Friday, March 24, 2017

Cuti sekolah

Cuti sekolah.
Bila tiba cuti sekolah, maknanya...
Rumah rupa tongkang pecah hari-hari. Kemas la macamana pun, tak sampai sejam dah tunggang langgang semula.
Lantai toksah harap nak licin berkilat. Mop pagi ni takdan tengahari dah rupa belacan balik.
Mak orang paling glamer. Kejap yg tu panggil. Kejap hat ni cari. Kejap yg hat nun minta tolong. Kang hat ni mengadu.
Bertuah la umah nak sunyi sepi. Gegak gempita senantiasa. Mana yg bertekak adik beradik, mana yg menjerit meraung diusik kakak dan abg. Tu belum maknya bertempik jadi singa.

Tapi bila cuti sekolah juga maknanya...
Tak perlu kelam kabut masak, hantar amek anak pegi sekolah. Boleh wat keje slow-slow takyah terkejar2.
Extra hand at home. Yg kakak abg boleh dah diharap tolong mak sikit2. Tolong tgk adik masa mak masak. Tolong angkat baju.
Main sama2. Waktu ni la bebudak ni nak relaks berkawan bermain adik beradik.

Nikmat ALLAH.

Thursday, March 23, 2017

Kisah cabut gigi

Baru-baru ni Norsi kena cabut gigi. Dua batang skali 😭😭
Norsi memang takut nak cabut gigi. Masa kecik2 dulu ada pengalaman tak best cabut gigi jadi fobianya sampai ke tua ni. Takut punya pasal, sepanjang gusi nak baik tu mmg hati tak tenteram. Asal sakit sikit je susah hati. Takut serpih gigi tertinggal la, takut kena dry socket la, takut gusi x baik la. Jadi untuk tenangkan hati yg gundah gulana, Norsi cari dalam internet. Apa yg patut kita jangka bila cabut gigi. Jadi Norsi listkan kat bawah ni apa yg patut kita jangka bila cabut gigi berdasarkan pembacaan dan pengalaman Norsi. What to expect when extracting tooth.

Sebelum dan semasa cabut gigi
🌸 Seelok-eloknya makan dulu sebelum cabut gigi. Kang dah cabut gigi xleh makan dah. Bole makan benda lembut2 je.
🌸 Bagitau doktor sekiranya ada ambil apa2 ubat atau alahan ubat.
🌸 Semasa cabut gigi, yg penting kena rileks (kata org yg sikit lagi nak nangis masa cabut gigi. Heh).  But seriously, keep calm. Sebab bila kita tenang, badan kita jadi rileks dan lebih mudah doktor nak cabut gigi.
🌸 Masa cabut gigi doktor tak bagi pejam mata. Tengokla mana2 yg nak tengok. Jangan tengok lampu tu pulak. Silau ooo (again, own experience).
🌸 Sepatutnya masa doktor cabut gigi tu kita tak rasa sakit (sebab dah bagi ubat kebas kan). Kita mungkin akan dengar bunyi krok krek krok krek doktor mengerjakan gigi kita tu tapi tak sakit. Tapi kalo sakit, angkat tangan. Betul ni. Doktor tu pesan suruh Norsi angkat tangan kalau sakit.

Selepas cabut gigi
🌸 Secara asasnya, ikut pesan doktor. Gigit kapas, tukar setiap 20 minit lebih kurang, elakkan makanan keras dan panas, kurangkan meludah, jangan minum pakai straw, jangan usik tempat cabut gigi tu (dengan lidah pun takleh) dan banyakkan rehat untuk hari pertama cabut gigi tu.

And this is a few extra tips that I got that help me to relax and not freaking out during the recovery time.
🌸 Kumur dengan air garam 24 JAM SELEPAS cabut gigi. Hari pertama cabut gigi kita tak digalakkan berkumur. Sebab masa ni 'blood clot' terbentuk. Blood clot ni penting untuk pemulihan kawasan gusi yg terdedah tu. Lepas sehari, elok berkumur dengan air garam (setengah sudu garam dicampurkan dengan secawan air suam). Kumur perlahan-lahan.
🌸 Bagi sesetengah orang, gusi mungkin akan bengkak. Mengikut apa yg Norsi baca (dan pengalaman sendiri juga) gusi mungkin bengkak sikit sehari dua lepas cabut. Bengkak tu sepatutnya berkurangan dalam dua tiga hari lepas tu. In my case, bengkak gusi for 4 to 5 days 😭😭
🌸 Untuk mengurangkan bengkak, tuam pipi tempat cabut gigi tu dengan pek ais. Lebih kurang 15 minit. Elok buat dalam tempoh 24 jam lepas cabut gigi. Lepas 36 jam, elok tuam dengan air suam pulak.
🌸 Haaa... yg paling penting, sakit cabut gigi ni berapa lama? Ini bergantung pada orang. Ada yg seminggu dan ada yg sehari dua je. Norsi? Dua minggu 😭😭  Tapi sepatutnya menjelang hari kedua sakit dah mula berkurangan.
🌸 Tisu gusi ambil masa 3 - 4 minggu untuk pulih. Dan 2 3 bulan juga untuk pulih sepenuhnya (termasuk nk baik tulang la apa la. Ni yg Norsi paham la).

Banyak lagi tips yg Norsi dapat. Memang banyak bantu Norsi. Bolehlah tengok tips kat sini :

http://www.wikihow.com/Heal-Gums-After-a-Tooth-Extraction
Yg ni betul2 membantu. What to expect after tooth extraction.

http://www.dentalfearcentral.org/faq/healing/
Banyak tips Norsi dpt dari sini

Fuhhh... panjang betul Norsi tulis kali ni. Banyak lg nk tulis tapi bebudak ni dah start mengendeng. Harap lain kali kalo kena cabut gigi Norsi x gelabah dah. Tengok sini je.

Tuesday, March 7, 2017

Awat la susah benor ni

Ya ALLAH... entah mana silapnya susah benar nak log masuk blog sendiri. Niatnya nak bercerita perihal cabut gigi. Tapi habis dah idea semua melayang gara-gara dok sign in sign out dari tadi. 

Kepala pun dok pening lalat juga ni. Agaknya sebab makan kambing tadi. Irsyad pun dok mengamuk tak pepasal ni. Sume serba tak kena. Nampaknya kena la tangguh dulu niat nak update blog ni. 

Thursday, February 23, 2017

Hobi Syakirah

Syakirah ada hobi baru. Letak bekas dalam sinki. Asalnya dia mula letakkan cawan dan mangkuk yg dia pakai dalam sinki. Kemain mak abah puji Syakirah pandai letak cawan dalam sinki lepas guna.

Agaknya dia ingat letak bekas dalam sinki benda baik, skang abis dikutip semua mangkuk, tapis dalam rak mak diletak dalam sinki. Mangkuk bersih 😅😅. Tak padan dengan pendek, tak sampai sinki, gigih dia berjengket tolak bekas dengan hujung jari bagi masuk sinki 😂😂

Adoih la anak.

Wednesday, February 22, 2017

Sepintas khabar

Lamanya tidak menulis. Terkadang hati melonjak-lonjak ingin menulis, tapi tiada kesempatan.

Berbulan menyepi, banyak kenangan yg nak dicatatkan. Juga kisah bebudak ni yang makin membesar.

Syakirah dah hampir setahun setengah. Tapi masih belum boleh bercakap. Bila diajar bercakap, xnak dia mengikut. Dia hanya akan sebut bila dia rasa nak sebut je. Itu pun tak tentu bunyinya. Risau rasanya tapi kami masih positif. Masih terus berusaha ajar dia bercakap.

Irsyad pula entah apa kenanya sehari dua ni asyik menyebut tak nak pergi sekolah. Bangun2 tido cakap xnak pegi sek. Macamla dia dah mula sek 😂😂. Jangan bila dah mula sek sok buat perangai xnak pegi sek sudah. Pengsan mak nak memujuk.

Monday, October 31, 2016

Sahabat

Entry beremosi hari ini.

Sahabat,
Tabahnya dia,
Tetap dia berdiri teguh dilanda ribut yang mencengkam,
Sabarnya dia,
Masih dia terlihat putih dibalik gelapnya hitam,
Kuatnya dia,
Mengunci kemas dukanya tidak terlihat jauh di dalam.

Sahabat,
Dia yg terlara,
Dia yg terserpih hatinya,
Namun dia yang menghulurkan kata menenangkan jiwa.

Sahabat,
Semoga ALLAH permudahkan urusanmu sahabatku,
Semoga ALLAH memberikan ganjaran berlipat kali ganda atas kesabaranmu sahabatku,
Dan semoga suatu hari nanti dapat aku menjadi sahabat yang baik buatmu sepertimana kau menjadi yang baik buatku.

Terima kasih ALLAH... Kerana menjadikan dia sahabatku.

Friday, September 30, 2016

Rambling

Stress.
Need to de-stress.
Imagining myself relaxing with a cup of tea while enjoying doing whatever craft thingy i can get my hands on.
When the reality is... nonstop house cores screaming for me to do it.
The perks of being a housewife.

Wednesday, September 21, 2016

Alahai..

Alahai... sunyi juga blog Norsi ni. Haritu punya la bersemangat nk update selalu. Akhirnya harapan tinggal harapan je.

Ni pun update sebab xnak blog sunyi sgt. Nnt update lg.

Monday, August 22, 2016

Tips bagi lantai kilat

Baru-baru ni Norsi ada terbaca di facebook tips mencuci rumah. Memang suka la Norsi tips2 macam ni. Antara tips yg dibagi tips mengurangkan habuk lekat di perabot, tips bagi wangian di rumah tahan lama dan ada lagi Norsi x berapa ingat.

Yang menarik perhatian Norsi adalah tips nak bagi lantai berkilat. Lantai umah Norsi ni dah macam belacan jadi semangat Norsi nk cuba.

Bahan dia mudah je. Sabun cuci lantai yang biasa kita pakai tu campurkan cuka sikit dan air panas. Lepas tu mop je umah macam biasa.

Gigih Norsi pagi ni mop lantai. Pada pandangan Norsi lantainya berkilat mcm biasa je. Hihi. Umah pun ada bau cuka lepas mop. Norsi terbubuh banyak cuka kot. Almaklum tips tu x ckp bnyk mana. Ikut suka Norsi je tuang cuka td. Hahaha.

Tapi yg pastinya keje mengemop memang jd lebih mudah. Senang je kotoran2 degil tu nyah dari lantai. Sebelum ni mmg Norsi menyental sikit bila mengemop. Udah lantainya gaya belacan kan. Kali ni mop xyah sental pun bersih.

Jadi bagi Norsi tips ni mmg ok. Cuma lain kali Norsi kena kurangkan cuka skit kot. Pening weih bau cuka menusuk hidung ni.

Sunday, August 21, 2016

Baru nk reti buat roti gulung sosej

Hari ni kali pertama Norsi cuba buat roti gulung sosej. Sebabnya semalam Ikhwan nak roti sosej tu tapi xde. Ye la... singgah kedai roti pukul 9 lebih. Orang tu pun nk tutup kedai dah. Mula la Ikhwan tu buat muka seposen dia. Kesian punya pasal Norsi janji pagi ni Norsi buat roti sosej tu untuk dia. Yang kelakarnya sebelum tido bole dia kata, 'Ikhwan harap mak berjaya buat esok'. Tak confident kat mak ke apa anak bertuah sorang ni. 😂😂

Jadi pagi ni lepas buat roti bakar dan telur carak utk sarapan, gigih la Norsi buat roti sosej ni. Senang je sebenarnya. Norsi je yg tak pernah nak cuba.

Memula rebus sosej dulu. Biar sejuk.
Sementara tunggu sosej sejuk bole la sediakan telur. Pecahkan sebiji telur dlm mangkuk dan ketuk2 sikit.
Sediakan serbuk roti dlm mangkuk yg lain. Norsi buat sendiri serbuk roti ni. Dlm peti ais mmg dh ada roti kering yg dh bertahun Norsi simpan. Mmg sengaja simpan nk buat serbuk roti. Blender halus je roti kering ni menggunakan blender kering.
Lepas tu boleh la mula gelek roti bagi penyek.
Letak sosej td kat hujung roti dan gulung.
Sapukan sedikit telur di hujung roti tu sebagai gam nak bg lekat.
Kalo suka bole letak cheese skali dgn sosej tu td.
Lepas tu golekkan roti td dlm telur.
Lepas tu golekkan dlm serbuk roti pulak.
Lepas tu bole la goreng dlm minyak yang banyak. Minyak tu biar panas tp air sederhana je. Kang hangus lak kang.
Goreng sampai keemasan dh bole angkat.
Siap dh utk dimakan.

Isyk... xleh lak nak upload gambo. Nnt cuba lg.