Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Dia dalam ingatan

Rindu.
Teringat-ingat.

Bulan 2 ni genap 4 tahun abah pergi. Dan Norsi sentiasa ingatkan abah. Masih tak mampu melihat gambar2 abah tanpa menitiskan air mata. 

Setiap kali Norsi bawa kereta, Norsi ingat abah. Dulu abah yang ajar Norsi bawa kereta. Duduk di sebelah Norsi sambil emak dibelakang pusing2 kawasan kilang depan rumah. Abah akan suruh Norsi ikut jalan yang senang aje. Semuanya masuk kiri. Sebab senang. 

Bila nak masukkan gear ingat abah. Dulu setiap kali nak tukar gear Norsi mesti tengok gear nak tahu gear berapa. Abah kata tak payah tengok. Pegang je boleh tahu. Terkial-kial Norsi. Manalah Norsi boleh agak dengan sekadar pegang aje. Kini Norsi paham. Pengetahuan itu akan datang dengan pengalaman.

Dulu abah pesan, bawa kereta tengok 100 meter dihadapan. Tengok kereta depan. Nampak kereta depan brek kita pun mesti tekan brek. Biarpun masih jauh.

Abah memang risau bila Norsi bawa kereta. Sebab abah tahu betapa cemerkapnye anak dia yang seorang ini.

Dan yang kelakarnya abah juga tahu menantu abah yang seorang tu (siapa lagi kalau bukan en big boss tercinta.heh) susah nak ingat jalan kalau tak biasa. Jadi abah akan bagitau jalan yang senang, yang terussss aje. Biarlah jalan tu jauh pun. Asal senang.

Abah..
Terima kasih.
Abah dah tiada tapi abah tetap ada dalam kenangan dan ingatan Norsi.

Al-Fatihah buatmu abah.

Wednesday, November 28, 2012

Rindu kat kengkawan

Entah kenapa tadi tengah masak nasi tiba-tiba teringat kenangan masa menyewa di sek 8. Teringat jalan-jalan di kompleks PKNS dengan member2 serumah. Rindu pulak zaman keluar 'berfoya-foya' dengan kengkawan dulu. Pusing2 kompleks PKNS.. singgah makan laksa kat kedai kat tengah tu.. Oh rindunyeeee..

Juga teringat kenangan naik keretapi bertiga dengan Siti dan Liza. Sanggup naik keretapi memalam hari semata2 nak pergi kenduri Jura (^_^)

Juga kenangan menonton wayang seram Korea dengan Azie. Dulu kalao ada cerita seram keluar kat wayang je mesti nak ajak Azie gi tgk. Hehe.

Kenangan bersama kawan-kawan.. Rindunya kat dorang ni sume (^_^)

Monday, April 9, 2012

Peringatan buat diri

Sesuatu benda kalau ALLAH takdirkan nak jadi, tetap akan terjadi.

Teringat kisah hari kehilangan arwah abah. Arwah abah sakit sudah agak lama. Tapi pemergiannya tetap di luar duga. Pagi tu Norsi pergi keje macam biasa. Masa nak kejut arwah abah untuk bersalam, mak kata tak payahlah. Kasihan arwah abah yang baru dapat lena hanya sesudah subuh. Sepanjang malam tidak tidur. Petang tu, kira2 sepuluh minit sebelum waktu balik, abang ipar menelefon. Katanya mendapat panggilan dari adik Norsi mengatakan arwah abah tidak sedarkan diri. Lepas abang ipar letak telefon, terus Norsi telefon adik.
'Kak Norsi baliklah. Abah dah tak sedarkan diri ni'. Dengar suara adik, Norsi dah tak peduli. Capai beg, tinggal pesan kat member sekerja Norsi terus balik. Sepanjang-panjang perjalanan balik, Norsi menangis. Sampai rumah tengok semua dah ada di sisi arwah abah, dengan seorang doktor bertungkus lumus cuba selamatkan arwah abah. Norsi pegang tangan arwah abah, sejuk. Norsi gosok2 sambil menyuruh arwah abah mengucap. Dan itulah terakhir kalinya.

Kita tidak tahu bila kita akan kehilangan seseorang itu. Jadi Norsi sentiasa ingatkan diri Norsi, hargai mereka yang masih ada. Sentiasa tunjukkan mereka betapa mereka bermakna bagi kita.

Teringat pula satu kisah yg Norsi baca. Kisah sepasang suami isteri. Salah seorang pasangan tersebut meninggal dunia (tak ingat suami atau isteri). Bila orang bertanya pada yang masih hidup ni, katanya dia tidak kesal. Kerana pasangannya tahu yang dia sangat menyintainya. Sebab mereka mengamalkan, sentiasa mengucapkan cinta bila keluar bekerja. Bergaduh macamana pun, pagi nak pergi kerja tu mesti cakap, I love u. Tak kiralah cakap sambil ketap gigi pun.

Jadi, jangan tunggu. Tell them that you love them.

Thursday, November 18, 2010

this is sad entry

Rindu. Teringat senyumnya. Terlintas jasanya. Terngiang2 suaranya. Terasa sebak di dada, gugurlah air mata.
Berkali diri berkata, aku redha perginya. Tapi sesekali tertewas juga bila rindu mengetuk2, menyapa.

Kenangan.. itulah yang tinggal.

Tuesday, August 17, 2010

Suatu kehilangan


Tak terucap dengan kata-kata,
Tak terluah apa yang dirasa,
Tak tergambar rindu yang melanda,


Kenangan.. itulah yang tinggal.

Abah.. kehilanganmu tetap dirasai..