Tahun 2011 hampir berakhir. 2012 pun dah bakal menjelang. Minggu ni sekali lagi bercuti hingga ke hari Isnin. Apa perancangan kengkawan?
Minggu lepas walaupun sepatutnya cuti hujung minggu hingga ke Isnin, bagi kami tiada beza kerana en big boss kerja hari Sabtu dan Isnin tu. Minggu ini insyaALLAH barulah dapat cuti hujung minggu. Tapi kami tiada perancangan apa pun. En big boss dah buka tawaran, 'hendak ke mana2kah?' tapi Norsi pula berasa malas hendak ke mana2 (berjalan jauh) kerana di sini musim hujan. Tapi tadi jalan blog kengkawan ramai pula yg bercuti sana sini, teringin pula nak bercuti. Hemphhhh... ke mana ye nak bawa bebudak ni bersantai dekat2 sini?
Esok insyaALLAH ada tetamu ingin berkunjung ke rumah kami. Jadi merancang beberapa menu ringkas untuk minum petang. Minta2 menjadila apa yang Norsi nak buat nnt. Maklumle.. Norsi ni kalo benda jarang buat kengkadang tak menjadi juga. Hehe.
Baru2 ni Norsi ada cuba membuat tau fu fa mudah yang Norsi cakap aritu. Tapi terlebih agar2 agaknya.. keras jadinya. En big boss pun kata dah macam agar2 dah.. cuma ada rasa soya je. Huhu. Air gula pun manis terlebih. Kira tak menjadilah tau fu fa Norsi tu. Tak mengapalah. Akan Norsi cuba lagi lain kali. Usaha tangga kejayaan, kan? (^_^)
No comments:
Post a Comment