Cuti ni kami tak kemana2 sangat. Sebab esok en big boss keje. Dapat weekend je (tu pun dah legaaa.. kalo tak silap2 weekend pun ada program keje). Tapi tetap juga Norsi kerah en big boss bawa kami jalan2. Haha. Jadi semalam aktiviti kami adalah mandi laut, main di taman dan 'shoes hunting'. Hari ni aktiviti berkebun dan shopping barang dapur. Esok aktiviti lepak di rumah sebab driver keje. Hehe.
Kami bawa bebudak ni mandi manda di Tanjung Aru (pantai dua). Ini kali pertama bebudak ni mandi laut. Sakinah excited tapi Ikhwan cuak je. Yang kelakarnye bila dekat laut Ikhwan senyap je, tapi bila naik darat je.. terus semangat balik. Sekejap je kami di pantai Tanjung Aru, lepas tu terus bawa bebudak ni main di Taman Perdana. Lepas tu singgah Karamunsing untuk makan dan cari kasut Ikhwan. Sian dia kasut dah koyak2. Tapi punyalah mahal.. kasut yang tak ori pun dah RM50.. ohhh.. sangatlah tak berbaloi. Akhirnya balik tanpa membeli apa2.
Disebabkan tipon Norsi tak bole sangat amek gamba (asyik kata full aje) jadi ini je la dua keping gamba mandi manda yg ada (Norsi tak mandi pun sbb takde tempat tukar baju. Ada ke patut dorang kunci tandas?)
Budak cuak. Muka nak nangis je. Angkat muka pun tak berani. |
Abahnye lak lebih excited main ombak. |
No comments:
Post a Comment