Sunday, December 11, 2011

Kisah hari ini

Agak kurang sihat. Tekak dan hidung perit akibat selsema. Bila dah kurang sihat, virus 'M' pun makin besarlah kan. Jadi, guna alasan tak sihat untuk bermalas-malasan. Haha. Sebenarnya lama tak wat entry, selalunya blog hopping je. Arini update blog sikit.

Sebenarnya dua tiga arini Norsi dah terjangkit balik hobi lama. Baca manga online. Hai lah. Dah lama dah tak buat keje baca manga online nih. Manga yg Norsi baca : Kaichou wa Maid-sama. Kelakar. Bole la layan wat ilang boring kan. Errr.. malas lak nak wat sinopsis. Norsi wat sinopsis aktiviti Norsi arini je lah. Hehe.

-bercucuk tanam. err.. sebenarnya dok godek2 anak pokok limau purut yg beli kat pasar tu je.
-masak ikan masam manis ngn acar timun je arini.
-bawa ikhwan gunting rambut. dia punya menangis meraung sampai tukang gunting tu surrender taknak gunting.
-jatuh terduduk kat kedai gunting tuh. tak sakit tp malu gak la.
-malam2 nih teringin nak makan cheese cake. tapi dah mlm malas nak kuar. jadi sendri buat kek batik je (nak wat cheese cake bhn tak cukup.huhu)

Weekend korang camne kengkawan?

No comments: