Asyik letak resepi je kali ni nak letak petua lah pula. Baru-baru ni Norsi ada tertengok AFC (Asian Food Channel). Masa tu rancangan '5 Rencah 5 Rasa' dan kebetulan masa tu pengacaranya bagi petua nak elakkan tumbuhan organik dari diserang serangga perosak. Senang je petuanya.
Tumbuk serai dan bawang merah. Rendam serai dan bawang merah tadi dalam air selama 3 jam. Lepas tu bolehlah percik air rendaman tu pada tumbuhan organik.
Norsi ingat nak cubalah petua ni. Tapi bukan kat tumbuhan organik. Nak cuba kat pokok limau purut yang dah togel diserang serangga. Udahlah pokoknya tak lebat langsung.
Jom kita cuba jom.
No comments:
Post a Comment