Weekend. Tapi tak terasa macam ujung minggu pun. Biasalah.. en big boss kena keje. Boring jadi update blog pasal cuti raya ari tu.
Jumaat 26 Ogos 11
En big boss keje, pagi Jumaat baru balik jadi kami amek penerbangan petang. Barang sume Norsi dah siap kemas awal2 jd pagi tu tinggal kami bersiap2 je terus gi airport. Minta tolong member en big boss tolong hantarkan. Sampai airport tengok ramai tol org. Maklumle rata2 nak balik beraya gak. Tunggu punya tunggu takde pula pengumuman untuk kami check in kat mana2 kaunter. Malah kami tgk rata2 org guna kiosk. Jadi nak puas ati Norsi tanya kat kaunter pertanyaan. Rupa2nya mmg skang chek in guna kiosk je. Disebabkan Norsi tak amek pun no booking online ari tu (padahal en big boss dah pesan berkali2), kena la en big boss beratur pula untuk dapatkan balik no booking kitaog ari tu. Dah dapat no booking kitaorg pun dengan yakinnya beratur lak kat kiosk. Skali.. passenger with infant please check in at counter. Hok aloh.. pembaziran masa betul. Beratur sana sini skali kena gi kaunter gak.
Siap check in kena beratur lagi untuk check passport (iyeee.. sapa2 yg dok sabah lebih 3 bulan tapi bukan org sabah kena ada passport ye. lupa lak nama passport ni), check tiket, check kastam sumerlah. Bila dah masuk ruang menunggu bebudak dua beradik ni dah nampak kapal terbang, terus melekat kat cermin. Oh ye.. lupa lak. Untuk balik ke KL kami naik AirAsia. Alhamdulillah, penerbangan tak delay dan kami selamat sampai KL ikut jadual. Sampai KL, minta tolong adik lak amek. Kami sampai dalam pukul 4.30 gitu, amek beg, masuk kete sume kul 5 lebih gak kami bergerak dari airport. Adik Norsi dah awal2 cakap, jalan jem jadi dia ikut laluan alternatif mana ntah, dari lcct ke cheras dalam setengah jam je lebih kurang. Tapi kami nak sampai umah lebih kurang 2 jam gak la sebab sangkut gak dalam jem. Kul 7 br sampai umah, sedang elok tunggu waktu berbuka. Heh. Merasa la kami berbuka sekeluarga. Mak je takde sebab ada program kat surau. Tu pun mak balik umah sekejap sebelum maghrib sebab nak tgk cucu dia yg manja tak hengat ni.
Malamnye tunggu si Mimi dtg. Berbelas tahun tak jumpa, sejak form 3. Skali tgk.. tak berubah langsung si Mimi ni. Muka sebijik2 macam masa form 3 tu gak la. Tp nmpk matang la kan. hehe. Mimi dtg ngn tunangnya tapi sian tunang Mimi tunggu dlm kete je. Nak jemput masuk giler segan sbb en big boss masa ni dah terkedang tido kat ruang tamu. Nak kejut kesian lak, tau dia letih sbb tak rehat langsung dari Khamis tu. Sorry ye Mimi..
Sabtu 27 Ogos 11
Pagi Sabtu kami gerak ke Pahang lak. Tahun ni raya kat KL tp mmg dah plan awal2 nak singgah Pahang sehari dua sebelum raya, saja nak merasa berpuasa kat kg lak. Disebabkan kitaorg ni takde transport masa kat semenanjung, minta tolong adik lagi hantar blk kg. Sib baik la adik bujangku tu cuti panjang. Sampai kat kg ingatkan ramai yg dah balik skali ada anak buah sorang je. Sume pakat2 balik petang Ahad rupanya. Biarpun kami sekeluarga je yg balik, mak masak lauk berbuka.. perghhh.. tak hengat. Paling syiok, patin masak tempoyak. Rupa2nya mak sanggup gi TI semata2 nak cari patin segar untuk kami. Dah le semalam masa berbuka kat KL mak Norsi masak sup ngn sambal ikan keli. Sakan kami makan.
Ahad 28 Ogos 11
Kami bergerak balik ke KL lak. Kali ni pinjam kete adik en big boss lak. Kete akan dipulangkan bila kami balik beraya raya kedua. Ni la nasib kami org merantau. Terpaksa susahkan orang lain sbb takde transport. Huhu. Lepas berbuka mak dah bersiap2 nak wat ketupat. Jadi malam tu menganyam ketupatlah kami dua beranak. Buat pun tak banyak. Dalam 80 biji je. Sikit2 pun sampai tengah malam jugakla nak menganyamnye. Nak2 si kecik tu asyik sibuk kaco mak dia kat dapur. Ketupat dianyam awal sbb esoknya dah nak direbus.
**eh.. panjang lak entry ni. Dah le takde gambo. ok. stop dulu. nnt sambung lagi :)
Showing posts with label flight. Show all posts
Showing posts with label flight. Show all posts
Sunday, September 11, 2011
Wednesday, July 27, 2011
MH vs World's Best Low-Cost Airlines (depa kata) : pilih..pilih.. nak yang mana
Bagi yang selalu naik flight, isu nak pilih kapal terbang memang kadang2 bole wat pening kepala. Selalunya bagi yang budget, mesti rasa baik pilih yang tambang murah tu. Tapi betul ke yang tambang murah tu lebih baik?
Bagi Norsi yang dok seberang laut ni, isu nak pilih flight ni memang buat Norsi penin setiap kali nak balik kg. Banyak yang kena pikir tau. Dua isu utama slalunya adalah keselesaan dan harga. Ye la, kami ni ada anak kecik, jadi memang kalo bole nak yang selesa untuk anak2.
Dari segi keselesaan, sesuai dengan namanya (Malaysian Hospitality) memang MH ok skit. Antara yang Norsi rasa ok tu :
- lepas check in, tunggu kat balai berlepas lepas tu terus bole masuk flight. tak yah kena jalan jauh ke.. naik tangga ke
- dorang bagi kami yg ada anak kecik dan org tua masuk dulu. maklumle yg tua ni pelahan, yg ada anak kecik ni rembet (leceh) jd bila kami masuk dulu tak lah mengganggu orang nak masuk kan.
- masa makan dorang akan bagi yg ada anak kecik ni makan dulu. supaya bole pegang anak gilir2.
- budak2 dapat adiah ye. bole la wat umpan bagi dorang snyp skit dlm flight.hehe
![]() |
| google images |
Bagi yang tambang murah pun ok sebenarnya. Tapi agak leceh bila kena beratur panjang2 ramai2 bila nak naik flight. Unless u buy the hot ticket, orang tua ke, ada anak kecik ke.. sume kena beratur. Ada sekali tu masa kitaorg tengah beratur ramai2 nak naik flight, ada sorang pakcik ni yg agak berumur nak masuk ikut pintu hot ticket. Tapi tak dibenarkan. Kena la dia beratur. Sian gak tapi tak salahkan staff tu pun. Dia cakap pun baik2. Nak wat camne dah peraturan dorang camtu kan.
Lepas tu kena berjalan lagi nak gi kat kapal terbang. Kalo nasib baik, dekat je kapalnye. Kalo tak, menapaklah sambil dukung budak. Pastu kena panjat tangga ye. Part ni sebenarnya yg Norsi lemah skit. Nak panjat tangga sambil dukung budak yang tak reti dok diam ni, hishhh.. cobaan tau. Dah le Norsi ni kurus je. Rasa cam nak jatuh je.
Tapi bila bab harga, memang tambang murah lebih baik. Tapi sejujurnya tidaklah semurah mana. Harga yang memula memang nampak murah, tapi bila dah ditambah itu ini, hishhh.. dah jadi tak berapa murah. Antaranya :
- beg lain harga tau. 15kg = RM25. 20kg = RM30. seorang ye.
- pilih seat. hot ticket RM30. seat biasa RM6. seorang gak.
- kalo book online kena caj pemprosesan ye. berapa hengget tak ingat pula. ini pun setiap seorang ye.
Tapi, ok lagi dari harga MH. Kalo bernasib baik, dapat harga promosi, dapatlah tambang yg murah. Kalo tak.. nangesss ok. Nak nak pula harga tiket bagi bebudak umo 2 thn ke atas pun dah sama harga dengan yang dewasa.
Jadi.. mana satu pilihan kalbu?
Wednesday, April 13, 2011
Dan kapal terbang itupun berlepaslah
tanpa kami. huhuhu.
iyeee.. kalo diikutkan sekarang ni kami sepatutnya ada dalam kapal terbang balik semenanjung. Tapi sungguh takde rezeki, tiket burn camtu je. Dah berusaha wat perancangan baru apa sumer.. tapi kalo dah bukan rezeki tu, tetap takde rezeki.
Takpelah.. ALLAH perancang terbaik.. pasti ada hikmah disebaliknya ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)



