Irsyad.
Buah hati pengarang jantung.
Raja di rumah buat masa ini.
Semua kehendak mesti diikuti.
Kalau tidak meraung sekuat hati.
Paling kesian si kakak dan abang, menjadi mangsa buli.
Irsyad.
Bercakap masih pelat-pelat.
Pakai baju sendiri masih tersekat-sekat.
Tapi kuat semangat.
Semua benda sendiri nak buat.
Irsyad oh Irsyad.
Saturday, September 19, 2015
Tuesday, September 8, 2015
The new addition
Sepi lagi buat sekian kalinya. Sampaikan nak buat mukadimah pun blur.
Sepanjang Norsi menyepi ni.. perkhabaran paling besar adalah kelahiran cahaya mata ke 4 kami bulan lepas. Alhamdulillah.. keluarga kecil kami kini diserikan dengan seorang lagi puteri, Syakirah namanya.
Norsi masih lagi dalam pantang dan seperti selalunya.. tak sabar nk habis pantang. Pantang kali ini kami sendiri-sendiri aje. Betul2 bergantung dengan en big boss aje.
Seperti abang-abangnya, Syakirah juga kena jaundis. Merasa juga la kami bermalam di hospital Tuaran dek kerana jaundis Syakirah yang melonjak naik. Sebelum ini semua kes jaundis akan dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak- Kanak Likas tapi sekarang semuanya diuruskan Hospital Tuaran. Nanti kalau rajin Norsi akan cerita pasal wad jaundis di Hospital Tuaran ni.
Rasa macam nak bercerita kisah kelahiran Syakirah, tapi banyak pula 'gangguan' ni. Lain kalilah...
Till next time, daaa....

Saturday, July 4, 2015
Dah setengah tahun dah???!!
Salam.
Ya ALLAH... lama yang teramat-amat tak sign in blog sampaikan password pun lupa.
Semuanya gara-gara dah takde laptop. Diam tak diam hampir setengah tahun blog Norsi ni sepi.
Isyk.. isyk.. isyk... banyak kisah-kisah yang kononnya nak diabadikan di blog tinggal kenangan je. Sampaikan ada yg dh terlupa pun.
Hari ni pun dah masuk pertengahan Ramadhan. Tahun ini Sakinah dan Ikhwan dah mula berlatih berpuasa. Am so proud of them.
Irsyad dah makin cerdik. Ada aje kerenahnya yg mencabar kesabaran. Mentang-mentang la dia yang paling kecik, beraja betul dia. Mengadu no 1. Pantang ada benda yang tak kena di hati, mengamuk aje dia. Yang selalu menjadi mangsa bulinya, si kakak. Kesian kakak.
Dah lama sangat tak menulis sampaikan tak tahu nak tulis apa lagi. Nanti-nanti bila ada idea dan kesempatan (entah bila la tu) Norsi wat entry baru. Sehingga lain kali... daaa.

Saturday, January 17, 2015
The little helper
Ikhwan.
My cheeky boy.
Semalam menyentuh hati Norsi dengan tolong mengemas rumah secara sukarela.
Selalunya si kakak yang rajin menolong emak (Sakinah memang boleh diharap).
Kisahnya semalam Norsi menjalani prosedur kecil di mata (membuang chalazion). Jadinya balik rumah memang kononnya nak rehat je. Mata masih sakit. Si Ikhwan pula habis memunggah mainannya satu bakul dan ditinggalkan macam aje . Bisinglah Norsi menyuruhnya kemas balik. Seperti biasa, dia buat tak dengar je. Norsi tak larat nak bising-bising, mata masih sakit, jadi Norsi biarkan aje. Kemudian Norsi perasan Ikhwan menghampar kain dan mula mengumpul mainannya. Norsi yang rasa tak larat tidur sekejap.
Bila bangun tengok-tengok rumah bersih.
Mainan semua dah disimpan dalam bakul.
Bakul mainan dan kereta mainan elok bersusun.
Kerusi kemas. Siap kusyen disusun elok2 mcm maknya kemas. Takde langsung barang atas kerusi.
Patung mainan disusun kemas di atas rak.
Kain2 yang bersepah di lantai dikutip dan diletak di dalam bakul baju adik (ok yg ni tak tau nk gelak ke terharu).
Kesimpulannya ruang tamu rumah memang bersih berkemas
Terharu sangat rasa. Sebab Norsi suruh dia kemas mainannya aje tapi habis semua dikemasnya. Ikhwan bila melakukan sesuatu yg dia sendiri nak buat memang teliti.
Am happy.

Subscribe to:
Posts (Atom)