakar, biskut norsi mengembang sekali ganda. agaknya sbb adunan norsi kekurangan kelapa parut. jadi elok buat bentuk yang kecik2 je dan tidak terlalu tebal.
  

  

Wednesday, July 25, 2012

Resepi : German / Dutch Cookies

Bulan-bulan puasa ni rata2 blog penuh dengan menu dan resepi2 untuk berbuka puasa. Seronok blogwalking sambil cari ilham untuk berbuka. Hehe.

Tapi kali ni Norsi nak letak resepi biskut. Belum cuba buat pun lagi. Tapi nak letak resepi kat sini supaya senang cari bila nak buat biskut sok. Resepi pertama :

German / Dutch Cookies
Resepi Asal : E-na Lovely Kitchen

Norsi copy bulat2 resepi E-na ni.

Bahan-bahan:
  • 125 gram butter
  • 125 potato starch / tepung kentang
  • 80 gram tepung gandum
  • 40 gram gula icing (E-na guna powdered sugar)
Cara-cara:
  • Ayak tepung kentang bersama tepung gandum. Ketepikan.
  • Putar butter dan gula icing sehingga putih dan kembang.
  • Masukkan campuran tepung yang telah di ayak dan gaul rata menjdai doh yang lembut.
  • Bulatkan menjadi sebiji doh besar.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  • Kemudian scoop adunan menggunakan 1/2 sudu besar.
  • Bulat-bulatkan dan susun di atas tray pembakar.
  • Celup garfu di dalam air dan tekan di atas bebola tadi sehingga membentuk corak.
  • Tabur chocolate rice coloured di atasnya. Boleh juga dibiarkan kosong atau di tabur apa sahaja bahan yang anda suka.
  • Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 - 20 minit.
  • Sejukkan di atas redai.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara.

Sunday, July 22, 2012

Buat tatapan

Alhamdulillah, sudah masuk hari kedua Ramadhan. Setakat ini, menu berbuka dan sahur kami sangat2 ringkas. Kengkawan pula macamana?

Lama rasanya tak letak gamba di blog. Selongkar balik folder gambo lama2 terjumpa beberapa gambo sekitar KK yg belum Norsi letak. Moh cuci mata moh.

Lok Kawi Wildlife Park entrance

Kandang monyet di Lok Kawi Wildlife Park

Sepetang di Tanjung Aru
Penonton menari bersama sewaktu Tarian Kebudayaan Taman Buaya Tuaran

Friday, July 20, 2012

Resepi : Nasi Tomato

Buat julung-julung kalinya Norsi letak resepi di sini. Hehe. Sebagai rujukan di masa depan.

Kisahnya bermula dengan seorang sahabat juga jiran yang memberi kami bubur durian. Dah seminggu lepas dah. Nak pulangkan bekas takkan nak bagi bekas kosong macam tu je kan. Puaslah dok pikir nk bagi apa kan. Dan kebetulan masa terjah blog Ana Suzana, Ana update resepi nasi tomato. Ohh.. pucuk dicita ulam mendatanglah :)

Jadinya hari ni Norsi pun masak Nasi Tomato. Alhamdullillah, en big boss siap pesan, 'lain kali masak nasi tomato masak yg macam ni' (sodap la tu. hehe). Jadi supaya Norsi tak lupa, Norsi update resepi tu kat sini. Senang sok-sok nak tengok kan. Jadi inilah dia resepi Nasi Tomato cara Ana Suzana. (Bagi yang nak mencuba, Norsi cadangkan tengok kat blog Ana, dia siap snap gamba satu persatu tau. Memang rasa senang je nak buat kalo tengok kat blog Ana ni).

Nasi Tomato ( utk 4-6 org makan)
Resepi Asal : Ana Suzana

Bahan - bahan :

6 pot beras wangi/biasa. Basuh dan toskan. - Norsi guna beras biasa je

1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar butter/marjerin - Norsi guna butter. Disejukkan pada suhu bilik.

2 biji bawang merah sederhana besar - Norsi guna sebiji bawang besar je
3 ulas bawang putih
2 cm halia
*ketiga2 bahan ni dihiris nipis
2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga dan kayu manis

2 biji tomato dibuang biji dan dipotong dadu - Norsi pakai tomato kecik jadi Norsi guna 4 biji

Sehelai dua daun pandan disimpul

100ml atau Setengah cawan susu cair

2 ketul pati ayam

4 sudu besar sos tomato atau tomato puri (ataupun campur pada sukatan 3 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar tomato puri) - Norsi campur 2 sudu besar sos tomato ngn 2 sudu besar tomato puri (durhaka skit.hehe)

6 pot air (pot yg sama buat sukat beras tadi ye. Satu pot air utk satu pot beras) - Ni pun Norsi durhaka gak. Norsi letak 7 pot air sebb guna beras biasa. En big boss aaa yg suruh. Katanya untuk elakkan nasi mentah. Berkat ikut cakap suami nasi tomatonya elok je lembut walaupun tak lerai sebiji-sebiji. Hahaha.

Cara membuatnya (ayat Tok Guru Ana sebijik-sebijik Norsi amek.hehe) :

Dalam periuk lain, sila masukkan butter dan minyak sapi.. masak atas api sederhana.
Kemudian masukkan bahan2 hirisan td serta bunga lawang/kayu manis/buah pelaga.. tumis sampai bawang layu sedikit.
Kemudian masukkan pula buah tomato yg didadu dan daun pandan.. gaul2 dan biar seketika sampai tomato tu layu2 sikit.
Lepas tu masukkan pula sos tomato.. kacau lagi.
Masukkan pula susu.. kacau rata.
Masukkan air.
Masukkan 2 ketul kiub pati ayam atau pun garam.. kalau tawar pandai2 la ekjas ye.. takyah nak tunggu menggelegak sgt.. bila dah secukup rasa sila tutup je api.

Lepas tu tuang aje ke dalam periuk nasi yg berisi beras tadi.. gaul rata dan masak nasi mcm biasa.

Taraa.. siaplah nasi tomato kita. Hehe. Norsi buat ayam masak merah dan acar timun/nenas sebagai lauk nasi tomato ni. Alhamdulillah, en big boss suka.


Nasi tomato Norsi. Maaf kualiti gamba yg kureng ni.
Nasi ni merah lagi sebenarnya. Cantik je warnanya. Tapi bila amek gamba nampak pucat lak.
oh ye, pesanan tok guru Ana : gemburkan nasi dengan garfu ye, nak bagi struktur nasi lawa katanya. hehe.

Kalau kengkawan nak mencuba resepi nasi tomato ni, Norsi galakkan terjah blog Ana, lengkap step by step, siap ada gamba dari bahan sampailah nasi yg dah siap. Boleh buat menu berbuka kan? (^_^)


Cerita kami minggu lepas

Lamanya tak update blog. Tidaklah terlalu sibuk tetapi untuk mendapat masa dan mood untuk mengemaskini blog tu yang susah. Apa yang Norsi buat sepanjang minggu lalu yang macam sibuk tu? ;)

1) balik kg utk menjenguk mak. Dalm 3 4 hari je. Kami balik 3 beranak je. En big boss tak dapat balik disebabkan sibuk kerja jadi kitaorg import 'bodyguard' dr KL utk teman kitaorng. Hehe. Sebenarnya Norsi minta tolong adik amek dan hantar kitaorg. 4 kali dia turun naik kapal terbang semata2 nak teman kakak dia ni. Mekasih la adik tersayang. Hahaha.

2) bawa adik jalan2 kat sini. Alang2 sampai KK, adik Norsi amek sehari dua cuti tambahan untuk rehat2. Jadi Norsi pun bawa la dia jalan2 sekitar KK dan Tuaran ni. Kami ulang melawat Taman Buaya, Rumah Terbalik, Tanjung Aru dan lalu sebelah Jambatan Tamparuli. Nak jalan jauh sampai ke Gunung Kinabalu dan Ranau tak sempat sebab hari pertama adik Norsi demam. Letih katanya tak berehat. Mana taknya, terus menerus kerja lepas tu naik flight amek kami, esoknya naik flight lagi balik KL, pastu esoknya terus kerja 2 3 ari pastu naik flight balik untuk hantar kami pulak. Sian adikku. Susah payahmu ku kenang. Hehe.

Tu je la yang aktiviti kami sepanjang minggu lepas.

Esok insyaALLAH Ramadhan menjelang. Pasti para isteri selain sibuk nak menambahkan amalan, sibuk juga memikirkan menu untuk berbuka dan sahur kan. Tu belum lagi bab nak buat kuih dan persiapan raya tuh (^_^)

Selamat berpuasa sahabat-sahabat sekalian. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan kita yang lalu.

Monday, July 9, 2012

Lega rasanya..

Setelah lebih seminggu akhirnya mak dibenarkan keluar hospital. Alhamdulillah. Lega sangat2. Mak pun kedengaran lebih bersemangat dan ceria.

Dan hujung minggu depan insyaALLAH Ramadhan tiba. Kawan2 dah abis ganti puasa dah? (Tanya orang yg tengah kalut nak ganti puasa ni :p)

Saturday, July 7, 2012

Lin Handmade July Giveaway




Lin Handmade is having a giveaway. The price - this purple tri-shutter card. Such a wonderful card. Wish I could make a card like this. Well, perhaps I'm lucky enough to win this one instead (^_^)

This giveaway is open all July long (udah namanya pun July giveaway kan). Wanna to join? Just click the picture!!

Friday, July 6, 2012

Gusarnya hati

Emak sudah beberapa hari masuk hospital. Menjalani pembedahan kecil. Namun dengarnya hingga ke hari ini doktor masih belum berpuas hati dengan kadar kesembuhan luka pembedahan. Lalu masih di tahan di wad sehingga kini.

Adat orang duduk di hospital, manalah hati nak tenang. Sedang kita yang tidak di hospital ini pun risau, apatah lagi yang sedang ditahan. Badan yang hampir segar pun boleh longlai dek hati yang rawan.

Gusarnya lah hai.

Akhirnya..

Lama Norsi tak update blog. Semuanya gara-gara si Ikhwan mengumpil keyboard laptop. Habis huruf2 tercabut. Sampai termenung lah si abahnye mengenangkan harta benda yang asyik jahanam di kerjakan dek Ikhwan. Tapi terima kasih kepada kecekapan Norsi (muaahahahaha), berjaya pasang balik huruf2 yang tercabut. Hahaha. Cekap la sangat.

Akhirnya boleh la update blog. Tapi masih sedih sebab masih takleh upload gamba dari tipon, jadilah entry tanpa gamba buat sekian kalinya..

Tuesday, June 26, 2012

Nak masak apa ye?

Alahaii.. malasnya terasa hari ni. Dah menjelang tengahari masih tak tahu nak masak apa. Jadi buka komputer tengok blog masakan. Cari ilham kononnya. Hehehe.

Tengok orang buat pajeri nenas.. sedapnyeeeee tapi takde nenas pula untuk dimasak. Nampaknya kena la cari idea lain. Masak kurma pun sedap juga kan? Ke masak asam? Hemphhh.. rambang mata pulak. Hehehe.

Sunday, June 24, 2012

Anak-anak

Ikhwan nampaknya tak apa2. Cuma sesekali dia akan duduk diam dan pegang kepala tempat yang terhantuk tu.


Sakinah pula nampaknya ada belajar perkataan baru. 'mishin'. Smalam dia minta susu. Pastu sibuk cakap, 'mishin'. Puaslah Norsi fikir.. apa kebenda la 'mishin' tu. Mesin ke? Rupa2nya dia cakap beg susu dia 'missing' (maknya alih beg ke tempat lain). Hamboii.. Norsi pun terkejut Sakinah faham perkataan 'missing'. Belajar dari tv tu.


Lega melihat anak-anak sihat dan gembira.



Saturday, June 23, 2012

Kerisauan

Risau pulak tengok keadan si Ikhwan. Tadi terantuk dalam kereta. Dia duduk di belakang, tapi berdiri di tengah2 (ala.. tgh2 antara tempat duduk pemandu ngn penumpang depan). Skali Norsi brek (iyee.. maknye ni haaa yang bawa kete) dia terpelanting dari belakang tu ke depan, kepala terantuk kat dashboard dan tercampak ke tempat duduk penumpang di depan. Camtu punya dahsyat.

Lepas terantuk tu dia menangis lepas tu senyap tiba2. Hooo.. risau Norsi. Ingat dah pengsan ke apa. Tapi tengok takde pape pun. Tu yang dok pantau tgk keadaan dia ni.

Hai.. risau.. risau..

Friday, June 22, 2012

At last.. me time!

Kanak-kanak riang ria dua beradik dah tido. Dapatlah Norsi sedikit 'me time'. Alahaiii.. lamanya tak update blog. Maklumlah proses kemas mengemas rumah masih berjalan. Barang2 utama dah kemas, tinggal yg kecik2 je. Jadi buat perlahan2.

Leganya bila dah selesai berpindah ni (walaupun belum 100 %). Sakinah dan Ikhwan pun nampaknya selesa juga di rumah sewa baru ni. Alhamdulillah.

Kami masih dalam proses penyesuaian, but we'll manage.


Saturday, June 16, 2012

Singgah sekejap

Alhamdulillah.. telah selamat berpindah. Tapi masih belum siap mengemas sepenuhnya. Rumah masih bersepah sana sini.

Bila dah berpindah ni banyaklah hal yang berlaku. Mungkin nanti2lah akan diceritakan. Online sekejap untuk check email. Amek kesempatan update blog.

Till next time.. daaa.

Tuesday, June 12, 2012

Ku masih di sini

Ah.. Norsi masih di sini (^_^)


Sesi mengemas masih berlangsung. Rumah dah tunggang langgang tapi masih sempat mengemaskini blog. Hehe.


Tarikh berpindah masih tergantung jadi takde la pulun sangat mengemas barang2. Ini la bahananya nak berpindah di saat jadual kerja en big boss dah mula padat. Hari A kena keja malam la, hari B kena keja dari pagi sampai malam la, hari C kena bertugas la... maka jadilah kami.. 'tgklah kalo sempat'..


Bila dah macam ni Norsi mengemas pun tak lah kelam kabut sangat. Sib baik barang2 memang bnyk yg dah tersedia dalam kotak. Cuma perlu mengemas barang kegunaan harian je. Dan bila dah kemas mengemas ni barulah terperasan, banyak juga hadiah kawen yg masih belum dibuka. Terutamanya gelas. Haaa.. bolehlah guna set gelas baru di rumah baru nih. Hehehe.

Ni bukan set gelas yg Norsi ada. Hehe
sumber
OKlah. kena sambung mengemas ni (errr.. lebih kepada menunggang langgangkan rumah rasanya.hehe).

Monday, June 11, 2012

Perancangan yang bertukar

Dah macam tajuk novela indonesia 'Putri yang tertukar' tu pulak. Hehe.

Sebenarnya telah berlaku perubahan perancangan dalam urusan berpindah kami. Asalnya kami telah bersetuju untuk menyewa sebuah rumah ni. 1/6 dari deposit pun dah dibayar. Dan seharusnya sekarang ini kami sudah dalam proses berpindah. Tetapi disebabkan beberapa isu, kami tidak jadi menyewa rumah terbabit. 'Burn' macam tu je deposit awal kami.

Maka bermula semula operasi mencari rumah sewa. ALHAMDULILLAH, ALLAH perancang terbaik. Biarpun dengan sekatan masa, usaha mencari berhasil. Dan sekarang kami masih merancang masa berpindah yg terbaik.

Jadi buat seminggu dua ini akan berkuranglah aktiviti berinternet kerana seharusnya Norsi sibuk mengemas (seharusnyalah kan. hehe). Semoga semuanya berjalan lancar. Doakan ye kawan2 (^_^)

InsyaALLAH..

Monday, June 4, 2012

Cuti dah habis

Setelah seminggu bercuti di Semenanjung, Ahamdulillah semalam selamat tiba di rumah hampir jam 2 pagi. Gara-gara penerbangan yang tertangguh.

Seminggu di Semenanjung memang terasa sekejap. Beberapa hari di kampung en big boss dan selebihnya di rumah Norsi pula. Hendak menyinggah di rumah adik beradik yang lain pun tak sempat. Memang selalunya begitulah.

Balik dari bercuti ni akan sibuk dengan hal berpindah pula. Penat pun masih belum habis ni :)

Wednesday, May 30, 2012

Cuti-cuti

SEDANG BERCUTI


Sebelum menyambung kesibukan berpindah randah... kita cuti dulu. Hehe (^_^)

Sekadar gambar hiasan. Pemandangan dari Anjung Rasa, Tanjung Lipat
Sekadar gambar hiasan. Pemandangan dari Anjung Rasa, Tanjung Lipat
-this is scheduled entry-

Monday, May 28, 2012

Random pics of KK

Tidak mahu blog ini terbiar sepi, entry sekadar gambar tempat2 di sekitar Kota Kinabalu.

Anjung Rasa, Tanjung Lipat. Tempat makan tepi laut. Cuma dibuka waktu malam

Padang futsal di Yayasan Sabah

Growball Cinemax, Centrepoint.

Friday, May 25, 2012

Kesibukan yang berterusan

Alhamdulillah kami berjaya mencari rumah sewa yang baru. Selepas ini sibuklah kami berkemas untuk berpindah. Nak nak pula jadual kerja en big boss yang padat masa minggu yang sepatutnya kami berpindah tu.

Lepas ni makin kuranglah Norsi update blog. Nak tukar talian ke kediaman baru mau makan seminggu dua juga ni mengikut pengalaman kami yang dulu. Banyak betul yang perlu diuruskan ni.

Semoga semuanya dipermudahkan.

Sunday, May 20, 2012

membuat keputusan

Membuat keputusan.. perlu menilai dari pelbagai sudut. Menimbang baik dan buruk. Cuba melihat lebih jauh. Kerana kita selalunya inginkan keputusan yang terbaik buat kita.

Dan saat keputusan telah diambil... apa yang perlu hanyalah berfikiran positif yang segalanya akan baik2 belaka. Jangan dipandang pilihan lain yang tidak diambil, jagan berfikir yang ianya MUNGKIN lebih baik jika keputusan yang satu lagi diambil.

Yakin, ALLAH tahu yang terbaik buat kita.

-entry ini sebenarnya peringatan buat diri sendiri-

Wednesday, May 16, 2012

Aduhlahhh Sakinah

Sakinah makan biskut cicah air anggur. Aduhlahhh anak.. tak tahu nak menangis ke ketawa ni :)

Al-kisahnya Ikhwan nampak jus anggur di almari, lalu dimintanya. Norsi bancuh sedikit untuk Ikhwan. Nampak dek kakak, dimintanya juga. Norsi pun bancuhlah juga untuk si kakak. Sakinah ambil cawan dari tangan Norsi, terus duduk dan cakap, 'mak, nak biskut'.

Norsi pun cakaplah yang air ni bukan untuk makan dengan biskut. Ni air sirap (nak bagi dia paham). Sekalinya Sakinah bangun dan ambil sendiri biskut dari dapur. Sudahnya habis dua keping biskut dimakan dengan dicicah air anggur.

Alahai kakak.. cicah air anggur pun air anggurlah.. asalkan kakak kenyang (^_^)

Monday, May 14, 2012

Kerunsingan

Hujung minggu kami dipenuhi dengan aktiviti mencari rumah. Habis taman2 disekitar sini kami pusing. Kalau2 ada iklan rumah untuk disewa. Iklan di internet sudah semestinya ditengok. Kerja kami, tengok sana sini pastu telefon.

Pilihan semestinya ada. Tapi harga.. memang kena fikir 30-40 kali. Permintaan kami tidak tinggi. Cukuplah sekadar rumah yang sewanya berpatutan dengan keadaan rumah dan dalam kemampuan kami.

Dan nampaknya isu rumah sewa telah mengheret pula isu baru yang perlu dipertimbangkan. Yang membuat Norsi serba salah.

-perlu bertenang dan berfikir yang sebaiknya-

Friday, May 11, 2012

Nasib kami orang menumpang

Pepagi lagi en big boss dah telefon dari tempat kerja. Ada berita besar katanya. Dan masa diberitahu, Norsi masih tenang. Malah masa letak telefon pun Norsi masih tenang. Until the news slowly sinking in.

Tuan rumah nak jual rumah.

Benda yang ringkas.. tapi besar bagi kami yang menyewa ni.

Maklumlah.. kami ini menumpang di rantau orang. Tinggal disini memang menyewa je la. Hendak membeli rumah, terlalu banyak yang perlu dipertimbangkan.

Ketepikan susah payah untuk berpindah, sejujurnya, menjadi berat bagi kami kerana kami benar2 suka dengan rumah ini. Telah benar selesa di sini. Kedudukannya yang strategik - untuk ke tempat kerja mahupun ke bandar. Sewanya juga agak murah. Dan yang paling penting, anak2 sudah selesa di sini. Terutama Sakinah.

Tidak menyalahkan tuan rumah kerana ingin menjual rumah ini, tetapi sedih betul bila mengenangkan angan2 kami yang memang bercadang menyewa di sini terus hingga en big boss berpindah semula ke Semenanjung.

Nampaknya kenalah house hunting semula.