Tuesday, August 23, 2011

Bila emosi menguasai diri

Hari ini terbaca lagi mengenai gossip perkahwinan yg bergelora angkara orang ketiga. Luluh hati. Si suami tanpa segan silu bergambar berpelukan berlaga pipi dengan kekasih hati. Aduh bayangkanlah hancurnya hati si isteri.

Norsi memang sangat sensitif hal2 begini. Kenapa setelah berjaya lupakan isteri? Ah benar.. banyak benar kurangnya si isteri berbanding kekasih hati yang jelas lebih muda dan cantik. Tetapi bukankah isteri itu dulunya si gadis pujaan hati? Gadis yang telah berjaya mencuri hati, yang terasa hidup kurang tanpanya disisi hinggakan memeterai janji dengan ikatan perkahwinan? Sudah lupakah debaran yang dirasa, hangatnya perasaan, bahagia yang terasa lengkap saat akad dilafazkan?

Ingatlah kembali hangatnya perasaan itu, saat indah cinta itu menjadi sah, detik magis saat memegang tangan si isteri, merenung jauh ke dalam matanya, merasa sebak yang menyesak dada kerana dapat melihat cinta di dalam matanya, lalu hati berkata, "Hidupku lengkap kini kerana kau telah menjadi isteriku". 

*ah.. benar Norsi ini emosi. Ayatpun dah jadi berbunga2, meleret2. Dah.. dah.. baik pikir nak masak apa berbuka ni.

2 comments:

jura said...

ermmm...saya pun sama dgn awak...

hehe masak apa tu utk berbuka?

Norsi said...

awak.. tu la kan. kita pompuan mmg sensitip hal2 camni.

smalam sy msk ringkas je sbb buka posa sorang. en big boss ada majlis buka posa kat tmpt keje