Showing posts with label catatan perjalanan. Show all posts
Showing posts with label catatan perjalanan. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Catatan Perjalanan : Di kaki Kinabalu

Hujung minggu lepas, semasa cuti Merdeka, kami ke Kundasang. Ad-hoc. Pagi minggu tu en big boss ajak sarapan di luar terus lajak ke Kundasang. 

Tanpa perancangan rapi tapi seronok bagi Norsi. Dari Telipok ke kaki Gunung Kinabalu cuma ambil masa sejam. Perjalanan lancar sbb tak bnyk lori dan bas. Dorang pun cuti merdeka gamaknya. Cuaca pun, ALHAMDULILLAH.. sgt2 baik. 


Destinasi pertama, singgah di Taman Kinabalu. Dah bertahun duduk KK, baru pertama kali pegi Taman Kinabalu. Sebelum ni bayangkan ada taman rupanya Taman Kinabalu ni adalah jalan untuk ke check point untuk panjat Gunung Kinabalu. Jalannya kecil aje. Cukup2 2 kereta berselisih. Penghujung jalan raya adalah pintu masuk Timpohon (check point). Sampai sini kereta tak bole masuk dah. Tempat parking pun tak bnyk. 



Penghujung jalan terus jumpa pintu gerbang ni. Kalau perasan bangunan yang hujung tu tandas.
Jalan depan lagi ada pintu masuk.
Kalau ikut peta yg dibagi, ada air terjun tak jauh dari situ. Tapi kami tak masuk pun.
Di Timpohon ni ada pintu masuk. Kena bayar (tak pasti berapa)
Dalam perjalanan nak ke check point Timpohon tu, ada disediakan satu pelantar ni yang jelas nampak Gunung Kinabalu. Kami pun berhenti kat sini untuk sesi bergambo.


ALHAMDULILLAH, cuaca cerah. 

Nampak Gunung Kinabalu sejelas-jelasnya.
Dari Taman Kinabalu kami ke Desa Dairy Farm. Pun pertama kali pergi juga. Bagi Norsi Desa Dairy Farm ni biasa aje. Dorang pun tengah dalam renovation nak menaiktaraf Dairy Farm ni. Yang bestnye kat sini rasa konon2 kat New Zealand gitu. 


Welcome to Desa Dairy Farm
Lembu2 tgh mesyorat

Gembala tgh bg kambing makan. hihi
Lepas ke Desa Dairy Farm, hajatnya nak ke Sabah Tea Garden. Tapi tak jumpa. Silap Norsi. Tgk Google Sabah Tea Garden macam sebelum pekan Ranau, rupanya selepas pekan Ranau. Yang Norsi ni bila dah sampai pekan Ranau ingat dh terlepas. Ajak en big boss patah balik. Bila tanya orang, baru tahu rupanya kami tak sampai lagi. Patutla tak nampak signboard Sabah Tea Garden. Dah patah balik kami terus je singgah makan di Kundasang dan terus balik. Takpe, Inshaa ALLAH lain kali bole pegi.

Saturday, May 24, 2014

Pantai 2 Tanjung Aru

Minggu lepas kami ke Pantai 2 Tanjung Aru. Dah lama sangat tak ke sana. Dekat setahun ke dah lebih setahun tak jejak Pantai 2. Tu dia.. sampai bila kali terakhir pegi sana pun tak ingat dah. Selalunya ke Pantai 1 saja. Terkejut bila sampai. Dah berubah sangat2.

Dulu ada satu restoran sebelah parking. Sekarang tapak restoran tu dah jadi parking.

Parking kereta di tapak asal restoran
 Sebagai ganti, ada la dua tiga gerai jual makanan macam burger, mee goreng, goreng pisang, keropok dan air.
Kanopi biru tu la gerai-gerainya. Tak banyak tapi ok la dari takde langsung.
Bila dah takde restoran, rasa macam ada pantai lebih lapang (dan dan je la kan.hehe). 
Yang pokok banyak2 tu Taman Awam Tun Fuad Stephen namanya kalo tak salah

Lantai kayu tu tapak asal restoran, Skang dah jadi tempat lepak/santai

Masa kami pergi air tengah pasang. Menggoda betul nak mandi. Tapi tak bawa baju pula.
Bila Pantai 2 dah berubah rupa ni macam best pula pergi Pantai 2. Parking pun percuma tak perlu bayar. Kalau pantai 1 kena bayar parking. Nak mandi-mandi dan main pasir pun macam lagi best je kat Pantai 2 ni.

Saturday, March 9, 2013

Catatan Perjalanan : Sipitang, Sabah dan Lawas, Sarawak

Punyalah lama entry ni terkepuk je kat dlm draft. Dah berbulan2 baru nak post. Heh.

Disebabkan entry ni dah terlalu lama, Norsi ringkaskan aje. Layan gamba je la ye.

Dari rumah kami bertolak lebih kurang pukul 10.30 pg. Gara-gara dah keluar pastu patah balik. Sepanjang perjalanan, gunung-ganang, bukit bukau, sawah padi dan hutan yang jadi pemandangan. Oh ye, bagi yang memandu sendiri pastikan isi minyak kereta penuh2 tau. Stesen minyak susah nak jumpa.

Kami sampai Sepitang lebih kurang pukul 2 rasanya (lupa la pulak). Apsal lambat sangat? Patutnya dah sampai Lawas dah dalam dua jam setengah. Sebab kereta abis minyak dan Ikhwan muntah dalam kereta! Oh.. nasib baik la dia muntah masa kat stesen minyak. Senang nak cuci.

Sebenarnya terkejut juga sampai bila sampai di Sepitang. Kami sangkakan tepian pantai macam ni Tanjung Aru sekalinya macam Marina Bay kat Lumut. Kesian Sakinah. Kami dah janji nak bawa dia ke pantai tapi bila sampai takde pantai pun.

Esplanade Sepitang
Kanopi putih tu gerai makan
Cantik
Di Sepitang kami berhenti makan tengahari. Bagi Norsi masakannya boleh lah. Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Lawas. Disebabkan Lawas ni di Sarawak kena la lalu imigresen. Bila dah masuk Sarawak, pemandangan berubah kepada kelapa sawit pulak. Di Lawas kami terus menuju ke Hotel Seri Malaysia. Memang dah booked awal2.

Hotel Seri Malaysia ni ok. Bilik pun selesa. Yang kurang masa sarapan je. Kami pergi sarapan dlm pukul 8 kot lbh kurang.. Bnyk yg dh habis. Dan dorang tak tambah pun. Kesian juga orang yang datang kemudian. Makan apa yang tinggal ajelah.


Pemandangan dari bilik hotel
Bilik di Hotel Seri Malaysia Lawas
Lobi Hotel Seri Malaysia Lawas

Di Lawas tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Lawas ni pekan kecil je. Nak makan pun tak tahu kat mana. Antara aktiviti kami di Lawas sebelum balik KK keesokannya..

Pegi pantai. Lupa pula nama pantainya. Tapi Sakinah dan en big boss je yg turun amek gamba. Sbb masa ni hujan
Makan di kepci (tak tahu nk mkn kat mana dah). Kat belakang tu la Hotel Seri Malaysia Lawas
Mandi kolam lepas sarapan sebelum check out. Sakan bebudak ni main air
 Dalam perjalanan balik singgah sekali lagi Sepitang. Walaupun xde hala tuju masa ke Lawas tapi tetap seronok sebab dapat jalan2.

Friday, February 22, 2013

Catatan Perjalanan : Petrosains di Kota Kinabalu

Entry yg terperap di dalam draft sejak sebelum Tahun Baru Cina lagi. Sekarang ni la baru nak publish.

Sepatutnya Norsi menyambung kerja menyiapkan kad kawin adik.. tapi malasnya la haiii... jadi update blog aje (^_^)

Isnin lepas Norsi ke poslaju, mengirimkan sedikit kad kawin adik (almaklumlah buat sendiri kena la bagi sikit-sikit. tak daya nk bagi sekaligus beratus2). Balik dari poslaju masih awal, jadi Norsi ajak en big boss singgah di Perpustakaan Negeri Sabah. Ada apa ni Perpustakaan Negeri ni? Ada ini..

Petrosains Playsmart
Lama dah Norsi terbaca di satu blog ni pasal Petrosains di Kota Kinabalu ni. Ada juga kami pergi sekali masa hari Ahad, tapi tutup. Kali ni dapat masuk. 

Petrosains ni kecil sahaja. Satu bilik sahaja. Tapi macam2 ada. Masa kami sampai ada 3 4 orang je pengunjung, jadi seronok sangatlah Sakinah dan Ikhwan. Antara permainan yang ada :

Macam pandai je Ikhwan main
Main korek2 tanah. Norsi yang tengok pun teringin nk main. Haha
Ikhwan dapat member baru. Suka betul budak ni ajak Ikhwan main.
Kakak pun nak cuba main juga
Tapi kami di sini sekejap je. Sebab pukul 1 tu dia tutup untuk rehat tengahari. Pukul 2 baru buka balik. Norsi terlupa pula nak catat waktu Petrosains ni beroperasi. Kalo tak salah hari2 biasa buka jam 9 hingga 4 kot (ke 5 yerk?). Waktu rehat dari pukul 1 hingga 2. Masuk adalah percuma.

Ingat lain kali kalo berkesempatan nak bawa lagi bebudak ni datang Petrosains ni. Sebab hari tu tak sempat explore sampai habis.

Tuesday, January 8, 2013

Catatan Perjalanan : Perdana Park Tanjung Aru (di waktu siang)

Hari minggu yang lalu Norsi mengajak en big boss bawa anak2 berjalan2 di Perdana Park Tanjung Aru. Selalunya pergi waktu malam sebab nak tengok 'musical fountain'. Kali ni saja ajak pergi waktu siang sebab nak pusing satu taman (^_^)

Perdana Park ni terletak berdekatan Terminal Air Asia ataupun dikenali sebagai KKIA Terminal 2. Betul2 bertentangan lampu isyarat nak ke Terminal Dua ni. 

Simpang masuk ke Terminal 2
 Kalau dari KK nak ke Perdana Park kena terus melalui lampu isyarat di Terminal 2 ni. Kena u turn dekat bulatan di Pantai 1 Tanjung Aru.

Bulatan di Pantai 1 Tanjung Aru. Kalau terus masuk kawasan parking Pantai  1
Bila dah u turn, Perdana Park di sebelah kiri. Terminal 2 disebelah kanan.
Pintu masuk Perdana Park
Kawasan parking di dalam Perdana Park
Perdana Park ni memang sesuai untuk santai2. Ada tasik, taman permainan untuk kanak2 malah turut disediakan kemudahan untuk berjoging dan bersenam. 

Seronok jalan2 di sini. En big boss kata terasa macam di Taman KLCC. Teringat zaman dating dulu2. Hehe. Sungguh... Norsi rasa romantik je jalan2 kat sini. Nak-nak pula cuaca cantik. Rasa cam best je kalau dapat berkelah kat sini kan. Tapi kat Perdana Park ni tak dibenarkan bawa makanan dan minuman. Jadi takleh la nak piknik kat sini. Tapi di sini ada kedai makan. Secret Recipe pun baru dibuka kat sini.

Bukan makan-minum je tau.. yang diatas2 ni sume tak bole tau.

Kawasan permainan untuk kanak-kanak kecil

Yang ini lebih sesuai untuk budak-budak yang lebih besar. Tapi mak bapak  orang dewasa takleh la kan

Tasik di Perdana Park. Masa ni kami dah pusing separuh taman. 

Kawasan yang biru sebelah tasik tu  adalah tempat untuk bersenam
Perdana Park ni percuma. Parking je kena bayar. Tandas pun kena bayar. 50sen. Tapi tandas dia bersih betul tau.

Monday, January 7, 2013

Gambar : Kota Kinabalu

Hujung minggu yang malas bagi kami. Kerana kami bermalasan sahaja hujung minggu kali ini. Tidak ke mana-mana. Sekadar bersantai di rumah dan berjalan-jalan di Perdana Park di Tanjung Aru. Nanti bila rajin Norsi akan citer pasal Perdana Park. Wat masa ni layan gamba sekitar KK dulu ye.

Pantai 2 Tanjung Aru

Pemandangan dari food court Suria Sabah. Cantik kan?

Perdana Park Tanjung Aru

Pasar Kraftangan. Ada menjual bermacam hasil kraftangan dari Sabah. Paling terkenal.. mutiara :)

Monday, October 1, 2012

Berhujung minggu di Lawas, Sarawak

Lawas, Sarawak


Hujung minggu baru ini en big boss membawa kami berjalan-jalan ke Lawas di Sarawak. Teruja tau sebab ini kali pertama kami bertiga menjejaki Sarawak. En big boss lak walaupun ini kali pertama jejak Lawas dia dah pernah pergi Kuching sebelum ni.

Lawas ni terletak di antara Sabah dan Brunei. Kiranya kalau kita nak ke Brunei dari Kota Kinabalu bolehlah melalui Lawas. Lawas ni jauhnya kira-kira 2 jam setengah dari Kota Kinabalu. Untuk sampai ke Lawas dari KK, kita akan melalui antaranya Papar, Beaufort, Sepitang dan Sindumin. 

Sepanjang perjalanan dari KK ke Lawas jalannya elok. Macam jalan lama nak balik kampunglah kalau di semenanjung tu. Pemandangan pun kita akan nampak sawah padi, kelapa sawit dan semestinya gunung-ganang.

Walaupun perjalanan dari KK ke Lawas ni dikatanya 2 jam setengah je, perjalanan kami mengambil masa 5 jam!! Nanti Norsi cerita macamana perjalanan kami boleh jadi berjam-jam macam tu sekali. Apapun, seronok sekali sekala dapat berjalan-jalan santai macam ni. 

Terima kasih ye en big boss!!


Sunday, July 22, 2012

Buat tatapan

Alhamdulillah, sudah masuk hari kedua Ramadhan. Setakat ini, menu berbuka dan sahur kami sangat2 ringkas. Kengkawan pula macamana?

Lama rasanya tak letak gamba di blog. Selongkar balik folder gambo lama2 terjumpa beberapa gambo sekitar KK yg belum Norsi letak. Moh cuci mata moh.

Lok Kawi Wildlife Park entrance

Kandang monyet di Lok Kawi Wildlife Park

Sepetang di Tanjung Aru
Penonton menari bersama sewaktu Tarian Kebudayaan Taman Buaya Tuaran

Saturday, April 7, 2012

Catatan Perjalanan : The Upsidedown House of Borneo, Tamparuli, Sabah

There are a lot of upside down houses in the world,

in Germany (google image),

in South Korea (google image)

and Poland too (google image)
Now.. we also has it here.. in Malaysia.

Taraaa.. The Upside Down House in Tamparuli, Sabah
Rumah Terbalik (or they also prefer to be called 'The Upside Down House of Borneo') ni terletak di Tamparuli, Sabah. Kalau menghala ke Gunung Kinabalu ataupun Kundasang dari Kota Kinabalu pasti melalui Rumah Terbalik ni. Tidaklah jauh mana sebenarnya dari rumah kami tapi barulah minggu lepas kami pergi Rumah Terbalik ni.

Bayaran masuk adalah RM10 utk dewasa. Kanak-kanak RM 5 seorg. Bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk adalah percuma. Rugi betul kami masa beli tiket tak perasan kanak-kanak 3 thn percuma. Tak pasal2 Sakinah kena baya tiket RM5. Maklumle anak dara Norsi ni kalo tengok badan mmg macam dah 4 thn. Orang tu pun tak tanya. Terus je cakap RM25. Cess.. rugi.. rugi. (Kedekut. hehe)

Nak masuk Rumah Terbalik ni ada pemandu pelancongnye. Memula dia bagi amek gamba kat luar dulu. Oh ye.. dilarang memijak rumput di sekeliling Rumah Terbalik ni tau. Boleh jalan di laluan yg disediakan aje. Utk amek gamba ada platfrom disediakan.

Pemandangan dari depan. Platfrom kayu tu la tempat amek gamba
Lepas amek-amek gamba, masa utk masuk Rumah Terbalik ni.

Sedia memulakan perjalanan. Hehe.
Perjalanan dimulakan sambil pemandu pelancong tu bercerita.. alkisahnya kononnya Rumah Terbalik ni didiami 3 beranak, si ibu, ayah dan anak lelaki yang punyalah lasak sampai terbalik rumah. Sampai di gong, wakil tetamu dijemput memukul gong 3 kali sambil pemandu pelancong menerangkan serba sedikit sejarah pasal gong ni.

Pukul gong 3 kali je ye.. takleh lebih. Hujan kang katanya
Dah ketuk gong 3 kali, sampai kat pintu sorang lagi wakil tetamu dijemput ketuk pintu rumah. Mengikut adat susila orang Malaysia katanya (ke dia kata adat susila org Melayu? Lupa lak. hehe)

Oppps! Takleh amek gamba dalam Rumah Terbalik la. Jadi cerita selanjutnya tanpa gamba la ye. Hehe
Dalam Rumah Terbalik ni memang semua terbalik. Rumah ni dibina lengkap dengan semua keperluan asas dalam rumah. Ada kerusi, mesin jahit, mesin basuh, tv, rak.. senang kata rumah ni memang lengkaplah. Ruang tamu, bilik ibu ayah, bilik anak, bilik air semua lengkap berperabot dan juga terdapat barang2 peribadi utk menunjukkan seolah-olah rumah ni betul2 berpenghuni. Dan dalam rumah ni turut diletakkan barang yang menunjukkan ciri-ciri/budaya penduduk setempat. Pusing-pusing dalam rumah tu sekejap lepas tu keluar ikut pintu belakang.

Pintu belakang. Perasan x ada basikal dan ampai tu?
Pintu belakang ni terus masuk kedai cenderamata dan cafe. Nak keluar kena lalu kedai cenderamata dan cafe ni.

Sedikit sebanyak pasal Rumah Terbalik ni :
  • dibina mengikut ukuran sebenar sebuah rumah. dibina dalam tempoh enam bulan je tau
  • kawasan sekitar rumah ni turut ditanam sayur-sayuran dan buahan-buahan. ada timun, tembikai. tembikai dia dah berbuah tau. geram je tengok.
  • sepanjang nak masuk Rumah Terbalik ni kena ikut laluan yg disediakan.
  • dilarang memijak rumput ye
  • di pintu depan ada sebuah kancil yg turut diletakkan terbalik
Jadi, kalau ada sesiapa yang bercadang nak jalan2 sekitar Tuaran/Tamparuli tapi tak tahu nak kemana.. bolehlah ke Rumah Terbalik ni.