Kisahnya bermula dengan seorang sahabat juga jiran yang memberi kami bubur durian. Dah seminggu lepas dah. Nak pulangkan bekas takkan nak bagi bekas kosong macam tu je kan. Puaslah dok pikir nk bagi apa kan. Dan kebetulan masa terjah blog Ana Suzana, Ana update resepi nasi tomato. Ohh.. pucuk dicita ulam mendatanglah :)
Jadinya hari ni Norsi pun masak Nasi Tomato. Alhamdullillah, en big boss siap pesan, 'lain kali masak nasi tomato masak yg macam ni' (sodap la tu. hehe). Jadi supaya Norsi tak lupa, Norsi update resepi tu kat sini. Senang sok-sok nak tengok kan. Jadi inilah dia resepi Nasi Tomato cara Ana Suzana. (Bagi yang nak mencuba, Norsi cadangkan tengok kat blog Ana, dia siap snap gamba satu persatu tau. Memang rasa senang je nak buat kalo tengok kat blog Ana ni).
Nasi Tomato ( utk 4-6 org makan)
Resepi Asal : Ana Suzana
Bahan - bahan :
6 pot beras wangi/biasa. Basuh dan toskan. - Norsi guna beras biasa je
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar butter/marjerin - Norsi guna butter. Disejukkan pada suhu bilik.
2 biji bawang merah sederhana besar - Norsi guna sebiji bawang besar je
3 ulas bawang putih
2 cm halia
*ketiga2 bahan ni dihiris nipis
2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga dan kayu manis
2 biji tomato dibuang biji dan dipotong dadu - Norsi pakai tomato kecik jadi Norsi guna 4 biji
Sehelai dua daun pandan disimpul
100ml atau Setengah cawan susu cair
2 ketul pati ayam
4 sudu besar sos tomato atau tomato puri (ataupun campur pada sukatan 3 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar tomato puri) - Norsi campur 2 sudu besar sos tomato ngn 2 sudu besar tomato puri (durhaka skit.hehe)
6 pot air (pot yg sama buat sukat beras tadi ye. Satu pot air utk satu pot beras) - Ni pun Norsi durhaka gak. Norsi letak 7 pot air sebb guna beras biasa. En big boss aaa yg suruh. Katanya untuk elakkan nasi mentah. Berkat ikut cakap suami nasi tomatonya elok je lembut walaupun tak lerai sebiji-sebiji. Hahaha.
Cara membuatnya (ayat Tok Guru Ana sebijik-sebijik Norsi amek.hehe) :
Dalam periuk lain, sila masukkan butter dan minyak sapi.. masak atas api sederhana.
Kemudian masukkan bahan2 hirisan td serta bunga lawang/kayu manis/buah pelaga.. tumis sampai bawang layu sedikit.
Kemudian masukkan pula buah tomato yg didadu dan daun pandan.. gaul2 dan biar seketika sampai tomato tu layu2 sikit.
Lepas tu masukkan pula sos tomato.. kacau lagi.
Masukkan pula susu.. kacau rata.
Masukkan air.
Masukkan 2 ketul kiub pati ayam atau pun garam.. kalau tawar pandai2 la ekjas ye.. takyah nak tunggu menggelegak sgt.. bila dah secukup rasa sila tutup je api.
Lepas tu tuang aje ke dalam periuk nasi yg berisi beras tadi.. gaul rata dan masak nasi mcm biasa.
Taraa.. siaplah nasi tomato kita. Hehe. Norsi buat ayam masak merah dan acar timun/nenas sebagai lauk nasi tomato ni. Alhamdulillah, en big boss suka.
Nasi tomato Norsi. Maaf kualiti gamba yg kureng ni. Nasi ni merah lagi sebenarnya. Cantik je warnanya. Tapi bila amek gamba nampak pucat lak. |
Kalau kengkawan nak mencuba resepi nasi tomato ni, Norsi galakkan terjah blog Ana, lengkap step by step, siap ada gamba dari bahan sampailah nasi yg dah siap. Boleh buat menu berbuka kan? (^_^)
2 comments:
phewitttt... ooo derhaka ye.. kehkehkeh
durhaka sikit je tok guru. hehehe. jangan marah aaaa ;)
Post a Comment