Tuesday, April 26, 2011

being selfish

am staying, but just because of my own selfish reason. too afraid he might find comfort without me that someday he might not mind losing me.

oh.. i am nothing but a fool.

i am melting

Seeing him playing the guitar on the stage, makes my heart beating fast. The way he play it, the shyness in his face.. GOD.. I fall and fall and fall in love again. He remind me of my silly old dream.

Being a hopeless romantic idiot, one of my silly dream during my not-so-mature days is having a guy who knows how to plays guitar as my man. I'd once told a good fren of mine that I will straight away fall in love if a guy play a guitar for me. Oh yes.. i am that silly huh.

In years, the dream had been forgotten. I have no longer keep the dream with me (eventhough sometimes I still find the idea of someone plays the guitar for me is hopelessly romantic).

Life goes on. I met someone. Fall in love. Get married. Period.

And GOD know best. It turn out that my man IS a guy who knows how to play guitar. He only play for fun but still..

my dream had come true.

Monday, April 25, 2011

sesi gaduh adik beradik

si kakak nak letak kusyen macam gelongsor. yang adik nak panjat kerusi (yang sama). nak berdiri atas kerusi. lalu kusyen ditolak sebab menghalang laluan. kakak marah. cuba menolak adik. adik pulak yang marah. mulut dua2 dah bising.

mak? lantokle. pandai2 le korang settle dua beradik. hahaha.

zalimkah? tidak. norsi tahu budak 2 beradik ni. jap lagi dua2 tinggal camtu je kerusi tu.
ha.. kan betul. si adik dah pegi layan hujan di pintu. kakak lompat depan tv.
kerusi? mak la tu yg kena kemas.

Thursday, April 21, 2011

sekadar mengemaskini

Akhirnya dapat buka blog. Yeayyy.. atas usaha gigih en big boss akhirnya bole dah buka blog guna mozilla dan chrome.

Dah dapat buka blog ni mood nak 'update' blog lak takde. Ikhwan demam. Bibir atas dia bengkak teruk. Kesian tengok dia. Tapi ALHAMDULILLAH, demam2 dia pun tak meragam teruk. Si kakak pula yg lebih. Agaknya dia terasa kurang perhatian maknya. Maklumlah.. maknya bagi tumpuan lebih kat adik yg demam.



Hemphhh.. masa terasa lambat bila dalam penantian.

Thursday, April 14, 2011

moments of treasure

Manisnya detik itu bila..
adik datang peluk mak dengan penuh manja bila mak peluk kakak.

Manisnya detik itu bila..
adik tersenyum tunjuk gigi kat mak bila mak senyum kat adik.

Manisnya detik itu bila..
kakak senyum manja sambil cakap..'mak, nak syusyu'.

Manisnya detik itu bila..
adik main sambil jeling2 mak demi memastikan mak duduk tunggu adik.

Manisnya detik itu bila..
kakak tiba2 datang bermanja.

Manisnya detik itu bila..
adik dah mula pandai berjalan.

Manisnya detik itu bila..
kakak berusaha menyuap botol susu ke mulut adik yg menganga tunggu disuap bila mak suruh bagi adik air.

Manisnya detik itu bila..
kakak mengusap dan mencium adik.

Manisnya detik itu bila..
melihat kakak cuba memujuk adik yg menangis.. walaupun mak tak tau apa yg kakak katakan.

my dear children,
every moments that we shared together meants more than treasure to me. One day you will grow and lead your own life, have your own family. But these moments that we had will remains in my heart. Love u both.. my little treasure.

Wednesday, April 13, 2011

Dan kapal terbang itupun berlepaslah


tanpa kami. huhuhu.

iyeee.. kalo diikutkan sekarang ni kami sepatutnya ada dalam kapal terbang balik semenanjung. Tapi sungguh takde rezeki, tiket burn camtu je. Dah berusaha wat perancangan baru apa sumer.. tapi kalo dah bukan rezeki tu, tetap takde rezeki.

Takpelah.. ALLAH  perancang terbaik.. pasti ada hikmah disebaliknya ni.

Kepada syarikat penerbangan tu.. tak baik tauuuuu burn habis duit kami walaupun kami inform 2 minggu awal. huhuhu

Sunday, April 10, 2011

among the precious moment

Sambil ketawa dia berlari2. Mengejar bola yg bergolek ke sana sini. Kadang kala berjaya dia menyepaknya. Tapi kerap kali juga dia tersasar..sekadar menyepak angin. Tapi dia tidak putus asa. Tetap juga dia berlari.. mengejar dan terus menendang. oh comelnya.....




sakinah? oh bukan.. anak daraku ini tak pandai main bola.
ikhwan ? lagilah bukan.. berjalan pun masih jatuh-jatuh...
sapa lagi.. abahnya la... semalam pertama kali main futsal bersama kawan2. hehe..

Tuesday, April 5, 2011

coti2 anganku musnah

Hohoho.. bad news is on d way.... yang tukang sampaikan berita pun pandai.. cakap sikit2 je.. ayat standard 'nnt i balik kita bincang ye'.. takut bini dia mengamuk la tuh. hehe. maklumle.. usually the bad news will be followed by the bad mood of the wife. hahaha.

Alahai.. sudah terbayang2 duit tiket hangus (banyak tu weihhh.. lepas duit belanja kitaorg sebulan ok). Angan2 nak celebrate bday anak2 dah makin pudar. Bayangan nak bawa budak2 gi mandi manda, join family day mak cu, makan itu ini, pegi sana sini.. dah semakin menjauh. huhuhu. Sian pula bila terkenang mak en big boss yg berharap..

takpe.. en big boss.. u owed us ok?

Saturday, April 2, 2011

Kalo anak2 terjatuh

En big boss kalo bab anak2, memang lagi teliti dari Norsi. Baik bab makan, pakai, anak main apa.. sume dia amek berat. Norsi lak lebih sempoi. Jadi selalu la kena tegur dgn en big boss. Nak-nak pula kalo anak jatuh ke terantuk ke.. bising dia soh check sana sini. Haaa.. benda kat bawah ni perlu diperhatikan lepas anak2 terjatuh atau terantuk. Kalo ada salah satu tanda.. cepat2 bawa gi hospital yerk.

 
1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga

7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

-list ni diambil dari blog ini :  http://amormarziey.blogspot.com/-

p/s : eh.. bila dateline GA pic paling sempoi yerk? puas membelek gamba2.. tak jumpa yg sesuai pulak..