Thursday, November 25, 2010

bila sekali sekala berpeluang..

goggled image


Sejak Norsi dok Sabah ni, Norsi takde kawan. Mana nak dapat kawan, asyik memerap dalam umah je :) Kalo nak borak pun ngn kakak jiran sebelah umah ni.

Jadi bila beberapa malam lepas dapat chatting ngn member lama.. tak hengat. Sampai pukul 4 pagi kami berchatting. Borak bukan apa pun. Saja sembang2 kosong. Teringat zaman kami sek dulu. Dia penah cakap, salah satu keburukan Norsi adalah banyak cakap. Hehehe.. nampaknye mimi.. sampai sekarang pun tak ilang lg tabiat norsi tu yerk ;)

Dan baru tadi bersembang panjang dengan bekas member serumah yg bakal berkahwin minggu depan. Niat ati sekadar nak bertanya khabar berkenaan hari bahagianya, kerana kami tidak dapat menghadirkan diri maklumlah kami jauh diseberang laut. Sudahnya berborak lebih sejam, hinggakan kisah bersalinkan Ikhwan pun bole keluar. Padahal dah citer dulu.

Sekali sakala dapat borak ngn member mmg best :)

No comments: