Showing posts with label nyum nyum. Show all posts
Showing posts with label nyum nyum. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

Kek lagi

Online sambil ditemani keharuman bau kek yang sedang dibakar. Hehe.
Petang tadi angin nak membuat kek datang jadi cari resepi 'chocolate moist cake' yang guna sukatan cawan. Sebab penimbang dah jahanam dikerjakan dek anak bujang. Pukul 5.30 baru terkial2 nak mula, sudahnya dah masuk maghrib baru kek masuk oven. Dan sekarang masih menunggu kek masak.

Resepi kali ni ambil dari Villakamimicasamawar. Malas nak salin resepi jadi Norsi bagi link je. Nnt bila dah masak Norsi update camne rasanye.

*update : kek dah habis makan baru nak update.hehe. kek ni masa masak ada isu sikit. Norsi bakar pada suhu 180`C selama 50 minit. tapi tak masak kat bahagian tengah. jadi Norsi turunkan suhu ke 150`C dan bakar lagi 20 minit. Alhamdulillah masak elok. 

Keknye elok je lembut. Gebu. Tapi tak moist sgt. Agaknya sbb Norsi tak letak pun choc ganache. Malas nk buat. Tapi tetap lembut dan sedap.

Macam biasa Norsi derhaka sikit pada resepi. Ikut resepi kena letak minyak jagung tapi disebabkan Norsi takde minyak jagung Norsi pakai minyak masak biasa je. Telur pun Norsi kurangkan kepada 2 biji je. Air panas Norsi tambahkan dengan sedikit nescafe. Nak bagi ada rasa pahit2 sikit kononnya.

Apapun kek ni memang sedap. 

Monday, July 29, 2013

Resepi : Puding karamel tanpa telur

Tadi tengah melayan fb ada member share resepi puding karamel tanpa telur. Macam menarik ye. Jadinya rasa tertarik nak cuba. Tengok bahan2 sume ada. Susu cair pun ada lebih buat nasi tomato Sabtu lepas. Jadi, terus masuk dapur sediakan bahan. Takleh tangguh2. Kang angin malas Norsi datang apapun tak buat. Hehe.

Puding ni dah selamat Norsi buat. Tapi takleh rasa lagi. Posa weih. Nnt dah berbuka dan rasa Norsi citer ye. Apapun ni la resepinya Norsi amek dari fb member yang share dari fb Mamasyipah. Gambo tu pun Mamasyipah punya gak ye. Norsi buat betul2 ikut resepi.

Kemaskini selepas berbuka : Puding ni memang yummeh. Sedap. Rasanya manis2 susu gitu. Mmg kena dgn tekak Norsi. Nak pulak makan sejuk2.. perghhh....

Resepi : Puding Karamel Tanpa Telur
Resepi Asal : fb Mamasyipah Saiedin (ala... tak pandai pula nak linkkan kat fb tu)

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sb tepung kastard
1 suk esen vanilla


Cara-cara
Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais

Sunday, July 21, 2013

Resepi : Kek Pisang Serba Mudah

Hari ni giliran kek pisang untuk dicuba. Pisang montel yg dah beberapa hari dibeli dah mula rosak jadi sebelum membazir kena buang haruslah diselamatkan. Semalam dah buat cekodok pisang sikit (atas permintaan anak dara kecik) yang selebihnya Norsi cadang nak cuba buat kek pisang pula.

Norsi ni macam biasa la. Mesti cari resepi yang mudah dan tak banyak bahan. Terjumpa resepi ini di Myresepi untuk buat kek pisang yang sangat mudah. Tak pakai mentega/butter pun. Teruslah Norsi cuba. Tapi telur pula tak cukup. Terpaksalah pandai2 ubah resepi sikit (derhaka resepi aje kerja Norsi ni kan.hehe). 

Meh tengok resepinye meh (dan tengok kederhakaan Norsi terhadap resepi. hehehe)

Resepi : Kek Pisang 
Tuan Punya Resepi : Butterflyoncake

Bahan-bahan :
2 cawan gula (Norsi takut manis jadi guna 1 cawan gula je sbb pisangnya dah manis)
2 cawan tepung gandum (Norsi ayak bersama baking powder)
1/2 peket baking powder (tak pasti setengah peket tu bnyk mana jadi Norsi letak dlm sesudu baking powder)
1/2 cawan minyak (argghhhhhh... masa taip resepi ni baru perasan. Norsi lupa letak!! Patutle kek ku keras sikit)
1 sudu kecil sen vanila
3 biji telur (Norsi pakai sebiji je sbb tu je yg tinggal.sob sob)
4 biji pisang (dilenyek-lenyekkan ye)

Cara :
Kacau telur dan gula sehingga kembang. (Norsi blender je. Senang keje)
Tambahkan tepung, baking powder, esen vanila dan minyak. Kacau sebati.
Masukkan pula pisang yang telah dilenyekkan tadi ke dalam adunan. Kacau lagi bagi sebati.
Masukkan aduan tadi ke dalam acuan yang telah digriskan dengan mentega.
Dah bole bakar dah. (Norsi bakar pada suhu 180'C selama 20 minit lebih kurang)

Hasilnya.. 


Padat kan kek Norsi
rasa kek pisang memang dah ada. Tapi keras sikit (sendiri salah sbb derhaka resepi). Rasanya lain kali Norsi kena lebihkan sikit baking powder dan jangan lupa minyak!! Huhuhu. Apapun Sakinah dan Ikhwan suka. Habis separuh dorang makan dua beradik. (^_^)

Monday, July 8, 2013

Biskut Suji tak jadi

Hari ni kena paksa buat biskut dek putera puteri dua beradik ni. Bangun tido pagi2 dah tny.. nak buat kuih x? Lepas tu kejap2 masuk dapur tanya lagi. Akhirnya Norsi beralah. Buat biskut paling senang.

Biskut suji. Kebetulan ada minyak sapi berlebihan masa buat nasi tomato aritu. Nak buat biskut suji ni senang je. Tapi Norsi selalu lupa sukatannya. Kali ni letak kat sini supaya senang Norsi nak refer nnt.

Norsi guna minyak sapi 200 grm (tapi rasanya tinggal dlm 100-150 grm je sbb dh guna buat nasi tomato) yang dibiarkan pada suhu bilik. Campurkan dengan setengah cawan gula dan kacau sebati. Lepas tu masukkan 3 cawan tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. Bulat2kan dan bakar. Camtu je. Tapi punyalah tawar biskut suji Norsi ni. Lain kali bila nk buat kena letak dlm secawan gula. 

Apapun punya la seronok Sakinah dan Ikhwan buat biskut suji ni. Seronok dorang menggentel adunan bulat2 dan letak gula hiasan. Lepas dh bakar sakan juga dorang makan walaupun tawar. Hehe. 

Tuesday, June 18, 2013

Kisah donut (kali ni ber resepi)

Dah beberapa hari teringin makan donut. Sakinah pun sama. Tapi entah kenapa kebelakangan ni susah pula nak jumpa donut. Orang jual kuih pun xde donut.

Jadinya tadi mencari resepi donut. Norsi memang dah ada resepi donut tapi kali ni nak cari resepi untuk kuantiti yang sikit. Kebanyakan resepi guna tepung sampai 1kg. Norsi nak buat sikit je. Nak separuhkan adunan tak pandai pula. Nak-nak pula timbang dah rosak dikerjakan dek Ikhwan.

Kebetulan, terjumpa resepi donut di Qalam Qudus. Memang sedang elok la. Sukatan pakai sudu dan cawan je. Teruslah Norsi cuba. Memang gebu. Adunan pun elok x melekat di tangan. Sakan Sakinah dan Ikhwan menggentel donut bersama-sama emaknya.

Di sini Norsi saln semula resepinya. Senang Norsi nak rujuk di lain kali.

Bahan :
1 sudu yis 
Setengah cawan air suam
Sesudu gula

2 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin (Norsi guna butter yang dilembutkan pada suhu bilik)
2 sudu tepung susu (Norsi guna susu tepung bebudak ni aje)
Sedikit garam

Cara :
Sesudu yis dimasukkan ke dalam setengah cawan air suam. Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur. Kemudian tunggu yis kembang (dia akan berbuih sedikit).

Campurkan tepung gandum, marjerin, susu tepung dan garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan campuran yis tadi. Bolehlah ditambahkan air atau tepung sehingga mendapat adunan yang tidak melekat dijari (atau sehingga anda berpuas hati dengan adunan).

Tutup adunan dengan kain (selalunya kain bersih yang dibasahkan sedikit). Norsi guna plastik wrap aje. Biarkan selama setengah jam. 

Lepas tu bolehlah mula menggentel donut. Selalunya adunan dicanai nipis dan ditekap dengan acuan donut ataupun mulut gelas bagi yang takde acuan. Norsi pula bulatkan adunan tu kecik2 dan tepekkan dengan tapak tangan je. Lepas tu buat lubang di tengah2. Buat pun saiz mini je.

Pemilik resepi terus goreng donut ni. Tapi Norsi rehatkan adunan yang dah dibentuk ni dalam setengah jam. Bagi dia kembang lagi. Lepas tu barulah digoreng.

Sakinah dan Ikhwan suka benar dengan donut ni. Sedap agaknya makan panas-panas. Lapan ketul donut mini habis kat diaorang dua beradik je.

Tuesday, May 21, 2013

Resepi : Kek coklat tanpa telur, butter/mentega dan susu

Tgk dalam draft, ada entry ni terperap. Dah lama dah. Sampaikan tak ingat bila Norsi mencubanya. Norsi publish supaya lain kali tahu dimana nak cari bila nak cuba lagi.

Resepi ni Norsi ambil dari blog DayangJack. Untuk kek dalam loyang 9 inci.
Bahan-bahan : 
     2 cawan tepung gandum + 2 sk baking powder + 1 sk soda bikarbonat (diayak sekali
     1/2 cawan serbuk koko atau campuran serbuk coklat
     2 cawan gula icing
     2 peket coffee mix (3 in 1) / coffee 2 in 1 pun boleh
     2  1/2 cawan air panas
     1/2 sk garam
     160 ml minyak masak sayuran / minyak jagung
     2 sk cuka
     2 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160-170C. Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. 
  2. Sediakan bekas yg agak besar. Satukan tepung, gula, serbuk coklat, coffee dan garam. Ratakan.
  3. Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula. 
  4. Tuangkan minyak masak / minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan.
  5. Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata. 
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Suhu  bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong. Hiaskan dgn krim / ganache jika suka.
**Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari.

Monday, October 29, 2012

Aidiladha dan syiling yg sekeping itu

Aidiladha dah tiga hari berlalu. Barulah terkial-kial nak update blog. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha ye kengkawan (walaupun dah terlewat beberapa hari (^_^))

Aidiladha kali ini, kami masih sambut di KK. Juadah pun ringkas sahaja. Seperti biasa nasi himpit, kuah kacang dan rendang tidak boleh dilupakan. Cuma penambahan menu mee kari demi memenuhi permintaan en big boss.

Alhamdulillah, Sakinah dah berjaya keluarkan syiling hari Ahad lepas. Lebih seminggu baru nak keluar.Apapun kami sangat2 bersyukur. Kalau tidak hari ini memang Sakinah perlu di x-ray kali ke 5 dan terus jumpa doktor pakar.

Dan rasanya yang paling lega en big boss lah. Hari-hari dipaksanya Sakinah makan pisang (dan tak berjaya pun. Sakinah makan mana boleh dipaksa2. Hehe). Norsi risau juga, tapi masih positif sebab semasa kali terakhir Sakinah di x-ray pada Selasa lepas, doktor kata syiling tu dah bergerak. Cuma lambat. Dan lebih lega bila doktor kata syiling bahan yang stabil jadi risiko keracunan kurang.

Apapun, Alhamdulillah semuanya dah selamat.

Oh ye.. Sakinah telan syiling seposen rupanya. Beria je cakap kat mak, duit 'big' masa mak tanya aritu. Hehe.

Thursday, August 16, 2012

Biskut kelapa permataku

Akhirnya, beberapa hari sebelum raya, berjaya buat sejenis biskut raya *self pat on the shoulder* (German cookies aritu tak kira sebagai biskut raya sebb abis dikerjakan dek Ikhwan. heh). Semalam berjaya buat biskut kelapa permata (resepi dan peringatan buat diri disini). Sambil dibantu oleh penolong 2 orang ni, berjaya juga menyiapkan satu adunan biskut kelapa. Dapatlah dalam satu balang kecil. 

Bagi Norsi biskut ni agak manis jadi di masa akan datang kenalah kurangkan sedikit sukatan gulanya. Sakinah dan Ikhwan pun walaupun suka makan, tapi lepas makan biskut ni mesti nak minum. Manis agaknya. Walaupun begitu biskut ni elok je rangupnya, tak keras sangat. 

Misi seterusnya.. akan cuba buat sejenis biskut lagi. Kali ni nak cuba buat yang pedas lak. Asyik buat biskut manis je kang ada yang komplen lak (sapa lagi, en big boss le. Bising anaknya asyik makan benda manis. hehe)

*again, no picture. I had only my phone to take picture and it refuse to recognize the memory card hence not enough memory to take picture. apa la telefon ni kan. org bagi kad memori pun taknak ;p

Thursday, July 26, 2012

Resepi : Biskut Kelapa Permata

Bersemangat betul Norsi cari resepi biskut raya. Hehe. Minta2 semangat nak buat pun sama berkobarnye. Hehe.

Ok. Kali ni resepi biskut kelapa. Norsi pilih resepi ni sebab cara dan bahannya yg ringkas.

Biskut Kelapa Permata
Resepi Asal : Hanieliza's Cooking

Pun Norsi copy bulat2. Kang pandai2 tukar tak menjadi lak biskutnya nanti. Hehe.

*update pada 16/8/12, akhirnya berjaya buat biskut ni. jadi Norsi tulis peringatan untuk rujukan sendiri dimasa depan

Bahan-bahannya
  • 250g butter
  • 200g gula kastor - biskut ni agak manis. jadi pada yg kurang gemar manis eloklah dikurangkan sedikit sukatan gulanya
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan kelapa kering -kelapa kering tak cukup jadi norsi lebihkan sedikit sukatan tepung 
  • 1 cawan tepung ubi diayakkan bersama 1 1/2 cawan tepung gandum
  • bahan hiasan ceri merah dipotong kecil
Cara-caranya
  • Tepung yg telah diayak digaulkan dengan kelapa kering supaya sama rata.
  • Pukul butter dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan kelapa yang telah digaul rata dengan tepung tadi.
  • Gaulkan sehingga menjadi doh lembut.
  • Canaikan dan teraplah mengikut acuan kegemaran - Norsi uli bulat2 pastu penyekkan. Adunan yg Norsi buat agak lembut untuk dicanai. Mungkin sbb terkurang kelapa kering.
  • Hiaskan dengan ceri merah dan bakar selama 15-20 minit dalam suhu 180'C.
  • Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
* masa membakar, biskut norsi mengembang sekali ganda. agaknya sbb adunan norsi kekurangan kelapa parut. jadi elok buat bentuk yang kecik2 je dan tidak terlalu tebal.
  

  

Wednesday, July 25, 2012

Resepi : German / Dutch Cookies

Bulan-bulan puasa ni rata2 blog penuh dengan menu dan resepi2 untuk berbuka puasa. Seronok blogwalking sambil cari ilham untuk berbuka. Hehe.

Tapi kali ni Norsi nak letak resepi biskut. Belum cuba buat pun lagi. Tapi nak letak resepi kat sini supaya senang cari bila nak buat biskut sok. Resepi pertama :

German / Dutch Cookies
Resepi Asal : E-na Lovely Kitchen

Norsi copy bulat2 resepi E-na ni.

Bahan-bahan:
  • 125 gram butter
  • 125 potato starch / tepung kentang
  • 80 gram tepung gandum
  • 40 gram gula icing (E-na guna powdered sugar)
Cara-cara:
  • Ayak tepung kentang bersama tepung gandum. Ketepikan.
  • Putar butter dan gula icing sehingga putih dan kembang.
  • Masukkan campuran tepung yang telah di ayak dan gaul rata menjdai doh yang lembut.
  • Bulatkan menjadi sebiji doh besar.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  • Kemudian scoop adunan menggunakan 1/2 sudu besar.
  • Bulat-bulatkan dan susun di atas tray pembakar.
  • Celup garfu di dalam air dan tekan di atas bebola tadi sehingga membentuk corak.
  • Tabur chocolate rice coloured di atasnya. Boleh juga dibiarkan kosong atau di tabur apa sahaja bahan yang anda suka.
  • Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 - 20 minit.
  • Sejukkan di atas redai.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara.

Friday, July 20, 2012

Resepi : Nasi Tomato

Buat julung-julung kalinya Norsi letak resepi di sini. Hehe. Sebagai rujukan di masa depan.

Kisahnya bermula dengan seorang sahabat juga jiran yang memberi kami bubur durian. Dah seminggu lepas dah. Nak pulangkan bekas takkan nak bagi bekas kosong macam tu je kan. Puaslah dok pikir nk bagi apa kan. Dan kebetulan masa terjah blog Ana Suzana, Ana update resepi nasi tomato. Ohh.. pucuk dicita ulam mendatanglah :)

Jadinya hari ni Norsi pun masak Nasi Tomato. Alhamdullillah, en big boss siap pesan, 'lain kali masak nasi tomato masak yg macam ni' (sodap la tu. hehe). Jadi supaya Norsi tak lupa, Norsi update resepi tu kat sini. Senang sok-sok nak tengok kan. Jadi inilah dia resepi Nasi Tomato cara Ana Suzana. (Bagi yang nak mencuba, Norsi cadangkan tengok kat blog Ana, dia siap snap gamba satu persatu tau. Memang rasa senang je nak buat kalo tengok kat blog Ana ni).

Nasi Tomato ( utk 4-6 org makan)
Resepi Asal : Ana Suzana

Bahan - bahan :

6 pot beras wangi/biasa. Basuh dan toskan. - Norsi guna beras biasa je

1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar butter/marjerin - Norsi guna butter. Disejukkan pada suhu bilik.

2 biji bawang merah sederhana besar - Norsi guna sebiji bawang besar je
3 ulas bawang putih
2 cm halia
*ketiga2 bahan ni dihiris nipis
2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga dan kayu manis

2 biji tomato dibuang biji dan dipotong dadu - Norsi pakai tomato kecik jadi Norsi guna 4 biji

Sehelai dua daun pandan disimpul

100ml atau Setengah cawan susu cair

2 ketul pati ayam

4 sudu besar sos tomato atau tomato puri (ataupun campur pada sukatan 3 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar tomato puri) - Norsi campur 2 sudu besar sos tomato ngn 2 sudu besar tomato puri (durhaka skit.hehe)

6 pot air (pot yg sama buat sukat beras tadi ye. Satu pot air utk satu pot beras) - Ni pun Norsi durhaka gak. Norsi letak 7 pot air sebb guna beras biasa. En big boss aaa yg suruh. Katanya untuk elakkan nasi mentah. Berkat ikut cakap suami nasi tomatonya elok je lembut walaupun tak lerai sebiji-sebiji. Hahaha.

Cara membuatnya (ayat Tok Guru Ana sebijik-sebijik Norsi amek.hehe) :

Dalam periuk lain, sila masukkan butter dan minyak sapi.. masak atas api sederhana.
Kemudian masukkan bahan2 hirisan td serta bunga lawang/kayu manis/buah pelaga.. tumis sampai bawang layu sedikit.
Kemudian masukkan pula buah tomato yg didadu dan daun pandan.. gaul2 dan biar seketika sampai tomato tu layu2 sikit.
Lepas tu masukkan pula sos tomato.. kacau lagi.
Masukkan pula susu.. kacau rata.
Masukkan air.
Masukkan 2 ketul kiub pati ayam atau pun garam.. kalau tawar pandai2 la ekjas ye.. takyah nak tunggu menggelegak sgt.. bila dah secukup rasa sila tutup je api.

Lepas tu tuang aje ke dalam periuk nasi yg berisi beras tadi.. gaul rata dan masak nasi mcm biasa.

Taraa.. siaplah nasi tomato kita. Hehe. Norsi buat ayam masak merah dan acar timun/nenas sebagai lauk nasi tomato ni. Alhamdulillah, en big boss suka.


Nasi tomato Norsi. Maaf kualiti gamba yg kureng ni.
Nasi ni merah lagi sebenarnya. Cantik je warnanya. Tapi bila amek gamba nampak pucat lak.
oh ye, pesanan tok guru Ana : gemburkan nasi dengan garfu ye, nak bagi struktur nasi lawa katanya. hehe.

Kalau kengkawan nak mencuba resepi nasi tomato ni, Norsi galakkan terjah blog Ana, lengkap step by step, siap ada gamba dari bahan sampailah nasi yg dah siap. Boleh buat menu berbuka kan? (^_^)


Saturday, February 25, 2012

Mencuba resepi baru

Hajat di hati nak buat review berkenaan Taman Buaya Tuaran di Tripadvisor, tapi ilham asyiklah tersekat2. Puas mengarang, padam balik dan karang ayat baru. Sudahnya sign in blogspot.. mengarang di sini sahaja. Hehe.

Semalam Norsi wat percubaan pertama masak gulai kawah. Gara-gara kehabisan idea nak masak apa. Dok jengah2 resepi jumpa resepi gulai kawah.. bahan2 pun cukup.. Norsi pun dengan tak pikir apa terus je buat. Hasilnya.. boleh boleh aje . Agak manis sebab Norsi terlebih gula melaka (resepi asal guna gula merah).

Sengaja tak beritahu en big boss yg Norsi buat gulai kawah. Nak tengok dia perasan ke tak (padahal nak tgk gulai kawah Norsi menjadi ke tak). Komen en big boss bila dia rasa, 'rasa macam pajeri'. Huk aloh.. agaknya sebab ada kerisik tu yg rasa mcm pajeri tu. Lainkali nak kena cuba lagi sampai rasanya menjadi kaw mcm gulai kawah betul.

p/s : takde gambo. masa masak beria ingat nk amek gambo. Bila dah siap terus x hengat.

Monday, February 20, 2012

Tambahan pada senarai sesepi untuk dicuba

Agak bosan hari ini. Jadi online sambil tengok2 resepi biskut. Bukannya apa.. Sakinah macam suka pulak makan biskut. Cookies katanya. Biskut marie pun dipanggilnya cookies. Dalam dok blogwalking tu terjumpa resepi yang macam besh pula. Teruja nak cuba. Tapi bahan tak cukup lak. Jadi amek resepi dulu. Norsi letak kat sini (ingat tak list 'resepi untuk dicuba' Norsi? Skang dah bertambah dah).

Nanti nak cuba.

Tuesday, January 31, 2012

Yummy nyum nyum : Chocolate Moist Cake

Beberapa minggu lepas Norsi ada buat kek coklat. Dah lama teringin.. baru2 ni baru dapat buat. Kat KK ni susah la nak cari serbuk koko. Kalo ada pun yang tin besar gedabak tu.. ishh.. tak terbeli Norsi serbuk koko besar tu. Bukan selalu nak buat kek pun. Baru2 ni jumpa serbuk koko yg kecil, tu yang akhirnya berjaya buat kek coklat tu.

Walaupun dah terlewat, inilah dia kek coklat Norsi.. tadaaaa (bak kata omputih.. better late than never.hehe)



Alhamdulillah.. menjadi juga keknya. Lembut dan gebu. Moist juga. Sakinah suka sangat. Norsi amek resepi dari sini. Tapi Norsi kurangkan sukatan gula dan tak masukkan choc emulco. Choc emulco pun mcm susah gak nk cari kat sini. Kek coklat ni lebih sedap bila disejukkan.

p/s : niat asal buat entry ni sbb nak save link resepi tu sebenarnya. sbb takut nnt susah pulak nak cari balik. lenkali nak buat lagi utk sakinah (^_^)

Monday, January 2, 2012

Istimewa darinya

Untuk ulangtahun perkahwinan kami, Norsi buat ni

Setting meja untuk sarapan je. Sarapannya beli. Hehe.
Dan hari ini, en big boss sediakan ini pula

Chicken chop + fries + coslaw

sebagai sambutan ulangtahun kami (biarpun agak lewat). Kejutan tak menjadi katanya. Masakan tidak, nak buat kejutan tapi barang2 dibeli bersama, masak pun sama2. Hehe.

Chicken chop sepenuhnya air tangan en big boss. Dari memotong, membuang tulang hinggalah ke sos lada hitamnya, semuanya en big boss buat sendiri. Kentang goreng dan coslaw.. Norsi la tukang membuatnya (^_^) (kesian pula tengok en big boss bertungkus lumus bersihkan ayam, jadi Norsi pun tolong la buat coslaw).

Sedap chicken chop en big boss. Yummy. Lain kali bole la buat lagi (tapi en big boss dah bagi signal, lain kali Norsi la kena buat. Hahaha).

Mekasih en big boss. Puas dapat makan western ari ni (^_^)

p/s : Hari ni setelah berbelas-belas tahun Norsi 'berhijrah' talian. Rasa sayang juga, tapi tak mengapalah demi dia yang tersayang. Hehe.

Thursday, December 22, 2011

Jom masak jom

Si bujang tengah tido, si gadis pula tengah melayan tv, jadi Norsi ambil kesempatan cuci2 mata tengok resepi2 yang ada. Sedap betul tengok resepi2 yang ada kat internet ni kan. Baik kuih muih, hinggalah masakan berat semua ada. Dalam cuci mata tu ada pula resepi yang Norsi berkenan nak cuba. Tapi bahan tak cukup. Jadi Norsi senaraikan blog resepi tu supaya senang Norsi nak tengok balik bila nak wat sok.

1) Tau Foo Fa oleh Nonie Rahman. Senang je nak buat tau foo fa ni rupanya. Mesti cuba nanti.

2) Agar2 Karamel oleh Yatie. Nampak sedap je tgk gamba yg Yatie upload. Terus berkenan nak cuba.

3) Karipap inti keledek/kentang. Hari tu dah pernah cuba, tapi kulitnya tebal sgt pula. Kena cuba lagi ni.

4) Char kuey teow. Tergoda betul tengok char kuey teow ni. Nyum nyum..

5) Popia Nestum. Senang je rupanya.

6) Biskut suri quaker oat. Dah lama cari resepi biskut oat. Nanti2 nak cuba versi ni la.

7) Biskut German a.k.a Deutshe Kekse. Terjumpa resepi ni. Cam senang dan sedap. Nak tryyyyy.

Kalau ada mana2 resepi yang korang nak cuba, klik aje kat nama tu ye. Jom kita cuba jom!

p/s : Nanti kalo ada lagi resepi yang Norsi nak cuba Norsi update list ye.

Wednesday, February 23, 2011

KFC & MAS

Oh KFC ada egg tart rupanya. Teringin nak rasa. From the review of couple of blogs that I'd blogwalked, the egg tart is quite yummy. Lagi la melonjak2 rasa nak mencuba tu. Malangnya tak sumer cawangan KFC ada. Certain places only. Sumer kat semenanjung lak tuh. Hampeh!

MAS pula tgh wat promosi untuk penerbangan dalam dan luar negara terpilih. Tempoh terhad. Hanya untuk booking yg dibuat dari 21 Feb - 28 Feb. Kalo ada sesapa yg ada planning nk bercuti tu leh la tgk2 kat cni -> http://www.malaysiaairlines.com/my/en/deals.html

hemphhh... apsal tak pasal2 norsi blog pasal KFC ngn MAS ni? Sendiri musykil...

Tuesday, February 22, 2011

entry lapo

Lapar pulak pepagi hari ni. Kalo en big boss ada ni mesti dia sibuk suruh makan. Huhuhu.. laponye.. nak makan apa yerk???

p/s : ehh.. apsal semenjak dua tiga menjak ni entry norsi pasal makan je ni ha?

Wednesday, February 16, 2011

Cuti kami

Cuti MaulidurRasul smalam awal2 lagi en big boss dah cakap nak rehat kat umah je. Maklumle bini dia ni pantang cuti je asyik nak ajak jalan. Jadi awal2 lagi dia dah bgtau malas nak ke mana2. Tapi harapan nak berehat dah dihancurkan dek anak daranya yg sorang tu. Sakinah dengan 'baiknya' bengkokkan cermin mata mak, jadi nak taknak kena kuar gak betulkan cermin mata. Gi kedai tempat buat cermin mata ni dulu. Agak mengejutkan bila tau servis adalah percuma. Hoh! Baik sungguh. Kalo kat KL ni mau kena paling2 RM8 kot. Alang2 dah kuar, singgah sana sini, akhirnye lepas Maghrib baru sampai umah.

Malas makan luar, balik umah baru masak untuk makan malam. Menu - nasi lemak. Motif wat nasi lemak malam2? Sebab dah lama tak wat nasi lemak. Ari tu pun en big boss ada sebut.. bahan2 nak wat pun cukup jadi bernasi lemak lah kami malam tadi. Macam biasa, nasinya hasil tangan en big boss. En big boss memang pandai masak nasi lemak. Lemak dan lembut. Sedap! Sambalnya.. Norsi wat sambal tumis ikan bilis dan sambal sotong. Pastu goreng ayam dan telur. Haa.. amek! Skali skala wat nasi lemak tak hengat. Sume ada. Tinggal kacang goreng je mmg malas nak wat. Sbb dua2 kurang suka.

Pepun, puas dpt mkn nasi lemak mlm td.

Wednesday, October 20, 2010

Kurma Ajwah



Me - trying something new. Kalo ada sesiapa yg berminat nak kurma boleh la tempah dari Norsi. Kurma ajwah. Sekilo RM120. Harga ni termasuk kos penghantaran yg mana penghantarannya akan dibuat setiap isnin. Ada sepanjang tahun. Bebila nak bole tempah. Email norsi di norsi_nc@yahoo.com. Tak pun bole letak di 'shoutbox' ye. Nanti norsi akan contact balik.