Showing posts with label Tuaran. Show all posts
Showing posts with label Tuaran. Show all posts

Sunday, July 22, 2012

Buat tatapan

Alhamdulillah, sudah masuk hari kedua Ramadhan. Setakat ini, menu berbuka dan sahur kami sangat2 ringkas. Kengkawan pula macamana?

Lama rasanya tak letak gamba di blog. Selongkar balik folder gambo lama2 terjumpa beberapa gambo sekitar KK yg belum Norsi letak. Moh cuci mata moh.

Lok Kawi Wildlife Park entrance

Kandang monyet di Lok Kawi Wildlife Park

Sepetang di Tanjung Aru
Penonton menari bersama sewaktu Tarian Kebudayaan Taman Buaya Tuaran

Saturday, April 7, 2012

Catatan Perjalanan : The Upsidedown House of Borneo, Tamparuli, Sabah

There are a lot of upside down houses in the world,

in Germany (google image),

in South Korea (google image)

and Poland too (google image)
Now.. we also has it here.. in Malaysia.

Taraaa.. The Upside Down House in Tamparuli, Sabah
Rumah Terbalik (or they also prefer to be called 'The Upside Down House of Borneo') ni terletak di Tamparuli, Sabah. Kalau menghala ke Gunung Kinabalu ataupun Kundasang dari Kota Kinabalu pasti melalui Rumah Terbalik ni. Tidaklah jauh mana sebenarnya dari rumah kami tapi barulah minggu lepas kami pergi Rumah Terbalik ni.

Bayaran masuk adalah RM10 utk dewasa. Kanak-kanak RM 5 seorg. Bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah masuk adalah percuma. Rugi betul kami masa beli tiket tak perasan kanak-kanak 3 thn percuma. Tak pasal2 Sakinah kena baya tiket RM5. Maklumle anak dara Norsi ni kalo tengok badan mmg macam dah 4 thn. Orang tu pun tak tanya. Terus je cakap RM25. Cess.. rugi.. rugi. (Kedekut. hehe)

Nak masuk Rumah Terbalik ni ada pemandu pelancongnye. Memula dia bagi amek gamba kat luar dulu. Oh ye.. dilarang memijak rumput di sekeliling Rumah Terbalik ni tau. Boleh jalan di laluan yg disediakan aje. Utk amek gamba ada platfrom disediakan.

Pemandangan dari depan. Platfrom kayu tu la tempat amek gamba
Lepas amek-amek gamba, masa utk masuk Rumah Terbalik ni.

Sedia memulakan perjalanan. Hehe.
Perjalanan dimulakan sambil pemandu pelancong tu bercerita.. alkisahnya kononnya Rumah Terbalik ni didiami 3 beranak, si ibu, ayah dan anak lelaki yang punyalah lasak sampai terbalik rumah. Sampai di gong, wakil tetamu dijemput memukul gong 3 kali sambil pemandu pelancong menerangkan serba sedikit sejarah pasal gong ni.

Pukul gong 3 kali je ye.. takleh lebih. Hujan kang katanya
Dah ketuk gong 3 kali, sampai kat pintu sorang lagi wakil tetamu dijemput ketuk pintu rumah. Mengikut adat susila orang Malaysia katanya (ke dia kata adat susila org Melayu? Lupa lak. hehe)

Oppps! Takleh amek gamba dalam Rumah Terbalik la. Jadi cerita selanjutnya tanpa gamba la ye. Hehe
Dalam Rumah Terbalik ni memang semua terbalik. Rumah ni dibina lengkap dengan semua keperluan asas dalam rumah. Ada kerusi, mesin jahit, mesin basuh, tv, rak.. senang kata rumah ni memang lengkaplah. Ruang tamu, bilik ibu ayah, bilik anak, bilik air semua lengkap berperabot dan juga terdapat barang2 peribadi utk menunjukkan seolah-olah rumah ni betul2 berpenghuni. Dan dalam rumah ni turut diletakkan barang yang menunjukkan ciri-ciri/budaya penduduk setempat. Pusing-pusing dalam rumah tu sekejap lepas tu keluar ikut pintu belakang.

Pintu belakang. Perasan x ada basikal dan ampai tu?
Pintu belakang ni terus masuk kedai cenderamata dan cafe. Nak keluar kena lalu kedai cenderamata dan cafe ni.

Sedikit sebanyak pasal Rumah Terbalik ni :
  • dibina mengikut ukuran sebenar sebuah rumah. dibina dalam tempoh enam bulan je tau
  • kawasan sekitar rumah ni turut ditanam sayur-sayuran dan buahan-buahan. ada timun, tembikai. tembikai dia dah berbuah tau. geram je tengok.
  • sepanjang nak masuk Rumah Terbalik ni kena ikut laluan yg disediakan.
  • dilarang memijak rumput ye
  • di pintu depan ada sebuah kancil yg turut diletakkan terbalik
Jadi, kalau ada sesiapa yang bercadang nak jalan2 sekitar Tuaran/Tamparuli tapi tak tahu nak kemana.. bolehlah ke Rumah Terbalik ni.

Friday, February 10, 2012

Catatan Perjalanan : Taman Buaya, Tuaran

Seperti yang dikisahkan pada entry yang lalu, baru-baru ini kami ke Taman Buaya di Tuaran. Ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama dulu Ikhwan baru berusia beberapa bulan.

Taman Buaya (a.k.a Crocodile Farm) terletak di Kampung Lok Batik,Tuaran (kira-kira 40 km dari Kota Kinabalu) dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Bayaran masuk RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Anak kecil berumur 3 tahun ke bawah percuma je. Agak mahal bagi Norsi.. tapi anggap je la kita bayar untuk maintainance buaya tu.

Cerita seterusnya sambil layan gambalah ye.

Di pintu masuk Taman Buaya, Tuaran

Kawasan parking tak bertar. Jalan berpasir camni je. Bangunan belakang tu la pintu masuk

Kaunter tiket yg juga pintu masuk. Maaf ye gambo blur.
Di Taman Buaya ni, selain tengok buaya dalam kandang, mereka ada pertunjukan buaya dan tarian kebudayaan.
Cubaan mencium buaya
Awek ni berdiri atas buaya ooo

Budak yang syok tengok buaya

Lepas tengok pertunjukan buaya, pegi tengok persembahan tarian kebudayaan lak. Kat rumah panjang tu. Sebelah tempat pertunjukan buaya je
Persembahan tarian kebudayaan, ada tarian sumpit, tarian buluh. Mereka siap ajak penonton naik menari sekali. Norsi suruh en big boss dia taknak pulak. Haha

Penonton yang asyik menonton
Lepas habis tengok persembahan tarian, masa untuk sambung jalan2. Persembahan dia pun tak lama. Tak sampai setengah jam pun.

Pemandangan dari rumah panjang. Yang berbumbung tu tempat pertunjukan buaya. Kat belakang tempat pertunjukan tu la kandang buaya dan binatang2 lain
Burung unta pun ada. Kat sini kita bole bagi makanan kat haiwan2 yang ada. Ni sebenarnya burung unta ni tengah kejar en big boss yang cuba nak letak makanan dalam bekas tu. Kelakar tau, asal en big boss dekat je dorang panggung kepala (macam nak patuk tu) sampai en big boss pun tak berani nak dekat. Sampai orang lain yang tengok pun ketawa. 

Ni gamba lama. Sakinah pun kecik lagi dari Ikhwan masa ni. Nak tunjuk rusa tu sebenarnya

Ni pun gamba lama. Rumah buluh bersebelahan rumah panjang.
Antara pemandangan di Taman Buaya Tuaran
 Sedikit perihal Taman Buaya Tuaran ni :
  • tidak terlalu besar tapi dijaga dengan baik. Bersih.
  • tandas pun bersih tau.
  • sesuai kalau bawa budak-budak nak tengok binatang.
  • waktu pertunjukan buaya - pukul 11 pg, 1 tghari dan 3 ptg pada hari Ahad dan cuti umum. Hari lain pertunjukan cuma dibuat pukul 11 pg  ngan 3 ptg je.
  • persembahan tarian kebudayaan - setengah jam selepas pertunjukan buaya.
  • selain binatang yang ada di atas, ada juga kolam ikan koi, keli, memerang, ular dan binatang yg diawetkan (gambo takde lak. sorry ye)
  • ada juga dijual cenderamata berasaskan dan bermotifkan buaya. beg, keychain, baju, telur malah daging buaya pun ada tau. Tapi mahallah.
  • ada restoran. tapiiiiii... macam tak jual apa sangat pun. jadi baik makan dulu kenyang2 tau
Itu ajelah cerita jalan2 di Taman Buaya Tuaran.

Sunday, March 20, 2011

Catatan perjalanan (yg tak berapa menjadi)

Smalam en big boss bawa kami jalan2 menghala ke Tuaran. Niat di hati nak tgk pantai Dalit. En big boss siap tanya, bawa handphone tak? Konon2 nak amek gambo kalo pemandangan cantik. (iyeee... kitaorang amek gambo guna henpon buruk norsi je. kitaorang xde kamera. huhuhu)

Sungguh la kami jalan2 je semalam. Sejam lebih kami dok pusing2 dengan kereta, jangankan pantai ke laut ke.. pokok tepi pantai pantai pun kitaorg tak nampak ok. Masuk jalan itu ini, pusing sana sini, last2 keluar jalan besar yg sama balik. Hok aloh. Signboard.. langsung tak membantu. Niat kami kalo tak dapat gi pantai dalit pun takpe, kalo ada tempat menarik bole la kami berhenti singgah. Hampeh! Takdenye.

Mood yg baik terus ilang tah ke mana. Sakit ati lak yg datang. Geram. Sian kat Sakinah. Heran dia awat la kami dok pusing2 situ tak turun2 dari kereta. Elok angin Sakinah baik terus mengamuk2 dlm kereta. Last2 kami balik camtu je. Huh. Len kali taknak dah gi menghala ke Tuaran! (merajuk la konon)