Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, September 8, 2014

Catatan Perjalanan : Di kaki Kinabalu

Hujung minggu lepas, semasa cuti Merdeka, kami ke Kundasang. Ad-hoc. Pagi minggu tu en big boss ajak sarapan di luar terus lajak ke Kundasang. 

Tanpa perancangan rapi tapi seronok bagi Norsi. Dari Telipok ke kaki Gunung Kinabalu cuma ambil masa sejam. Perjalanan lancar sbb tak bnyk lori dan bas. Dorang pun cuti merdeka gamaknya. Cuaca pun, ALHAMDULILLAH.. sgt2 baik. 


Destinasi pertama, singgah di Taman Kinabalu. Dah bertahun duduk KK, baru pertama kali pegi Taman Kinabalu. Sebelum ni bayangkan ada taman rupanya Taman Kinabalu ni adalah jalan untuk ke check point untuk panjat Gunung Kinabalu. Jalannya kecil aje. Cukup2 2 kereta berselisih. Penghujung jalan raya adalah pintu masuk Timpohon (check point). Sampai sini kereta tak bole masuk dah. Tempat parking pun tak bnyk. 



Penghujung jalan terus jumpa pintu gerbang ni. Kalau perasan bangunan yang hujung tu tandas.
Jalan depan lagi ada pintu masuk.
Kalau ikut peta yg dibagi, ada air terjun tak jauh dari situ. Tapi kami tak masuk pun.
Di Timpohon ni ada pintu masuk. Kena bayar (tak pasti berapa)
Dalam perjalanan nak ke check point Timpohon tu, ada disediakan satu pelantar ni yang jelas nampak Gunung Kinabalu. Kami pun berhenti kat sini untuk sesi bergambo.


ALHAMDULILLAH, cuaca cerah. 

Nampak Gunung Kinabalu sejelas-jelasnya.
Dari Taman Kinabalu kami ke Desa Dairy Farm. Pun pertama kali pergi juga. Bagi Norsi Desa Dairy Farm ni biasa aje. Dorang pun tengah dalam renovation nak menaiktaraf Dairy Farm ni. Yang bestnye kat sini rasa konon2 kat New Zealand gitu. 


Welcome to Desa Dairy Farm
Lembu2 tgh mesyorat

Gembala tgh bg kambing makan. hihi
Lepas ke Desa Dairy Farm, hajatnya nak ke Sabah Tea Garden. Tapi tak jumpa. Silap Norsi. Tgk Google Sabah Tea Garden macam sebelum pekan Ranau, rupanya selepas pekan Ranau. Yang Norsi ni bila dah sampai pekan Ranau ingat dh terlepas. Ajak en big boss patah balik. Bila tanya orang, baru tahu rupanya kami tak sampai lagi. Patutla tak nampak signboard Sabah Tea Garden. Dah patah balik kami terus je singgah makan di Kundasang dan terus balik. Takpe, Inshaa ALLAH lain kali bole pegi.

Wednesday, May 21, 2014

Semoga janji itu ditepati, bukan dicapati

Hujung minggu yang lalu kami membawa anak-anak berjalan2 santai. Dah lama rasanya tak bawa bebudak ni jalan-jalan makan angin saja2. Tempat yang di tuju, Tanjung Aru Pantai 2.

Disebabkan saja berjalan tak terkejar-kejar, tengahari baru kami sampai. Baru sampai beberapa minit, hujan panas. Kesiankan anak-anak, kami tunggu sekejap sampai hujan panas berhenti. Hujan dah berhenti kami sambung balik lepak tepi pantai. 

Rasa kesian sangat bila Sakinah minta izin main pasir. Bila mak bagi alasan takde alat nak main pasir, Sakinah kata 'takpe. Kakak korek dengan tangan'. Sobs. Sekalinya si bapak bawa keluar alat mainan korek pasir dorang, oh bawa rupanya. Bila anak bermain pasir, tersentuh lagi hati. Melihat betapa seronoknya mereka bermain pasir, terasa.. 'Alahai anak. Bikin mak rasa bersalah dah lama tak bawa korang jalan2 main pasir.'


Jadi berdialog la kami laki bini. Betapa kami ni jarang bawa anak bersantai-santai. Padahal tak jauh mana pun kalau nak bawa anak-anak ke pantai. Tak kena bayar apa pun. Orang lain hujung minggu bawa anak-anak berjalan kena keluar duit puluh-puluh ratus-ratus (ehh.. tiket waterpark mahal apa) kami yang tak kena bayar apa pun ni malas bawa anak jalan-jalan. Asyik bawa kuar beli barang je. Sampaikan bebudak ni pun kenal pasaraya mana maknye beli barang. 

Lalu berjanjilah kami pada diri, lain kali bawa anak-anak berjalan khas bermain di tepi pantai. Bawa baju spare anak dan bapaknya sekali, bagi dorang mandi laut dan main pasir puas-puas.

Semoga janji ini kami tepati, bukan dicapati.

Monday, February 3, 2014

Berjalan2 sewaktu cuti tahun baru cina

Aktiviti jalan-jalan sewaktu cuti tahun baru cina bermula dengan pertanyaan langsung di petang jumaat,
"cuti panjang tahun baru cina taknak bawa kitaorang jalan2 ke?" (you can guess who's the questioner and who's the other person right? :) ) 
In my mind kalau en big boss cakap, "nak pegi mana?" ingat nak ajak berpiknik di Tanjung Aru pagi Sabtu tu. So, when he said "Kudat", I was like.. 'hmmmmmppphhh'. Sebab Norsi membayangkan Kudat tu jauhhhh. And it turn out Kudat IS far from KK. 2 jam setengah perjalanan tu. Tapi disebabkan jalannya ok (tak perlu turun naik bukit, jalan kecik macam nak ke Kundasang) jadi "setttt!", ke Kudat la kami cuti tahun baru cina baru ni.

Apa ada di Kudat? Kudat terkenal sebagai 'The Tip of Borneo'. Penghujung Borneo.

The Tip of Borneo
Sebenarnya boleh turun amek gamba kat batu2 tu, tapi Norsi tak nak. En big boss pun Norsi tak bagi turun. Risau. Jadilah amek gamba macam ni je pun. 

Untuk catatan perjalanan kami ke sini, nnt kalau rajin Norsi buat. Kenangan untuk diri sendiri. Sekarang tak boleh nak mengarang. Irsyad dah bangun. 

Till then.

Friday, February 22, 2013

Catatan Perjalanan : Petrosains di Kota Kinabalu

Entry yg terperap di dalam draft sejak sebelum Tahun Baru Cina lagi. Sekarang ni la baru nak publish.

Sepatutnya Norsi menyambung kerja menyiapkan kad kawin adik.. tapi malasnya la haiii... jadi update blog aje (^_^)

Isnin lepas Norsi ke poslaju, mengirimkan sedikit kad kawin adik (almaklumlah buat sendiri kena la bagi sikit-sikit. tak daya nk bagi sekaligus beratus2). Balik dari poslaju masih awal, jadi Norsi ajak en big boss singgah di Perpustakaan Negeri Sabah. Ada apa ni Perpustakaan Negeri ni? Ada ini..

Petrosains Playsmart
Lama dah Norsi terbaca di satu blog ni pasal Petrosains di Kota Kinabalu ni. Ada juga kami pergi sekali masa hari Ahad, tapi tutup. Kali ni dapat masuk. 

Petrosains ni kecil sahaja. Satu bilik sahaja. Tapi macam2 ada. Masa kami sampai ada 3 4 orang je pengunjung, jadi seronok sangatlah Sakinah dan Ikhwan. Antara permainan yang ada :

Macam pandai je Ikhwan main
Main korek2 tanah. Norsi yang tengok pun teringin nk main. Haha
Ikhwan dapat member baru. Suka betul budak ni ajak Ikhwan main.
Kakak pun nak cuba main juga
Tapi kami di sini sekejap je. Sebab pukul 1 tu dia tutup untuk rehat tengahari. Pukul 2 baru buka balik. Norsi terlupa pula nak catat waktu Petrosains ni beroperasi. Kalo tak salah hari2 biasa buka jam 9 hingga 4 kot (ke 5 yerk?). Waktu rehat dari pukul 1 hingga 2. Masuk adalah percuma.

Ingat lain kali kalo berkesempatan nak bawa lagi bebudak ni datang Petrosains ni. Sebab hari tu tak sempat explore sampai habis.

Wednesday, December 26, 2012

Semalam dan hari ini

Ikhwan demam selsema. Mata dan hidung asyiklah berair. Sekejap-sekejap mengadu hingus meleleh. Nasib baik juga Ikhwan dan pandai lap sendiri. Kesian juga tengok Ikhwan tak berapa larat. Selalunya pantang  maknya buka pintu, laju je nak keluar. Ni elok je duduk tengok tv. Tak nak keluar.

Semalam ajak en big boss bawa bebudak ni gi lepak di Tanjung Aru. Rancangnya nak bersantai sambil bersarapan. Jadi Norsi bawa roti roti segera dengan sambal sardin je. Sekalinya ada 'jiran' lepak disebelah bagi kami ayam bakar. Rezeki (^_^)

Lepas lepak2 di Tanjung Aru en big boss ajak pergi Suria Sabah. Kononnya nak bersantai menikmati pemandangan di 'food court'. Sekalinya punyalah ramaiiii orang. Nak masuk parking dah jem, kat 'food court' pun penuh. Dua kali kami masuk.. langsung takde tempat kosong. Akhirnya makan 'fast food' aje. Lepas tu terus balik sebab dah penat.

Ada juga ambil gamba tp tak dapat 'transfer' ke komputer. Nanti kalo dapat Norsi letak gamba.

Wednesday, December 12, 2012

Sekadar mengemaskini

Disember dah nak masuk pertengahan, entry baru 2 je. Memang malas betul Norsi sekarang ni. Ari2 dok bergaduh dengan bebudak ni je (^_^)

Disebabkan Norsi masih malas, letak gamba Sipitang je la. Hehe.

Tepi pantai Sipitang, dah macam kat Lumut

Nak panggil apa ye benda alah ni? Orang ramai bole gi lepak kat benda alah tgh laut tu tau. 

Sunday, July 22, 2012

Buat tatapan

Alhamdulillah, sudah masuk hari kedua Ramadhan. Setakat ini, menu berbuka dan sahur kami sangat2 ringkas. Kengkawan pula macamana?

Lama rasanya tak letak gamba di blog. Selongkar balik folder gambo lama2 terjumpa beberapa gambo sekitar KK yg belum Norsi letak. Moh cuci mata moh.

Lok Kawi Wildlife Park entrance

Kandang monyet di Lok Kawi Wildlife Park

Sepetang di Tanjung Aru
Penonton menari bersama sewaktu Tarian Kebudayaan Taman Buaya Tuaran

Saturday, April 7, 2012

Catatan Perjalanan : The Upsidedown House of Borneo, Tamparuli, Sabah

There are a lot of upside down houses in the world,

in Germany (google image),

in South Korea (google image)

and Poland too (google image)
Now.. we also has it here.. in Malaysia.

Taraaa.. The Upside Down House in Tamparuli, Sabah
Rumah Terbalik (or they also prefer to be called 'The Upside Down House of Borneo') ni terletak di Tamparuli, Sabah. Kalau menghala ke Gunung Kinabalu ataupun Kundasang dari Kota Kinabalu pasti melalui Rumah Terbalik ni. Tidaklah jauh mana sebenarnya dari rumah kami tapi barulah minggu lepas kami pergi Rumah Terbalik ni.

Bayaran masuk adalah RM10 utk dewasa. Kanak-kanak RM 5 seorg. Bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk adalah percuma. Rugi betul kami masa beli tiket tak perasan kanak-kanak 3 thn percuma. Tak pasal2 Sakinah kena baya tiket RM5. Maklumle anak dara Norsi ni kalo tengok badan mmg macam dah 4 thn. Orang tu pun tak tanya. Terus je cakap RM25. Cess.. rugi.. rugi. (Kedekut. hehe)

Nak masuk Rumah Terbalik ni ada pemandu pelancongnye. Memula dia bagi amek gamba kat luar dulu. Oh ye.. dilarang memijak rumput di sekeliling Rumah Terbalik ni tau. Boleh jalan di laluan yg disediakan aje. Utk amek gamba ada platfrom disediakan.

Pemandangan dari depan. Platfrom kayu tu la tempat amek gamba
Lepas amek-amek gamba, masa utk masuk Rumah Terbalik ni.

Sedia memulakan perjalanan. Hehe.
Perjalanan dimulakan sambil pemandu pelancong tu bercerita.. alkisahnya kononnya Rumah Terbalik ni didiami 3 beranak, si ibu, ayah dan anak lelaki yang punyalah lasak sampai terbalik rumah. Sampai di gong, wakil tetamu dijemput memukul gong 3 kali sambil pemandu pelancong menerangkan serba sedikit sejarah pasal gong ni.

Pukul gong 3 kali je ye.. takleh lebih. Hujan kang katanya
Dah ketuk gong 3 kali, sampai kat pintu sorang lagi wakil tetamu dijemput ketuk pintu rumah. Mengikut adat susila orang Malaysia katanya (ke dia kata adat susila org Melayu? Lupa lak. hehe)

Oppps! Takleh amek gamba dalam Rumah Terbalik la. Jadi cerita selanjutnya tanpa gamba la ye. Hehe
Dalam Rumah Terbalik ni memang semua terbalik. Rumah ni dibina lengkap dengan semua keperluan asas dalam rumah. Ada kerusi, mesin jahit, mesin basuh, tv, rak.. senang kata rumah ni memang lengkaplah. Ruang tamu, bilik ibu ayah, bilik anak, bilik air semua lengkap berperabot dan juga terdapat barang2 peribadi utk menunjukkan seolah-olah rumah ni betul2 berpenghuni. Dan dalam rumah ni turut diletakkan barang yang menunjukkan ciri-ciri/budaya penduduk setempat. Pusing-pusing dalam rumah tu sekejap lepas tu keluar ikut pintu belakang.

Pintu belakang. Perasan x ada basikal dan ampai tu?
Pintu belakang ni terus masuk kedai cenderamata dan cafe. Nak keluar kena lalu kedai cenderamata dan cafe ni.

Sedikit sebanyak pasal Rumah Terbalik ni :
  • dibina mengikut ukuran sebenar sebuah rumah. dibina dalam tempoh enam bulan je tau
  • kawasan sekitar rumah ni turut ditanam sayur-sayuran dan buahan-buahan. ada timun, tembikai. tembikai dia dah berbuah tau. geram je tengok.
  • sepanjang nak masuk Rumah Terbalik ni kena ikut laluan yg disediakan.
  • dilarang memijak rumput ye
  • di pintu depan ada sebuah kancil yg turut diletakkan terbalik
Jadi, kalau ada sesiapa yang bercadang nak jalan2 sekitar Tuaran/Tamparuli tapi tak tahu nak kemana.. bolehlah ke Rumah Terbalik ni.

Friday, March 30, 2012

Catatan Perjalanan : Kipandi Butterfly Park, Kota Kinabalu

Kami menjejakkan kaki di Kipandi Butterfly Park minggu lepas. Tiada perancangan nak ke sini pun. Asalnya en big boss berhajat nak cari air terjun di Moyog (kes dgr member citer aa ni). Puas memandu, tak jumpa2 juga dengan air terjunnya. Jalan sudahlah gaya2 nak ke Genting (macam nak gi Gunung Kinabalu pun ye juga).. dengan bengkang bengkoknya, panjat bukitnya.. sampai Norsi pening. Sudahnya bila jumpa Kipandi Butterfly Park ni Norsi ajak en big boss singgah je. Ambil udara segar sikit.

Kipandi Butterfly Park ni betul2 di kawasan bukit yang tinggi. Jalan nak sampai tu mencabar la bagi Norsi. Kalau nak ke sini, ikut peta di bawah ni.
Dari Donggongon menghala ke Moyong. Kipandi Butterfly Park ni jauh juga dari SK Moyong tu. Bila dah jumpa SK Moyog ni jalan je terus sampai jumpa selekoh yang bengkok dan naik bukit pada masa yang sama. Lepas selekoh ni terus jumpa Kipandi Butterfly Park ni.

Masa mula2 sampai.. terkejut pun ye juga. Sebab macam kita berhenti tepi bukit camtu je. Ada satu pondok tu, itu la dia kaunter tiketnye. Rupa-rupanya Kipandi Butterfly Park ni kena jalan masuk ke dalam lagi. Turun naik bukit tau (maaf takde gamba. masa ni x teringat nk amek gamba. Dok pikir lega dapat kuar dari kete je. heh). Lepas turun naik bukit tu baru jumpa pintu masuk ni..

Hadooiii.. kena panjat tangga lagi.
Kipandi Butterfly Park ni ada muzium serangga dan taman rama2. Kalau nak tengok gamba cantik2, tengok dekat website diaorang ye (http://kipandipark.com/). Ni gamba versi kami :

Mula-mula masuk Muzium Serangga dulu. kat dalam ni ada beribu2 serangga dan rama-rama. Serangga bukan sekadar dari Malaysia, dari luar negara pun ada.


Ni serangga bentuk muka manusia. MASYAALLAH.

Rama-rama dari luar negara. Lupa lak negara mana. Yng Norsi perasan, rama-rama luar negara banyak yang kilat2 macam dlm gamba ni. Rama-rama negara kita walaupun takde kilat2 camni tetap cantik.


Lepas ke muzium, kita ke Taman Rama-rama lak. Tak besar sangat.


Nampak tak rama-rama atas daun tu?


Kepompong. Kepompong ni diambil dan diletakkan dalam sangkar untuk dielakkan dari diserang haiwan perosak seperti tikus. Yang warna coklat tu rama-ramanya dah keluar, yang hijau tu masih dalam proses menjadi rama-rama. (perasan tak dorang sepit guna penyepit baju je? hehe)

Budak yang kena paksa posing oleh ABAHNYE bukan maknya ye. Hehe
Sedikit mengenari Kipandi Butterfly Park ni :
  • dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang
  • bayaran masuk RM10 seorang untuk dewasa. Kanak-kanak RM5.
  • betul2 di kawasan tepi bukit. Dikelilingi tumbuhan dan hutan
  • Selain muzium serangga dan taman rama-rama, Kipandi Butterfly Park ni juga memelihara tumbuh-tumbuhan. Sepanjang tangga di kiri dan kanan dipenuhi pokok orkid dan tumbuhan bunga-bungaan yang lain. Pokok nangka pun ada tau!
  • secara peribadi, bagi yang berhajat sekadar nak dtg jalan2 tgk2 (lebih2 lagi bersama anak2 kecil).. mungkin tidak berapa sesuai. Bukannya apa.. perjalanan jauhhh benorr rasanya dan kawasan pinggir bukit. Tapi bagi pencinta alam dan rama-rama.. sangat2 digalakkan. Nak tengok rama-rama di alam semulajadinya? Kat sinilah.
  • ada sebuah gerai menjual makanan dan minuman dan sedikit cenderamata.
p/s : Gambar kredit to en big boss. Gigih dia amek gamba. Yang tukang blog ni sibuk dok tgk rama-rama. hehe.

Friday, March 23, 2012

Bila si kecil tidak sihat..

Kedua2 Sakinah dan Ikhwan sudah beberapa hari tidak sihat. Bermula dengan Sakinah yang batuk selsema, Ikhwan pula demam dua tiga hari lepas, juga selsema. Sakinah sudah makin sembuh tapi Ikhwan pula demam asyik turun dan naik. Kesian pula tengok Ikhwan dalam tak larat tetap juga nak bermain. Nasib baiklah dua tiga hari lepas en big boss cuti. Sama-samalah kami dok melayan dua budak tidak sihat ni.

Asalnya kami merancang untuk berjalan-jalan masa en big boss bercuti. Sekadar jalan2 sekitar KK. Hari pertama sempat jugalah kami ke Lok Kawi Wildlife dan Kipandi Butterfly Park. Menjelang hari kedua Ikhwan demam agak panas. Jadi rancangan kami untuk ke Kundasang dibatalkan aje. Hari Khamis demam Ikhwan sudah berkurang, jadi kami keluar menguruskan hal kereta dan agaknya disebabkan asyik berpanas dan bersejuk, malam tu badan Ikhwan panas balik. Dan hari ni Ikhwan masih demam sikit.

Muka budak demam

Sedikit teaser tempat yg kami pergi. Nanti kalo rajin Norsi citer.


Kipandi Butterfly Park


Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Sabah

Monday, February 27, 2012

Kereta sewa oh kereta sewa

Minggu ni insyaALLAH ada tetamu akan berkunjung ke rumah kami. Tetamu dari jauh datang mesti la nak berjalan2 kan. Disebabkan kami ni ada sebijik kete yg comey je sudah tentulah tidak muat.. kena cari kereta sewa. Dan baru kali inilah Norsi tahu stail org nak sewakan keta kat sini.

Masa survey awal2 dulu Norsi email je. Maklum la skadar nak bertanya. Skali dorang amek masa dua hari untuk balas. Ada satu company tu langsung tak balas. Takpe lah. Mungkin kerana hujung minggu. Jadi untuk survey yg kali ni Norsi tipon terus. Skalinya semua bagi respon.. nanti kami hubungi semula ye. Kami perlu semak dulu ada kereta atau tidak. Oooo... barulah Norsi tahu. Rupanya kalo nak sewa kereta memang amek masa. Ingatkan kalo telefon boleh tahu terus. Jadinya sekarang ni masih menunggu status. Kalo tak dapat juga ni kita pakat2 naik bas ramai2lah ye. Hehe.

Gambo cilok dr internet

Thursday, February 16, 2012

Catatan Perjalanan : Tamparuli

Selepas kali pertama singgah di Jambatan Tamparuli tanpa naik jambatan gantung tu, baru2 ni kami pergi lagi. Kali ni pergi waktu panas terik. Jadi dapatlah naik dan amek gamba sikit. Menurut satu blog yang Norsi baca (tak ingat dah blog mana) Jambatan Tamparuli yang ada ni merupakan jambatan baru yg dibina bagi menggantikan jambatan asal yang hanyut dalam peristiwa banjir besar di Tamparuli pada tahun 1999 (tahunnya kalo x salah la).

Meh tgk rupa Jambatan Tamparuli ni.

Ni lah dia Jambatan Tamparuli. Panjang dan tinggi. Kami jalan separuh je. Panas sgt nak jalan sampai hujung dan patah balik (alasan.. padahal ada rasa sedikit gayat. hehe)

Sungainya cantik bersih. Sakinah jalan pun takut2. Mak dia sibuk nak amek gamba dia kena la pegang kat tepi tu.

Jalan raya. Korang tgk seriau tak? Jalan raya ni mmg digunakan tau. Jalan raya ni mmg betul2 atas aras air. Dahla takde langsung penghadang kat kiri kanan. Kalau terbabas mmg terus msk sungailah. Bila air sungai naik jambatan ni akan tenggelam dan ditutup. Kali pertama dulu kami ikut jalan ni. Seriau tau.
Dalam ramai2 budak ni soranglah yang paling berani. Boleh dia tarik abah dia soh jalan laju2. Tak tau takut langsung. Ada hati nak jalan sendiri taknak org pegang tuh.

Selain Jambatan Tamparuli, Tamparuli sekarang ada tarikan baru. Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo. Kami lalu je hari tu tapi tak singgah pun. Bayaran masuk RM10. Lenkali kalo kami pergi Norsi citer ye. Buat masa ni kita layan je la gambar yg Norsi amek dari FB Rumah Terbalik ni.

Jangan tak percaya. Kat Sabah pun dah ada umah terbalik tau

Friday, February 10, 2012

Catatan Perjalanan : Taman Buaya, Tuaran

Seperti yang dikisahkan pada entry yang lalu, baru-baru ini kami ke Taman Buaya di Tuaran. Ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama dulu Ikhwan baru berusia beberapa bulan.

Taman Buaya (a.k.a Crocodile Farm) terletak di Kampung Lok Batik,Tuaran (kira-kira 40 km dari Kota Kinabalu) dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Bayaran masuk RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Anak kecil berumur 3 tahun ke bawah percuma je. Agak mahal bagi Norsi.. tapi anggap je la kita bayar untuk maintainance buaya tu.

Cerita seterusnya sambil layan gambalah ye.

Di pintu masuk Taman Buaya, Tuaran

Kawasan parking tak bertar. Jalan berpasir camni je. Bangunan belakang tu la pintu masuk

Kaunter tiket yg juga pintu masuk. Maaf ye gambo blur.
Di Taman Buaya ni, selain tengok buaya dalam kandang, mereka ada pertunjukan buaya dan tarian kebudayaan.
Cubaan mencium buaya
Awek ni berdiri atas buaya ooo

Budak yang syok tengok buaya

Lepas tengok pertunjukan buaya, pegi tengok persembahan tarian kebudayaan lak. Kat rumah panjang tu. Sebelah tempat pertunjukan buaya je
Persembahan tarian kebudayaan, ada tarian sumpit, tarian buluh. Mereka siap ajak penonton naik menari sekali. Norsi suruh en big boss dia taknak pulak. Haha

Penonton yang asyik menonton
Lepas habis tengok persembahan tarian, masa untuk sambung jalan2. Persembahan dia pun tak lama. Tak sampai setengah jam pun.

Pemandangan dari rumah panjang. Yang berbumbung tu tempat pertunjukan buaya. Kat belakang tempat pertunjukan tu la kandang buaya dan binatang2 lain
Burung unta pun ada. Kat sini kita bole bagi makanan kat haiwan2 yang ada. Ni sebenarnya burung unta ni tengah kejar en big boss yang cuba nak letak makanan dalam bekas tu. Kelakar tau, asal en big boss dekat je dorang panggung kepala (macam nak patuk tu) sampai en big boss pun tak berani nak dekat. Sampai orang lain yang tengok pun ketawa. 

Ni gamba lama. Sakinah pun kecik lagi dari Ikhwan masa ni. Nak tunjuk rusa tu sebenarnya

Ni pun gamba lama. Rumah buluh bersebelahan rumah panjang.
Antara pemandangan di Taman Buaya Tuaran
 Sedikit perihal Taman Buaya Tuaran ni :
  • tidak terlalu besar tapi dijaga dengan baik. Bersih.
  • tandas pun bersih tau.
  • sesuai kalau bawa budak-budak nak tengok binatang.
  • waktu pertunjukan buaya - pukul 11 pg, 1 tghari dan 3 ptg pada hari Ahad dan cuti umum. Hari lain pertunjukan cuma dibuat pukul 11 pg  ngan 3 ptg je.
  • persembahan tarian kebudayaan - setengah jam selepas pertunjukan buaya.
  • selain binatang yang ada di atas, ada juga kolam ikan koi, keli, memerang, ular dan binatang yg diawetkan (gambo takde lak. sorry ye)
  • ada juga dijual cenderamata berasaskan dan bermotifkan buaya. beg, keychain, baju, telur malah daging buaya pun ada tau. Tapi mahallah.
  • ada restoran. tapiiiiii... macam tak jual apa sangat pun. jadi baik makan dulu kenyang2 tau
Itu ajelah cerita jalan2 di Taman Buaya Tuaran.