Monday, October 7, 2013

Bila hidung anak berbau busuk

*entry ini panjang. Norsi berkongsi kisah ini untuk rujukan bagi sesiapa yang mungkin menghadapi kisah yang sama seperti kami dan tak tahu sbbnya*

Ini kisah minggu lepas.

Sakinah dah hampir dua minggu selsema sebelah hidung. Walaupun hairan kenapa sebelah hidung je, tapi tidak pula Norsi syak apa2. 

Dah dua minggu selsema, seminggu lepas tu dekat Sakinah mula ada bau busuk. Bau busuk macam ada benda busuk gitu. Mulanya ingatkan Sakinah gosok gigi tak bersih jadi asyiklah Norsi bising kat dia suruh gosok gigi bersih2. Tapi lepas tu bila check tgk bau busuk tu bukan dr mulut dia. Tapi SIKIT pun tak terpikir nak tgk hidung dia yg selsema tu.

Minggu lepas masa bersihkan hidung dia, Norsi terperasan kain buat lap hidung dia tu bau busuk gak. Barulah perasan rupa-rupanya hidung Sakinah yang selsema tu bau busuk sgt tu. Bila bagitau dekat en big boss teruslah dia check hidung Sakinah. Kompom. Hidung Sakinah berbau busuk. Sebelah je pula tu. Hidung yang tak selsema tu elok je takde bau apa2. Apa lagi, habis hidung Sakinah digodek. Dalam pada masa yang sama, en big boss search internet cari sebab yang memungkinkan hidung berbau busuk.

Kami jumpa tiga 3 blog je bercerita kisah hidung berbau busuk ni dan semua simptom2nya sama macam Sakinah. Dan ketiga2 blog ni sama je sebabnya.. SEBAB DALAM HIDUNG ADA BENDA. Sorang tu anaknya masukkan span, yang sorang lagi tu masukkan kertas dan yang lagi satu tu tak ingt pula apa benda. Tapi ketiga2nya sama, ada benda tersekat dlm hidung dan benda tu yg busuk dlm hidung.

Apalagi, en big boss pun menggodek hidung Sakinah nk tgk ada benda tak. Puas suruh Sakinah hembus hidung, tak keluarpun. Bila tanya Sakinah tak ngaku ada masukkan benda dalam hidung. Telek punya telek nampak ada benda putih dlm hidung. Puas cuba dikorek keluar, tak dapat pula. Norsi ingatkan nanah. Mana tau bau busuk tu sbb hidung dia dah bernanah.

Masa ni dah pukul 9 lebih dah pun (malam). Nak pegi klinik swasta, kompom dh tutup. Ada klinik yg buka 24 jam tapi Norsi dah serik nk pegi klinik tu. Klinik yg doktor dia tak buat apa2 masa Norsi bleeding (gugur) dulu tu la. Jadi bincang ngan en big boss nak bawa gi hospital terus tak. Biasalah bahagian kecemasan hospital, kalo tak 2 3 jam menunggu tak sah kan. Itu pun belum tentu dia bole keluarkan benda dlm hidung tu (dalam kepala kami dah set Sakinah kena jumpa pakar ENT dah ni). 

Bincang punya bincang, kami buat keputusan gi gak hospital malam tu. Balik tengah mlm pun takpe la. Janji anak ok. Sampai Hospital Likas dah pukul 10 lebih. Nasib juga tak ramai sangat. Itupun dekat sejam juga menunggu.

Masa jumpa doktor Norsi cakap hidung Sakinah dah selsema dua minggu dan Norsi tgk mcm ada nanah dlm hidung dia. Doktor tu tanya la ada demam batuk ke sebelum tu. Norsi kata la ada (kami kan demam berderet aritu). Dari gaya doktor tu mcm dia nk syak Sakinah kena jangkitan dlm hidung sbb dek demam tu. Jadinya Norsi bgtau la Norsi risau juga kalo2 dalam hidung dia ada benda. Doktor tu tanya Sakinah ada masukkan apa2 dlm hidung ke. Norsi kata la tak tau. Sakinah taknk cakap. Jadi doktor tu kata, 'Kita cuci la hidung dia sbb mummy risau ada benda'.

Jadinya kami disuruh masuk satu bilik ni. Yang tukang cuci bukan doktor tu tapi orang lain. Tak pasti la medical assistant ke apa. sakinah disuruh baring dan MA tu pun mula la cuci hidung dia. Norsi pegang tangan Sakinah sbb takut dia tertepis tngn MA tu. Tak pepasal terodok hidung pula dah. Sakinah dok gelak2 je masa MA tu cuci hidung dia. Geli katanya. 

Skali bila dh cuci dan MA tu mula guna penyepit besi untuk keluarkan benda putih dari dlm hidung dia barulah Sakinah jerit kata sakit. Jadi en big boss lak pegang tangan Sakinah. Mula-mula benda putih tu macam serpih2 je. Skali bila dah dapat dan ditarik keluar, rupa-rupanya TISU! Bukan secebis tapi sekeping tisu yang digulung tu. YA ALLAH, anak bertuah! Entah bila dia masukkan tisu tu dlm hidung.

Bila tisu tu dah keluar, hidung Sakinah dah tak busuk sgt dah. Lepas tu kami jmp blk doktor dan diberi list ubat yang perlu diambil esoknye (dh mlm kan. kaunter ubat dh tutup). Kami sampai rumah dekat pukul 1 rasanya.

Esoknya lepas Norsi cuci hidung Sakinah, memang dah takde bau busuk dah. Selsema dia pun dah takde. Mmg hidung dia tersumbat dan berbau busuk dek sebab tisu tu la. 

Jadi kalo ada diantara kengkawan yang anak tiba2 hidung berbau busuk, antara kemungkinannya ada benda dlm hidung. Kalo bawa pegi jumpa doktor jgn segan2 bagitau yg kita syak ada benda dlm hidung. Kalo tak dia ingat kena jangkitan (terutama kalau anak baru lepas kena batuk selsema) dan tak cuci hidung. Bagi ubat je. Dan ALHAMDULILLAH kami tak payah jumpa pakar ENT ke apa. MA tu memang cekap buat keje dia.

Memang kami berterima kasih sangat2 pada 3 orang blogger ni (nnt Norsi cuba  cari blk entry blog dorang) yg sudi berkongsi kisah dorang jadi bole la Norsi terus bgtau doktor apa yang Norsi syak. Kalo tak ikut je cakap doktor yg hidung Sakinah kena jangkitan dan tak cuci hidung. Bak kata en big boss, terima kasih zaman IT. Semuanya di hujung jari.

No comments: