Monday, November 21, 2011

Catatan Perjalanan : Perdana Park Tanjung Aru

Sedang mencari mood untuk mengemas. Tapi bila dah online, haruslah makin malas kan. Hehe.

Tadi en big boss bawa kami berjalan2 di Perdana Park Tanjung Aru. Melihat air pancut menari (^_^) dalam bahasa omputihnya 'musical fountain show'.  Suka betul bebudak 2 beradik tu. Kami dah duduk sini dua tahun, baru2 ni je baru tahu pasal Perdana Park ni. Slowpoke. Hehe. Kita layan gamba jom.

Air pancut menari ni ada jadualnya jadi sementara menunggu dia mula, layan dulu air pancut biasa ni.


Tengok air pancut biasa ni pun excited bebudak ni. Sambil berpegangan tangan ye.



Pertunjukan dah mula. Jom layan..




Sedikit info mengenai Perdana Park ni :
  • dibuka dari jam 6 pg hingga 10 malam setiap hari
  • masuk percuma. kena bayar parking je
  • berdekatan terminal 2 kkia (terminal tempat kapal terbang AirAsia ye)
  • berdekatan pantai Tanjung Aru
  • ada taman permainan kanak2, tempat joging, tempat beriadah
  • ada 2 kedai makan yg Norsi nampak tapi tak masuk. nampak cam dia jual snek cam sandwich, air gitulah
  • Pertunjukan air pancut berirama ni cuma ada pada waktu malam je.
  • Pertunjukan selama 10 minit. Ada 4 set je setiap malam (7mlm-7.10mlm, 7.30mlm-7.40mlm, 8.00mlm-8.10mlm, dan last pukul 8.30mlm-8.40mlm)
Syiok juga sekali sekala jalan2 adhoc camni :). Mekasih en big boss.

Thursday, November 17, 2011

bila hangin melanda..

Oh.. Norsi sebenarnye sedang tidak berpuas hati. Nak marah sebenarnye tapi konon2 sejukkan diri sendiri kata tak puas hati je. Ye la.. nak marah beria pun tak tau sapa yang patut dimarahi (err.. kalo ikut hangin Norsi marah boss en big boss. hahaha), last2 en big boss juga yg kena tempias marah Norsi. hehe. Kesian lakiku jadi mangsa tidak sabar bininye ni.

Ikutkan geram nak je disenaraikan satu persatu (memang dah tulis pun).. tapi.. takde maknanye (jadi delete balik).

Kesimpulannya.. tak dpt jumpa mmbr lama, masih belum menempah tiket flight (dan tiket kebanyakannya dah habis), dan yang paling utama.. we miss him!!

p/s : sian dia penat. jarang dia mengadu penat sbb keje tau. sob sob.

Wednesday, November 16, 2011

Say cheeese!

Sakinah ngan Ikhwan skang dah pandai amek gambo. Siap cakap 'cheese' lagi. Tak penah mak abahnye ajor. Belajo dari tv (kuat tol ye pengaruh tv). Ikhwan kalo nampak maknye nak amek gambo, dan dan la dia kerenyih sampai mata sepet..

'cheese!'



tengok.. sepesen je..


Mana taknye.. keturun dari sinilah...

sama je stail dua beradik ni kan? hehe


Friday, November 11, 2011

Hangatnya Cinta Lyric

Hangatnya Cinta by Liyana (or is it Lyana?)


sering aku merindu.rindu pada dirimu
sering aku teringat.teringatkan dirimu

walau waktu berlalu.kau masih dihati
sentiasa wajahmu.bermain dimata

betapa indahnya cinta.engkau dan aku
tak mungkin ku lupakan

engkau masih kusayang.sayang seperti dulu
cintamu dihatiku.masih seharum dulu.

bersama kita rasa.suka dukanya bercinta
sedang hangatnya cinta.kitapun berjanji setia
di antara kita.tidak rela berpisah.
demi kerana cinta

apapun terjadi.kau tetapku cinta
kerana cintamu abadi di hatiku
apapun terjadi.pulanglah padaku
kerana kau kekasihku

adat orang bercinta.semuanya indah saja
bila sudah kecewa.sungguh pahit terasa

alangkah indahnya.jika kau dan aku
saling menyayangi dan saling setia
betapa rindunya.didalam hatiku
kasih dan sayang

for that special someone

What can I say? Have no mood for this few days. No mood to blog, no mood to cook, no mood to eat, no mood for anything. but today is an exceptionally special day for someone special. So for you my special one..

happy birthday.

Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha kami

Alhamdulillah Aidiladha kali ini kami sambut benar2 secara sederhana tapi bagi Norsi cukup seronok. Sebabnya mudah.. en big boss ada. Selalunya hujung minggu tak kiralah cuti umum atau tidak kalo kena kerja, tak adalah dia di rumah. Minggu ni Alhamdulillah tak perlu kerja.

Persediaan raya memang Norsi buat saat akhir. Punyalah tak beria nak beraya. Sabtu petang baru nak cari barang, malam raya baru sibuk2 nak sediakan bahan2 nk masak. Rancangnya malam raya nak masak kuah kacang dan nasi himpit, lepas tu kemas rumah sikit2 sambil sediakan bahan2 untuk masak rendang dan masak lodeh esoknya. Tapi semua plan abis ke laut. Malam raya tu boleh pulak kami beli durian 2 biji, Norsi la tu yg mengada nak makan durian. (Kat sini durian RM14/15 ringgit sekilo, kat semenanjung brp ye?) Lepas makan durian baru terkial2 nak goreng kacang, rebus nasi himpit (tu pun sambil layan tv. hahaha). Kul 11 lebih baru nk masak kuah kacang. Sambil2 basuh ayam ngn siang udang. Mulanya ingat nak potong sayur siap2 tapi tak jadi. Takpe.. konfiden esok pagi sempat punya. Kul 1 baru siap masak. Tgk2 ruang tamu, YA ALLAH.. bebudak 2 beradik tu buat pesta tabur mainan agaknya, punya la sepah. Ikhwan dah merengek2 nak tido. Budak bertuah sorang ni nak tido kena mak golek2 kat sebelah, baru bole lena. Esok je la kemas. Esok bangun kul 5. Konfiden. 

Skali, terlambat bangun. Hambek ko. Alarm bunyi pun tak sedar. Pelagi, bersilat la Norsi kat dapur. Sebabnya kat sini kul 730 dah solat raya. Akibatnya en big boss gi solat raya tak sempat jamah apa pun. Norsi ni dok ketung ketang kat dapur masak lodeh ngn rendang sambil kemas umah. En big boss balik solat raya baru dapat makan. Lepas tu dia keluar balik untuk gi melapah daging korban lak. Baru la Norsi terkial2 siapkan bebudak ni pulak. Dorang kul 7 lebih dah bangun tapi sbb maknya sibuk kat dapur tak mandi lagi. Lepas mandi, makan, main sekejap, bebudak ni tido balik. Mau tak ngantuk, tido kul 1 lebih, bangun kul 7. Bahagia sekejap. Masa rehat untuk Norsi.

Tengahari baru en big boss balik. Bawa balik tulang satu beg plastik kecik. Bebudak ni dengar bunyi kereta abahnya balik, dan dan la bangun tido. En big boss soh siap2 nak gi beraya umah boss dia. Lepas makan, kitaorg pun pergi jalan2 raya. Balik umah petang tu member en big boss lak singgah raya kat umah. Pastu malam tu kitaorang lak wat kunjungan balas beraya di umah dia.

Itu je la cerita raya kami. Tidak semeriah mana (maklum le raya di perantauan) tapi tetap seronok bagi kami. Yang penting kelam kabut masak pun, Alhamdulillah semua masakan menjadi. Legaaaaa. hehehe.Dan paling penting berterima kasih kepada en big boss yang dengan tekunnya tolong tengok bebudak 2 beradik tu sambil layan bola. Hehe.

p/s : gamba akan menyusul nanti. usb wayar hilang entah ke mana.

Saturday, November 5, 2011

Aidiladha

Esok raya. Tapi persediaan apapun tak wat ni. Sedap je bermalas-malasan lepas makan. Hehe. Maklumla raya kat sini tak beria sangat. Masak menu biasa2 aje.

Lepas ni baru nak beli barang. Ingat malam kang baru nak masak2 dan kemas2 umah. Berlebih kurang saja.

Selamat Hari Raya Aidiladha sume.

Thursday, November 3, 2011

Birthday Giveaway!!! (Naufal N Nureen)

Agak stress dua tiga ari ni. Jadi mari kita ringankan mood dengan join giveaway oleh ibu Naufal dan Nureen ni.




Syarat nak join :

1) Wat entry "Birthday Giveaway!!" dengan meletakkan sekali banner kat atas ni. Banner tu mesti link balik ke page naufal dan nureen ni (ce korang klik banner kat atas ni. mesti dia pegi page empunya giveaway ni)
2) Letak banner yg sama kat sidebar. Pun kena link balik ke blog empunya giveaway (ce klik banner yg norsi letak kat sebelah ni. ce klik :) )

itu syarat wajib. syarat tak wajib, follow blog naufal dan nureen ni dan kalo rajin tag la sesapa yg korang nak tag.

Norsi wat dua syarat wajib tu je. Hehe. Eh.. jgn lupa tinggal jejak kat ruangan komen 'Birthday Giveway' ni pulak. Kang empunya giveaway ni tak tahu lak korang join. hehe.

Nak tahu hadiahnya? Taraaaa....



Empat pemenang. Sorang dapat satu. Tarikh tutup 18 Nov. Sempat lagi tu kalo nak join (^_^)

Tuesday, November 1, 2011

mari kita cari idea

Hari ni awal2 lagi dah online. Sebabnya nak cari idea nak masak apa. Betul buntu ni. Ye la.. dok ulang2 benda yang sama pun boring gak. Tapi tak bole jugak nak try resepi yang bukan2 ni. En big boss tak suka sangat makan yang dia tak biasa makan (nak nak pula norsi ni x pandai sangat masak.hehe).

Uihhh.. fenin.fenin. nak masak apa ni???