Friday, August 9, 2013

Aidilfitri kami

Aidilfitri kali ini masih lagi kami sambut di KK. Tapi berbanding tahun lalu, kali ini kami berpeluang bercuti buat beberapa hari di Semenanjung selepas ini.

Seperti selalunya, Aidlfitri kami sambut sederhana. Tapi sungguh kami gembira biarpun sekadar menyambutnya dengan keluarga kecil kami. Hinggakan Sakinah bangun-bangun tidur pagi tadi terus menyebut, 'Kakak seronok hari raya.'

Sehari sebelum raya Norsi sibuk di dapur. Memasak juadah raya. Ruang tamu memang Norsi serahkan sepenuhnya pada en big boss. Dialah yang mengemas dan menghias ruang tamu kami. Disebabkan tak perlu kisahkan bab mengemas, awal juga Norsi dpt siapkan juadah raya malam tu. 

Pagi Aidilfitri Norsi bangun awal. Siap-siap panaskan dan tapau sedikit juadah raya untuk dibawa ke jamuan port luck di tempat kerja en big boss. Kemudian kejutkan Sakinah dan Ikhwan bersiap untuk solat raya. Seronok budak dua beradik tu bila kata nak pegi solat raya. Pukul 7.15 pg kami dah sampai di masjid. Hairan juga melihat masjid lengang. Rupa-rupanya en big boss salah maklumat. Dia diberitahu masjid tu solat raya pukul 7.30, rupa-rupanya jam 8.00 pagi baru nak solat raya. 

Usai solat raya, kami ke jamuan kecil-kecilan department en big boss. Walaupun kecil-kecilan dan tidak ramai yang menyertai kerana ramai yang pulang bercuti, tapi tetap meriah. Ikhwan dan Sakinahlah paling seronok sebab dapat berjumpa kawan2. Maknya seronok sebab dapat makan macam2 sampai sendat perut. Hehe. Manakan tidak, ada sate, masak lodeh, bihun sup dan sudah semestinya nasi himpit. 

Balik dari tempat kerja en big boss baru kami berkesempatan beraya sesama kami. Tengahari kami tidak kemana-mana. Sakinah dan Ikhwan tertido kepenatan. Petang tu baru kami keluar beraya di rumah sahabat en big boss. Dan malamnya menerima kunjungan sahabat en big boss yang datang beraya di rumah kami.

Biarpun tidak semeriah yang lain, tapi Aidilfitri ini tetap seronok bagi Norsi. Tidak kurang apapun. InsyaALLAH nnt kami akan beraya bersama keluarga di semenanjung pula.

Kanak-kanak riang ria di pagi raya
Bagaimana pula Aidilfitri kawan2?

No comments: