Semenjak duduk di Sabah, dah beberapa kali kami mengalami keadaan dimana takde elektrik atau air secara tiba2. Takde elektrik atau air adalah benda biasa di sini. Yang bagusnya selalunya ketiadaan air dan elektrik ni sekejap je. Jarang sampai sehari suntuk walaupun terkadang ambil masa berjam2 juga nak pulih. Dan dah lama jugalah xde dah kes takde letrik dan air ni.
Tapi dua tiga hari ni gejala takde elektrik jadi balik. Kejadian pertama, elektrik terputus selama sejam. Lepas tu jam 3 4 pagi hari Isnin elektrik terputus lagi. Norsi terjaga masa elektrik terputus tu. Lepas tu terus tak tidur sebab mengipas dua beradik ni. Sakinah dalam tidur pun boleh dia kata panas. Hehe. Kali ni lama sikit. Lebih kurang jam 11 pagi baru bekalan elektrik pulih.
Ingatkan dah ok. Sekalinya pagi 1 Mei tu takde elektrik lagi. Nasib baik en big boss cuti hari pekerja. Laju je dia ajak keluar. Kesian anak2 panas katanya. Dalam kami bersiap2 tu, elektrik ada balik. Dah siap punya pasal, kami keluar juga. Di jalan pula tengok banyak kereta tak bergerak2 di lampu isyarat betul2 dekat dengan rumah. Ingatkan semua org macam kami, keluar sbb letrik takde.. rupa2nya trafik ditahan untuk memberi laluan acara berbasikal (Basikal Borneo ke apa ntah namanya). Dalam setengah jam juga la trafik tak bergerak. Dan bila basikal dah lepas, trafik pun slow aje sbb dah banyak kereta.
Jadinya kami singgah kedai makan. Kononnya nak bagi trafik lancar sikit baru nak jalan balik. Dan semasa kami di kedai makan, sekali lagi xde letrik! Dan kali ni tak tahu pula berapa lama sbb bila kami dah keluar dari kedai makan pun masih xde letrik.
Nasib baiklah masa kami balik petang tu dah ada elektrik di rumah. Dengarnya Sepangar xde elektrik sampai ke malam. Aduhhh... mesti tension masing2 di rumah.
Apapun, takde letrik ok sikit berbanding takde air kan?
No comments:
Post a Comment