Monday, November 21, 2011

Catatan Perjalanan : Perdana Park Tanjung Aru

Sedang mencari mood untuk mengemas. Tapi bila dah online, haruslah makin malas kan. Hehe.

Tadi en big boss bawa kami berjalan2 di Perdana Park Tanjung Aru. Melihat air pancut menari (^_^) dalam bahasa omputihnya 'musical fountain show'.  Suka betul bebudak 2 beradik tu. Kami dah duduk sini dua tahun, baru2 ni je baru tahu pasal Perdana Park ni. Slowpoke. Hehe. Kita layan gamba jom.

Air pancut menari ni ada jadualnya jadi sementara menunggu dia mula, layan dulu air pancut biasa ni.


Tengok air pancut biasa ni pun excited bebudak ni. Sambil berpegangan tangan ye.



Pertunjukan dah mula. Jom layan..




Sedikit info mengenai Perdana Park ni :
  • dibuka dari jam 6 pg hingga 10 malam setiap hari
  • masuk percuma. kena bayar parking je
  • berdekatan terminal 2 kkia (terminal tempat kapal terbang AirAsia ye)
  • berdekatan pantai Tanjung Aru
  • ada taman permainan kanak2, tempat joging, tempat beriadah
  • ada 2 kedai makan yg Norsi nampak tapi tak masuk. nampak cam dia jual snek cam sandwich, air gitulah
  • Pertunjukan air pancut berirama ni cuma ada pada waktu malam je.
  • Pertunjukan selama 10 minit. Ada 4 set je setiap malam (7mlm-7.10mlm, 7.30mlm-7.40mlm, 8.00mlm-8.10mlm, dan last pukul 8.30mlm-8.40mlm)
Syiok juga sekali sekala jalan2 adhoc camni :). Mekasih en big boss.

1 comment:

SAH said...

bestnyer! awak azie balik sini jan.awak tak balik ker???