Thursday, April 26, 2012

Kisah semalam

Hampir seminggu berlalu tanpa entry baru. Tidak sibuk mana tapi tiada cerita baru yang hendak diceritakan. Hari berlalu seperti biasa. Cuma semalam Sakinah terpegang seterika panas. Meraung dia. Kalut Norsi siram dengan air sejuk dan sapu minyak hijau. Maka semalam semua benda dia buat sebelah tangan je. Tangan yg terkena seterika panas tu dikeraskannya. Takut terkena apa2 la tu.

Hari ni tengok elok je dia guna kedua2 tangan. Dah tak sakitlah tu. Ingatkan tak de apa2. Sekalinya petang tadi tak semena2 dia meraung. Rupa2nya ada bahagian yang terkena seterika panas tu menggelembung dan pecah. Sebab Norsi siram air sejuk agaknya semalam. Jadinya malam ni tangan tu keras la balik. Mandi tadi pun dia sendiri angkat tangannya tinggi2. Takut sakit kena air.

Kesian pula tengok dia. Silap Norsi juga sebab lupa letak balik seterika atas meja lepas gosok baju semalam. Norsi biar aje seterika tu atas papan menggosok. Sorry ye kakak :( 

Monday, April 23, 2012

Blogger new setting

Ohhh... nampaknya setting blog Norsi telah ditukar kepada baru secara automatik. Log in masuk je tengok dah lain. Alahai lahhhhh... menggagau jugalah nak cari page untuk buat entry tdi. Ni gayanya kena belek2, kena cuba sana sini la untuk biasakan diri balik.

Memang sudah lumrah manusia kan, benda baru memang terasa payah. Terus la jadi tak suka. Takpelah.. Norsi nak cuba dulu setting baru ni. Kalau rasa susah sangat nanti Norsi tukar balik (dah satu keje kena google caranya pulak kan ;p).

Kengkawan macamana? Dah bertukar juga ke?

Thursday, April 19, 2012

Menu masih misteri

Jam sudah hampir mencecah 2 petang, tapi Norsi masih buntu nak masak apa hari ni. Nasi dah siap masak awal2, senang nak bagi bebudak ni makan. Yang masih dok fikir-fikir ni menu untuk en big boss balik keje nanti.

Aduhlahhhhh... langsung takde idea ni. Agak-agak kengkawan masak apa ye arini?

Tuesday, April 17, 2012

Musim selsema tiba

Cuaca hujan dan panas yang saling bergandingan seminggu dua ini sudah mula memberi kesan pada kesihatan. Bermula dengan Ikhwan yang sekejap-kejap bersin ditemani hidung yang mengalir, diikuti si kakak yang turut batuk bergema kahak sekali-sekala akhirnya singgah pada si abah yang paling terkesan, selsema teruk disulam tidak sedap badan. Dan Alhamdulillah, biarpun hidung seiring sok sek dengan yang lainnya, si emak juga yang lebih segar berbanding semuanya.

Bagaimana pula keadaan di Semenanjung? Turut berselang hujan dan panaskah?

p/s : Terasa lama pula tidak menulis dalam gaya begini. Mungkin dek angin selsema yang singgah menyebabkan penulisan berubah gaya seketika ;)

Saturday, April 14, 2012

RM10 utk jahit tepi dua helai kain semeter?? True Story

Bagi yang pernah ke Pusat Kraftangan Kota Kinabalu, pasti perasan sederetan mesin jahit bersama tukang-tukang jahitnya di tepi pasar tersebut sedia membantu. Tampal baju, jahit kaki seluar.. antara perkhidmatan yang ditawarkan (cewahhh ayat Norsi.. hehehe). Err sekurang-kurangnya itu yang Norsi pernah nampak.

Baru2 ni kami ada beli kain meter untuk Sakinah dan Ikhwan. Saja beli sebab Sakinah berkenan dengan corak Angry Bird pada kain tu. Beli kain murah aje pun. Udah kata kain murah, bila dibasuh habis benang2 kat tepi tu tercabut. Jadi cadangnya nak hantar jahit tepi (kami takde mesin jahit). Tapi en big boss cadangkan kami hantar ke tukang jahit kat tepi Pusat Kraftangan tu aje. Norsi pun ok aje.

Kain tu ada dua helai. Setiap satu semeter je pun. Dan kami cuma minta tukang jahit tu jahit tepi kiri dan kanan. Macam jahit kain batik tu. Itu je. Bila dah siap, en big boss tanya berapa. Skali dia kata, RM10. RM10! Untuk dua helai kain yang setiap satunya semeter untuk jahit tepi je. Maksudnya dia amek upah untuk jahit tepi sehelai kain tu RM5. Harga kain tu pun baru RM2++ semeter tau.

Terkejut kami dibuatnya. Sampai tak terkatalah. Sudahnya lepas bayar kami saling memandang je. Silap kami juga sebab tak bertanya berapa dia nak caj sebelum bagi kain tu. Cuma tanya boleh tak jahit tepi utk kain meter.

Pengajarannya.. silalah bertanya dulu jika tak pasti. Kalau tak jadilah macam kami. Buta2 kena bayar mahal. Takmo dah anta apa2 gi jahit kat situ. Huhuhu.

Friday, April 13, 2012

The sweet little angel is 3

Hari ini buah hati pengarang jantung mencecah usia 3 tahun. Tapi takde wat apa2 pun. Sebab awal bulan aritu dah buat 'double celebration' utk mereka dua beradik. Ada juga berangan2 nak buat kek untuk Sakinah hari ni tapi malasnya lah haiii.. sudahnya tak buat apa2 pun. Tapi malam semalam abahnya bawa kami makan2 sebagai 'mini celebration'.

Hadiah untuk Sakinah dan Ikhwan pun Norsi masih belum beli. Abahnya dah bagi hadiah (utk dua2 sekali) masa birthday adik. Jadi nak adil mak sepatutnya bagi hadiah masa birthday kakak tapi masih la tak tahu nak bagi apa. Nampaknya esok kena ajak abah survey hadiah ni (hahaha... alasan).

My little angel (^_^)

Tuesday, April 10, 2012

New technician in da house

Hari ni Astro buat hal. Remote rosak jadi nak tukar channel kenalah guna butang kat decoder Astro. Tapi malangnya puas menekan, tak berfungsi langsung butangnya. Satu2nya butang yang boleh digunakan adalah butang 'On'. Tu pun lepas tekan butang skali terus tak berfungsi juga. Sudahnya tv terpasang channel bola sepanjang hari (channel last sebelum remote kiok). Ye la.. apapun tak bole buat. Nak tutup balik pun dah tak boleh dah.

Bebudak ni dah tv tak boleh pasang channel kesukaan.. beralih tumpuan kat laptoplah jawapnya. Sibuk nak melayan Youtube. 'Twinkle-twinkle little star' lah, boboiboy la.. layan youtube sampai bosan. Sampai pada satu tahap, Sakinah merengek sebab bosan (takleh tgk channel kartun kesukaan punya pasal). Suruh mak duduk sebelah sambil pegang tangan. Abis tuh maknya ni tak bole buat apa lah. Tak daya duduk melangut berpegangan tangan sambil dengar dia merengek, Norsi amek keputusan jadi technician sendiri. Godek decoder pastu cabut smartcard (konon dah bijak sgtlah ni. hehe) Sekalinya berterabur duit syiling ngan kertas keluar skali dengan smartcard.

Aduihhh.. rupa2nya ada budak tu lagi 'technician' dari mak abah. Diselitnya syiling dan kertas kat smartcard tu. Patutlah tekan2 buang tak respond. Lepas tu pasang balik smartcard elokkkk aje butangnya bagi respond. Bertuah sungguh anak Norsi yang sorang nih. Sapa lagi kalo bukan budak bertuah sorang ni..

Buat muka tak bersalah je dia
Sib baiklah tak tipon report kat Astro kata decoder rosak. Hahaha.

Monday, April 9, 2012

Peringatan buat diri

Sesuatu benda kalau ALLAH takdirkan nak jadi, tetap akan terjadi.

Teringat kisah hari kehilangan arwah abah. Arwah abah sakit sudah agak lama. Tapi pemergiannya tetap di luar duga. Pagi tu Norsi pergi keje macam biasa. Masa nak kejut arwah abah untuk bersalam, mak kata tak payahlah. Kasihan arwah abah yang baru dapat lena hanya sesudah subuh. Sepanjang malam tidak tidur. Petang tu, kira2 sepuluh minit sebelum waktu balik, abang ipar menelefon. Katanya mendapat panggilan dari adik Norsi mengatakan arwah abah tidak sedarkan diri. Lepas abang ipar letak telefon, terus Norsi telefon adik.
'Kak Norsi baliklah. Abah dah tak sedarkan diri ni'. Dengar suara adik, Norsi dah tak peduli. Capai beg, tinggal pesan kat member sekerja Norsi terus balik. Sepanjang-panjang perjalanan balik, Norsi menangis. Sampai rumah tengok semua dah ada di sisi arwah abah, dengan seorang doktor bertungkus lumus cuba selamatkan arwah abah. Norsi pegang tangan arwah abah, sejuk. Norsi gosok2 sambil menyuruh arwah abah mengucap. Dan itulah terakhir kalinya.

Kita tidak tahu bila kita akan kehilangan seseorang itu. Jadi Norsi sentiasa ingatkan diri Norsi, hargai mereka yang masih ada. Sentiasa tunjukkan mereka betapa mereka bermakna bagi kita.

Teringat pula satu kisah yg Norsi baca. Kisah sepasang suami isteri. Salah seorang pasangan tersebut meninggal dunia (tak ingat suami atau isteri). Bila orang bertanya pada yang masih hidup ni, katanya dia tidak kesal. Kerana pasangannya tahu yang dia sangat menyintainya. Sebab mereka mengamalkan, sentiasa mengucapkan cinta bila keluar bekerja. Bergaduh macamana pun, pagi nak pergi kerja tu mesti cakap, I love u. Tak kiralah cakap sambil ketap gigi pun.

Jadi, jangan tunggu. Tell them that you love them.

Saturday, April 7, 2012

Catatan Perjalanan : The Upsidedown House of Borneo, Tamparuli, Sabah

There are a lot of upside down houses in the world,

in Germany (google image),

in South Korea (google image)

and Poland too (google image)
Now.. we also has it here.. in Malaysia.

Taraaa.. The Upside Down House in Tamparuli, Sabah
Rumah Terbalik (or they also prefer to be called 'The Upside Down House of Borneo') ni terletak di Tamparuli, Sabah. Kalau menghala ke Gunung Kinabalu ataupun Kundasang dari Kota Kinabalu pasti melalui Rumah Terbalik ni. Tidaklah jauh mana sebenarnya dari rumah kami tapi barulah minggu lepas kami pergi Rumah Terbalik ni.

Bayaran masuk adalah RM10 utk dewasa. Kanak-kanak RM 5 seorg. Bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk adalah percuma. Rugi betul kami masa beli tiket tak perasan kanak-kanak 3 thn percuma. Tak pasal2 Sakinah kena baya tiket RM5. Maklumle anak dara Norsi ni kalo tengok badan mmg macam dah 4 thn. Orang tu pun tak tanya. Terus je cakap RM25. Cess.. rugi.. rugi. (Kedekut. hehe)

Nak masuk Rumah Terbalik ni ada pemandu pelancongnye. Memula dia bagi amek gamba kat luar dulu. Oh ye.. dilarang memijak rumput di sekeliling Rumah Terbalik ni tau. Boleh jalan di laluan yg disediakan aje. Utk amek gamba ada platfrom disediakan.

Pemandangan dari depan. Platfrom kayu tu la tempat amek gamba
Lepas amek-amek gamba, masa utk masuk Rumah Terbalik ni.

Sedia memulakan perjalanan. Hehe.
Perjalanan dimulakan sambil pemandu pelancong tu bercerita.. alkisahnya kononnya Rumah Terbalik ni didiami 3 beranak, si ibu, ayah dan anak lelaki yang punyalah lasak sampai terbalik rumah. Sampai di gong, wakil tetamu dijemput memukul gong 3 kali sambil pemandu pelancong menerangkan serba sedikit sejarah pasal gong ni.

Pukul gong 3 kali je ye.. takleh lebih. Hujan kang katanya
Dah ketuk gong 3 kali, sampai kat pintu sorang lagi wakil tetamu dijemput ketuk pintu rumah. Mengikut adat susila orang Malaysia katanya (ke dia kata adat susila org Melayu? Lupa lak. hehe)

Oppps! Takleh amek gamba dalam Rumah Terbalik la. Jadi cerita selanjutnya tanpa gamba la ye. Hehe
Dalam Rumah Terbalik ni memang semua terbalik. Rumah ni dibina lengkap dengan semua keperluan asas dalam rumah. Ada kerusi, mesin jahit, mesin basuh, tv, rak.. senang kata rumah ni memang lengkaplah. Ruang tamu, bilik ibu ayah, bilik anak, bilik air semua lengkap berperabot dan juga terdapat barang2 peribadi utk menunjukkan seolah-olah rumah ni betul2 berpenghuni. Dan dalam rumah ni turut diletakkan barang yang menunjukkan ciri-ciri/budaya penduduk setempat. Pusing-pusing dalam rumah tu sekejap lepas tu keluar ikut pintu belakang.

Pintu belakang. Perasan x ada basikal dan ampai tu?
Pintu belakang ni terus masuk kedai cenderamata dan cafe. Nak keluar kena lalu kedai cenderamata dan cafe ni.

Sedikit sebanyak pasal Rumah Terbalik ni :
  • dibina mengikut ukuran sebenar sebuah rumah. dibina dalam tempoh enam bulan je tau
  • kawasan sekitar rumah ni turut ditanam sayur-sayuran dan buahan-buahan. ada timun, tembikai. tembikai dia dah berbuah tau. geram je tengok.
  • sepanjang nak masuk Rumah Terbalik ni kena ikut laluan yg disediakan.
  • dilarang memijak rumput ye
  • di pintu depan ada sebuah kancil yg turut diletakkan terbalik
Jadi, kalau ada sesiapa yang bercadang nak jalan2 sekitar Tuaran/Tamparuli tapi tak tahu nak kemana.. bolehlah ke Rumah Terbalik ni.

Thursday, April 5, 2012

Bahaya mencuci mata di alam maya

Bahaya juga dok jalan2 di alam maya ni kan. Nak nak orang yg mudah terpengaruh macam Norsi ni. Dok blogwalking sana sini.. orang sana citer makan secret recipe, orang sini tayang kek secret recipe, orang sinun dok letak gamba kek secret recipe.. aduhhh.. wat Norsi teringin je.

Dah la en big boss ni jenis apa Norsi nak sume dia ok je. Ohhh.. bahaya.. bahaya. Baru je makan kek masa bday bebudak ni ari tu. Takkan nak beli kek lagi. Jimat Norsi.. jimat!

Tuesday, April 3, 2012

Trying hard

Am trying my best to blog. Keep writing and then.. delete. It's not that I don't have any idea. It just that I am not in the correct mood.

Focus Norsi, focus!

Monday, April 2, 2012

1 April to celebrate

The cheeky boy turn 2 yesterday. And the big sister will turn 3 in two week times. So yesterday we had a simple celebration for the two of them.

The celebration. Betul punya simple kan? Ada cake, gula2, buah2an dan goreng2an je

The Angry Bird cake. Kebetulan sangat ada kek Angry Bird ni masa nak beli. Suka sangat 2 beradik tu.

Potong kek bersama2

Kakak : Besh mak kek Angry Bird nih...
Adik : Sekodeng kek kakak. Hehe..

Birthday boy.. comot2 makan kek