Friday, March 30, 2012

Catatan Perjalanan : Kipandi Butterfly Park, Kota Kinabalu

Kami menjejakkan kaki di Kipandi Butterfly Park minggu lepas. Tiada perancangan nak ke sini pun. Asalnya en big boss berhajat nak cari air terjun di Moyog (kes dgr member citer aa ni). Puas memandu, tak jumpa2 juga dengan air terjunnya. Jalan sudahlah gaya2 nak ke Genting (macam nak gi Gunung Kinabalu pun ye juga).. dengan bengkang bengkoknya, panjat bukitnya.. sampai Norsi pening. Sudahnya bila jumpa Kipandi Butterfly Park ni Norsi ajak en big boss singgah je. Ambil udara segar sikit.

Kipandi Butterfly Park ni betul2 di kawasan bukit yang tinggi. Jalan nak sampai tu mencabar la bagi Norsi. Kalau nak ke sini, ikut peta di bawah ni.
Dari Donggongon menghala ke Moyong. Kipandi Butterfly Park ni jauh juga dari SK Moyong tu. Bila dah jumpa SK Moyog ni jalan je terus sampai jumpa selekoh yang bengkok dan naik bukit pada masa yang sama. Lepas selekoh ni terus jumpa Kipandi Butterfly Park ni.

Masa mula2 sampai.. terkejut pun ye juga. Sebab macam kita berhenti tepi bukit camtu je. Ada satu pondok tu, itu la dia kaunter tiketnye. Rupa-rupanya Kipandi Butterfly Park ni kena jalan masuk ke dalam lagi. Turun naik bukit tau (maaf takde gamba. masa ni x teringat nk amek gamba. Dok pikir lega dapat kuar dari kete je. heh). Lepas turun naik bukit tu baru jumpa pintu masuk ni..

Hadooiii.. kena panjat tangga lagi.
Kipandi Butterfly Park ni ada muzium serangga dan taman rama2. Kalau nak tengok gamba cantik2, tengok dekat website diaorang ye (http://kipandipark.com/). Ni gamba versi kami :

Mula-mula masuk Muzium Serangga dulu. kat dalam ni ada beribu2 serangga dan rama-rama. Serangga bukan sekadar dari Malaysia, dari luar negara pun ada.


Ni serangga bentuk muka manusia. MASYAALLAH.

Rama-rama dari luar negara. Lupa lak negara mana. Yng Norsi perasan, rama-rama luar negara banyak yang kilat2 macam dlm gamba ni. Rama-rama negara kita walaupun takde kilat2 camni tetap cantik.


Lepas ke muzium, kita ke Taman Rama-rama lak. Tak besar sangat.


Nampak tak rama-rama atas daun tu?


Kepompong. Kepompong ni diambil dan diletakkan dalam sangkar untuk dielakkan dari diserang haiwan perosak seperti tikus. Yang warna coklat tu rama-ramanya dah keluar, yang hijau tu masih dalam proses menjadi rama-rama. (perasan tak dorang sepit guna penyepit baju je? hehe)

Budak yang kena paksa posing oleh ABAHNYE bukan maknya ye. Hehe
Sedikit mengenari Kipandi Butterfly Park ni :
  • dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang
  • bayaran masuk RM10 seorang untuk dewasa. Kanak-kanak RM5.
  • betul2 di kawasan tepi bukit. Dikelilingi tumbuhan dan hutan
  • Selain muzium serangga dan taman rama-rama, Kipandi Butterfly Park ni juga memelihara tumbuh-tumbuhan. Sepanjang tangga di kiri dan kanan dipenuhi pokok orkid dan tumbuhan bunga-bungaan yang lain. Pokok nangka pun ada tau!
  • secara peribadi, bagi yang berhajat sekadar nak dtg jalan2 tgk2 (lebih2 lagi bersama anak2 kecil).. mungkin tidak berapa sesuai. Bukannya apa.. perjalanan jauhhh benorr rasanya dan kawasan pinggir bukit. Tapi bagi pencinta alam dan rama-rama.. sangat2 digalakkan. Nak tengok rama-rama di alam semulajadinya? Kat sinilah.
  • ada sebuah gerai menjual makanan dan minuman dan sedikit cenderamata.
p/s : Gambar kredit to en big boss. Gigih dia amek gamba. Yang tukang blog ni sibuk dok tgk rama-rama. hehe.

Monday, March 26, 2012

Amaran Laut Merah (Red Tide) di Kota Kinabalu, Sabah

Sabtu lepas en big boss memberitahu bahawa amaran laut merah telah dikeluarkan. Bila ditanya apa benda 'amaran laut merah' ni? Katanya fenomena laut menjadi merah dan haiwan2 laut macam kerang, ikan sume tu menjadi beracun dan tidak boleh dimakan. Jadinya buat sementara ni 'no seafood in our menu'.

Tadi Norsi wat carian pasal fenomena laut merah ni, rupa-rupanya fenomena ni adalah biasa di Sabah ni. Semenjak mula dikesan pada tahun 1976, boleh dikatakan hampir setiap tahun fenomena ini terjadi. Berdasarkan amaran terkini yang dikeluarkan, kejadian laut merah ni telah dikesan di perairan Pulau Gaya, Teluk Sepangar, persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan lokasi2 yang berdekatan. Hemphhh.. memang dekat sangat dah dengan kami ni.

Bersama-sama amaran laut merah ni, penduduk dinasihatkan supaya tidak memakan kerang-kerangan (macam kerang, tiram, remis, dalus dan lain2) dan juga ikan pelagik (seperti tamban, basung dan lain-lain) kerana tidak selamat. Tetapi ikan laut dalam, udang , ketam dan sotong selamat dimakan tapi insang dan organ dalaman hendaklah dibuang dan dibersihkan betul2 sebelum dimasak. Walaupun dah dinyatakan sotong, udang sume selamat tapi Norsi tetap gak tak berani jadinya tak makan seafood la kami sehingga amaran laut merah ni abis.

Fenomena laut merah ni bukan sahaja di Sabah tetapi diseluruh dunia. Apa kebenda laut merah ni? Dipetik terus dari Wikipedia,
'Red tide is a common name for a phenomenon also known as an algal bloom (large concentrations of aquatic microorganisms), an event in which estuarine, marine, or fresh water algae accumulate rapidly in the water column and results in discoloration of the surface water.'
Kiranya bukanlah laut tu jadi merah seluruhnya, cuma perubahan pada permukaan air. Hasil laut yang terdedah pada laut merah ni boleh memudaratkan jika dimakan, jadi sebab itu ada amaran laut merah ni.

Amaran Laut Merah dari Jab Perikanan Sabah. Norsi dapat dr sini 

Sunday, March 25, 2012

Ikhwan, demam dan ubat

Menjelang Jumaat malam, panas badan Ikhwan mula mencecah 39C. Turun naik antara 38C dan 39C. Jadi pagi Sabtu kami bawa ke klinik. Norsi dah siap2 kemas beg kalau2 Ikhwan disuruh ke hospital dan ditahan wad.

Asalnya kami ke klinik yg kami biasa pergi tapi doktor yg biasa kami jumpa takde pula. Jadi en big boss mencadangkan ke klinik kanak2 di Luyang. Penat mencari, alhamdulillah jumpa, elok2 15 minit sebelum klinik tutup.

Bermacam2 ubat doktor bekalkan. Batuk, demam, selsema, antibiotik, semua ada. Tapi Ikhwan ni punyalah penakut ubat (ikut perangai sapalah tu agaknya), setiap kali makan ubat memang kena pegang kaki dan tangan dia. Tak kiralah ubat tu manis macam mana pun, tahu dia benda tu ubat. Meraung2 dia taknak.

Hari ni demam sudah kurang tapi masih belum sembuh sepenuhnya. Norsi dah terbayang2 dah nak bagi Ikhwan makan ubat esok waktu en big boss keje.. kompem perang. Hadooiii.. ;p

Friday, March 23, 2012

Bila si kecil tidak sihat..

Kedua2 Sakinah dan Ikhwan sudah beberapa hari tidak sihat. Bermula dengan Sakinah yang batuk selsema, Ikhwan pula demam dua tiga hari lepas, juga selsema. Sakinah sudah makin sembuh tapi Ikhwan pula demam asyik turun dan naik. Kesian pula tengok Ikhwan dalam tak larat tetap juga nak bermain. Nasib baiklah dua tiga hari lepas en big boss cuti. Sama-samalah kami dok melayan dua budak tidak sihat ni.

Asalnya kami merancang untuk berjalan-jalan masa en big boss bercuti. Sekadar jalan2 sekitar KK. Hari pertama sempat jugalah kami ke Lok Kawi Wildlife dan Kipandi Butterfly Park. Menjelang hari kedua Ikhwan demam agak panas. Jadi rancangan kami untuk ke Kundasang dibatalkan aje. Hari Khamis demam Ikhwan sudah berkurang, jadi kami keluar menguruskan hal kereta dan agaknya disebabkan asyik berpanas dan bersejuk, malam tu badan Ikhwan panas balik. Dan hari ni Ikhwan masih demam sikit.

Muka budak demam

Sedikit teaser tempat yg kami pergi. Nanti kalo rajin Norsi citer.


Kipandi Butterfly Park


Lok Kawi Wildlife Park

Rumah Terbalik di Sabah

Monday, March 19, 2012

Hujung minggu yg penat

Lama blog tak berupdate. Hujung minggu baru ni memang sibuk + penat. Hari Jumaat dan Sabtu uruskan hal kete, hari Ahad rehat kat umah. Sakinah pulak demam selsema. Kesian dia batuk2 berkahak. Tido malam tak berapa lena sebab hidung ayik tersumbat.

Kesian kat budak2 bila tak sihat, yang mak abahnya penat juga. Semoga Sakinah cepat sembuh.

Thursday, March 15, 2012

Kisah Sakinah masuk wad

Semalam Sakinah masuk wad disebabkan takut ada jangkitan, tapi ALHAMDULILLAH stakat ni doktor kata takde pape. Kisahnya bermula petang kelmarin (Selasa).

Pada asalnya kami ke klinik biasa je tetapi doktor di klinik mensarankan kami ke hospital kerana dia tidak mempunyai alat untuk memeriksa tekanan darah kanak-kanak. Kami sampai di hospital lebih kurang jam 8 mlm, menunggu giliran sehingga jam 9 lebih. Setelah berjumpa doktor, kami dihantar ke jabatan kecemasan (bukan kerana kes kami kecemasan tapi disebabkan kes ni bukan bidang kuasa doktor pertama). Selepas itu doktor di jabatan kecemasan pula panggil doktor pakar. Kami menunggu doktor pakar lebih kurang dua  jam. Selepas jam 12 tgh mlm baru doktor pakar turun. Tapi masa ni kami ok je sbb doktor di jabatan kecemasan ni terangkan pada kami yang doktor pakar ada pembedahan. Lepas diperiksa pakar, Sakinah ok katanya. Jadi kena buat ujian air kencing. Tak lama lepas tu dapat keputusan, katanya takut ada jangkitan sikit jadi kena masuk wad. Masa ni dah jam 2 pagi.

Di wad, doktor tu tengok kes Sakinah dan kata kena tunggu esok pagi untuk buat ujian air kencing kali kedua untuk pengesahan samaada ada jangkitan atau tidak. Jadi Norsi minta balik. Kalau tak dapat balik pun Norsi minta izin balik rumah sekejap untuk ambil barang2 Sakinah (susu, baju sume. Stok susu yg dibawa sudah tentu dah habis sbb kami dah berada di hospital sejak jam 8 mlm). Nasib baik doktor memahami. Disebabkan malam tu pun Sakinah x perlu apa2 rawatan (sbb tak konfirm ada jangkitan) kami dibenarkan balik dengan syarat esok pagi kena dtg bawa sampel air kencing untuk diuji (Sakinah x discharge pun sbnrnya. Masih dikira masuk wad).

Sampai rumah pukul 4 pg lebih. Pujuk bebudak ni tdo (iyeee.. dorang tido sekejap je kat hosp) lepas tu barulah mak abahnya tido. Esok pagi2 dah kejut Sakinah, amek sampel dan bergegas balik ke hosp masuk balik wad. Doktor yang periksa Sakinah pun nampak Sakinah ok. Jadi katanya kalau keputusan ujian ok bolehlah keluar wad.

Harapan berbunga. InsyaALLAH Sakinah tak apa2, mesti boleh balik awal. Sekali.. kul 4 ptg baru keputusan keluar. Tapi masih kena tunggu doktor pakar kata ok baru bole keluar wad. Sudahnya pukul 6 ptg baru Sakinah discharge.

Fuhhh... penat. Sebab masing2 x cukup tido dan rehat. Makan pun tak sbb kami dok ingat bila2 masa keputusan akan keluar dan boleh balik. Sekalinya... sampai ke petang.

Budak yang masuk wad? Ohh.. dia selamba je. Doktor yang check pun kata Sakinah aktif, tak nampak sakit. Jadi sebenarnya kami berkampung di hospital dari malam kelmarin (blk umah pun dlm 4 jam je) adalah semata-mata tunggu keputusan je.

Tp bak kata en big boss.. Takpe la berpenat2 macam ni asalkan confirm Sakinah tak pape.

Tuesday, March 13, 2012

Terima kasih suami

Semalam, umur Norsi menginjak satu nombor. ALHAMDULILLAH, syukur YA ALLAH. Tiada majlis besar, tiada jemputan, sekadar disambut keluarga kecil kami.. tapi penuh makna.

Hadiah dari en big boss.. western style dinner. Biasa? Tidak. Ianya istimewa sebab ianya adalah air tangan en big boss. Balik kerja terus en big boss bertungkus lumus menyediakan makan malam.. set lengkap.. dari appetizer hingga ke dessert.

Appetizer : Buah-buahan (mangga dan anggur)
Main course : Ayam black pepper + fries + coleslaw
Dessert : Aiskrim Vinietta + birthday cake (moccha.. sedap betul!)
Side dessert : Coklat

Kenyang makan malam tadi. Buat en big boss, terima kasih abang. Your effort and thought are priceless.

p/s : gamba menyusul nanti ye.

Monday, March 12, 2012

HAPPY BIRTHDAY!

Dulu, masa zaman kanak-kanak dan remaja, hari ulangtahun kelahiran adalah sangat dinantikan. Macam-macam la plan-nye nak jadikan hari jadi hari yang istimewa. Kalo sesama kawan, sibuk nak jadi org yg terawal ucap 'selamat harijadi'. Sanggup tido lewat semata2 nak tunggu pukul 12 nak ucap selamat harijadi. Padahal esoknye jumpa juga kat sekolah.

Bagi yg dah couple tu, ucapan pertama mesti dari pasangan. Kalo lambat dah jadi tak istimewa. Silap2 bole merajuk. Haha. Aduhlahhh.. nak gelak bila ingat balik zaman dulu2.

Bila dah meningkat usia ni, ulangtahun kelahiran tidaklah disambut beria2 sangat. Sekadar ucapan dari yg tersayang pun sudah cukup bermakna. Kalo dapat hadiah dah kira bonus. Hehe. Malah Norsi pernah tak sambut hari jadi sbb kerja. Bayangkan masuk kerja seawal 6-7 pagi dan balik hampir jam 1 pagi. Dan masa tu baru mula bekerja jadi rakan2 sekerja tak tahu pun itu hari jadi Norsi. Tapi langsung tak kisah.  

Bersyukur pada ALLAH atas kurnia-NYA.

Sunday, March 11, 2012

Bersantai di hujung minggu

Seronoknya la bersantai2 di rumah hujung2 minggu ni. Semalam dah keluar sehari suntuk, jadi hari ni bermalas-malasan je di rumah.

Semalam en big boss bawa kami tengok 'Seefood'. Cerita animasi berkenaan seekor jerung kecil yang berusaha nak selamatkan telur2 jerung sespesisnya yang diambil manusia. Ceritanya boleh tahan, tapi setengah jam sebelum habis Sakinah dan Ikhwan dah mula meragam. Nanti kalo Norsi rajin Norsi buat review citer Seefood ye.

http://www.seefood-themovie.com/home.html

Kami tengok wayang di  Growball Cinemax, Centrepoint KK. Bagi Norsi wayang di Centrepoint ni ok-ok je. Selalunya tiket kita disemak di pintu depan tapi di Centrepoint ni dorang check tiket di pintu masuk wayang tu. Jadi sementara nak tunggu pintu dibuka menebeng (menunggu) la kami di tepi pintu tu beramai2.

Lepas tengok wayang singgah pejabat pos sebelum ke pantai Tanjung Aru (lagi). Bukannya apa, demi nak tunaikan janji pada Sakinah. Masa sedara datang berkunjung hari tu kami cuma sempat singgah sekejap je di Tanjung Aru disebabkan mengejar masa. Sakinah dah sibuk nak 'sand' (main pasir). Jadi Norsi bagitau Sakinah lain kali baru boleh main 'sand'. Disebabkan en big boss sibuk kerja, semalamlah baru dapat tunaikan janji.

Dari Tanjung Aru, singgah pula beli barang. Akhirnya malam baru sampai rumah. Jadi semalam dah penat berjalan, hari ni lepak ajelah di rumah.

Thursday, March 8, 2012

SPBA dibatalkan

SPBA telah diumumkan dibatalkan. Gaji kakitangan awam berbalik kepada yang lama, dengan sedikit pembaikan. Hemphhhh.. setakat ni baru seorang dua rakan2 yang bekerja di sektor awam memberi respon terhadap pengumuman ini. Mereka positif.

Kengkawan pula bagaimana?

(sejujurnya Norsi x berapa paham pasal SPBA dan sistem lama ni. Maklumla Norsi ni surirumah je. Tapi tetap juga berusaha nak ambil tahu. Tak salah kan?)

Wednesday, March 7, 2012

Kehilangan

Mendapat berita pemergian seorang sahabat hari ini. Sahabat yg rapat ketika zaman persekolahan. Terkesima, terkejut, tak terkata.

Semoga ALLAH menempatkan dia di kalangan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.

Saturday, March 3, 2012

Selamat Bertunang Sahabat

Hari ini merupakan hari pertunangan seorang sahabat Norsi. Teringin benarrrr nak hadiri tapi yelah.. Norsi ni jauh ni rantau orang. Terkilan juga sbb dari dulu dah niat nak hadiri majlis tunang dan kawen sahabat yg seorang ini. Maklumlah.. member baik Norsi ni. Majlis tunang, nikah dan sanding Norsi dia datang bersama2 mak ayahnya. Malah Norsi suruh dia jadi pengapit tapi dia culas.. dia suruh adik dia jadi pengapit Norsi. Haha. Pepun Azie.. selamat menjadi tunangan orang. Selamat bertungkus lumus untuk majlis kawen pulak. Hehe. OK serius.. semoga dipermudahkan urusan untuk majlis kawen. Bertunang ni darah manis kata orang.. jaga diri bebaik ye (^_^)

p/s : Ku tunggu gambarmu. hehe. Nak tengok the mysterious Mr I.


Hari ini juga hari perkahwinan saudara. Tetamu jauh yg berkunjung tu adik si pengantin. Tapi kami tak dapat nk ikut pergi. En big boss keje (macam tak biasa lak). Nanti kalo berkesempatan Norsi citer ye.