Wednesday, November 26, 2014

Sepi

Diam tak diam sudah lebih dua bulan Norsi tidak menulis di sini.
Bukan sedikit kisah yang tidak terakamkan di sini, tetapi kesempatan itu tiada.

Diingat-ingatkan kembali, dua bulan ini sebenarnya banyak kisah yang ingin Norsi catatkan sebagai kenangan.

Mak datang bercuti ke rumah kami.
Si kecil yang menganjak satu tahun.
Ulangtahun kelahiran en big boss.
Hari penyampaian hadiah Sakinah.

Setiap satunya memberi makna buat Norsi. 

Monday, September 8, 2014

Catatan Perjalanan : Di kaki Kinabalu

Hujung minggu lepas, semasa cuti Merdeka, kami ke Kundasang. Ad-hoc. Pagi minggu tu en big boss ajak sarapan di luar terus lajak ke Kundasang. 

Tanpa perancangan rapi tapi seronok bagi Norsi. Dari Telipok ke kaki Gunung Kinabalu cuma ambil masa sejam. Perjalanan lancar sbb tak bnyk lori dan bas. Dorang pun cuti merdeka gamaknya. Cuaca pun, ALHAMDULILLAH.. sgt2 baik. 


Destinasi pertama, singgah di Taman Kinabalu. Dah bertahun duduk KK, baru pertama kali pegi Taman Kinabalu. Sebelum ni bayangkan ada taman rupanya Taman Kinabalu ni adalah jalan untuk ke check point untuk panjat Gunung Kinabalu. Jalannya kecil aje. Cukup2 2 kereta berselisih. Penghujung jalan raya adalah pintu masuk Timpohon (check point). Sampai sini kereta tak bole masuk dah. Tempat parking pun tak bnyk. 



Penghujung jalan terus jumpa pintu gerbang ni. Kalau perasan bangunan yang hujung tu tandas.
Jalan depan lagi ada pintu masuk.
Kalau ikut peta yg dibagi, ada air terjun tak jauh dari situ. Tapi kami tak masuk pun.
Di Timpohon ni ada pintu masuk. Kena bayar (tak pasti berapa)
Dalam perjalanan nak ke check point Timpohon tu, ada disediakan satu pelantar ni yang jelas nampak Gunung Kinabalu. Kami pun berhenti kat sini untuk sesi bergambo.


ALHAMDULILLAH, cuaca cerah. 

Nampak Gunung Kinabalu sejelas-jelasnya.
Dari Taman Kinabalu kami ke Desa Dairy Farm. Pun pertama kali pergi juga. Bagi Norsi Desa Dairy Farm ni biasa aje. Dorang pun tengah dalam renovation nak menaiktaraf Dairy Farm ni. Yang bestnye kat sini rasa konon2 kat New Zealand gitu. 


Welcome to Desa Dairy Farm
Lembu2 tgh mesyorat

Gembala tgh bg kambing makan. hihi
Lepas ke Desa Dairy Farm, hajatnya nak ke Sabah Tea Garden. Tapi tak jumpa. Silap Norsi. Tgk Google Sabah Tea Garden macam sebelum pekan Ranau, rupanya selepas pekan Ranau. Yang Norsi ni bila dah sampai pekan Ranau ingat dh terlepas. Ajak en big boss patah balik. Bila tanya orang, baru tahu rupanya kami tak sampai lagi. Patutla tak nampak signboard Sabah Tea Garden. Dah patah balik kami terus je singgah makan di Kundasang dan terus balik. Takpe, Inshaa ALLAH lain kali bole pegi.

Wednesday, August 20, 2014

The-wise-lady

having maggi when your stomach is still recovering from food poisoning.. is not so wise. 
thinking that having milk before eating the maggi would help.. not so wise either.

take the advise.

the oh-my-stomach-ok-already-lady-who-now-suffering-the-consequences.

Tuesday, August 5, 2014

10 surah mencegah 10 perkara

Buat pengetahuan juga peringatan. Antara khasiat 10 surah.
(diambil dr fb)


Monday, June 16, 2014

Resepi : Marble Cake / Kek Marble

Dalam seminggu ni Sakinah hari2 mengajak maknya buat kek. Gara-gara maknya beli cream cheese. Hari-hari buka peti ais amek cream cheese suruh mak buat kek. Norsi pula xde mood nk buat cheese cake. Jadi melayankan kehendak Sakinah nak membuat kek, Norsi buat kek marble je.

Resepi Norsi amek dari group resepi ringkas di FB. Pemilik asal resepi tidak pula dinyatakan. Apapun Norsi letakkan di sini supaya senang lain kali nak buat lagi. 



Marble Cake Moist
Marble Cake / Kek Marble
Sumber : Group Resepi Ringkas di FB

Bahan : 
3 biji telur
1 cawan butter - Norsi lembutkan butter pada suhu bilik
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 st baking powder* ayak tepung bersama baking powder
2 sudu mkn susu pekat
2 sudu mkn serbuk koko  -Norsi letak lebih serbuk koko. sbb nk bg nmpk lebih gelap coklat tu
Esen vanilla

Cara :
Pukul gula bersama butter sehingga kembang. 
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga kembang. 
Masukkan esen vanilla dan susu pekat. Kacau rata.
Kemudian masukkan tepung dan gaulkan hingga sebati (guna cara balik kaup pun ok).
Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk koko pada satu bahagian dan gaul rata.
Masukkan adunan secara berselang seli (memula masukkan sesenduk adunan putih, lepas tu tuangkan sesenduk adunan koko di atas adunan putih tadi begitu lah berselang seli sehingga adunan habis) ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega/butter. Boleh dilapikkan dengan baking paper kalo suka.
Bakar pada suhu 180'C selama setengah jam/hingga masak (silalah cucuk dengn lidi ye kalo nk tau dh msk ke belum). Norsi bakar dalam oven guna teknik double boiler -Norsi letakkan loyang adunan Norsi dlm loyang lain yg berisi air. Kira mcm kukus la.

Agaknya sbb Norsi buat cara double boiler kek ni elok je lembap. Moist gitu. Rasa mmg ALHAMDULILLAH sedap. Sakinah siap minta nk bawa bekal gi sek. Senang mak. X yah masak pagi-pagi (^_^)


Buat sarapan pagi ni (^_^)


Monday, June 9, 2014

Akal dua beradik

Main Upin Ipin

Kakak - Upin (sama macam nama kakak. ada huruf U katanya)
Abang - Ipin (udah kakaknya Upin, adiknya kena la jadi Ipin)
Emak - Akak Ros (err.. sbb mak garang eh.. nmpk muda)
Abah - Opah (kah kah kah. Ok yg ni mak gelak. Ada ke patut bagi abah jadi Opah. Mesti sbb abah nmpk tua ni. Hahaha)


On TV
Remote tv rosak. Butang 'on' kat tv pun tak berapa elok. Tekan sampai nk patah jari pun belum tentu boleh 'on'. Pagi tadi, mak baru je nk tekan..

Ikhwan : Mak tak terer. Abah terer. (yo lah.. abah ko je la yg terer)
Tekan2.. tak berjaya.. mak tekan2 lagi.. tak berjaya juga.. tekan.. tak leh juga..
Kakak : Meh kakak buat.
Ikhwan : A'ah. Kakak buat. (nak kata kakak terer dari mak la tu. uwaaaa...sobs sobs..)

Wednesday, June 4, 2014

Lawak Ikhwan

Ikhwan cuba memasang helikopter mainan (hadiah dari abg haikalnya). Si kakak pun konon2 nak tolong juga. Mak datang menjengah.

Kakak : Mak tolong pasang.
Mak : Mak tak pandai.
Ikhwan : A'ah. Mak tak pandai. Mak sakit perut.

Hahaha. Rasa nak gelak guling-guling. Tang mana la relevan nya mak tak pandai dengan mak sakit perut nak oiiii.

Saturday, May 24, 2014

Pantai 2 Tanjung Aru

Minggu lepas kami ke Pantai 2 Tanjung Aru. Dah lama sangat tak ke sana. Dekat setahun ke dah lebih setahun tak jejak Pantai 2. Tu dia.. sampai bila kali terakhir pegi sana pun tak ingat dah. Selalunya ke Pantai 1 saja. Terkejut bila sampai. Dah berubah sangat2.

Dulu ada satu restoran sebelah parking. Sekarang tapak restoran tu dah jadi parking.

Parking kereta di tapak asal restoran
 Sebagai ganti, ada la dua tiga gerai jual makanan macam burger, mee goreng, goreng pisang, keropok dan air.
Kanopi biru tu la gerai-gerainya. Tak banyak tapi ok la dari takde langsung.
Bila dah takde restoran, rasa macam ada pantai lebih lapang (dan dan je la kan.hehe). 
Yang pokok banyak2 tu Taman Awam Tun Fuad Stephen namanya kalo tak salah

Lantai kayu tu tapak asal restoran, Skang dah jadi tempat lepak/santai

Masa kami pergi air tengah pasang. Menggoda betul nak mandi. Tapi tak bawa baju pula.
Bila Pantai 2 dah berubah rupa ni macam best pula pergi Pantai 2. Parking pun percuma tak perlu bayar. Kalau pantai 1 kena bayar parking. Nak mandi-mandi dan main pasir pun macam lagi best je kat Pantai 2 ni.

Wednesday, May 21, 2014

Semoga janji itu ditepati, bukan dicapati

Hujung minggu yang lalu kami membawa anak-anak berjalan2 santai. Dah lama rasanya tak bawa bebudak ni jalan-jalan makan angin saja2. Tempat yang di tuju, Tanjung Aru Pantai 2.

Disebabkan saja berjalan tak terkejar-kejar, tengahari baru kami sampai. Baru sampai beberapa minit, hujan panas. Kesiankan anak-anak, kami tunggu sekejap sampai hujan panas berhenti. Hujan dah berhenti kami sambung balik lepak tepi pantai. 

Rasa kesian sangat bila Sakinah minta izin main pasir. Bila mak bagi alasan takde alat nak main pasir, Sakinah kata 'takpe. Kakak korek dengan tangan'. Sobs. Sekalinya si bapak bawa keluar alat mainan korek pasir dorang, oh bawa rupanya. Bila anak bermain pasir, tersentuh lagi hati. Melihat betapa seronoknya mereka bermain pasir, terasa.. 'Alahai anak. Bikin mak rasa bersalah dah lama tak bawa korang jalan2 main pasir.'


Jadi berdialog la kami laki bini. Betapa kami ni jarang bawa anak bersantai-santai. Padahal tak jauh mana pun kalau nak bawa anak-anak ke pantai. Tak kena bayar apa pun. Orang lain hujung minggu bawa anak-anak berjalan kena keluar duit puluh-puluh ratus-ratus (ehh.. tiket waterpark mahal apa) kami yang tak kena bayar apa pun ni malas bawa anak jalan-jalan. Asyik bawa kuar beli barang je. Sampaikan bebudak ni pun kenal pasaraya mana maknye beli barang. 

Lalu berjanjilah kami pada diri, lain kali bawa anak-anak berjalan khas bermain di tepi pantai. Bawa baju spare anak dan bapaknya sekali, bagi dorang mandi laut dan main pasir puas-puas.

Semoga janji ini kami tepati, bukan dicapati.

Wednesday, May 7, 2014

Pertengahan penggal

Minggu depan Sakinah ada peperiksaan pertengahan penggal. Untuk pertama kalinya nak periksa. Mak dia lak yang terlebih nervous ni. Orang yang nak periksa selamba gaban je. Peperiksaan tu apa pun dia tak tahu. Haha.

Ikhwan walaupun sekolah juga tapi takde peperiksaan. Baru 4 tahun.

Bila nampak notis di sekolah tadi, balik rumah Norsi pun sibuk la membelek kalender. Rupa-rupanya hujung bulan ni dah cuti sekolah sampai pertengahan Jun. Lama juga cutinya tu. Peperiksaan sebelum cuti penggal bermula.

Berbalik kepada peperiksaan tadi.. alahaiiii... makcik nervous!! *macam dia pula nak periksa* :P

Friday, April 25, 2014

Kisah memperkenalkan makanan pepejal kepada si kecik

Sejak mula beri Irsyad makan pepejal ni, Norsi tersedar, banyak juga yang Norsi tak ingat. Dah lama tak buat menu untuk bayi, terkial-kial juga nak mengingat apa-apa yang patut. Maka, internetlah penyelamat. Sambil menyegarkan memori, juga menambah pengetahuan Norsi yang cetek ni. 

Disebabkan Norsi ni selalulah 'short term memory' (bnyk sgt mkn jeruk muda-muda dulu), Norsi letak kat sini maklumat2 yang Norsi rasa bagus untuk Norsi tau (sbb kalo nk harap Norsi ingt, nnt2 ada la bunyi, 'eh haritu Norsi baca dia kata tahan brp lama ye? A ke B ye?'). Moh kita tengok.

Salt is a big NO for baby under 4 moths old. Sbb buah pinggang mereka masih belum boleh memproses dgn baik. Umur 6 bulan pun x elok juga. Ada yg cadangkan sehingga lepas setahun baru boleh letak garam. Jadi Irsyad, wat masa ni adik mkn ajela bubur tawar ye. Heh.

Ada juga yang kata 6 bulan x elok bg mkn bubur. Elok bagi puri (sayuran/buah-buahan yg direbus dan dikisar) je. Tapi Norsi dh bagi pun Irsyad mkn bubur nasi.

Puri boleh disimpan dalam peti sejuk selama 48 jam je. Kalau dalam freezer boleh tahan smp sbulan. Menariknya, ada satu artikel ni mencadangkan simpan puri ni dalam kiub ais. Kiub ais ni dibasuh dulu dgn air suam bersabun dan dicuci bersih2. Lps tu letak puri dlm kiub ais tu dan tutup kemas2 dgn plastik (plastik wrapper tu tau. jgn guna plastik shopping tu lak).  Lepas tu simpan dlm freezer. Bila nak guna, ambillah dua tiga ketul dan panaskan. Cara nak panaskan adalah dengan meletakkan mangkuk yang berisi kiub puri tu dlm bekas yg berisi air panas. Alah.. mcm kaedah 'double boiler' la lebih kurang. Tapi jgn lak letak atas api. Cukup sekadar guna air panas.

Seelok-eloknya beri makan anak benda yang sama selama 4 hari. Sbb nak bagi dia biasa dan nak tgk kalau-kalau dia ada alahan dengan makanan tu. Dan seeloknya sejenis sahaja dalam satu masa. OK. Yang ni Norsi baru tau. Mula-mula bagi Irsyad makan dulu Norsi dah bagi dia makan mcm2. Semalam bubur nasi dgn lobak. Arini bubur nasi dengan kentang lak. Esoknya bubur nasi bersama kentang dan lobak. Haa kau. Konon kesian dia mkn sejenis je. Rupanya mula2 ni mmg elok bagi makan sejenis je. Apa la Norsi ni. Heh.

Ada juga yang menyatakan madu tidak sesuai untuk bayi berusia kurang dari setahun. Sebab boleh menyebabkan 'botulism'. 'Botulism' adalah penyakit yang disebabkan oleh keracunan makanan yg berpunca dari toxin yg dikeluarkan oleh bakteria. Wikipedia kata 'Botulism is a rare and potentially fatal paralytic illness caused by a toxin by the bacteria'. Ok yang ni sejujurnya Norsi tak tahu betul ke tidak. Cuma dalam wikipedia tu ada juga menyebut 'disyorkan mengelakkan beri madu kepada bayi berusia kurang setahun'. OK. Ni serius tau Norsi tak pasti. Cuma letakkan di sini buat peringatan pada diri sendiri je.

Wednesday, April 23, 2014

The three kids

Beberapa hari lepas Irsyad demam. Mungkin tempias dari abang dan kakaknya yang demam berturut2. Kasihan pula melihat dia yang masih ingin bermain walaupun kurang sihat. Elok baik demam, Irsyad dapat kepandaian baru. Menyusur ke depan. Sebelum ni pandai golek2 je. Sekarang dah pandai golek dan menyusur memanglah tak boleh nak alpa. Mainan kakak dan abang pun xleh tinggal merata. Lajuuu je dia gi kutip masuk mulut.

Tido tak lena ms demam. Asyik terkejut je.
Sakinah juga meraikan ulangtahun kelahiran yang ke 5 beberapa hari lepas. Bila bagitau itu hari jadi dia, benda terawal disebutnya adalah wish dari Acik Inanya. Nak yg sama macam Ikhwan dulu.

Nasib baik Acik Ina ingt. Hehe.
Kali ni sambutan ringkas je buat dua beradik ni. Beli kek je. Nak bagi seronok Norsi belikanlah topi harijadi tu sorang satu. Potong kek dan makan. Hehe.

Beria tiup lilin

Gaya je ni

Ikhwan konon-konon potong kek

Friday, April 11, 2014

Si kecik yg dah membesar

Tak lama lagi si kecik nak masuk 6 bulan.
Gigi dah 4 batang (iyeeee... cepat tumbuh gigi budak bertuah sorang ni).
Dah pandai menangis terjerit2 sambil tendang2 kaki (sighhhh...).
Berguling-guling like a pro.
Dan dah boleh mula makan.. yeaaaaa!

Adik dah 6 bulan ye mak. Dah boleh makan?

Yeaaaa!
Makanya kenalah Norsi mula memikirkan menu untuk si kecik ni. Dah lama tak buat menu untuk baby ni. Kena buka buku balik la ni.

Excited lak rasanya. Hehe :p

Thursday, April 3, 2014

Cheeky boy had turned 4

Our cheeky boy is officially 4. His Acik Ina made this special photo for him (which his sister immediately asked for one for her incoming birthday too).


As for me, I made him cheese cake. Kek Lapis Kukus Cream Cheese. Got the recipe from Kak Ita Masam Manis blog. Disebabkan takde pengukus, Norsi buat stail double boiler. Segala susah payah memang berbaloi. Sedapppp!! 

And as always, the funniest one will be Sakinah. She is very excited when it come to birthday. Bila Norsi cakap birthday Ikhwan, beria dia buat kad utk Ikhwan. Malangnya si adik pandang pun tak. Haha. Lepas tu sbb takde hadiah, Sakinah susun mainan dalam kotak kecil dan konon-konon hadiah surprise buat Ikhwan. Pun Ikhwan layan nak tak nak je. Alahai.. kesian anak mak. Hehehe. 

Itu je la. Haha. Kali ni tak sambut beria sbb abahnya keje (dah sbb nk sambut sekali dgn kakaknya). Niat dihati nak beli hadiah kecil tapi masih tak berkesempatan nk beli. 

Apapun, this boy is indeed 'ANUGERAH' ALLAH for our family.

Sunday, March 23, 2014

TV

TV rosak. Sobs. Entah apa kenanya.. tiba2 padam. Sekali-sekala lampu on menyala pastu padam balik. Sunyila jawapnya rumah malam ni. Mana taknye. TV ajelah yg selalunya memeriahkan rumah (beside the three kids of course). Radio mmg takde.

Tetiba rasa bosan. Padahal kalau tv ok pun bukannya dpt tgk pun. Rancangan kartun memanjang.

TV oh tv. Pasaipa rosak?

Thursday, March 13, 2014

A little sunshine

ALHAMDULILLAH, berlalunya hari menandakan bertambahnya usia Norsi.
Lebih dari terharu membaca ucapan kiriman kakak, lebih dari tersentuh dengan usaha keluarga kecil Norsi meraikan hari istimewa ini.

Diberi pelepasan memasak sepanjang hari, en big boss membawa kami keluar makan sebaik dia pulang dari kerja. Nak makan kat mana, pilihan di tangan Norsi. Memilih restoran 'Old Town', Norsi gembira melihat anak2 berselera makan, terutama Ikhwan yang sudah beberapa hari hilang selera.


Sesudah makan baru misi mencari kek. Oh ye.. sambutan hari jadi Norsi mmg jarang ada unsur 'kejutan'. Hehe. Sebabnya en big boss kalau ke mana2 mesti isterinya ini nak ikut. Paling tak, nak tahu. Jadi susahlah dia nk buat surprise. Yang paling teruja bila nak membeli kek, Sakinah. Dia yang beria2. Siap minta belon lagi.


Cake of the day. Kek span krim keju.  Semua suka. En big boss suka sbb tak muak.
Yang kelakar, en big boss beli kad pun dengan Norsi (tapi Norsi tunggu dalam kereta la). Rasa nak ketawa guling2 bila en big boss sembunyi2 bagi kad pada Sakinah (konon taknak Norsi nampak) tapi Ikhwan sudah bocor rahsia. Sakinah pulak bole cakap, 'Nanti balik rumah.. kakak tulis, abah tulis, ikhwan tulis, mak tengok mak terkejut tau.' Hahaha. Sampai rumah en big boss dan anak2 sibuk nak menulis kad jadi terpaksa la orang yang sambut hari jadi ni sibukkan diri di dapur bagi ruang en big boss ajar anak2 nak tulis apa.

Dan sangat2 terharu bilamana walaupun tak surprise dah, Sakinah berusaha sorokkan kad dibelakangnya sepanjang menyanyi lagu harijadi dan tiup lilin. Lepas tu bagi mak, 'surprise' katanya. Hehe.


Sambutan ringkas dan biasa, tapi seikhlasnya Norsi tersentuh dan gembira. Malah sampai ke hari ini tersenyum2 bila teringat.


For my beloved man, thanks for the celebration. It means more than I could say. THANK YOU ALLAH.

Monday, February 3, 2014

Berjalan2 sewaktu cuti tahun baru cina

Aktiviti jalan-jalan sewaktu cuti tahun baru cina bermula dengan pertanyaan langsung di petang jumaat,
"cuti panjang tahun baru cina taknak bawa kitaorang jalan2 ke?" (you can guess who's the questioner and who's the other person right? :) ) 
In my mind kalau en big boss cakap, "nak pegi mana?" ingat nak ajak berpiknik di Tanjung Aru pagi Sabtu tu. So, when he said "Kudat", I was like.. 'hmmmmmppphhh'. Sebab Norsi membayangkan Kudat tu jauhhhh. And it turn out Kudat IS far from KK. 2 jam setengah perjalanan tu. Tapi disebabkan jalannya ok (tak perlu turun naik bukit, jalan kecik macam nak ke Kundasang) jadi "setttt!", ke Kudat la kami cuti tahun baru cina baru ni.

Apa ada di Kudat? Kudat terkenal sebagai 'The Tip of Borneo'. Penghujung Borneo.

The Tip of Borneo
Sebenarnya boleh turun amek gamba kat batu2 tu, tapi Norsi tak nak. En big boss pun Norsi tak bagi turun. Risau. Jadilah amek gamba macam ni je pun. 

Untuk catatan perjalanan kami ke sini, nnt kalau rajin Norsi buat. Kenangan untuk diri sendiri. Sekarang tak boleh nak mengarang. Irsyad dah bangun. 

Till then.

Thursday, January 9, 2014

My new jobs

Norsi dah dapat keje baru. Baru mula awal tahun haritu. Semenjak bebudak ni masuk tadika. Kalau dulu Norsi cuma Pengurus Rumahtangga, skang dah 'up' skit.. Pengurus Rumahtangga merangkap drebar merangkap makcik kantin. Hehe.

Bila Sakinah dan Ikhwan mula masuk tadika, kenalah ada yang menghantar. Siapalah lagi yang lebih berkelayakan dari mak dorang ni? Hehe. Bukan setakat bebudak ni aje, en big boss pun Norsilah drebar nye. Almaklum.. transportnye satu aje. Nasib baik juga waktu kerja en big boss dan waktu masuk tadika bebudak ni elok aje selang setengah jam. Jadi sempat hantar en big boss dulu (en big boss mula keje awal dr waktu sek) sebelum hantar bebudak ni pula. Balik pun Norsilah juga yang menjemput. Cuma kengkadang en big boss tumbang member je balik. Taknak susahkan Norsi menjemput katanya.

Seronok juga jadi drebar ni. Boleh juga asah skill memandu Norsi yang dah berkarat ni. Ye la.. selalunya dok sebelah drebar je. Skang tempat duduk sebelah pemandu (time Norsi jadi drebar) dah jadi milik si comey ni..


My loyal co-pilot
Skang setiap hari kena jadi makcik kantin fikir nak masak apa buat bekal Sakinah dan Ikhwan. Tadika dorang takde sediakan makanan dan murid2 diminta bawa bekal sendiri dari rumah. Selalunya bekal dorang yang rinkas2 je Norsi buat. Roti, kentang, nasi goreng, beehun.. menu yang Norsi tahu dorang akan makan. Itu pun kadang2 tak habis.

Setakat ni, Norsi seronok sebenarnya dengan tugas baru Norsi ni. Walaupun ada bising2 skit (bab nak masak apa utk bekal dorang) tapi Norsi enjoy buat sume ni. Harapnya sampai ke sudah la enjoy nye ni (^_^)

Wednesday, January 8, 2014

Fasa baru buat mereka

2013 telah pun berlalu. 2014 pun dah seminggu bermula. Blog Norsi juga yang dok sepi macam tu juga. Almaklumla, 2014 menandakan bermulanya rutin baru bagi kami.

My two little angels is not so little anymore. They are in school now. Sobs. *feeling old suddenly*

Sakinah dan Ikhwan dah masuk sek. Eh. Tadika. Walaupun Ikhwan baru 4 tahun, tetap juga kami hantar ke tadika sbb kesian nnt dia takde kawan waktu kakaknya ke tadika. Sesi tadika dorang dah bermula seawal 2hb Jan aritu. Tapi cikgu pun dah bagitau awal2, 2 dan 3 hb tu cuma minggu suaikenal. Kelasnya minggu ni barulah nak mula. Uniform pun hari petama tu baru dapat. Disebabkan 1st day takde uniform, Sakinah pakai baju kurung dan tudung maknye aje (jgn tak caya.. muat ooo dia pakai tudung maknye.) Ikhwan pakai t-shirt biasa ajelah. Bila dapat uniform je ari pertama tu, baliknya terus Norsi basuh. Hari kedua, bebudak ni dah pakai uniform tadika (kes mak bapak budak yang terlebih excited). Hehe.

Setakat ni, ALHAMDULILLAH takde masalah nak pegi tadika. Bangun awal pun tak meragam, kat tadika pun tak meragam. Ikhwan, kalo dah sampai tadika tu, jangankan nak salam maknye, toleh pun tak. Laju je dia masuk jumpa member. Sakinah tk yah kata la, dia memang dari dulu tak sabar2 nak sekolah. Hehe.

Gamba dorang pegi tadika... adaaaaaa. Tapi cam biasa, xleh upload kat komp. Heh.