Friday, October 21, 2011

Berkraftangan lagi kita

Sedang bermalas-malasan. Anak2 dah makan. En big boss pun dah pegi keje balik (dia blk untuk solat jumaat je). Jadi tak perlu terkejar2 nak masak. Ayam pun dok keras kelentong lagi tuh (alasan nak bermalas-malasan.hehe).

Cadangnya nak siapkan buku skrap setem untuk anak buah. Sebenarnya dia minta setem je. Hobi baru nak kumpul setem agaknya. Kebetulan masa memunggah kotak terjumpa pula setem2 lama yang penah Norsi kumpul dulu. Rezeki dia la. Ingat nak belikan aje buku khas kumpul setem tu untuk dia, takde pulak. Dan2 tu la rajin datang nak buat buku skrap. Haa..jadilah hasilnya seperti dibwh. Haha.

Hasil tangan amatur Norsi

Tapi ni belum siap lagi. Nanti nak satukan semuanya dan jadikan buku. Buatpun simple je. Almaklumle tangan keras. Idokle kreatif dan canggih mana pun. Yang kertas hijau gelap dengan jalur hitam dan kertas pink tu Norsi dah gunting. Tak berkenan la pula Norsi tgk. Jadi nk buat yg lain.

*Beria je makcik dia buatkan buku. Entah2 dia taknak dia setem yang kena lekat camni. Pandai2 la ko gunting balik Mira oi. Hahaha.

Okeh.. Craft time!

1 comment:

nome said...

cantek! pandai norsi buat