Saturday, September 19, 2015

Irsyad

Irsyad.
Buah hati pengarang jantung.
Raja di rumah buat masa ini.
Semua kehendak mesti diikuti.
Kalau tidak meraung sekuat hati.
Paling kesian si kakak dan abang, menjadi mangsa buli.

Irsyad.
Bercakap masih pelat-pelat.
Pakai baju sendiri masih tersekat-sekat.
Tapi kuat semangat.
Semua benda sendiri nak buat.

Irsyad oh Irsyad.

Tuesday, September 8, 2015

The new addition

Sepi lagi buat sekian kalinya. Sampaikan nak buat mukadimah pun blur.

Sepanjang Norsi menyepi ni.. perkhabaran paling besar adalah kelahiran cahaya mata ke 4 kami bulan lepas. Alhamdulillah.. keluarga kecil kami kini diserikan dengan seorang lagi puteri, Syakirah namanya.

Norsi masih lagi dalam pantang dan seperti selalunya.. tak sabar nk habis pantang. Pantang kali ini kami sendiri-sendiri aje. Betul2 bergantung dengan en big boss aje.

Seperti abang-abangnya, Syakirah juga kena jaundis. Merasa juga la kami bermalam di hospital Tuaran dek kerana jaundis Syakirah yang melonjak naik. Sebelum ini semua kes jaundis akan dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak- Kanak Likas tapi sekarang semuanya diuruskan Hospital Tuaran. Nanti kalau rajin Norsi akan cerita pasal wad jaundis di Hospital Tuaran ni.

Rasa macam nak bercerita kisah kelahiran Syakirah, tapi banyak pula 'gangguan' ni. Lain kalilah...

Till next time, daaa....