Wednesday, June 29, 2011

Berhujung minggu ke sana sini

*sekali lagi.. entry yg tertangguh dalam draft. konon sibuk le tu asyik dok tangguh entry.hehe*

We had a busy weekends start from last Thursday.

Ari Khamis jumpa member lama. Dekat sepuluh tahun tak jumpa, muka dia tak berubah langsung. Norsi gak yg dah rupa makcik2. Hehe. Kebetulan dia sekeluarga datang bercuti ke sini, jadi kami amek kesempatan utk berjumpa. Dari pantai Tanjung Aru, singgah di rumah Norsi sebelum makan2 di tepi pantai. Yang kelakarnya kami tidak pulak banyak berbual, lebih banyak dengar bis boss kami berbual. Haha.


Ari Jumaat cadangnya lepas en big boss balik keje hendak juga sambung berjalan2 dengan member. Tapi kipas aircond kereta pulak rosak. Jadi pusat servis keretalah kami. Mahal rupanya harga kipas tu. Kat pusat servis P dia caj dekat RM300. Jadi kami pegi kedai servis kete biasa je.. baru RM1++. Balik dari servis kereta, terus singgah beli barang. Tak jadi nak gi jumpa member. Lagipun pikir malas pula nak kacau mereka bercuti anak beranak :)


Ari Sabtu, JOM HEBOH! Hehehe. Kebetulan Jom Heboh minggu ni wat kat Stadium Likas. Dekat je jadi saja ajak en big boss bawa anak jalan2. Tak penah2 kitaorg gi mana2 karnival camni tau. Sbb selalunya malassss sgt nk jalan sesak2 org ramai ni. Tapi demi nak bawa anak berjalan2, kami redah juga. Sakinah memula nampak blurr je tgk org ramai2 tapi bila nampak je ada budak2 bawa belon Upin Ipin terus je excited. Kejap2 tunjuk belon pastu sebut.. pen pen. Dan demi nak cari belon tu untuk Sakinah satu Jom Heboh tu kami pusing.

Tempat gerai2 IKS, macam pasar malam. Meriah.

Antara gerai yg terdapat kat Jom Heboh ni

Dorang ni dah tunggu depan pentas siap2.. pdhal baru kul 5 ptg


Apa yang bestnye Jom Heboh ni? Bagi kami takde pape pun. Hehe. Parking dah la susah giler, kena jalan jauh la tu. Gerai2 mmg ada banyak tapi tak kuasa nak berebut ramai2 dengan anak kecik. Bagi mereka yang ada anak kecik, kalo nak pegi Jom Heboh silalah bersedia dari segi mental dan fizikal ye.

Ari Ahad.. tak ke mana2. Rileks je kat umah. En big boss keje (^_^)

entry ini tiada gamba sbb tukang upload gambo keje. hehe gambo tlh berjaya di'upload' :)

No comments: