Tuesday, February 26, 2013

Hari ini

Dua tiga hari ni KK hujan dan mendung. Semalam hujan sepanjang hari. Biarpun tidak lebat tetap juga titis hujan bersilih ganti membasahi bumi.

Hari ini Alhamdulillah cuaca terang. Seronok melihat basuhan kering di ampaian. Jadi hari ini Norsi keluar bawa anak2 berjalan2. Kasihankan Ikhwan. Semalam tidak keluar rumah langsung. Bosan agaknya.. boleh dia mengajak keluar malam2 hari. Jadi hari ini melihat cuaca cerah Norsi pun terus ajak bebudak ni keluar.



Seronok bebudak ni dapat keluar biarpun sekadar ke 1Borneo. Ikhwan macam biasalah.. mesti nak singgah kedai mainan. Norsi malas nak layan, cakap 'tunggu abah ada nnt adik minta dengan abah'. Yang kelakarnya dalam perjalanan balik boleh pulak dia praktis dalam kereta..'abah, adik nak spiderman.. pleaseeeee'. Norsi yang tengh bawa kereta ni pun boleh tergelak.

Habis la nanti pegi 1Borneo dengan en big boss  mesti Ikhwan tuntut janji. En big boss jangan marah aaaa...

Monday, February 25, 2013

Bila lapar

Bila lapar.. tengok pula blog masak-masak ni.. aduhlahhhh... tergoda sungguh. Akibatnye, tekak teringin nak ni

Yong Tau fu. Taknk yg sup punye. Nak yg mcm ni.
Rojak petis. Gamba amek dr blog mat gebu
Rojak tauhu pun sodap. Tergoda dek gamba dr blog Kak Ita masam manis
Adooiihhh lapa!!

Saturday, February 23, 2013

Upah servis RM100?

Seminggu dua ni banyak betul hal-hal berbangkit. Aktiviti kami pun banyak yang 'on the sport' je. Contohnya  Ikhwan dengan jayanya telah merosakkan kad pengenalan Norsi. Sampaikan en big boss terpaksa minta 'half day' untuk pergi ke JPN. 

Dan nak jadi cerita dalam perjalanan nak JPN motor kipas kereta rosak. Suhu naik sampai ke tahap merah dah. Ini kali kedua motor kipas rosak. Tahun lepas dah rosak, dah digantikan pun. Dan beberapa bulan lepas rosak balik, tapi kereta kesayangan berjaya bertahan.. sampailah masa nak ke JPN.

Jadinya en big boss rancang nak pergi ke bengkel yang sama kami tukar motor kipas dulu. Tapi alangkah terkejutnya en big boss (ayat skema habis.hehe) bila orang bengkel tu caj harga hampir sekali ganda dari harga yang lama. Dulu harganya tak sampai RM200 pun. Tiba2 kali ni jadi RM300. Naik RM100 tu. En big boss bengang betul. Bengang sebab bila en big boss tanya kenapa mahal sangat mekanik tu bagi alasan macam2. Boleh pula bagi alasan beberapa hari lepas dia jual radiator harga RM300 lebih. Terus en big boss ajak balik. (Norsi ni tak paham pasal kereta (zero knowledge) jadi tertanya2 juga apa kaitannya kipas rosak dengan radiator).

Sudahnya en big boss beli sendiri motor kipas tu kat kedai yang jual barang kereta dan balik rumah pasang sendiri. Harganya cuma RM180! Sabo je la. Aduhai en mekanik.. kot ye pun nak amek upah tolong pasang takkanlah sampai RM100. 

Haiii lah... nilai duit zaman sekarang.

Friday, February 22, 2013

Catatan Perjalanan : Petrosains di Kota Kinabalu

Entry yg terperap di dalam draft sejak sebelum Tahun Baru Cina lagi. Sekarang ni la baru nak publish.

Sepatutnya Norsi menyambung kerja menyiapkan kad kawin adik.. tapi malasnya la haiii... jadi update blog aje (^_^)

Isnin lepas Norsi ke poslaju, mengirimkan sedikit kad kawin adik (almaklumlah buat sendiri kena la bagi sikit-sikit. tak daya nk bagi sekaligus beratus2). Balik dari poslaju masih awal, jadi Norsi ajak en big boss singgah di Perpustakaan Negeri Sabah. Ada apa ni Perpustakaan Negeri ni? Ada ini..

Petrosains Playsmart
Lama dah Norsi terbaca di satu blog ni pasal Petrosains di Kota Kinabalu ni. Ada juga kami pergi sekali masa hari Ahad, tapi tutup. Kali ni dapat masuk. 

Petrosains ni kecil sahaja. Satu bilik sahaja. Tapi macam2 ada. Masa kami sampai ada 3 4 orang je pengunjung, jadi seronok sangatlah Sakinah dan Ikhwan. Antara permainan yang ada :

Macam pandai je Ikhwan main
Main korek2 tanah. Norsi yang tengok pun teringin nk main. Haha
Ikhwan dapat member baru. Suka betul budak ni ajak Ikhwan main.
Kakak pun nak cuba main juga
Tapi kami di sini sekejap je. Sebab pukul 1 tu dia tutup untuk rehat tengahari. Pukul 2 baru buka balik. Norsi terlupa pula nak catat waktu Petrosains ni beroperasi. Kalo tak salah hari2 biasa buka jam 9 hingga 4 kot (ke 5 yerk?). Waktu rehat dari pukul 1 hingga 2. Masuk adalah percuma.

Ingat lain kali kalo berkesempatan nak bawa lagi bebudak ni datang Petrosains ni. Sebab hari tu tak sempat explore sampai habis.

Friday, February 15, 2013

Si kecik demam lagi

February yang sunyi tanpa entry.

Hajat di hati nak update blog, pasal aktiviti di cuti tahun baru cina. Tapi si bujang kecik demam. Asyiklah menebeng dengan emaknya. Nak mengarang pun tak fokus. Inipun dia ralit tengok tv bolehlah update sikit.

Kesian pulak bila si lasak demam. Mengadu mata beriar dan baring pun nak dekat dgn maknye aje. Kerap pula si Ikhwan demam. Orang kata anak lelaki memang mudah tidak sihat.. ye ke?

Sunday, February 10, 2013

Selamat Pengantin Baru buat adik

Di saat dan ketika ini, adik bujang Norsi sedang menggenggam tangan tok kadi menghalalkan hubungan melalui ikatan pernikahan. Dan kakaknya jauh ni tanah seberang. Menitis juga air mata kerana tidak dapat bersama menyaksikan detik indah pernikahan adik.

Tapi tak mengapa. Insha ALLAH Norsi akan pulang untuk hari persandingannya di pihak kami nanti. 

Buat bang pit,
Semoga ikatan kekal berbahagia hingga ke akhir hayat. 

Amboihhh... senyum lebar aihhhhh.... (^_^)