Saturday, December 31, 2011

Random pictures of KK

A few random pictures around KK (obviously i'm bored.and lazy too. double entry. or should i say.. double very short entry. heh)

Pasar Filipine - buka cuma waktu petang dan malam
Pasar Besar Kota Kinabalu - bersebelahan pasar Filipine
Taman Awam Tanjung Lipat

Restoran Kampung Nelayan, Taman Tun Fuad Stephen

Water World bersebelahan Kampung Nelayan - major disappointment!

Water World, Kampung Nelayan, Taman Tun Fuad Stephen

1Borneo
1Borneo Jukebox Karaoke
1Borneo Bowling Alley

2011 is leaving, welcoming 2012

Malam minggu. Malam tahun baru. Kami sekadar bersantai di rumah.

~ 2011 - the ups and downs, the smiles and tears.. lets cherish the memories and learn from it
~ 2012 - may we have a year full of blessing from ALLAH, may it become a year better than before.

Friday, December 30, 2011

Hendak ke mana ye?

Tahun 2011 hampir berakhir. 2012 pun dah bakal menjelang. Minggu ni sekali lagi bercuti hingga ke hari Isnin. Apa perancangan kengkawan?

Minggu lepas walaupun sepatutnya cuti hujung minggu hingga ke Isnin, bagi kami tiada beza kerana en big boss kerja hari Sabtu dan Isnin tu. Minggu ini insyaALLAH barulah dapat cuti hujung minggu. Tapi kami tiada perancangan apa pun. En big boss dah buka tawaran, 'hendak ke mana2kah?' tapi Norsi pula berasa malas hendak ke mana2 (berjalan jauh) kerana di sini musim hujan. Tapi tadi jalan blog kengkawan ramai pula yg bercuti sana sini, teringin pula nak bercuti. Hemphhhh... ke mana ye nak bawa bebudak ni bersantai dekat2 sini?

Esok insyaALLAH ada tetamu ingin berkunjung ke rumah kami. Jadi merancang beberapa menu ringkas untuk minum petang. Minta2 menjadila apa yang Norsi nak buat nnt. Maklumle.. Norsi ni kalo benda jarang buat kengkadang tak menjadi juga. Hehe.

Baru2 ni Norsi ada cuba membuat tau fu fa mudah yang Norsi cakap aritu. Tapi terlebih agar2 agaknya.. keras jadinya. En big boss pun kata dah macam agar2 dah.. cuma ada rasa soya je. Huhu. Air gula pun manis terlebih. Kira tak menjadilah tau fu fa Norsi tu. Tak mengapalah. Akan Norsi cuba lagi lain kali. Usaha tangga kejayaan, kan? (^_^)

Saturday, December 24, 2011

The cheeky boy

My boy had become more cheeky than ever.

For his sister to sleep (while him not!) is unbearable (for him). He will push, slap or hug till the sister woke. And when his sister cried annoyingly for being disturb while sleeping, he will run to a corner.. with a cheeky smile on his face.

For everything that his sister do or get, he must have the same thing. He even once asked his daddy to scold him when his daddy scold the sister (pegi depan abahnya buat benda salah yang sama kakaknya buat pastu cakap.. 'kai.. kai.. kai' sambil sengih2 - 'kai' means himself).

For the sister to have her own time peacefully without his interruption is.. not a chance. He will do anything just to hear the sister scream (which he will take as his victory moment).

And everything that belong to sister means it's him.

Fighting over sunglasses (and it's not even theirs at the first place)

And he keep cabut the laptop wire on purpose and say.. "oh no!" and then will busily try to connect the wire back to it place.. all the while pretending like a good kid.

I told you this boy is cheeky!

Friday, December 23, 2011

Open your heart - Europe

Days filled with joy and days filled with sorrow
I don't know just what to do
Am I happy today, am I lonely tomorrow
Everything depends on you

And I've been waitin'
For the angels to knock on my door
I've been hoping'
That everything could be like before

Open your heart and tell me what's wrong
Why can't you talk like you used to do before
I don't know if I'm weak, I don't know if I'm strong
Hey girl I can't cope anymore

And I've been waitin'

Open your heart, let me hear you
Make up your mind, I want to hear you call
Open your heart, want to come near you
Make up your mind, before we lose it all

Maybe that time has its own way of healin'
Maybe it dries the tears in your eyes
But never change the way that I'm feelin'
Only you can answer my cries

And I've been waitin'

Open your heart, let me hear you...

Thursday, December 22, 2011

Jom masak jom

Si bujang tengah tido, si gadis pula tengah melayan tv, jadi Norsi ambil kesempatan cuci2 mata tengok resepi2 yang ada. Sedap betul tengok resepi2 yang ada kat internet ni kan. Baik kuih muih, hinggalah masakan berat semua ada. Dalam cuci mata tu ada pula resepi yang Norsi berkenan nak cuba. Tapi bahan tak cukup. Jadi Norsi senaraikan blog resepi tu supaya senang Norsi nak tengok balik bila nak wat sok.

1) Tau Foo Fa oleh Nonie Rahman. Senang je nak buat tau foo fa ni rupanya. Mesti cuba nanti.

2) Agar2 Karamel oleh Yatie. Nampak sedap je tgk gamba yg Yatie upload. Terus berkenan nak cuba.

3) Karipap inti keledek/kentang. Hari tu dah pernah cuba, tapi kulitnya tebal sgt pula. Kena cuba lagi ni.

4) Char kuey teow. Tergoda betul tengok char kuey teow ni. Nyum nyum..

5) Popia Nestum. Senang je rupanya.

6) Biskut suri quaker oat. Dah lama cari resepi biskut oat. Nanti2 nak cuba versi ni la.

7) Biskut German a.k.a Deutshe Kekse. Terjumpa resepi ni. Cam senang dan sedap. Nak tryyyyy.

Kalau ada mana2 resepi yang korang nak cuba, klik aje kat nama tu ye. Jom kita cuba jom!

p/s : Nanti kalo ada lagi resepi yang Norsi nak cuba Norsi update list ye.

Tuesday, December 20, 2011

Jelajah Jemari Asmara Giveaway



Yeahhh.. Jemari Asmara buat GiveAway lagi. Nak tahu cara penyertaan? Klik gamba di atas ye. Hadiahnye pula :

Hadiah Utama x 1 ;
Batik Sutera Rayon Terengganu (4 meter), seutas gelang kristal dan sepasang kerongsang bernilai RM150.00

Hadiah Pertama x 1 ;
Batik Sutera Rayon Terengganu (4 meter), seutas gelang kristal dan sepasang kerongsang bernilai RM150.00

Hadiah Saguhati x 5 ;
Sebiji fridge magnet Terengganu atau sepasang kerongsang setiap seorang


Norsi mula-mula kenal blog Jemari Asmara ni melalui giveaway. Giveaway pertama yang Zefa buat tatkala blognye baru berusia 10 hari. Hehe. Salam Ukhwah Giveaway. Norsi join masa tu sebab syaratnya sempoi dan berkenan betul Norsi dengan hadiahnya, kerongsang. Tapi takde rezeki. Sob sob. Dan bermula dari situ, Norsi terus ikuti blog Zefa ni sampai ke hari ni. Selalu je Norsi terjah blog Zefa setiap kali ada entry baru, tapi tak penah komen (konon2 'silent reader' la ni. hehe) (^_^)

Zefa ni rajin buat giveaway. Kalo tak salah JJA ni giveaway yg ke 4 dah (betul tak Zefa? Kalo salah jangan marah ye). Tapi Norsi join dua je. Salam Ukhwah dan Jemari Asmara Mini Giveaway. Tapi dua2 takde rezeki. Ni giveaway ke 3 Norsi sertai. Mulanya ingat tak nak sertai (sebab tak tau nak tulis entry camne) tapi setiap kali buka blog Jemari Asmara ni nampak entry melekat kat situ, terus tergerak nak sertai. Hehe.

Serba sedikit mengenai blog Jemari Asmara :
  • milik Zefa NorAsmara (kalo tak salah Asmara ni memang nama asal Zefa).
  • membahasakan diri sebagai ibu ataupun ibu Yusuf dan Maryam setiap kali menulis.
  • peminat dan pengumpul pinggan mangkuk lama. Zefa ada banyak koleksi PML tau. Kalo korang rajin tgk entry lama2 dapatlah korang tgk koleksi Zefa yg cantik lagi klasik tu.
  • Zefa slalu wat entry pendek2 je.
  • rajin juga berblog pasal resepi2 yang dimasak. Satu yg Norsi prasan, bila Zefa blog pasal resepi selalunya Zefa akan bagi tips macam mana Zefa masak.
  • selain PML, pemilik blog Jemari Asmara ni minat deco2. Suka tgk hiasan umah Zefa. Serius cantik. Kengkadang rasa tak saba tunggu bebudak ni besar, bole hias rumah cantik2 dgn hiasan2 kaca ni.
Norsi akhiri entry ini dengan memenuhi syarat terakhir :

ID follower : Norsi
Jemari Asmara tersenarai di dalam blog list di sebelah kanan di bawah senarai Bloggerz.
Banner Jelajah Jemari Asmara terletak di sebelah kiri di bawah About Me.

Kalo ada yang berminat nak sertai sempat lagi. Tarikh tutup 1 Safar 1433H (26 Dis 2011) telah dilanjutkan kepada 15 Jan 2012. Keputusan akan diumumkan pada 28 Safar 1433H.

Jangan baca entry ni kalo korang tgh makan eh.

Kebelakangan ni Sakinah asyik muntah2. Asal makan banyak sikit je mesti muntah. Kesian pula tengok dia. Baru selera makan sikit muntah2 pula. Camne badan nak naik?

En big boss wat teori, dia banyak minum lepas makan tu sbb muntah2. Perut kembung ngn air. Pastu si Sakinah ni kalo makan tak reti kunyah betul2. Sebesar2 makanan tu masuk mulut dia kunyah lebih kurang pastu telan. Haruslah tercekik.

Camne nak ajar dia kunyah makanan yerk?

Sunday, December 18, 2011

Kemas kemas.. cuci cuci..

google image

Hari ni hari kemas umah. Rasa dah sepah sangat umah ni jadi kasi kemas sikit. Berjaya cuci lantai. Dah tak tahan sangat tengok lantai yang tersangat2 la kotornya. Mana taknye, bebudak ni kalo makan mesti sepah.. lepas tu kengkadang tak sempat kutip dorang dah terpijak, pastu jalan2 satu umah. Hari ni dapat lap lantai.. legaaa sangat. Walaupun sampai berpinar2 mata (mau tak.. tenyeh ngn tangan pastu lap ngan kain satu per satu. dah rasa cam cinderella lak. haha) tapi sangat puas ati. Bebudak ni pun sgt baik. Tak kaco sngt. Ok.. lepas ni cari masa untuk projek sental bilik air lak.

Norsi.. chaiyok!

Saturday, December 17, 2011

Pukul 2 lebih.. masih berjaga

Jam sudah lebih 2.30 pagi, tapi Sakinah masih berjaga. Puas dipujuk, tidak juga dia mahu tidur. Mana taknye, tadi dah elok tido. Dikacau dek Ikhwan terjaga tgh malam td. Sampai la ni tak tido2 lagi. Yang Ikhwan pun kul 2 tadi baru nak tido. Penat teman Sakinah baring tak tido2 juga, akhirnya Norsi bangun online. Ni dok teman sebelah dia.. tunggu dia mengantuk dan tido.

Anak oh anak.. ngapa tak nak tido lagi ni?

Friday, December 16, 2011

The special day

Lima tahun. Lima tahun dulu kami diijabkabulkan.
Baru lima tahun. Kerana kami berdoa perkahwinan kami ini kekal ke akhirnya.
Sudah lima tahun. Bila mengenangkan segala yang telah kami lalui dalam perkahwinan ini.
Semoga ikatan ini berkekalan dalam rahmat-Nya.



Yup.. it's our wedding anniversary. Kami sambut biasa2 aje. Pada asalnya en big boss mencadangkan kami beli kek dan makan2 di rumah sahaja. Maklumlah kanak2 riang dua orang ni susah nk dok diam2 dah skang. Nak nak si ikhwan. Cepat je dia boring. Tapi puas pusing 1Borneo pilihan kek tak banyak. Tekak Norsi nak makan cheese cake (memilihhhh.. ehh.. mestilah kan. org nak rai. hehe) Akhirnya kami ke Secret Recipe. Dok melangut depan SR congak2 nak beli whole cake or slices only. Kalo beli sebiji yang nak makannya Norsi sorang (en big boss tak berapa suka kek. Budak dua beradik tu mana makan sangat). Nak beli slice.. rasa tak cukup (ye.. ketamakan di situ). Norsi nak makan sampai puas. Akhirnya beli yang potong je.. tapi 4 potong ye. Sorang satu (kononnn). Yang pilih keknye haruslah Norsi kan.
End up having these 4 wonderful slices :
Cappucino cheese cake


Chocolate cheese cake


Oreo cheese cake

Chocolate fudge cake

Puas ooo makan. Terima kasih en big boss.

*gamba adalah ehsan google

Monday, December 12, 2011

Petang yang romantis

Di luar sedang hujan. Seronok pula menikmati rehat sambil ditemani cuaca redup dan nyanyian titis hujan. Bertambah lega bila sudah siap memasak. Anak2 pun sudah selesai makan. Dapatlah berehat dengan hati yang senang.

Pagi tadi cuaca terang dan terik. Tapi menjelang petang cuaca redup tiba2 dan langit mula tiris. Dan titis hujan yang renyai bertambah lebat hingga kini.

(Hemph.. ayat berbunga2 tiba2. Dipengaruhi suasana romantis dek cuaca mungkin? (^_^) )

just to clarify : 'terma "langit mula tiris"  diambil dari status guru bahasa melayu Norsi di facebook. sangat indah ayat itu hingga Norsi tergoda untuk meletakkannya di sini :)' )

Sunday, December 11, 2011

Kisah hari ini

Agak kurang sihat. Tekak dan hidung perit akibat selsema. Bila dah kurang sihat, virus 'M' pun makin besarlah kan. Jadi, guna alasan tak sihat untuk bermalas-malasan. Haha. Sebenarnya lama tak wat entry, selalunya blog hopping je. Arini update blog sikit.

Sebenarnya dua tiga arini Norsi dah terjangkit balik hobi lama. Baca manga online. Hai lah. Dah lama dah tak buat keje baca manga online nih. Manga yg Norsi baca : Kaichou wa Maid-sama. Kelakar. Bole la layan wat ilang boring kan. Errr.. malas lak nak wat sinopsis. Norsi wat sinopsis aktiviti Norsi arini je lah. Hehe.

-bercucuk tanam. err.. sebenarnya dok godek2 anak pokok limau purut yg beli kat pasar tu je.
-masak ikan masam manis ngn acar timun je arini.
-bawa ikhwan gunting rambut. dia punya menangis meraung sampai tukang gunting tu surrender taknak gunting.
-jatuh terduduk kat kedai gunting tuh. tak sakit tp malu gak la.
-malam2 nih teringin nak makan cheese cake. tapi dah mlm malas nak kuar. jadi sendri buat kek batik je (nak wat cheese cake bhn tak cukup.huhu)

Weekend korang camne kengkawan?

Tuesday, December 6, 2011

Cuti2 semenanjung (edisi bergamba)

Aktiviti kami sepanjang bercuti kat semenanjung :

1) Balik kampung. Sempat gi kenduri kawen jiran. Best ooo. Lama tak makan kenduri. Tapi adik beradik yang lain tak balik dpt balik kampung lak. Sempat gi tengok baby baru Obi.

Berpayung di depan umah wan
 2) Gi KLCC. Memula gi Petrosains, pastu bawa bebudak ni mandi manda kat kolam kanak2 kat situ, pastu gi Aquaria.
Masuk Aquaria kena la amek gamba jaws kan. Tak dpt gambo penuh, gambo ekor pun jdlah..

Kolam mandi bebudak kat KLCC

Masuk Petrosains wajibla amek gambo ngan dinasour kan

Budak ni pantang jumpa benda berstereng, melekat dia kat situ


3) Gi i-City. Ingatkan i-City ni satu taman besar penuh pokok warna warni tu, rupanya pokok dia sikit2 je. Tak dapat masuk Snowalk sbb dah tutup.

Ada mainan cam kat funfair tu kat i-city ni. satu kete ni RM5

Tak dapat masuk Snowalk amek gambo kat luar ngn Patrick pun jadilah
Pameran Reptilia di i-city
Anak dara sapalah tu siap pakai napkin jadi tudung cam makcik2 je tu

Orang gi i-city beria tangkap gambo dengan pokok. Kitaorg? Gambo ni je ada.

Last skali tgh shopping2 kat Giant, bole lak nampak sorang mamat tengah main masak-masak. Jadi, snap aa gambo dia.

Chef Riz ye puan2. hehe

Kembali ke rutin asal

Selepas dua minggu, kembali ke rutin asal.

Sepanjang dua minggu lepas, kami bercuti di kampung halaman. Bila balik kampung, dua minggu tu terasa sekejap je. Banyak benda yang konon2 nk dibuat, tak terbuat. Sebelum cuti, macam2 rancangan, tapi bila dah balik.. rancangan tinggal rancangan. Sudahnya tak sempat jumpa member, malah tak sempat pun nak singgah tengok anak buah baru.

Tapi berjaya juga langsaikan satu perkara penting. Harapnya berjalan lancar la perancangan kami yang satu tu.