Friday, October 5, 2012

Sayang anak, dibabab-bababkankah?

Seringkali kita sebagai ibu bapa, tersepit dengan cara yang terbaik untuk mendidik anak2. Perlu berlembutkah? Atau menjadi garangkah? Dan Norsi lah itu antara orang yang sentiasa serba salah.. bagaimanalah hendak mendidik anak2 agar mendengar kata.

Ikhwan sememangnya nakal dan manja. Kata-kata emaknya ni langsunglah tidak diendahkannya. Suka mengusik, lagi dimarah lagilah dia membuatnya. Terutama kakaknya. Lagi kakaknya menjerit dan menangis akibat usikannya, lagilah dia galak mengusik.

Pagi tadi semasa emak menyidai pakaian, mereka dua beradik seperti biasa mengambil kesempatan bermain pasir. Pada satu tahap, nakal Ikhwan datang. Disauk dan ditaburnya pasir ke atas kepala si kakak. Lalu Norsi marah, kenalah lepuk sekali. Sekali, diulangnya lagi. Bila dimarah (tidak pula Norsi babab dia kali ini. Suara je naik), sengih aje dia. Dan bila dia sekali lagi menyauk pasir dan ditaburkan diatas badan kakaknya sambil tersengih-sengih, kenalah dia dengan emaknya.

Tersentuh juga hati mendengar dia meraung sambil menyebut sakit. Tapi Norsi biarkan dulu sehingga dia berhenti menangis. Kerana niat dihati hendak dia faham. Benda yang dibuatnya salah. Bila dia melihat Norsi mendekati setelah dia berhenti menangis, dengan muka yang takut2 dia menyorok di belakang tiang ampaian. Bila Norsi dukung, terus buat muka merajuk. Bila Norsi peluk2 dan cium2 sambil terangkan yang Norsi marah sebab dia tak dengar kata, Ikhwan diam aje, tetap dengan muka merajuk dan manjanya.

Dan selepas itu, bila nak minta Norsi buat apa pun dia nampak ragu2. Minta Norsi tolong lukiskan Ultraman, lepas tu tgk muka maknya ni marah tak. Kesian pula bila tengok macam tu. Sebab Norsi bukan nak dia takut dengan Norsi, Norsi nak dia faham bila kena tegur/marah.

Tapi Alhamdulillah, sekejap je takut2 dia tu. Bila ditengok maknya dah tak marah2 dah, terus kembali ke mood nakal ceria dia tu. Dan hati tertanya-tanya.. amek pengajaran ke tidak si Ikhwan ni?

Menjadi ibu bapa tidak mudah.. kan?

Merajuk sebab mak tinggal dia dalam kereta dengan abah

p/s : Norsi sebenarnya tidak suka pukul anak2. Sebab itulah selalunya suara Norsi je yg naik. Jiran2 agaknya hari2 tahan telinga dengar Norsi terjerit2 marah bebudak ni. Cuma kebelakangan ini Norsi rasakan anak2 makin tidak mendengar kata (malah en big boss pun dah tegur anak2 sekarang dah tak takut dia marah dah) jadi sekarang Norsi jadi garang sikit. 

No comments: