Thursday, August 25, 2011

Mood raya dah tiba

Diam tak diam hari ni dah masuk 25 Ramadhan. Tetiba jadi.. 'eh.. minggu depan dah raya?'. Puasa kali ni mmg terasa cepat berlalu. Tak lama lagi kami insyaALLAH nak blk raya di kg halaman. Yeayyy.. tetiba jadi tak sabar pulak. Yang jadi tak sabar sbb beg dah siap kemas. Kemas awal sbb takut kelam kabut.

Disebbkan tetiba mood raya dtg, meh kita buat ucapan raya..

Dearest friend,

We had known each other for years. Azie, Jura, Normy, Mimi.. a few that I know reading this little blog of mine, I may had said words that hurt, I may had done things that offend, and I may had hurt you in a way or another. For that dear friends.. I am truly sorry. From the bottom of my heart.

For the rest, if you happen to read this, please forgive me for whatever I had done that had hurt or offend you.

Have a blissful Aidilfitri everyone.

Tuesday, August 23, 2011

Bila emosi menguasai diri

Hari ini terbaca lagi mengenai gossip perkahwinan yg bergelora angkara orang ketiga. Luluh hati. Si suami tanpa segan silu bergambar berpelukan berlaga pipi dengan kekasih hati. Aduh bayangkanlah hancurnya hati si isteri.

Norsi memang sangat sensitif hal2 begini. Kenapa setelah berjaya lupakan isteri? Ah benar.. banyak benar kurangnya si isteri berbanding kekasih hati yang jelas lebih muda dan cantik. Tetapi bukankah isteri itu dulunya si gadis pujaan hati? Gadis yang telah berjaya mencuri hati, yang terasa hidup kurang tanpanya disisi hinggakan memeterai janji dengan ikatan perkahwinan? Sudah lupakah debaran yang dirasa, hangatnya perasaan, bahagia yang terasa lengkap saat akad dilafazkan?

Ingatlah kembali hangatnya perasaan itu, saat indah cinta itu menjadi sah, detik magis saat memegang tangan si isteri, merenung jauh ke dalam matanya, merasa sebak yang menyesak dada kerana dapat melihat cinta di dalam matanya, lalu hati berkata, "Hidupku lengkap kini kerana kau telah menjadi isteriku". 

*ah.. benar Norsi ini emosi. Ayatpun dah jadi berbunga2, meleret2. Dah.. dah.. baik pikir nak masak apa berbuka ni.

Monday, August 22, 2011

Kepalaku penin gara2 mengantuk

Mengantuk. Sebab tak tido langsung dari tadi ni. Ni gara2 bdk bertuah 2 beradik ni la. Entah apa kena, dua2 taknak tido. Si adik kul 3 pagi tadi br nk tido. Si kakak lak kul 3.30 lebih br nk tido. Tu pun siap soh mak baring sebelah tepuk2 peluk2 dia. Sempat juga terlelap sekejap sebelum jam berbunyi.

Ni nak bgn sahur lak. Jwpnye lepas subuh kang la baru leh tido ni. 

Mengantuk. Mengantuk. Ingat online kejap ni bole la bagi segar mata. Tak dptnye..

Sunday, August 21, 2011

bila M melanda

Beronline sambil ditemani budak comot 2 bradik. Dah dekat pukul 4 tapi masih tak tahu nk masak apa. Lagi 2 jam setengah nk buka ni. Sempat lagi pikir (^_^)

entry ari ini pendek je sbb malas. hehe

Monday, August 15, 2011

Lagu : Doa Untuk Ayah

Doa Untuk Ayah dendangan Hamdan yg pernah menjadi peserta Sinaran Pasport Kegemilangan dan merupakan anggota asal kumpulan Senario. Kinda like this song. Walaupun ini lagu raya tapi tak berapa terkenal jadi jarang sangat dapat dengar. Even if you search for it in the internet it still kinda hard to find. Dulu pernah cuba cari tapi mmg tak jumpa. Sampaikan one of my best buddy, Azie bersusah payah tolong carikan lirik (sob.. sob.. gosh.. am blessed with bunch of good frens). But thanks to squirrelparrotrat, you can find this song on youtube now.



So here.. the song Doa Untuk Ayah lyrics..

Doa Untuk Ayah
Hamdan (Sinaran/Senario)

Sehening suria pagi yang bersinar
Semerdu kicau burung yang sedang berlegar
Yang pasti menjanjikan damai
Harmoninya alam semesta

Tidak seperti aku yang sedang melara
Dihatiku terasa pilu dan hiba
Aku yg telah kehilangan
Aku yg sedang kesunyian
Disaat bahagia di hari mulia

*Kau pergi meninggalkan kami
Dengan sekelip mata
Di saat kami memerlukan kasih sayangmu ayah

Ya Tuhan sampaikan doaku
Ya Tuhan sejahterakan dia
di pagi hari mulia ini
moga rohnya tenang bersemadi

*ulang

sejahterakan dia..
tenang bersemadi..
sejahterakan dia..
di hari yang mulia ini..

Thursday, August 11, 2011

Sepanjang jalan kenangan : kad raya.

Telah hampir pertengahan raya.. dah sesuai dah tanya.. apa persiapan utk raya?
Baju raya dah beli? Sedondonkah sekeluarga?
Banyak buat kuih raya tahun ni? Ataupun tak berkesempatan jadi terpaksa kuih 'tunjuk' saja?
Puasa ada yang rompongkah?

Teringat zaman dulu2. Waktu awal2 puasa sibuk menulis kad raya untuk dikirimkan pada kawan2. Hari2 tunggu posmen, dengan harapan adalah kad raya yg tiba. Ayat yang ditulis, sama saja.. tanya persiapan raya kononnya. Kalo zaman sekolah rendah, member sekelas duduk sebelah pun nak bagi kad raya, siap tulis..

'Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.'

Bila dah bersekolah asrama, lagilah sakan menghantar kad raya pada kawan2. Mana2 yg rapat dapatlah kad raya yang istimewa sikit, yg ada tulis 'Buat sahabatku'. Ucapan pun pilih yang syahdu syahdan. Kan.. kan? Pun.. masih memberi kad raya pada member sekelas duduk sebelah. hehe

Bila tiba hari raya, abis semua kad2 dijadikan hiasan. Tampal kat dinding, stapler kat pokok.. member datang rumah nampak kad yg dia bagi ada ditampal di dinding.. bangga dia.

aduhaiii.. nostalgia betul.

Tapi sekarang mana ada dah kad raya ni. Nak cari pun susah. Zaman teknologi ni, mana ada dah org nk hantar kad raya ni. Nak2 ada fb ni. Tulis kat wall je. Kan.. kan? Tapi Norsi kuno. Lebih suka kad raya. Duduk di perantauan ni mmg rindu betul nak kirim kad raya pada keluarga dan sahabat handai. Terasa lebih dekat di hati. Kan.. kan?



Wednesday, August 10, 2011

Memasak di bulan puasa

Oh.. sudah hampir pertengahan Ogos dan entry Norsi bagi bulan ni baru 1?? Sibuk sangat di bulan posa ni gayanye (padahal tak pun). hehe. Bukannya apa, kurang berkesempatan nak update blog.

Posa kali ni, Norsi masak 3 kali sehari. Siang masak utk bebudak 2 bradik ni, ptg msk utk berbuka dan malam masak utk sahur lak. Tapi tak penat mana pun sbb masak sume simple2 je. Utk bebudak ni masak sup, goreng telur pun dah ok. Berbuka pun atas permintaan en big bos, masak ringkas gak. Bihun goreng ke, nasi goreng ke, bihun sup.. tu je la. Dan utk sahur pun ringkas gakkk. Maklumle dah mlm penyakit 'M' pun dah terlebih2. Sib baik la en big boss sporting. Tak kisah. Hehe.

 Tapi ringkas-ringkaspun tetap juga penin nk masak apa ari2. Hemphh.. korang masak apa berbuka ari ni kwn2?

Friday, August 5, 2011

mahalnye..

Telahpun berlalu 5 Ramadhan. Alhamdulillah setakat ni kami masih berbuka di rumah. Tapi sudah 2 kali ke bazaar Ramadhan. Mahal betul juadah sekarang ye. Niatnye kalo ke bazaar belanja kalo bole tidak lebih RM10, tapi.. hampeh. Mesti lebih punya. Beli kuih sejenis dua, beli roti john, murtabak, air utk si kecik je dah lebih RM10. Tgk list mcm banyak tapi bila letak atas meja takde la bnyk mn sgt. Nak2 beli tu sebenarnya nk bg bebudak mkn. Harga barang sekarang.. isyk.. isyk.. kengkadang tu cam tak logik pun ada.

Skang ni pula kat sini takde stok minyak. Bak kata en big boss, kat kk ni kalo satu kedai takde satu kk la takde jawapnye. Bygkan.. lebih 5 kedai Norsi pegi, rak minyak sume kosong. Tinggal minyak mahal ye. Kami wat spekulasi, mesti harga minyak nak naik neh. Aduhlahhh... gas naik, minyak naik.. abih camno?