Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Dia dalam ingatan

Rindu.
Teringat-ingat.

Bulan 2 ni genap 4 tahun abah pergi. Dan Norsi sentiasa ingatkan abah. Masih tak mampu melihat gambar2 abah tanpa menitiskan air mata. 

Setiap kali Norsi bawa kereta, Norsi ingat abah. Dulu abah yang ajar Norsi bawa kereta. Duduk di sebelah Norsi sambil emak dibelakang pusing2 kawasan kilang depan rumah. Abah akan suruh Norsi ikut jalan yang senang aje. Semuanya masuk kiri. Sebab senang. 

Bila nak masukkan gear ingat abah. Dulu setiap kali nak tukar gear Norsi mesti tengok gear nak tahu gear berapa. Abah kata tak payah tengok. Pegang je boleh tahu. Terkial-kial Norsi. Manalah Norsi boleh agak dengan sekadar pegang aje. Kini Norsi paham. Pengetahuan itu akan datang dengan pengalaman.

Dulu abah pesan, bawa kereta tengok 100 meter dihadapan. Tengok kereta depan. Nampak kereta depan brek kita pun mesti tekan brek. Biarpun masih jauh.

Abah memang risau bila Norsi bawa kereta. Sebab abah tahu betapa cemerkapnye anak dia yang seorang ini.

Dan yang kelakarnya abah juga tahu menantu abah yang seorang tu (siapa lagi kalau bukan en big boss tercinta.heh) susah nak ingat jalan kalau tak biasa. Jadi abah akan bagitau jalan yang senang, yang terussss aje. Biarlah jalan tu jauh pun. Asal senang.

Abah..
Terima kasih.
Abah dah tiada tapi abah tetap ada dalam kenangan dan ingatan Norsi.

Al-Fatihah buatmu abah.

Monday, April 9, 2012

Peringatan buat diri

Sesuatu benda kalau ALLAH takdirkan nak jadi, tetap akan terjadi.

Teringat kisah hari kehilangan arwah abah. Arwah abah sakit sudah agak lama. Tapi pemergiannya tetap di luar duga. Pagi tu Norsi pergi keje macam biasa. Masa nak kejut arwah abah untuk bersalam, mak kata tak payahlah. Kasihan arwah abah yang baru dapat lena hanya sesudah subuh. Sepanjang malam tidak tidur. Petang tu, kira2 sepuluh minit sebelum waktu balik, abang ipar menelefon. Katanya mendapat panggilan dari adik Norsi mengatakan arwah abah tidak sedarkan diri. Lepas abang ipar letak telefon, terus Norsi telefon adik.
'Kak Norsi baliklah. Abah dah tak sedarkan diri ni'. Dengar suara adik, Norsi dah tak peduli. Capai beg, tinggal pesan kat member sekerja Norsi terus balik. Sepanjang-panjang perjalanan balik, Norsi menangis. Sampai rumah tengok semua dah ada di sisi arwah abah, dengan seorang doktor bertungkus lumus cuba selamatkan arwah abah. Norsi pegang tangan arwah abah, sejuk. Norsi gosok2 sambil menyuruh arwah abah mengucap. Dan itulah terakhir kalinya.

Kita tidak tahu bila kita akan kehilangan seseorang itu. Jadi Norsi sentiasa ingatkan diri Norsi, hargai mereka yang masih ada. Sentiasa tunjukkan mereka betapa mereka bermakna bagi kita.

Teringat pula satu kisah yg Norsi baca. Kisah sepasang suami isteri. Salah seorang pasangan tersebut meninggal dunia (tak ingat suami atau isteri). Bila orang bertanya pada yang masih hidup ni, katanya dia tidak kesal. Kerana pasangannya tahu yang dia sangat menyintainya. Sebab mereka mengamalkan, sentiasa mengucapkan cinta bila keluar bekerja. Bergaduh macamana pun, pagi nak pergi kerja tu mesti cakap, I love u. Tak kiralah cakap sambil ketap gigi pun.

Jadi, jangan tunggu. Tell them that you love them.

Wednesday, March 7, 2012

Kehilangan

Mendapat berita pemergian seorang sahabat hari ini. Sahabat yg rapat ketika zaman persekolahan. Terkesima, terkejut, tak terkata.

Semoga ALLAH menempatkan dia di kalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.

Thursday, June 9, 2011

Perginya seorang sahabat..

Menerima perkhabaran sedih. Pulangnya seorang sahabat ke sisi Ilahi pagi tadi. Norsi masih terkejut. Tangan dan kaki menjadi sejuk. Dan badan menggigil. Kerana Norsi dan dia agak rapat, biarpun tidaklah terlalu rapat.

Kami bersekolah di sekolah yang sama, biarpun tidak sekelas. Rapatnya Norsi dan dia kerana wajah kami yg ada iras. Malah kami pernah membuat nakal, mempermainkan junior sekolah dengan mengaku 'kembar'. Sehingga sekarang bila menghubunginya Norsi akan memanggilnya 'kembar'.

Masih terasa tidak percaya. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangimu sahabatku.. Siti Noorul Azrin. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali. Buat keluarga arwah.. semoga diberi kekuatan dalam menghadapi perginya dia.

Thursday, November 18, 2010

this is sad entry

Rindu. Teringat senyumnya. Terlintas jasanya. Terngiang2 suaranya. Terasa sebak di dada, gugurlah air mata.
Berkali diri berkata, aku redha perginya. Tapi sesekali tertewas juga bila rindu mengetuk2, menyapa.

Kenangan.. itulah yang tinggal.

Wednesday, August 25, 2010

yang pergi..

Mendapat perkhabaran sedih bahawa nenek (yg kami panggil atok) meninggal awal malam td. Mak yang pada mulanya merancang balik pagi esok untuk melawat atok yg pada asalnya koma di hospital bergegas balik mlm ni juga.

Sedih tapi tahu yg lebih sedih adalah mak. Tahun lepas kami kehilangan arwah abah dan tahun ni atok pula. Paling terasa sudah tentu mak. Kehilangan suami dan kini kehilangan ibu pula. Semoga ALLAH memberi kami kekuatan untuk menghadapi ini semua.

Sesungguhnya dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali..

Al-Fatihah.

Tuesday, August 17, 2010

Suatu kehilangan


Tak terucap dengan kata-kata,
Tak terluah apa yang dirasa,
Tak tergambar rindu yang melanda,


Kenangan.. itulah yang tinggal.

Abah.. kehilanganmu tetap dirasai..