Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts

Saturday, May 24, 2014

Pantai 2 Tanjung Aru

Minggu lepas kami ke Pantai 2 Tanjung Aru. Dah lama sangat tak ke sana. Dekat setahun ke dah lebih setahun tak jejak Pantai 2. Tu dia.. sampai bila kali terakhir pegi sana pun tak ingat dah. Selalunya ke Pantai 1 saja. Terkejut bila sampai. Dah berubah sangat2.

Dulu ada satu restoran sebelah parking. Sekarang tapak restoran tu dah jadi parking.

Parking kereta di tapak asal restoran
 Sebagai ganti, ada la dua tiga gerai jual makanan macam burger, mee goreng, goreng pisang, keropok dan air.
Kanopi biru tu la gerai-gerainya. Tak banyak tapi ok la dari takde langsung.
Bila dah takde restoran, rasa macam ada pantai lebih lapang (dan dan je la kan.hehe). 
Yang pokok banyak2 tu Taman Awam Tun Fuad Stephen namanya kalo tak salah

Lantai kayu tu tapak asal restoran, Skang dah jadi tempat lepak/santai

Masa kami pergi air tengah pasang. Menggoda betul nak mandi. Tapi tak bawa baju pula.
Bila Pantai 2 dah berubah rupa ni macam best pula pergi Pantai 2. Parking pun percuma tak perlu bayar. Kalau pantai 1 kena bayar parking. Nak mandi-mandi dan main pasir pun macam lagi best je kat Pantai 2 ni.

Tuesday, August 27, 2013

Hujan

Hujan. Alhamdulillah. Biarpun tidak selebat mana. Kerana semenjak kami balik minggu lepas, cuaca di KK kering dan panas. Hinggakan bila menjelang tengahari sahaja pokok2 di dalam pasu dah menjadi kering dan layu.

Kebetulan pula kawasan bukit di belakang rumah kami ni dah ditarah dan sedang dimajukan untuk projek perumahan. Jadi bila cuaca kering, debu dan habuk tak usah ceritalah. Dah rupa macam jerebu. Sidai baju pun rasa macam berhabuk je baju bila dah kering.

Lega bila hujan.

Saturday, June 22, 2013

Jerebu dan puasa

Musim jerebu kembali lagi. Sana sini sibuk dengan kualiti udara yang tidak sihat. Dan nampaknya KK juga tidak terkecuali. 

Jerebu dah mula kelihatan. Puncak Gunung Kinabalu yang dulunya jelas kelihatan (pada hari cuaca yang baik) dari depan pintu rumah je kini langsung tak nampak. Bukan sahaja Gunung Kinabalu, bahkan yang kelihatan di langit cuma asap putih.

Namun terik mentari masih terasa. Perit kulit tatkala menyidai pakaian biarpun tanpa sinaran terus sang mentari.

Hari ini hari terakhir Norsi ganti puasa. Terasa sedikit mencabar. Kerana tidak terbangun sahur pagi tadi. Telefon habis bateri. Terjaga pun dalam 5 - 10 minit sebelum subuh. Itupun kerana Ikhwan yg mengejutkan. Minta dibuatkan susu. En big boss sarankan Norsi ganti di hari yang lain. Kerana keadaan Norsi tidak menggalakkan Norsi berpuasa tanpa bersahur. Tapi terasa sayang pula. Tinggal sehari je. Jadi gagahkan diri juga. Semoga dipermudahkan puasa Norsi hari ini (^_^)


Saturday, February 23, 2013

Upah servis RM100?

Seminggu dua ni banyak betul hal-hal berbangkit. Aktiviti kami pun banyak yang 'on the sport' je. Contohnya  Ikhwan dengan jayanya telah merosakkan kad pengenalan Norsi. Sampaikan en big boss terpaksa minta 'half day' untuk pergi ke JPN. 

Dan nak jadi cerita dalam perjalanan nak JPN motor kipas kereta rosak. Suhu naik sampai ke tahap merah dah. Ini kali kedua motor kipas rosak. Tahun lepas dah rosak, dah digantikan pun. Dan beberapa bulan lepas rosak balik, tapi kereta kesayangan berjaya bertahan.. sampailah masa nak ke JPN.

Jadinya en big boss rancang nak pergi ke bengkel yang sama kami tukar motor kipas dulu. Tapi alangkah terkejutnya en big boss (ayat skema habis.hehe) bila orang bengkel tu caj harga hampir sekali ganda dari harga yang lama. Dulu harganya tak sampai RM200 pun. Tiba2 kali ni jadi RM300. Naik RM100 tu. En big boss bengang betul. Bengang sebab bila en big boss tanya kenapa mahal sangat mekanik tu bagi alasan macam2. Boleh pula bagi alasan beberapa hari lepas dia jual radiator harga RM300 lebih. Terus en big boss ajak balik. (Norsi ni tak paham pasal kereta (zero knowledge) jadi tertanya2 juga apa kaitannya kipas rosak dengan radiator).

Sudahnya en big boss beli sendiri motor kipas tu kat kedai yang jual barang kereta dan balik rumah pasang sendiri. Harganya cuma RM180! Sabo je la. Aduhai en mekanik.. kot ye pun nak amek upah tolong pasang takkanlah sampai RM100. 

Haiii lah... nilai duit zaman sekarang.

Friday, February 22, 2013

Catatan Perjalanan : Petrosains di Kota Kinabalu

Entry yg terperap di dalam draft sejak sebelum Tahun Baru Cina lagi. Sekarang ni la baru nak publish.

Sepatutnya Norsi menyambung kerja menyiapkan kad kawin adik.. tapi malasnya la haiii... jadi update blog aje (^_^)

Isnin lepas Norsi ke poslaju, mengirimkan sedikit kad kawin adik (almaklumlah buat sendiri kena la bagi sikit-sikit. tak daya nk bagi sekaligus beratus2). Balik dari poslaju masih awal, jadi Norsi ajak en big boss singgah di Perpustakaan Negeri Sabah. Ada apa ni Perpustakaan Negeri ni? Ada ini..

Petrosains Playsmart
Lama dah Norsi terbaca di satu blog ni pasal Petrosains di Kota Kinabalu ni. Ada juga kami pergi sekali masa hari Ahad, tapi tutup. Kali ni dapat masuk. 

Petrosains ni kecil sahaja. Satu bilik sahaja. Tapi macam2 ada. Masa kami sampai ada 3 4 orang je pengunjung, jadi seronok sangatlah Sakinah dan Ikhwan. Antara permainan yang ada :

Macam pandai je Ikhwan main
Main korek2 tanah. Norsi yang tengok pun teringin nk main. Haha
Ikhwan dapat member baru. Suka betul budak ni ajak Ikhwan main.
Kakak pun nak cuba main juga
Tapi kami di sini sekejap je. Sebab pukul 1 tu dia tutup untuk rehat tengahari. Pukul 2 baru buka balik. Norsi terlupa pula nak catat waktu Petrosains ni beroperasi. Kalo tak salah hari2 biasa buka jam 9 hingga 4 kot (ke 5 yerk?). Waktu rehat dari pukul 1 hingga 2. Masuk adalah percuma.

Ingat lain kali kalo berkesempatan nak bawa lagi bebudak ni datang Petrosains ni. Sebab hari tu tak sempat explore sampai habis.

Thursday, January 10, 2013

Random pictures of KK




Tuesday, January 8, 2013

Catatan Perjalanan : Perdana Park Tanjung Aru (di waktu siang)

Hari minggu yang lalu Norsi mengajak en big boss bawa anak2 berjalan2 di Perdana Park Tanjung Aru. Selalunya pergi waktu malam sebab nak tengok 'musical fountain'. Kali ni saja ajak pergi waktu siang sebab nak pusing satu taman (^_^)

Perdana Park ni terletak berdekatan Terminal Air Asia ataupun dikenali sebagai KKIA Terminal 2. Betul2 bertentangan lampu isyarat nak ke Terminal Dua ni. 

Simpang masuk ke Terminal 2
 Kalau dari KK nak ke Perdana Park kena terus melalui lampu isyarat di Terminal 2 ni. Kena u turn dekat bulatan di Pantai 1 Tanjung Aru.

Bulatan di Pantai 1 Tanjung Aru. Kalau terus masuk kawasan parking Pantai  1
Bila dah u turn, Perdana Park di sebelah kiri. Terminal 2 disebelah kanan.
Pintu masuk Perdana Park
Kawasan parking di dalam Perdana Park
Perdana Park ni memang sesuai untuk santai2. Ada tasik, taman permainan untuk kanak2 malah turut disediakan kemudahan untuk berjoging dan bersenam. 

Seronok jalan2 di sini. En big boss kata terasa macam di Taman KLCC. Teringat zaman dating dulu2. Hehe. Sungguh... Norsi rasa romantik je jalan2 kat sini. Nak-nak pula cuaca cantik. Rasa cam best je kalau dapat berkelah kat sini kan. Tapi kat Perdana Park ni tak dibenarkan bawa makanan dan minuman. Jadi takleh la nak piknik kat sini. Tapi di sini ada kedai makan. Secret Recipe pun baru dibuka kat sini.

Bukan makan-minum je tau.. yang diatas2 ni sume tak bole tau.

Kawasan permainan untuk kanak-kanak kecil

Yang ini lebih sesuai untuk budak-budak yang lebih besar. Tapi mak bapak  orang dewasa takleh la kan

Tasik di Perdana Park. Masa ni kami dah pusing separuh taman. 

Kawasan yang biru sebelah tasik tu  adalah tempat untuk bersenam
Perdana Park ni percuma. Parking je kena bayar. Tandas pun kena bayar. 50sen. Tapi tandas dia bersih betul tau.

Monday, January 7, 2013

Red Tide Alert for Kota Kinabalu (Jan 2013)

Pagi tadi semasa dalam kereta terdengar berita kematian dua kanak-kanak akibat memakan kerang yang tercemar dek laut merah. Dalam bulan 3 tahun lepas ada gak amaran laut merah yang dikeluarkan. Tapi ini la kali pertama Norsi dengar ada kematian disebabkan fenomena laut merah ni. Takut pulak jadinya. Nampaknya kena keluarkan kerang-kerangan dan makanan laut dari menu ni. 

Berita mengenai amaran laut merah kali ni Norsi cuma jumpa di The Star online. Tak jumpa pula salinan surat amaran macam tahun lepas. Kawasan yang dikesan ada laut merah ni adalah berdekatan pantai barat Sabah iaitu Papar, Kota Kinabalu dan Tuaran. Dan kanak-kanak yang meninggal tu dikatakan mengutip kerang di pantai dekat Sepangar dan makan mentah-mentah.

So my Kota Kinabalu fellows.. keep alert ya. 

Gambar : Kota Kinabalu

Hujung minggu yang malas bagi kami. Kerana kami bermalasan sahaja hujung minggu kali ini. Tidak ke mana-mana. Sekadar bersantai di rumah dan berjalan-jalan di Perdana Park di Tanjung Aru. Nanti bila rajin Norsi akan citer pasal Perdana Park. Wat masa ni layan gamba sekitar KK dulu ye.

Pantai 2 Tanjung Aru

Pemandangan dari food court Suria Sabah. Cantik kan?

Perdana Park Tanjung Aru

Pasar Kraftangan. Ada menjual bermacam hasil kraftangan dari Sabah. Paling terkenal.. mutiara :)

Thursday, January 3, 2013

Anjing, sampah dan makcik DBKK

Hari ni DBKK dapat pekerja sementara baru. Ni la pekerjanya...


Gambar seperti di dalam resume. kehkehkeh
Al-kisahnya dah seminggu lebih sampah di kawasan perumahan kami tak dikutip. Sampaikan tong sampah pun dah tak muat nak letak sampah dah. Kat kawasan perumahan  ni pulak banyak anjing. Kalo dah banyak anjing tuh ditambah pula dengan limpahan sampah.. jawapnya majlis makan malam anjing2 tu la. Anjing2 ni pun satuuuu... dalam bnyk2 tempat tong sampah Norsi juga jadi pilihan jamuan dorang.

Pagi ni dah kali ke3 dorang buat jamuan kat depan umah dalam tempoh seminggu sampah tak berkutip ni. Abis sampah berterabur atas jalan. Smalam dah kutip balik (iyeeeee... kutip balik sampah2 tengah jalan tu ye kawan2. Sib baik x banyak kete). Dah la kutip sambil direnung dek 2 3 ekor anjing tuh. Dorang marah la tu belum habis makan dah kena halau pastu tempat makan kena kemas. Elok je dia berdiri sambil tengok tepat kat Norsi. Pastu bila Norsi bising2 halau disalaknya Norsi. Siap panggil bodyguard tambah 2 ekor lagi (okey.. masa ni Norsi lari masuk umah. Scary tau. Pastu baru keluar balik).


Berbalik kepada pagi ini (cewahh) bila tgk sampah berterabur balik dan lagi teruk dari smalam (dah la berterabur, dah kena lenyek dek kereta lalu lalang lagi) Norsi tekad telefon DBKK. Nak tanya jadual pengutipan sampah dan bila masa terdekat dorang nak kutip sampah. Kalo lambat lagi nak buat rayuan minta dipercepatkan. Tepon DBKK cakap nak tanya pasal pengutipan sampah dia bagi nombor bahagian pengutipan sampah. Dibahagian pengutipan sampah Norsi bercakap dengan penyelianya, En Musran. Katanya kalo ikut jadual memang lori sampah tu dah ada di kawasan perumahan Norsi. Lega weih mendengarnye. Sempat juga la Norsi mengadu pasal jamuan makan anjing tuh.


Lepas telefon DBKK baru Norsi keluar kutip sampah balik. Tengah2 kutip sampah tengah jalan tu lori sampah pun sampai. Yeehaaaa. Bagus betul la. Lepas telefon terus sampai (padahal dorang memang dah ada kat sini kan). Walaupun lori sampah dah datang, tetap juga Norsi kutip sampah2 yang berterabur tu. Rasa tak patut pula nak tinggalkan macam tu je. Bila lori sampah dah pergi, Norsi sambung 'tugas'. Sapu jalan!! Haaaa... kan dah kata pekerja sementara DBKK. Hehe. Tak sanggup tgk sampah2 yg bersisa di jalan tu. Norsi sapu mana yang mampu je la kan. Takde la sampai betul2 bersih kan. Setakat sapu sampah2 kasar yang masih bebas 'berkeliaran' je. 


Itu ajelah kisah anjing, sampah dan makcik DBKK. Macam biasa, gamba takde. Tak sanggup letak gamba sampah berterabur depan umah. Tak lalu makan lak korang kang. Hehe. Bagi yang nak tahu,
talian DBKK yang boleh dihubungi

Aduan Awam : 088 - 210 011
Bahagian Pengutipan Sampah : 088 - 430 548

Sunday, July 22, 2012

Buat tatapan

Alhamdulillah, sudah masuk hari kedua Ramadhan. Setakat ini, menu berbuka dan sahur kami sangat2 ringkas. Kengkawan pula macamana?

Lama rasanya tak letak gamba di blog. Selongkar balik folder gambo lama2 terjumpa beberapa gambo sekitar KK yg belum Norsi letak. Moh cuci mata moh.

Lok Kawi Wildlife Park entrance

Kandang monyet di Lok Kawi Wildlife Park

Sepetang di Tanjung Aru
Penonton menari bersama sewaktu Tarian Kebudayaan Taman Buaya Tuaran

Monday, May 28, 2012

Random pics of KK

Tidak mahu blog ini terbiar sepi, entry sekadar gambar tempat2 di sekitar Kota Kinabalu.

Anjung Rasa, Tanjung Lipat. Tempat makan tepi laut. Cuma dibuka waktu malam

Padang futsal di Yayasan Sabah

Growball Cinemax, Centrepoint.

Friday, May 11, 2012

Nasib kami orang menumpang

Pepagi lagi en big boss dah telefon dari tempat kerja. Ada berita besar katanya. Dan masa diberitahu, Norsi masih tenang. Malah masa letak telefon pun Norsi masih tenang. Until the news slowly sinking in.

Tuan rumah nak jual rumah.

Benda yang ringkas.. tapi besar bagi kami yang menyewa ni.

Maklumlah.. kami ini menumpang di rantau orang. Tinggal disini memang menyewa je la. Hendak membeli rumah, terlalu banyak yang perlu dipertimbangkan.

Ketepikan susah payah untuk berpindah, sejujurnya, menjadi berat bagi kami kerana kami benar2 suka dengan rumah ini. Telah benar selesa di sini. Kedudukannya yang strategik - untuk ke tempat kerja mahupun ke bandar. Sewanya juga agak murah. Dan yang paling penting, anak2 sudah selesa di sini. Terutama Sakinah.

Tidak menyalahkan tuan rumah kerana ingin menjual rumah ini, tetapi sedih betul bila mengenangkan angan2 kami yang memang bercadang menyewa di sini terus hingga en big boss berpindah semula ke Semenanjung.

Nampaknya kenalah house hunting semula.

Thursday, May 3, 2012

Takde letrik! Bukan 1 tapi 4 kali.

Semenjak duduk di Sabah, dah beberapa kali kami mengalami keadaan dimana takde elektrik atau air secara tiba2. Takde elektrik atau air adalah benda biasa di sini. Yang bagusnya selalunya ketiadaan air dan elektrik ni sekejap je. Jarang sampai sehari suntuk walaupun terkadang ambil masa berjam2 juga nak pulih. Dan dah lama jugalah xde dah kes takde letrik dan air ni.

Tapi dua tiga hari ni gejala takde elektrik jadi balik. Kejadian pertama, elektrik terputus selama sejam. Lepas tu jam 3 4 pagi hari Isnin elektrik terputus lagi. Norsi terjaga masa elektrik terputus tu. Lepas tu terus tak tidur sebab mengipas dua beradik ni. Sakinah dalam tidur pun boleh dia kata panas. Hehe. Kali ni lama sikit. Lebih kurang jam 11 pagi baru bekalan elektrik pulih.

Ingatkan dah ok. Sekalinya pagi 1 Mei tu takde elektrik lagi. Nasib baik en big boss cuti hari pekerja. Laju je dia ajak keluar. Kesian anak2 panas katanya. Dalam kami bersiap2 tu, elektrik ada balik. Dah siap punya pasal, kami keluar juga. Di jalan pula tengok banyak kereta tak bergerak2 di lampu isyarat betul2 dekat dengan rumah. Ingatkan semua org macam kami, keluar sbb letrik takde.. rupa2nya trafik ditahan untuk memberi laluan acara berbasikal (Basikal Borneo ke apa ntah namanya). Dalam setengah jam juga la trafik tak bergerak. Dan bila basikal dah lepas, trafik pun slow aje sbb dah banyak kereta.

Jadinya kami singgah kedai makan. Kononnya nak bagi trafik lancar sikit baru nak jalan balik. Dan semasa kami di kedai makan, sekali lagi xde letrik! Dan kali ni tak tahu pula berapa lama sbb bila kami dah keluar dari kedai makan pun masih xde letrik.

Nasib baiklah masa kami balik petang tu dah ada elektrik di rumah. Dengarnya Sepangar xde elektrik sampai ke malam. Aduhhh... mesti tension masing2 di rumah.

Apapun, takde letrik ok sikit berbanding takde air kan?

Saturday, April 14, 2012

RM10 utk jahit tepi dua helai kain semeter?? True Story

Bagi yang pernah ke Pusat Kraftangan Kota Kinabalu, pasti perasan sederetan mesin jahit bersama tukang-tukang jahitnya di tepi pasar tersebut sedia membantu. Tampal baju, jahit kaki seluar.. antara perkhidmatan yang ditawarkan (cewahhh ayat Norsi.. hehehe). Err sekurang-kurangnya itu yang Norsi pernah nampak.

Baru2 ni kami ada beli kain meter untuk Sakinah dan Ikhwan. Saja beli sebab Sakinah berkenan dengan corak Angry Bird pada kain tu. Beli kain murah aje pun. Udah kata kain murah, bila dibasuh habis benang2 kat tepi tu tercabut. Jadi cadangnya nak hantar jahit tepi (kami takde mesin jahit). Tapi en big boss cadangkan kami hantar ke tukang jahit kat tepi Pusat Kraftangan tu aje. Norsi pun ok aje.

Kain tu ada dua helai. Setiap satu semeter je pun. Dan kami cuma minta tukang jahit tu jahit tepi kiri dan kanan. Macam jahit kain batik tu. Itu je. Bila dah siap, en big boss tanya berapa. Skali dia kata, RM10. RM10! Untuk dua helai kain yang setiap satunya semeter untuk jahit tepi je. Maksudnya dia amek upah untuk jahit tepi sehelai kain tu RM5. Harga kain tu pun baru RM2++ semeter tau.

Terkejut kami dibuatnya. Sampai tak terkatalah. Sudahnya lepas bayar kami saling memandang je. Silap kami juga sebab tak bertanya berapa dia nak caj sebelum bagi kain tu. Cuma tanya boleh tak jahit tepi utk kain meter.

Pengajarannya.. silalah bertanya dulu jika tak pasti. Kalau tak jadilah macam kami. Buta2 kena bayar mahal. Takmo dah anta apa2 gi jahit kat situ. Huhuhu.

Friday, March 30, 2012

Catatan Perjalanan : Kipandi Butterfly Park, Kota Kinabalu

Kami menjejakkan kaki di Kipandi Butterfly Park minggu lepas. Tiada perancangan nak ke sini pun. Asalnya en big boss berhajat nak cari air terjun di Moyog (kes dgr member citer aa ni). Puas memandu, tak jumpa2 juga dengan air terjunnya. Jalan sudahlah gaya2 nak ke Genting (macam nak gi Gunung Kinabalu pun ye juga).. dengan bengkang bengkoknya, panjat bukitnya.. sampai Norsi pening. Sudahnya bila jumpa Kipandi Butterfly Park ni Norsi ajak en big boss singgah je. Ambil udara segar sikit.

Kipandi Butterfly Park ni betul2 di kawasan bukit yang tinggi. Jalan nak sampai tu mencabar la bagi Norsi. Kalau nak ke sini, ikut peta di bawah ni.
Dari Donggongon menghala ke Moyong. Kipandi Butterfly Park ni jauh juga dari SK Moyong tu. Bila dah jumpa SK Moyog ni jalan je terus sampai jumpa selekoh yang bengkok dan naik bukit pada masa yang sama. Lepas selekoh ni terus jumpa Kipandi Butterfly Park ni.

Masa mula2 sampai.. terkejut pun ye juga. Sebab macam kita berhenti tepi bukit camtu je. Ada satu pondok tu, itu la dia kaunter tiketnye. Rupa-rupanya Kipandi Butterfly Park ni kena jalan masuk ke dalam lagi. Turun naik bukit tau (maaf takde gamba. masa ni x teringat nk amek gamba. Dok pikir lega dapat kuar dari kete je. heh). Lepas turun naik bukit tu baru jumpa pintu masuk ni..

Hadooiii.. kena panjat tangga lagi.
Kipandi Butterfly Park ni ada muzium serangga dan taman rama2. Kalau nak tengok gamba cantik2, tengok dekat website diaorang ye (http://kipandipark.com/). Ni gamba versi kami :

Mula-mula masuk Muzium Serangga dulu. kat dalam ni ada beribu2 serangga dan rama-rama. Serangga bukan sekadar dari Malaysia, dari luar negara pun ada.


Ni serangga bentuk muka manusia. MASYAALLAH.

Rama-rama dari luar negara. Lupa lak negara mana. Yng Norsi perasan, rama-rama luar negara banyak yang kilat2 macam dlm gamba ni. Rama-rama negara kita walaupun takde kilat2 camni tetap cantik.


Lepas ke muzium, kita ke Taman Rama-rama lak. Tak besar sangat.


Nampak tak rama-rama atas daun tu?


Kepompong. Kepompong ni diambil dan diletakkan dalam sangkar untuk dielakkan dari diserang haiwan perosak seperti tikus. Yang warna coklat tu rama-ramanya dah keluar, yang hijau tu masih dalam proses menjadi rama-rama. (perasan tak dorang sepit guna penyepit baju je? hehe)

Budak yang kena paksa posing oleh ABAHNYE bukan maknya ye. Hehe
Sedikit mengenari Kipandi Butterfly Park ni :
  • dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang
  • bayaran masuk RM10 seorang untuk dewasa. Kanak-kanak RM5.
  • betul2 di kawasan tepi bukit. Dikelilingi tumbuhan dan hutan
  • Selain muzium serangga dan taman rama-rama, Kipandi Butterfly Park ni juga memelihara tumbuh-tumbuhan. Sepanjang tangga di kiri dan kanan dipenuhi pokok orkid dan tumbuhan bunga-bungaan yang lain. Pokok nangka pun ada tau!
  • secara peribadi, bagi yang berhajat sekadar nak dtg jalan2 tgk2 (lebih2 lagi bersama anak2 kecil).. mungkin tidak berapa sesuai. Bukannya apa.. perjalanan jauhhh benorr rasanya dan kawasan pinggir bukit. Tapi bagi pencinta alam dan rama-rama.. sangat2 digalakkan. Nak tengok rama-rama di alam semulajadinya? Kat sinilah.
  • ada sebuah gerai menjual makanan dan minuman dan sedikit cenderamata.
p/s : Gambar kredit to en big boss. Gigih dia amek gamba. Yang tukang blog ni sibuk dok tgk rama-rama. hehe.

Monday, March 26, 2012

Amaran Laut Merah (Red Tide) di Kota Kinabalu, Sabah

Sabtu lepas en big boss memberitahu bahawa amaran laut merah telah dikeluarkan. Bila ditanya apa benda 'amaran laut merah' ni? Katanya fenomena laut menjadi merah dan haiwan2 laut macam kerang, ikan sume tu menjadi beracun dan tidak boleh dimakan. Jadinya buat sementara ni 'no seafood in our menu'.

Tadi Norsi wat carian pasal fenomena laut merah ni, rupa-rupanya fenomena ni adalah biasa di Sabah ni. Semenjak mula dikesan pada tahun 1976, boleh dikatakan hampir setiap tahun fenomena ini terjadi. Berdasarkan amaran terkini yang dikeluarkan, kejadian laut merah ni telah dikesan di perairan Pulau Gaya, Teluk Sepangar, persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokasi2 yang berdekatan. Hemphhh.. memang dekat sangat dah dengan kami ni.

Bersama-sama amaran laut merah ni, penduduk dinasihatkan supaya tidak memakan kerang-kerangan (macam kerang, tiram, remis, dalus dan lain2) dan juga ikan pelagik (seperti tamban, basung dan lain-lain) kerana tidak selamat. Tetapi ikan laut dalam, udang , ketam dan sotong selamat dimakan tapi insang dan organ dalaman hendaklah dibuang dan dibersihkan betul2 sebelum dimasak. Walaupun dah dinyatakan sotong, udang sume selamat tapi Norsi tetap gak tak berani jadinya tak makan seafood la kami sehingga amaran laut merah ni abis.

Fenomena laut merah ni bukan sahaja di Sabah tetapi diseluruh dunia. Apa kebenda laut merah ni? Dipetik terus dari Wikipedia,
'Red tide is a common name for a phenomenon also known as an algal bloom (large concentrations of aquatic microorganisms), an event in which estuarine, marine, or fresh water algae accumulate rapidly in the water column and results in discoloration of the surface water.'
Kiranya bukanlah laut tu jadi merah seluruhnya, cuma perubahan pada permukaan air. Hasil laut yang terdedah pada laut merah ni boleh memudaratkan jika dimakan, jadi sebab itu ada amaran laut merah ni.

Amaran Laut Merah dari Jab Perikanan Sabah. Norsi dapat dr sini 

Thursday, February 16, 2012

Catatan Perjalanan : Tamparuli

Selepas kali pertama singgah di Jambatan Tamparuli tanpa naik jambatan gantung tu, baru2 ni kami pergi lagi. Kali ni pergi waktu panas terik. Jadi dapatlah naik dan amek gamba sikit. Menurut satu blog yang Norsi baca (tak ingat dah blog mana) Jambatan Tamparuli yang ada ni merupakan jambatan baru yg dibina bagi menggantikan jambatan asal yang hanyut dalam peristiwa banjir besar di Tamparuli pada tahun 1999 (tahunnya kalo x salah la).

Meh tgk rupa Jambatan Tamparuli ni.

Ni lah dia Jambatan Tamparuli. Panjang dan tinggi. Kami jalan separuh je. Panas sgt nak jalan sampai hujung dan patah balik (alasan.. padahal ada rasa sedikit gayat. hehe)

Sungainya cantik bersih. Sakinah jalan pun takut2. Mak dia sibuk nak amek gamba dia kena la pegang kat tepi tu.

Jalan raya. Korang tgk seriau tak? Jalan raya ni mmg digunakan tau. Jalan raya ni mmg betul2 atas aras air. Dahla takde langsung penghadang kat kiri kanan. Kalau terbabas mmg terus msk sungailah. Bila air sungai naik jambatan ni akan tenggelam dan ditutup. Kali pertama dulu kami ikut jalan ni. Seriau tau.
Dalam ramai2 budak ni soranglah yang paling berani. Boleh dia tarik abah dia soh jalan laju2. Tak tau takut langsung. Ada hati nak jalan sendiri taknak org pegang tuh.

Selain Jambatan Tamparuli, Tamparuli sekarang ada tarikan baru. Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo. Kami lalu je hari tu tapi tak singgah pun. Bayaran masuk RM10. Lenkali kalo kami pergi Norsi citer ye. Buat masa ni kita layan je la gambar yg Norsi amek dari FB Rumah Terbalik ni.

Jangan tak percaya. Kat Sabah pun dah ada umah terbalik tau