Thursday, June 9, 2011

Perginya seorang sahabat..

Menerima perkhabaran sedih. Pulangnya seorang sahabat ke sisi Ilahi pagi tadi. Norsi masih terkejut. Tangan dan kaki menjadi sejuk. Dan badan menggigil. Kerana Norsi dan dia agak rapat, biarpun tidaklah terlalu rapat.

Kami bersekolah di sekolah yang sama, biarpun tidak sekelas. Rapatnya Norsi dan dia kerana wajah kami yg ada iras. Malah kami pernah membuat nakal, mempermainkan junior sekolah dengan mengaku 'kembar'. Sehingga sekarang bila menghubunginya Norsi akan memanggilnya 'kembar'.

Masih terasa tidak percaya. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangimu sahabatku.. Siti Noorul Azrin. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali. Buat keluarga arwah.. semoga diberi kekuatan dalam menghadapi perginya dia.

No comments: