Thursday, June 30, 2011

Buah ati pengarang jantung

Cubaan untuk buat entry petang tadi gagal. Asyik error je. Apa kena agaknya blogspot. Ni baru ok.

Lama tak bercerita pasal budak busyuk dua orang ni. Makin beso ni makin lasak tapi manja tak tinggal.

Bergaya tu bergaya gak.. puting tak tinggal. hehe

Sakinah macam biasa, hobi tengok tv sambil lompat2. Skang ni dia dah makin pandai tgk tv. Kalo rancangan yang slalu tgk pandai dia ikut menyanyi skali. Kalo main ngn adik kasar je. Smalam ditolaknya adik sampai jatuh. Kebetulan adik jatuh atas lori mainan, abis kepala luka.

Abis luka bibir, calar pipi..
Yang si adik pun lasak kemain. Stakat panjat meja, tepuk tv, campak barang.. slamba je dia. Muka habis calar-balar. Sendiri buat. Pastu apa kakak buat sume dia nak ikut. Kakak makan sendiri, dia pun nak makan sendiri (kononnnn). Sudahnya abis umah penuh nasi. Makkkkk juga kena kemas. Huhu. Kakak main apa sume dia nak main. Tapi lasak2 ikhwan, manja yg teramat. Asyik la nak ngendeng mak. Penat mak dibuatnya.

Penat melayan kerenah dorang, tapi inilah dua orang buah ati pengarang jantung. Peneman mak bila abah gi keje. Melihat telatah dorang buat Norsi tersenyum. My kids, my little angel and hero.

Wednesday, June 29, 2011

Menculas

Weeeee... seronoknye menculas. Hehehe. Lepas bagi Ikhwan makan tadi saja konon nak 'take 5'. Haaa.. skali dah 'take 30' dah ni. Ni la dia kalo online.

Dok tgh pikir nk msk apa ni. Hemphhhh... korang masak apa ye ari ni?

Berhujung minggu ke sana sini

*sekali lagi.. entry yg tertangguh dalam draft. konon sibuk le tu asyik dok tangguh entry.hehe*

We had a busy weekends start from last Thursday.

Ari Khamis jumpa member lama. Dekat sepuluh tahun tak jumpa, muka dia tak berubah langsung. Norsi gak yg dah rupa makcik2. Hehe. Kebetulan dia sekeluarga datang bercuti ke sini, jadi kami amek kesempatan utk berjumpa. Dari pantai Tanjung Aru, singgah di rumah Norsi sebelum makan2 di tepi pantai. Yang kelakarnya kami tidak pulak banyak berbual, lebih banyak dengar bis boss kami berbual. Haha.


Ari Jumaat cadangnya lepas en big boss balik keje hendak juga sambung berjalan2 dengan member. Tapi kipas aircond kereta pulak rosak. Jadi pusat servis keretalah kami. Mahal rupanya harga kipas tu. Kat pusat servis P dia caj dekat RM300. Jadi kami pegi kedai servis kete biasa je.. baru RM1++. Balik dari servis kereta, terus singgah beli barang. Tak jadi nak gi jumpa member. Lagipun pikir malas pula nak kacau mereka bercuti anak beranak :)


Ari Sabtu, JOM HEBOH! Hehehe. Kebetulan Jom Heboh minggu ni wat kat Stadium Likas. Dekat je jadi saja ajak en big boss bawa anak jalan2. Tak penah2 kitaorg gi mana2 karnival camni tau. Sbb selalunya malassss sgt nk jalan sesak2 org ramai ni. Tapi demi nak bawa anak berjalan2, kami redah juga. Sakinah memula nampak blurr je tgk org ramai2 tapi bila nampak je ada budak2 bawa belon Upin Ipin terus je excited. Kejap2 tunjuk belon pastu sebut.. pen pen. Dan demi nak cari belon tu untuk Sakinah satu Jom Heboh tu kami pusing.

Tempat gerai2 IKS, macam pasar malam. Meriah.

Antara gerai yg terdapat kat Jom Heboh ni

Dorang ni dah tunggu depan pentas siap2.. pdhal baru kul 5 ptg


Apa yang bestnye Jom Heboh ni? Bagi kami takde pape pun. Hehe. Parking dah la susah giler, kena jalan jauh la tu. Gerai2 mmg ada banyak tapi tak kuasa nak berebut ramai2 dengan anak kecik. Bagi mereka yang ada anak kecik, kalo nak pegi Jom Heboh silalah bersedia dari segi mental dan fizikal ye.

Ari Ahad.. tak ke mana2. Rileks je kat umah. En big boss keje (^_^)

entry ini tiada gamba sbb tukang upload gambo keje. hehe gambo tlh berjaya di'upload' :)

Monday, June 27, 2011

take 5

Jam sudah 2.30 ptg tapi belum mula masak pun lagi. Tadi tak tau nak masak apa jadi kemas2 umah, siap tukar langsir lagi sambil pikir menu. Dah tau apa nak masak, sediakan bahan2. Tapi tak mula masak pun. Serius l.e.t.i.h. Nak2 budak manja sorang ni dok la meraung nak berdukung. Jadi rehat sekejap. Online. Hehe.

Friday, June 17, 2011

Catatan perjalanan : Poring Hot Spring, Ranau

*lama giler post ni dalam draft. ni baru nak publish*

Sebenarnya kami ke Poring Hot Spring ni dua tiga minggu lepas, tapi ni la baru nak update citernya. Poring Hot Spring ni terletak dalan daerah Ranau, lebih kurang 20 km dari Kinabalu Park. Untuk sampai ke Poring Hot Spring ni kita kena melalui Kinabalu Park (kaki Gunung Kinabalu) dan Kundasang. Jalannya berbukit dan bengkak bengkok (almaklumle laluan ke kaki Gunung Kinabalu kan).
Sepanjang jalan pemandangan lebih kurang camni la. Gaung dan gunung ganang

Ini kali kedua kami ke sini. Kali pertama lebih kurang setahun lepas (masa tgh mengandungkan Ikhwan). Kali ni pergi sebab nak bawa bebudak ni mandi manda. Kami keluar rumah jam 9. Perjalanan sepatutnya sejam dua je tapi kami amek masa dekat 3 jam. Dah jalannya bengkak bengkok dan berbukit kan. Nak2 pula bila kena ikut lori/bas.. lagi la makan masa. Tapi di sesetengah tempat ada disediakan laluan memotong (takde laluan ni jangan le suka2 nak potong ye. Terjun gaung kang.)
Citer banyak malas. Kita layan gamba je la ye :)

Peta Poring Hot Spring

Poring Hot Spring ni sebenarnya besar. Ada dua tiga air terjun, kolam air panas, kolam air terjun, taman rama2.. banyak lagi la. Kalo diikutkan nak pegi sume dalam satu hari memang tak dapat. Air terjun dia je dah amek masa berjam jalan kaki nak sampai. Caj masuk RM3 seorang (dewasa). Kanak2 x prasan.. RM1 kot.
Masuk2 kena naik jambatan gantung ye. Jambatan ni bole naik 10 orang je dlm satu masa.


Jambatan lalu atas sungai ni la. Lupa lak nama sungainye


Laluannya
Memang terasa benar alam semulajadinya

Sangat sesuai untuk mereka yang nak 'jungle tracking'

Surau pun ada disediakan

Datang sini memang tak perlu risau. Bole dikatakan kemudahan asas sume ada. Surau, tempat salin pakaian, kedai jajan (hehe), tandas (of course la kan), kolam mandi tettutup pun ada.

Haa.. pilih.. pilih.. nak pegi mana.

Kami bawa budak kecik jadi malas nak pegi sana sini. Terus gi kolam air terjun je. Nak masuk kolam ni kena bayar lagi RM3 sejam untuk orang dewasa. Kanak2 tak ingat berapa. Tapi bdk2 kecik free je.
Dah dapat tempat lepak, tukar baju bebudak ni, bapaknya bawa si kakak dulu masuk air. Adik lepak tepi kolam dengan mak. Baru cecah air skit si kakak dah menjerit kesejukan. Terus xnak dok dlm air. Tukar shift ngn adik. Adik pun sama. Masuk air skit dah menjerit. Last2 dua2 pakat dok celup2 air tepi kolam je.


 
Kolam dia bertingkat. Paling atas paling cetek. Makin ke bawah makin dalam

Dah dorang taknak mandi kitaorg pun siap2 balik je lah. Ingatkan nak singgah kaki gunung kinabalu. Sebelum tu singgah pekan Ranau dulu makan. Dalam perjalanan hujan turun. Hati dah riso. Bukannya apa, kawasan berbukit dan tinggi jadi senang berkabus. Kabus punyalah tebal sampai kereta kat depan pun tak nampak. Tak jadilah kami singgah. Tapi berenti juga sekejap kat parking di bawah tu sbb nak cari puting Sakinah (dia main campak je dlm kereta, jenuh nk cari).

Tengok.. berkabus je. Kat belakang tu kinabalu park
ni kundasang. dari ranau sampai kundasang dulu sebelum kinabalu park. masa ni lom ujan lagi

Kundasang. Kat sini ada War Memorial tapi kami tak sempat singgah


Alhamdulillah bila dah makin rendah turun bukit, hujan makin reda, kabus pun makin menipis. Rasa lega sgt. Bukannya apa.. kami dah diberi peringatan yang jln ni mmg bila petang akan berkabus. Bahaya untuk kenderaan yg tak biasa. Jadi bagi mereka yg 1st time pegi dan drive sendiri, pastikan balik awal ye.

Selamat sampai umah tak ingat kul brp. Itu je la catatan perjalanan kami ke Poring Hot Spring (^_^)

Thursday, June 16, 2011

Anak sapa la neh

Am suppose to cook now. Tapi dah ada dua budak mengada2 pakat2 meraung peluk kaki mak.. masak entah ke mana. Last2 dok teman dorang main kat depan sambil online. Geram betul. Bukannya apa.. dorang tu nak main tapi nak mak teman. Dah mak dia ada kat depan bukan dorang nk pedulikan pun. Yang penting, mak tak leh dok dapur.

Aduilaaaa... anak sapa la mengada sesangat nih.. :p

Monday, June 13, 2011

Hari pelepasan saya

Hujung minggu baru ni best sebb en big boss ada. Selalunya weekend ada je hari kene keje, tak Sabtu.. Ahad. Tapi minggu ni dua2 hari tak keje, jadi ada la dia kat umah.


Hari Sabtu Norsi jadi mem besar. Sbb dok arah en big boss bawa kami ke sana sini. Hehe. Al kisahnya member masa sek men datang menghadiri kenduri iparnya di sini. Disebabkan jadualnya yang padat (datang kenduri pun padat tau jadual cik kak sorang ni. hehe), kami cuma bole berjumpa pagi Sabtu (dia balik petang Sabtu). Rancangnya jumpa sekejap je. Norsi pun dah plan nak masak laksa petang tu utk en big boss. Tapi dah nama bertahun tak jumpa, jumpa sekejap tak sempat borak apa. Nak2 pula masa jumpa tu dia tgh sibuk shopping nak bawa balik buah tangan ke semenanjung. Hehe. Jadi kami buat plan baru, ambil dia di hotel lepas dia check out, lepak2 dan hantar dia ke airport. Makanya jadilah en big boss 'Driver of the day'.


Sekali sekala berjumpa, borak tak hengat. Tanya2 khaba.. gosip itu ini.. hehe. Sambil makan pun bole borak. Sampai nak habiskan makanan pun lambat. Dan en big boss.. dengan baik atinya tolong tgk budak2. Hehe. Mekasih ye en big boss.


Lepas anto member ni ke airport, kami terus balik. Hari pun dah petang, menu nak masak laksa tak jadi. Besok ajelah. Tapi masak malam tetap masak. Yang bestnye, menu utama en big boss yang masak. Ayam masak asam pedas. Sedapppppp. Norsi masak 'side menu' je.

Buat member, Peanut.. thanks sudi jumpa. Lenkali kalo turun sini lagi leh singgah umah pulak ye.

En big boss.. mekasih ye sbb bagi binimu ini off day ari Sabtu baru ni. hehehehe

Thursday, June 9, 2011

Perginya seorang sahabat..

Menerima perkhabaran sedih. Pulangnya seorang sahabat ke sisi Ilahi pagi tadi. Norsi masih terkejut. Tangan dan kaki menjadi sejuk. Dan badan menggigil. Kerana Norsi dan dia agak rapat, biarpun tidaklah terlalu rapat.

Kami bersekolah di sekolah yang sama, biarpun tidak sekelas. Rapatnya Norsi dan dia kerana wajah kami yg ada iras. Malah kami pernah membuat nakal, mempermainkan junior sekolah dengan mengaku 'kembar'. Sehingga sekarang bila menghubunginya Norsi akan memanggilnya 'kembar'.

Masih terasa tidak percaya. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangimu sahabatku.. Siti Noorul Azrin. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH jua kita kembali. Buat keluarga arwah.. semoga diberi kekuatan dalam menghadapi perginya dia.

Tuesday, June 7, 2011

Love.. love.. love..



What is the defination of love?
What is the defination of happiness?

How long does it last?
Can love be measured by the hours in a day?
                                                -love story andy williams

How many times love come our way?
How does we know this time it will stay?

Monday, June 6, 2011

Aduhlah hati

Aduhlah hati... kenapalah sukar benar dimengerti...