Sunday, June 30, 2013

Ikhwan buat mak menangis

Ikhwan ni memang tau. Sebab Ikhwan mak nangis semalam. Bikin suspen hilang kat mall semalam.

Semalam kami ke 1Borneo. En big boss bawa gi tgk Monsters University. Tayangan pukul 4 lebih jadi cadangnya makan dulu sebelum tgk wayang.

Sambil en big boss beratur membeli makanan Norsi dan kanak2 riang dua beradik tunggu di meja. Ikhwan pulak tak duduk diam. Berlari sana sini lepas tu pergi ke tempat mainan di depan Toys R Us. Agak jauh juga dari tempat makan kami. Norsi berdiri di tengah2 sbb nak tgk dua2 Sakinah dan Ikhwan. Nak jerit panggil Ikhwan dia dah jauh. Nak jerit soh en big boss tgk2kan Sakinah pun jauh juga. Takkanlah nak terpekik di tgh2 mall kan.

Dalam dok tertoleh2 sekejap tgk Ikhwan dan sekejap tgk Sakinah, nampak Ikhwan dok depan pintu Toys R Us. Nampak en big boss dah 'on d way' ke meja terus Norsi pergi kejar Ikhwan. Sekalinya takde pulak dia dekat deretan mainan kat luar Toys R Us tu. Dah masuk Toys R Us la tu. Norsi pun masuk Toys R Us sambil tgk setiap rak. Sampai hujung.. tak nampak Ikhwan pun. Dekat rak kesukaan dia pun takde. 

Hati dah berdebar2. Dah pikir bukan2. Tadi nampak sorang mamat tu berdiri dekat Ikhwan masa Ikhwan ralit tengok mainan kat luar Toys R Us. Panik dah datang. Patah balik sambil tgk blk di antara rak2 tu. Takde juga. Air mata dah ngalir dah. Dada dah rasa sesak. Muka kompom cuak giler. Dok pikir, agaknya dia dah pegi kat meja kot. Takde juga. Sudahnya nangis2 bagitau en big boss Ikhwan dah hilang.

En big boss lak gi cari. Norsi ni sambil nangis2 ajak Sakinah cari Ikhwan. Tinggal je makanan atas meja. Masa ni org ramai dh tgk2. Mau tak. Entah makcik mana nangis2 tarik anak. Sampai Toys R Us tgk2 en big boss dah pegang Ikhwan dah. Selamba je Ikhwan cakap 'sorry. tak apa..' Terus Norsi nangis sambil pegang en big boss. Lega giler.

Hai la anak bertuah. Bagi mak ko panik je.

p/s : Sebenarnya banyak yg jadi semalam. Tapi tak citer kat sini la. Kebelakangan ni mmg Norsi emosional gile. Asyik nak nangis, merajuk dan bad mood je. Hormon kot.

Kereta Kancil untuk dijual

*sticky post for a while. scroll down for new entry*

My sis would like to sell her Kancil. 

Sesiapa yang berminat, atau nak tahu maklumat lanjut bolehlah hubungi Krun/Wak di talian 017 - 269 1472.
Nak wassap/kakaotalk/wechat/pm pun bole.


Saturday, June 22, 2013

Jerebu dan puasa

Musim jerebu kembali lagi. Sana sini sibuk dengan kualiti udara yang tidak sihat. Dan nampaknya KK juga tidak terkecuali. 

Jerebu dah mula kelihatan. Puncak Gunung Kinabalu yang dulunya jelas kelihatan (pada hari cuaca yang baik) dari depan pintu rumah je kini langsung tak nampak. Bukan sahaja Gunung Kinabalu, bahkan yang kelihatan di langit cuma asap putih.

Namun terik mentari masih terasa. Perit kulit tatkala menyidai pakaian biarpun tanpa sinaran terus sang mentari.

Hari ini hari terakhir Norsi ganti puasa. Terasa sedikit mencabar. Kerana tidak terbangun sahur pagi tadi. Telefon habis bateri. Terjaga pun dalam 5 - 10 minit sebelum subuh. Itupun kerana Ikhwan yg mengejutkan. Minta dibuatkan susu. En big boss sarankan Norsi ganti di hari yang lain. Kerana keadaan Norsi tidak menggalakkan Norsi berpuasa tanpa bersahur. Tapi terasa sayang pula. Tinggal sehari je. Jadi gagahkan diri juga. Semoga dipermudahkan puasa Norsi hari ini (^_^)


Wednesday, June 19, 2013

Permata hati

Hai.. entry Norsi kebelakangan ni banyak pasal makanan ye. Lama tak cerita pasal kenakalan dua beradik tu. Dah makin besar makin banyak kerenahnya. Namun Ikhwan tetap dengan 'cheeky' dia tu dan Sakinah pula dah makin banyak cakap. Setiap benda yang ditengok mesti nak cerita. 

Terkadang bila melihat Sakinah terasa kasihan pula. Sedari usia setahun lagi sudah perlu memikul tanggungjawap sebagai kakak. Jadi dia lebih bersikap berhati-hati. Semua benda kena buat baik-baik. Sebab 'kakak dah besar'. Berbanding Ikhwan yang lebih bebas menjadi kanak-kanak riang. 

Setiap kali melihat anak-anak, sungguh Norsi merasa perlu menjadi emak yang lebih baik.

p/s : masih lagi entry tanpa gamba. maklumlah telefon norsi xde sdcard jd susah nk transfer gamba. Gamba lama2 pula sume dah ilang bersama2 laptop. Sob sob. Jadilah entry bicara tanpa gamba.

Tuesday, June 18, 2013

Kisah donut (kali ni ber resepi)

Dah beberapa hari teringin makan donut. Sakinah pun sama. Tapi entah kenapa kebelakangan ni susah pula nak jumpa donut. Orang jual kuih pun xde donut.

Jadinya tadi mencari resepi donut. Norsi memang dah ada resepi donut tapi kali ni nak cari resepi untuk kuantiti yang sikit. Kebanyakan resepi guna tepung sampai 1kg. Norsi nak buat sikit je. Nak separuhkan adunan tak pandai pula. Nak-nak pula timbang dah rosak dikerjakan dek Ikhwan.

Kebetulan, terjumpa resepi donut di Qalam Qudus. Memang sedang elok la. Sukatan pakai sudu dan cawan je. Teruslah Norsi cuba. Memang gebu. Adunan pun elok x melekat di tangan. Sakan Sakinah dan Ikhwan menggentel donut bersama-sama emaknya.

Di sini Norsi saln semula resepinya. Senang Norsi nak rujuk di lain kali.

Bahan :
1 sudu yis 
Setengah cawan air suam
Sesudu gula

2 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin (Norsi guna butter yang dilembutkan pada suhu bilik)
2 sudu tepung susu (Norsi guna susu tepung bebudak ni aje)
Sedikit garam

Cara :
Sesudu yis dimasukkan ke dalam setengah cawan air suam. Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur. Kemudian tunggu yis kembang (dia akan berbuih sedikit).

Campurkan tepung gandum, marjerin, susu tepung dan garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan campuran yis tadi. Bolehlah ditambahkan air atau tepung sehingga mendapat adunan yang tidak melekat dijari (atau sehingga anda berpuas hati dengan adunan).

Tutup adunan dengan kain (selalunya kain bersih yang dibasahkan sedikit). Norsi guna plastik wrap aje. Biarkan selama setengah jam. 

Lepas tu bolehlah mula menggentel donut. Selalunya adunan dicanai nipis dan ditekap dengan acuan donut ataupun mulut gelas bagi yang takde acuan. Norsi pula bulatkan adunan tu kecik2 dan tepekkan dengan tapak tangan je. Lepas tu buat lubang di tengah2. Buat pun saiz mini je.

Pemilik resepi terus goreng donut ni. Tapi Norsi rehatkan adunan yang dah dibentuk ni dalam setengah jam. Bagi dia kembang lagi. Lepas tu barulah digoreng.

Sakinah dan Ikhwan suka benar dengan donut ni. Sedap agaknya makan panas-panas. Lapan ketul donut mini habis kat diaorang dua beradik je.

Thursday, June 6, 2013

Masak-masak makan-makan

Kebelakangan ni memang mood berblogging sangatlah ke laut. Online pun jarang2. Minggu lepas mood lebih kepada memuaskan tekak. Masak pun ikut teringin tekak Norsi. Ni la agaknya bahana melayan rancangan  masak-memasak banyak sangat. Dan dan la teringin itu ini.

Tengok rancangan 'Makan Angin' (AFC Channel).. tekak terus la rasa nak makan gulai kawah dan laksam. Nasib baik di KK ni ada satu restoran menjual gulai kawah yang memang sedap bagi tekak Norsi. Gigih en big boss bawa kami meredah hujan lebat dan banjir semata2 nak bagi bini dia ni makan gulai kawah. Sekalinya kedai tutup. Pergi pula di lain hari. Dapat la makan gulai kawah. Malangnya hari itu gulai kawahnya rasanya agak mengecewakan.

Laksam pula mmg susah nak cari kat KK ni. Nak pula yang kena dengan tekak Norsi. Sudahnya telefon mak minta resepi. Sanggup buat laksam sendiri. Nasib baiklah menjadi. En big boss yang cerewet tu pun suka. Ada juga ambil gambar masa buat laksam tu tapi bila dah siap tak dan dah nak amek gamba. Amek pinggan terus hadap je. Juga en big boss berjasa menjadi tukang potong sayur2an sbb Norsi dah fokus buat laksam. Kuah dah siapkan awal2.

Lepas tu teringin pula makan cucur udang. Tapi yang ini en big boss macam tak berapa nak sokong. Sudahnya menu cucur udang Norsi jadi cekodok udang. Tapi kuah cucur tetap juga buat. 

Dah beberapa hari beria nak makan itu ini.. sekarang mood malas masak pula. Hehe. Mula la cari idea nak masak apa yang ringkas2 je. Nasib baiklah en big bossku sporting. Hehe.