Monday, August 9, 2010

Anak daraku..

Ni bukan masa di Teluk Likas, ni Sakinah ms jalan2 di Tanjung Aru


Anak daraku seorang ni nampaknya telah menunjukkan ciri2 kaki berjalan. Bosan agaknya dia seminggu terperap di rumah sbb abahnya takde. Jadi Jumaat lepas bila abahnya balik dan ajak keluar, paling semangat sekali Sakinahlah. Siap mengamuk bila abah yg sedang mendukungnya letakkan dia blk sbb nk cari kunci kereta. Elok kuar pintu umah, sengihhhh memanjang. Mood pun baikkkk je sepanjang petang hingga ke malam.

 Hari Sabtu, cadangnya nk bawa Sakinah dan adik jalan2 kat Taman Awam Teluk Likas tapi dua2 beradik tido sampai lewat petang. Jadi bila dorang bgn cuma bw jalan2 kat taman mainan mini kt bawah. Excited sakinah. Menjerit bila abahnya dukung nk bw naik umah. Tak nak blk. Dan smalam barulah berkesempatan pergi Teluk Likas. Pun pergi dah agak petang. Seronok tgk Sakinah lari2 sambil pegang bola ke hulu ke hilir. Duduk tak lama. Menjerit2 Sakinah bila dibawa masuk dlm kereta. Tak puas main. Kali ni pujuk mcmana pun tak jalan dah. Sakinah2..
Taman Awam Teluk Likas

No comments: