Saturday, July 23, 2011

argghhhhh... tensen!




dua tiga ari ni mood memang sangat2 tidak baik.
asyik nak marah2.
geram.
tensen.

nak nangisssssss!!

Thursday, July 21, 2011

kerja atau keluarga?

Anak2 dah tido. Lega sedikit.
Tapi kesian jugak. Abah dah beberapa hari outstation.
Pagi tadi baru balik. Pastu kami kelam kabut keluar sebab ada urusan.
Petang balik. Malam lepas Isyak abah keluar balik. Masih belum balik.
Anak2 dah tido. Hari ni kalo diikutkan entah berapa minit je bebudak ni dapat bermanja ngan abahnya.
Esok bangun pagi abah dah pegi keje.
Weekend abah keje lagi. Tak jumpa abah lagi.

Hemphhhh... patutlah ada keluarga yang walaupun satu rumah nak bertembung pun cukup payah kan. Lebih2 lagi yang keje shift kan. Bangun tido yang sorang dah pegi keje. Bila yang sorang lagi balik keje, yang sorang tu dah tido. Nak jumpa dalam seminggu sekali pun payah. Apa nak buat kan. Dek tuntutan kerja masa bersama keluarga pun kena la berkorban.

Monday, July 18, 2011

missing.him.



.miss our moment together.
.dearbeloved.. jom gi bercuti jom.

Friday, July 15, 2011

tv oh tv.. keranamu ku tensi..

Semalam sepatutnya adalah hari yang biasa2.. kemas2.. masak2.. 'perang' ngn budak dua beradik ni.. tapi atas jasa baik adik.. smalam jd hari jalan2.

Ikhwan dengan jayanya telah menampar tv sampai rosak. Terer tak terer anak bujang Norsi yg sorang ni. Abis skrin tak kuar gamba.. kuar line hitam putih je. Sib baik masa tu abahnya dah blk (dan nasib baik masa tu abahnya yg tgh tgk anak2. mak tgh masak. jadi abahnya xleh slhkn mak.hehe). 

Pelagi, siap masak terus siap2 keluar cari kedai baiki tv. Masalahnya kitorang tak tau kat mana area sini ada kedai baiki tv. Lepas singgah sana sini, akhirnya jumpa. Tapi kedainya la punnnnn... servis sangatlah gagal. Masa en big boss tanya mana technician nak terangkan pasal apa yg rosak, bdk tu cakap technician takde. Pastu dia cakap, 'tv ni kalo kitaorg xleh nk betulkan pun, kitaorg akan tetap caj servis rm30'. Waahhh. En big boss terus cakap, 'tak buat apapun servis rm30 gak?'. terdiam budak tu kejap, pastu slow je dia jawap.. 'yela, nak buka tgk apa yg rosak'.

Norsi pula yg buka mulut; 'bila bole tau bole betulkan ke tak ni?' jawap dia 'nnt kita call. kita takkan betulkan selagi tak confirmkan ngn customer.' norsi pun tanya lagi, 'esok ke?' bole pulak dia jawap, 'err.. tak bole nak cakap la dia tu.'
oh mcam tu ye, haruslah norsi tanya kan.. 'technician awak ni dtg keje hari2 ke, seminggu sekali ke ataupun bila ada customer baru awak call dia dan dia dtg?' Norsi dah hangin dah masa ni sebenarnya, tapi tanya masih elok2 lagi la kan. Skali dia jawap; 'err, tak tau'. Ek eleh. Rasa macam nak tanya, 'Awak ni berniaga camne? Technician awak dtg keje bila pun awak tak tau. Awak ni ada technician ke tak ni?'

Sib baik masa ni en big boss malas nk ckp byk, bayar down payment dan kitaorg pun blk. Dalam kete baru en big boss bgtau, kalo kita lambat amek barang dia kata dia bole jual brg kita tu. APAKAH?

Sib baik la takde kedai lain dekat2 sini yg kitaorg tau. Masa tu lak dah petang. Nak pusing2 cari mmg tak sempat. kalo tak haruslah Norsi soh en big boss amek je balik tv tu. Hadoiii laaa.. Macam2 cara org berniaga yerk.

p/s : Norsi agak bengang sbb dia tk bole bg kepastian bila benda ni leh settle. en big boss dh la akan sibuk sart ari ni.

Wednesday, July 13, 2011

Kota Kinabalu - edisi bergamba

Setelah banyak entry tanpa gamba, entry kali ini berkenaan gamba sahaja ye. Moh layan gambo2 sekitar KK ye kawan2..

IBorneo

Petang di Pantai Tanjung Aru


Pantai Tanjung Aru


Jalan err.. lupa lak namanye

Taman Awam Tanjung Lipat

Taman Awam Tanjung Lipat

Tuesday, July 12, 2011

Majlis makan2 ari ini

Menghadiri majlis di tempat kerja en big boss ari ini.Majlis meraikan beberapa kakitangan dan isteri kakitangan yang diraikan dijemput sebagai penghargaan. Suka. Sebab majlis dibuat tidak berapa formal. Siap usik mengusik lagi. Boss besar en big boss pun sporting. Kami isteri2 yg hadir diusik disuruh mencium pipi suami, jadi bila giliran kakitangan yang isterinya tidak dapat hadir bos besar mengusik..'cium?'


Masa makan, en big boss sukarela menjaga budak dua beradik ni. Wahhh.. macam Norsi pulak yang diraikan. Duduk makan dengan santai sambil mendengar gosip bersama isteri2 kakitangan yang lain. Ikhwan dan Sakinah pun baik sangat. Adik tido masa makan. Yang kakak pula elok je duduk makan nasi sendiri, jadi taklah susah abahnya nak jaga. Rileks je. Sempat makan2 sekali.


Sekali sekala menghadiri majlis ringkas macma ni memang seronok. Takde tekanan protokol dan yang hadir pun tak ramai. Tidaklah terasa kekok sgt. Simple but sweet.

Monday, July 11, 2011

Nak wat GiveAway lah..

Entry dah keseratus.. rasa cam nak wat giveaway.. tapi takut takde orang nak join lak. Hahaha. Agak2 kalo Norsi wat giveaway ada org nk join tak?

Friday, July 8, 2011

Tolong! Saya nak gumuk skit..

Kebanyakan orang riso pasal nak kuruskan badan, Norsi pulak riso pasal nak naikkan berat badan. huhuhu. I've never been this skinny. Sedey tau. Bila tgk cermin nampak 'kering' sgt. sedey.. sedey...

En big boss pun riso. Ari2 pesan, makan banyak2.. tido biar cukup. Kalo tipon dia waktu tghari mesti dia tanya, dah makan tak? Dia pantang Norsi kata nak makan apa, tetengah malam pun sanggup kuar cari (katanye la kan. Norsi tak penah la soh dia kuar beli apa2 tgh malam). Alasan dia.. asalkan Norsi rasa nak makan.

Rindunye nak berisi skit cam dulu2. Dulu pipi nampak gak tembam skit, la ni cengkung je. Huhuhu...

Camne ye nak naikkan berat badan? Tolongggg....

p/s : eh eh.. ni entry Norsi yg ke seratus... weeeeeee......

Wednesday, July 6, 2011

Hero kecikku

Kakak menghempuk-hempuk telefon mak. Haruslah kena 'pok' kan.
Kakak menangis. "uting.. uting.. ting" meraung minta puting (actually ni taktik dia minta mak pujuk).
Mak biarkan dulu. Takde maknenye marah kalo lepas tu pujuk beria bagai kan.
Tetiba adik yang tengah main lori keciknya bangun.. amek puting kakak dan terus suap puting kat kakak.
Alahai.. sejuk ati mak. Kecik2 dah pandai jaga kakak.
My little hero.

Monday, July 4, 2011

The S and I

Aduhlah anak2. Si kakak dengan tak pakai seluarnya dok atas lemari layan tv. Selalunya pantang x pakai seluar, bising suruh maknye pakaikan. Ari ni taknak pakai pulak.

Yang adik lak kesian. Asal dengar bunyi kereta, lari gi pintu, panggil.. abah.. abah. Ingat abahnya balik keje. Dengar jiran sebelah start enjin kete, lari lagi pegi pintu.. byebye.. lambai. Ingat abahnya nak gi keje. Dengar jiran sebelah buka pagar, lari lagik ke pintu.. mulut.. abah.. abah. Adoila ikhwan. Abah gi keje la. Masalahnya abah dia ada kat umah pun dia buat camtu gak. Hehehe.