Saturday, April 2, 2011

Kalo anak2 terjatuh

En big boss kalo bab anak2, memang lagi teliti dari Norsi. Baik bab makan, pakai, anak main apa.. sume dia amek berat. Norsi lak lebih sempoi. Jadi selalu la kena tegur dgn en big boss. Nak-nak pula kalo anak jatuh ke terantuk ke.. bising dia soh check sana sini. Haaa.. benda kat bawah ni perlu diperhatikan lepas anak2 terjatuh atau terantuk. Kalo ada salah satu tanda.. cepat2 bawa gi hospital yerk.

 
1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga

7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

-list ni diambil dari blog ini :  http://amormarziey.blogspot.com/-

p/s : eh.. bila dateline GA pic paling sempoi yerk? puas membelek gamba2.. tak jumpa yg sesuai pulak..

No comments: