Monday, January 2, 2012

Istimewa darinya

Untuk ulangtahun perkahwinan kami, Norsi buat ni

Setting meja untuk sarapan je. Sarapannya beli. Hehe.
Dan hari ini, en big boss sediakan ini pula

Chicken chop + fries + coslaw

sebagai sambutan ulangtahun kami (biarpun agak lewat). Kejutan tak menjadi katanya. Masakan tidak, nak buat kejutan tapi barang2 dibeli bersama, masak pun sama2. Hehe.

Chicken chop sepenuhnya air tangan en big boss. Dari memotong, membuang tulang hinggalah ke sos lada hitamnya, semuanya en big boss buat sendiri. Kentang goreng dan coslaw.. Norsi la tukang membuatnya (^_^) (kesian pula tengok en big boss bertungkus lumus bersihkan ayam, jadi Norsi pun tolong la buat coslaw).

Sedap chicken chop en big boss. Yummy. Lain kali bole la buat lagi (tapi en big boss dah bagi signal, lain kali Norsi la kena buat. Hahaha).

Mekasih en big boss. Puas dapat makan western ari ni (^_^)

p/s : Hari ni setelah berbelas-belas tahun Norsi 'berhijrah' talian. Rasa sayang juga, tapi tak mengapalah demi dia yang tersayang. Hehe.

6 comments:

nome said...

bestnya! happy anniversary to both of u...semoga bahagia hingga kiamat

pandai en big boss masak yer...norsi rajin lak tu...

jumurama said...

wahh bestnyer

nmpk sgt sedap

selamat ulangtahun perkahwinan utk awak dan en.big boss!

soalannya: mcm mane nak buat sos lada hitam tu?

Norsi said...

nome : mekasih mie. anniversarynyer dah lepas dua minggu dulu.hehe.

en big boss mmg bole masak tp dia masak utk sambutan tertentu je. hehe.

jura : mekasih awak. mmg besh sbb ada org tlg masakkan. hehe. puas ati la dpt mkn.

en big boss amek resepi dr kawan dia. mmber dia tu mmg ada bg resepi nk wat sos lada itam tu tapi kitaorg beli sos lada itam yg siap tu je.

panaskan dlm kuali tanpa minyak, campur air skit dan masukkan bwg kuning tu. camtu je (^_^)

Zefa NorAsmara said...

Selamat ulang tahun perkahwinan norsi.. alahai, suwetnye.. :D

Norsalmi said...

Selamat ulang tahun perkahwinan Norsi.. Moga bahagia selalu..

Norsi said...

zefa dan salmi : terima kasih ye ibu berdua (^__^)