Tuesday, June 18, 2013

Kisah donut (kali ni ber resepi)

Dah beberapa hari teringin makan donut. Sakinah pun sama. Tapi entah kenapa kebelakangan ni susah pula nak jumpa donut. Orang jual kuih pun xde donut.

Jadinya tadi mencari resepi donut. Norsi memang dah ada resepi donut tapi kali ni nak cari resepi untuk kuantiti yang sikit. Kebanyakan resepi guna tepung sampai 1kg. Norsi nak buat sikit je. Nak separuhkan adunan tak pandai pula. Nak-nak pula timbang dah rosak dikerjakan dek Ikhwan.

Kebetulan, terjumpa resepi donut di Qalam Qudus. Memang sedang elok la. Sukatan pakai sudu dan cawan je. Teruslah Norsi cuba. Memang gebu. Adunan pun elok x melekat di tangan. Sakan Sakinah dan Ikhwan menggentel donut bersama-sama emaknya.

Di sini Norsi saln semula resepinya. Senang Norsi nak rujuk di lain kali.

Bahan :
1 sudu yis 
Setengah cawan air suam
Sesudu gula

2 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin (Norsi guna butter yang dilembutkan pada suhu bilik)
2 sudu tepung susu (Norsi guna susu tepung bebudak ni aje)
Sedikit garam

Cara :
Sesudu yis dimasukkan ke dalam setengah cawan air suam. Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur. Kemudian tunggu yis kembang (dia akan berbuih sedikit).

Campurkan tepung gandum, marjerin, susu tepung dan garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan campuran yis tadi. Bolehlah ditambahkan air atau tepung sehingga mendapat adunan yang tidak melekat dijari (atau sehingga anda berpuas hati dengan adunan).

Tutup adunan dengan kain (selalunya kain bersih yang dibasahkan sedikit). Norsi guna plastik wrap aje. Biarkan selama setengah jam. 

Lepas tu bolehlah mula menggentel donut. Selalunya adunan dicanai nipis dan ditekap dengan acuan donut ataupun mulut gelas bagi yang takde acuan. Norsi pula bulatkan adunan tu kecik2 dan tepekkan dengan tapak tangan je. Lepas tu buat lubang di tengah2. Buat pun saiz mini je.

Pemilik resepi terus goreng donut ni. Tapi Norsi rehatkan adunan yang dah dibentuk ni dalam setengah jam. Bagi dia kembang lagi. Lepas tu barulah digoreng.

Sakinah dan Ikhwan suka benar dengan donut ni. Sedap agaknya makan panas-panas. Lapan ketul donut mini habis kat diaorang dua beradik je.

2 comments:

Qalamqudus92 said...

Terima kasih, x mention nama pun xpa ja:)

Sharing is caring kan?

:) Salam ukhwah.

Yusaimi Mohd Nor said...

Aslm.. sy pn dh try mmg ank suke sgt resepi yg ni.. mudah tp yg pntg sedap..