Sunday, March 13, 2011

terkunci!!

Smalam (merujuk pada Jumaat malam Sabtu) Sakinah kunci maknye kat dapur. Akibat dari peristiwa tu.. Norsi sampai sekarang emosi masih belum pulih sepenuhnya.

Al kisahnye malam smalam ada angin rajin lebih skit jd Norsi buat kek. Oven lak rendah je jd si ikhwan ni dok la berulang ke dapur nk pegang oven. Jadi Norsi pun tutup la pintu dapur (umah norsi ni antara ruang depan dan dapur ada pintu). Bila kek dah masak, konon2nya nak elakkan si ikhwan pegang dapur masa Norsi kuarkan kek, Norsi pun tutup pintu. Ikhwan nampak mak tutup pintu, meraung la dia. Yg Sakinah pulak, elok2 tgh tgk tv dgr adik meraung dan dia pun nampak mak tutup pintu dia pun meraung sama. Norsi.. siap kuarkan kek.. pusing tombol pintu.. YA ALLAH.. BERKUNCI!

Masa tu hanya terpikir.. YA ALLAH.. ANAK-ANAK AKU! Yang dorang mmg dah meraung2 kt depan. Jantung rasa macam nak luruh dah masa tu (masa taip ni pun jantung norsi berdebar2 teringat balik). Dalam kepala dok pikir.. anak2 dah terkunci kat depan. Diri sendiri terkunci kat dapur tak pikir pulak. Norsi mmg tak bole ke mana. Gril belakang dah terkunci, tingkap pun bergril. Norsi kat dapur.. kunci takde..tipon pun takde. Dalam kepala mmg cari alternatif cmane nak selamatkan bebudak tu.

Norsi pegi gril belakang, menjerit sekuat2 ati panggil kakak sebelah. Dia tak dgr. Atau mungkin juga dia dgr tapi tak tak pasti Norsi panggil dari mana. Panggil dua tiga kali takde org kuar kat dapur, Norsi terus berenti. Takde masa nak panggil2 org dah.

Nekad.. Norsi nak pecahkan kunci. Sib baik ada pisau besar skit wat potong ayam tu.. pisau tu la yg Norsi guna wat takek tempat kunci tu. Sambil menakek (guna pisau dan alu lesung) tu, Norsi dok cuba pujuk2 budak dua beradik tu. Tapi jgn haraplah dorang nak senyap. Ikhwan meraung sekuat2 hati. Sakinah kejap meraung kejap senyap.

Norsi amek masa hampir sejam baru bole buka pintu. Abis Norsi takek tepi pintu tu sampai hancur. Dalam tempoh sejam tu ALLAH je yang tau betapa Norsi risokan bdk dua beradik tu. Takut Ikhwan meraung sampai pengsan. Takut Sakinah mengamuk sampai cedera diri. Tapi ALHAMDULILLAH.. Norsi tak panik. Malah Norsi sgt2 yakin yg Norsi akan berjaya buka pintu tu. Cuma Norsi takut sgt yg Norsi amek masa yg terlalu lama dengan kederat Norsi yg tak seberapa ni.

Berjaya buka pintu, tgk2 ikhwan tgh duduk meraung sambil tgk pintu. Punya la kuat dia meraung sampai basah satu badan dia berpeluh. Sakinah pulak tengah duduk meraung atas almari tv. Nasib baik tak jatuh.
Masa ni tak rasa apa2 sgt lagi. Cuma rasa bersyukur sangat dah selamat sume.

Bila dah tenangkan budak2 ni.. duduk kat kerusi.. masa tu perlahan2 badan Norsi menggigil. Terfikir.. kalo jadi apa2 memang takde orang nk tolong. Dan malam tu.. Norsi tak tido sampai 4pg. Dan sampai sekarang emosi masih belum betul2 pulih. Still shaken.

Ohh.. kalo ada yg tertanya2 kemana en big boss.. dia xde.. dia keje.

3 comments:

nome said...

alololo....sure norsi panik time tuh? sama la dgn mie...sama kes jugak...terkunci dllm bilik...mie plak kat opis...bibik dah panik...mie suruh dia pecahkan tombol pintu tuh...at least..tombol je yg rosak...

cuak tau kalau anak2 pandai kunci pintu tp x reti bukak...mmg haru betol...huhuhu

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

aduh risau betul kalau jadi mcm gini....nasib baik tak panik kalu tak jenuh jugak...anak menagis kat luar ibu menangis dalam dapur...

Norsi said...

nome : lama tak bibik nak buka pintu tu? masa tu aleesya ok tak kat dlm tu? norsi ni sbb masa tu hubby outstation. kalo dia ada dan norsi pun pegang tipon, norsi paksa je dia balik dr tempat keje. lagi sekejap dari masa yg norsi amek nk pecahkan kunci tu.

cik jue : mmg riso.. rasa macam nak permanent block sume kunci kt umah ni.