Wednesday, May 30, 2012

Cuti-cuti

SEDANG BERCUTI


Sebelum menyambung kesibukan berpindah randah... kita cuti dulu. Hehe (^_^)

Sekadar gambar hiasan. Pemandangan dari Anjung Rasa, Tanjung Lipat
Sekadar gambar hiasan. Pemandangan dari Anjung Rasa, Tanjung Lipat
-this is scheduled entry-

Monday, May 28, 2012

Random pics of KK

Tidak mahu blog ini terbiar sepi, entry sekadar gambar tempat2 di sekitar Kota Kinabalu.

Anjung Rasa, Tanjung Lipat. Tempat makan tepi laut. Cuma dibuka waktu malam

Padang futsal di Yayasan Sabah

Growball Cinemax, Centrepoint.

Friday, May 25, 2012

Kesibukan yang berterusan

Alhamdulillah kami berjaya mencari rumah sewa yang baru. Selepas ini sibuklah kami berkemas untuk berpindah. Nak nak pula jadual kerja en big boss yang padat masa minggu yang sepatutnya kami berpindah tu.

Lepas ni makin kuranglah Norsi update blog. Nak tukar talian ke kediaman baru mau makan seminggu dua juga ni mengikut pengalaman kami yang dulu. Banyak betul yang perlu diuruskan ni.

Semoga semuanya dipermudahkan.

Sunday, May 20, 2012

membuat keputusan

Membuat keputusan.. perlu menilai dari pelbagai sudut. Menimbang baik dan buruk. Cuba melihat lebih jauh. Kerana kita selalunya inginkan keputusan yang terbaik buat kita.

Dan saat keputusan telah diambil... apa yang perlu hanyalah berfikiran positif yang segalanya akan baik2 belaka. Jangan dipandang pilihan lain yang tidak diambil, jagan berfikir yang ianya MUNGKIN lebih baik jika keputusan yang satu lagi diambil.

Yakin, ALLAH tahu yang terbaik buat kita.

-entry ini sebenarnya peringatan buat diri sendiri-

Wednesday, May 16, 2012

Aduhlahhh Sakinah

Sakinah makan biskut cicah air anggur. Aduhlahhh anak.. tak tahu nak menangis ke ketawa ni :)

Al-kisahnya Ikhwan nampak jus anggur di almari, lalu dimintanya. Norsi bancuh sedikit untuk Ikhwan. Nampak dek kakak, dimintanya juga. Norsi pun bancuhlah juga untuk si kakak. Sakinah ambil cawan dari tangan Norsi, terus duduk dan cakap, 'mak, nak biskut'.

Norsi pun cakaplah yang air ni bukan untuk makan dengan biskut. Ni air sirap (nak bagi dia paham). Sekalinya Sakinah bangun dan ambil sendiri biskut dari dapur. Sudahnya habis dua keping biskut dimakan dengan dicicah air anggur.

Alahai kakak.. cicah air anggur pun air anggurlah.. asalkan kakak kenyang (^_^)

Monday, May 14, 2012

Kerunsingan

Hujung minggu kami dipenuhi dengan aktiviti mencari rumah. Habis taman2 disekitar sini kami pusing. Kalau2 ada iklan rumah untuk disewa. Iklan di internet sudah semestinya ditengok. Kerja kami, tengok sana sini pastu telefon.

Pilihan semestinya ada. Tapi harga.. memang kena fikir 30-40 kali. Permintaan kami tidak tinggi. Cukuplah sekadar rumah yang sewanya berpatutan dengan keadaan rumah dan dalam kemampuan kami.

Dan nampaknya isu rumah sewa telah mengheret pula isu baru yang perlu dipertimbangkan. Yang membuat Norsi serba salah.

-perlu bertenang dan berfikir yang sebaiknya-

Friday, May 11, 2012

Nasib kami orang menumpang

Pepagi lagi en big boss dah telefon dari tempat kerja. Ada berita besar katanya. Dan masa diberitahu, Norsi masih tenang. Malah masa letak telefon pun Norsi masih tenang. Until the news slowly sinking in.

Tuan rumah nak jual rumah.

Benda yang ringkas.. tapi besar bagi kami yang menyewa ni.

Maklumlah.. kami ini menumpang di rantau orang. Tinggal disini memang menyewa je la. Hendak membeli rumah, terlalu banyak yang perlu dipertimbangkan.

Ketepikan susah payah untuk berpindah, sejujurnya, menjadi berat bagi kami kerana kami benar2 suka dengan rumah ini. Telah benar selesa di sini. Kedudukannya yang strategik - untuk ke tempat kerja mahupun ke bandar. Sewanya juga agak murah. Dan yang paling penting, anak2 sudah selesa di sini. Terutama Sakinah.

Tidak menyalahkan tuan rumah kerana ingin menjual rumah ini, tetapi sedih betul bila mengenangkan angan2 kami yang memang bercadang menyewa di sini terus hingga en big boss berpindah semula ke Semenanjung.

Nampaknya kenalah house hunting semula.

Sunday, May 6, 2012

Stress dek kerana bola

Hadoiii.. sakit jantung betul tengok bola nih. Gol tapi kata tak gol. Offside tapi kata tak offside. Tak sakit tapi tipu sakit. Penuh tipu daya betul. Tensen sepanjang perlawanan. Camne la peminat2 bola boleh tahan ye.

Hadoiii... tensen tensen. En big boss la nih ajak tgk bola nih. Takmo tgk dah. Update blog lagi kurang stress. Hehe.

Friday, May 4, 2012

Promotion : Petronas Mesra Visa Card (FRAUD ALERT)

Ini adalah entry peringatan buat kawan2 yang dapat email Promotion : Petronas Mesra Visa Card. Tu semua tipu ye kengkawan. Petronas dah keluarkan peringatan dan amaran tau. Leh tgk kat web mymesra.

Pasal apa Norsi buat entry ni? Pasal Norsi pun dapat email tu (padahal kad mesra tu pun norsi takdok)



Dan disebabkan dah banyak kali dpat email merapu meraban ni jadi Norsi pun gi la website mymesra untuk kompem kan. Search tau.. bukan amek link yang diberi dalam email tu. Dan hasilnya,



SAH TIPU! Jadi, berhati2 ye dengan email yang diterima. Jangan bagi maklumat penting seperti no akaun, no IC, no kad sume sewenang-wenangnya tau. Siasat dulu ok.

Papepun.. berhati2 di alam maya (^_^)

Thursday, May 3, 2012

Takde letrik! Bukan 1 tapi 4 kali.

Semenjak duduk di Sabah, dah beberapa kali kami mengalami keadaan dimana takde elektrik atau air secara tiba2. Takde elektrik atau air adalah benda biasa di sini. Yang bagusnya selalunya ketiadaan air dan elektrik ni sekejap je. Jarang sampai sehari suntuk walaupun terkadang ambil masa berjam2 juga nak pulih. Dan dah lama jugalah xde dah kes takde letrik dan air ni.

Tapi dua tiga hari ni gejala takde elektrik jadi balik. Kejadian pertama, elektrik terputus selama sejam. Lepas tu jam 3 4 pagi hari Isnin elektrik terputus lagi. Norsi terjaga masa elektrik terputus tu. Lepas tu terus tak tidur sebab mengipas dua beradik ni. Sakinah dalam tidur pun boleh dia kata panas. Hehe. Kali ni lama sikit. Lebih kurang jam 11 pagi baru bekalan elektrik pulih.

Ingatkan dah ok. Sekalinya pagi 1 Mei tu takde elektrik lagi. Nasib baik en big boss cuti hari pekerja. Laju je dia ajak keluar. Kesian anak2 panas katanya. Dalam kami bersiap2 tu, elektrik ada balik. Dah siap punya pasal, kami keluar juga. Di jalan pula tengok banyak kereta tak bergerak2 di lampu isyarat betul2 dekat dengan rumah. Ingatkan semua org macam kami, keluar sbb letrik takde.. rupa2nya trafik ditahan untuk memberi laluan acara berbasikal (Basikal Borneo ke apa ntah namanya). Dalam setengah jam juga la trafik tak bergerak. Dan bila basikal dah lepas, trafik pun slow aje sbb dah banyak kereta.

Jadinya kami singgah kedai makan. Kononnya nak bagi trafik lancar sikit baru nak jalan balik. Dan semasa kami di kedai makan, sekali lagi xde letrik! Dan kali ni tak tahu pula berapa lama sbb bila kami dah keluar dari kedai makan pun masih xde letrik.

Nasib baiklah masa kami balik petang tu dah ada elektrik di rumah. Dengarnya Sepangar xde elektrik sampai ke malam. Aduhhh... mesti tension masing2 di rumah.

Apapun, takde letrik ok sikit berbanding takde air kan?