Friday, March 24, 2017

Cuti sekolah

Cuti sekolah.
Bila tiba cuti sekolah, maknanya...
Rumah rupa tongkang pecah hari-hari. Kemas la macamana pun, tak sampai sejam dah tunggang langgang semula.
Lantai toksah harap nak licin berkilat. Mop pagi ni takdan tengahari dah rupa belacan balik.
Mak orang paling glamer. Kejap yg tu panggil. Kejap hat ni cari. Kejap yg hat nun minta tolong. Kang hat ni mengadu.
Bertuah la umah nak sunyi sepi. Gegak gempita senantiasa. Mana yg bertekak adik beradik, mana yg menjerit meraung diusik kakak dan abg. Tu belum maknya bertempik jadi singa.

Tapi bila cuti sekolah juga maknanya...
Tak perlu kelam kabut masak, hantar amek anak pegi sekolah. Boleh wat keje slow-slow takyah terkejar2.
Extra hand at home. Yg kakak abg boleh dah diharap tolong mak sikit2. Tolong tgk adik masa mak masak. Tolong angkat baju.
Main sama2. Waktu ni la bebudak ni nak relaks berkawan bermain adik beradik.

Nikmat ALLAH.

No comments: